Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Mana Mufti semua...awat senyap..???

Benda yang ditas ni tiap tahun depa buat...pi sembah patung yang tak bernyawa yang tersergam megah kat tengah ibu kota tu.Persoalannya mana TOK-TOK mUFTI yang selalu BERKOKOK dan BERTERIAK mengeluarkan pebagai FATWA sesuka hati deme tu..awat bab ni sonyap jo..Pasai Najib yang buat so korang pun buat Talak Nampak la yer...!!

Kesian kat Pak Mufti semua yer..dibutakan allah mata hati,sampai yang patut ditegur didiamkan ..yang Tak HARUS itulah yang si HARUS Teriakan sana-sini.

Aku bukan apa kalau hangpa tegur semua sekali tu aku setuju la tapi ada pulak benda-benda yang hangpa nampak kepentingan baru hangpa buat kerja..tapi kalu kena batang hidung Pemimpin UBN hanpa DIAM SERIBU BAHASA..!!!

Takpa la Pak Mufti WA AMPU SANA,WA AMPU SINI LA YER..BUAT LA SELAGI HANGPA TAK TAKUT KAT ALLAH....

Pesanan untuk semua yang akan hadir esok..!!





Penting! Panduan bagi peserta perhimpunan aman Mansuhkan ISA
Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah- Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk rekod dan disiarkan.


baca lanjut di sini

Anda Patut Tahu..!!!

Anda akan menyertai Demonstrasi ANTI I.S.A atau KEKALKAN I.S.A? Tak kisahlah kalau anda ingin menyertai mana-mana kumpulan kerana setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat masing-masing. mansuh I.S.A

Namun anda juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan risiko ditahan atau ditangkap pihak berkuasa (POLIS) sama ada yang beruniform ataupun pegawai Special Branch yang memakai baju preman (Mungkin juga dia orang yang sama berdiri disebelah anda dan melaungkan ‘reformasi”, “takbir” dll..Jangan terpedaya dengan janggut dan kopiah mereka…Hehe.)

Baiklah, secara ringkas, sila hadamkan Hak-hak anda seperti berikut agar anda lebih yakin dan bersedia. Ingat, jika anda tidak mengetahuinya maka kemungkinan hak ini akan dinafikan dan anda akan diperdaya!
Puluhan Ribu Semasa Perhimpunan BERSIH

Puluhan Ribu Semasa Perhimpunan BERSIH

1. Anda mempunyai hak untuk bertanya kenapa anda ditangkap. Dapatkan nama pegawai yang
2. bertanggungjawab dalam penangkapan. Jika tiada jawapan maka anda boleh nyatakan bahawa anda sebenarnya tidak ditangkap.
3. Jika anda digari semasa di tangkap, anda berhak meminta agar gari itu ditanggalkan sebaik sahaja anda dimasukkan ke dalam trak polis.(Budi bicara polis)
4. Terus hubungi peguam, ahli keluarga dan kawan anda apabila tiba di balai polis.Pastikan anda tahu balai mana anda berada. SMS dahulu sebelum membuat panggilan.SMS ke seberapa banyak kenalan yang ada dalam phonebook anda. Jika telefon anda dirampas, minta senarai barang rampasan dari Polis sama yang merampasnya.(jika mereka enggan, hafal nama,nombor atau cam muka mereka.Perhatikan tanda seperti tahi lalat atau bekas parut dsb).
5. Kemungkinan anda akan dijamu sedikit makanan dan minuman. Kalau lapar makanlah, tetapi ini hanya satu taktik untuk menenangkan anda supaya mudah memberi kerjasama kepada mereka dalam soal-siasat.
6. Jika anda disoal dibawah Seksyen 133, pegawai penyiasat (I.O) akan membacakan hak anda seperti ““Adalah menjadi kewajipan saya memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu katakan samada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh dijadikan sebagai keterangan”.
7. Minta dengan baik pensil dan kertas. Anda boleh mencatatkan soalan yang ditanya. Dan yang paling penting, anda boleh menjawab dengan perkataan “saya tiada jawapan” sekiranya anda kurang pasti. Ingat, jawapan anda boleh memungkinkan anda didakwa dan disabitkan bersalah.Jadi berhati-hati apabila menjawabnya.
8. Berhati-hati apabila anda diminta menandatangani sebarang kertas. Pastikan anda membaca setiap baris yang tertulis di dalam kertas tersebut. Terjadi dalam banyak kes bahawa OKT tidak tahu bahawa mereka menandatangani Borang 28 yang menafikan hak mereka kepada Peguam. Maknanya jika ada sahabat anda atau wakil dari mana-mana bantuan guaman, mereka tidak boleh berjumpa dengan anda kerana anda telah menandatangani borang tersebut.

Artikel 5 (3), Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28 Criminal Procedure Code menyatakan hak statutori anda untuk mendapatkan peguam (hak asasi).

Oleh itu, ketahuilah hak anda sebagai rakyat Malaysia yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber yang tertinggi dalam pentadbiran negara ini. Insyaallah, betulkan niat, berdoa & bertawakallah. Wallahu ma’assobirin”..
Bar Council

Bar Council Legal Aid Centre (Kuala Lumpur),
6th Floor, Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur.
Phone: 03-26932072 / 26913005 – simpan dalam telefon bimbit anda!
Fax: 03-26930527
E-mail : lacklb@klbar.org.my
Website: www.legalaidkl.org


Credit www.p99ampang.com

INI OK tak HARAM...????



Sejak peristiwa Lilin Sebatang yang menjadi isu terbesar yang diperbesarkan oleh puak UBN akhirnya memakan diri mereka sendiri.Isu yang pada mulanya mereka lihat mampu menggugat PR dan Dato Seri Nizar sendiri akhirnya terpalit kepada mereka kembali.Jika Dato seri Nizar memegang lilin bagaimana pula dengan tindakan Gambar diatas..???Apakah ia bukan acara keagamaan ..????

Pihak UBN mengeluarkan arahan kepada pihak media untuk menghentikan isu berkaitan lilin ini kerana bagi mereka jika bermain dengan isu ISLAM maka merekalah yang lebih banyak melanggar HUKUM ALLAH tersebut.jadinya secubit yang dicari sebelanga yang RAKYAT beri kepada UBN untuk dipersoalkan...

Isu Rosmah yang mendedahkan aurat,isu hiburan terlampau ajaran UBN untuk Rakyat dan beberapa isu lain yang lebih besar dan lebih Buruk dari pandangan ISLAM langsung tak disentuh malahan hanya dibiarkan sahaja...Pak MUFTI yang kononya Ulamak tersohor hanya seperti PAK TURUT dalam mengikut TELUNJUK PIMPINAN UBN...Yang HARAM di HALAL kan dan Yang Halal di Haramkan...itulah tanda mahu abis zaman...!!!

La ni baru hangpa pikir la sendiri...!!!

Pro ISA berhimpun Serentak????

Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang – serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA.

Sya:

Apa akan berlaku pada 1 hb ni bila Pewaris menukar waktu perhimpunan mereka sama waktu dengan Perhimpunan Anti Isa.Adakah akan berlaku PROVOKASI dalaman yang akan mencetuskan sesuatu yang merumitkan atau adakah ia akan diakhiri dengan tangkapan dan apa juga keadaan????sama-sama kita nantikan...

Jelajah Perak-Ds dan Datin di sekitar Perak

26 / 7 / 2009

10.00 pagi : Siri jelajah Dato Seri bermula hari ini dengan kunjungan santai bersama isteri dan anak-anak ke program Hari Keluarga Pas Kawasan Lumut.Beliau yang hadir bersama-sama keluarga tiba di Teluk Senangin dalam keadaan hujan renyai-renyai.Ketibaan Dato dan Datin Seri yang dinanti oleh keseluruhan mereka yang hadir.kesinambungan PR yang masih meneruskan tradisi mengumarahkan program sesama sendiri menampakan kesepakatan yang baik.Kehadiran ahli Ketiga-tiga parti memeriahkan majlis.

Dato dan Datin Seri berangkat pulang sekitar jam 11.00 pagi kerana perlu memenuhi jadual program yang telah diundang.

2.00 Dato dan Datin Seri tiba ke Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan Sg Siput dalam satu Program melancarkan Tabung Ekonomi Nurul Ihsan.Program yang dihadiri lebih dari 300 orang disertakan bersama Anak-Anak Yatim di sekolah tersebut juga dari Rumah Anak-Anak Yatim Al-Raudhah turut memeriahkan suasana.Hidangan gulai kawah untuk makan tengahari sememangnya membangkitan selera tetamu yang hadir.

seramai 68 orang anak-anak yatim yang mendiami rumah tersebut dan seramai 12 tenaga pengajar yang diamanahkan bagi membantu menguruskan anak-anak yatim ini.Menurut salah seorang Ustaz yang ditemui menyatakan bahawa Nurul Ihsan menanggung perbelanjaan sebanyak 15,000 sebulan bagi seluruh tanggungan isi Rumah tersebut.Dato Seri juga merasmikan Klinik Bekam yang dibuka di kawasan tersebut.

Selesai merasmikan Program tersebut Dato dan Datin Seri berangkat pula ke Taman Meru.

5.00 petang : Dato dan Datin Seri hadir ke satu Majlis Hi-Tea yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Tambun.Sambutan yang menggalakan sememangnya telah dijangka dan sebelum Program Hi-Tea bermula Dato Seri sempat menyampaikan Tazkirah beliau dan solat Asar berjemaah di Surau Islamiah Taman Meru 2c Jelapang bersama tetamu yang hadir.

Dato dan Datin Seri meluangkan masa di Majlis tersebut.Majlis turut dihadiri oleh DR.Khairuddin dan beberapa lagi pimpinan PAS dan PR.Tetamu yang hadir pada Majlis Hi-Tea tersebut dianggarkan seramai 200 orang.


Antara LILIN dan NAWAITU,Mana yang Benar..???




Isu Dato Seri Nizar dan beberapa Pemimpin PR yang Bergama Islam memegang lilin selepas sidang Media di banggunan DAP Ipoh sehari selepas Kematian Mendiang Teoh terus dipolitikan oleh sesetengah dari Rakyat dan beberapa Pemimpin yang dalam PR sendiri.Mungkin kerana ia dilakukan oleh Pemimpin PR lalu ia diperbesarkan dan dicanang sehari-hari sehingga keluar la satu lagi FATWA SEGERA dari yang HARUS dan HARAM..!!

Berkatalah semua bahawa memegang lilin itu HARAM disisi AGAMA..bukan aku mahu mempersoalkan isu tersebut bagi aku ada ramai yang lebih MAKLUM dan ARIF mengenai isu ini dan biarlah mereka yang mengulasnya dari pandangan ISLAM.

Kalau Ia bercanggah dari sudut ISLAM bagaimana pula dengan tindakan PAKLAH dahulu yang sujud bertafakur di TUGU NEGARA walaupun telah ada sebelum itu satu FAKTA yang dikeluarkan oleh Para Ulamak yang mengatakan perbuatan itu HARAM namun ia tetap diadakan .Tiada pula suara-suara sumbang baik ulamak PAS atau Umno yang mahu memperbesarkan isu tersebut..!!!Semua pakat senyap macam TIKUS,sebab apa sebab itu Kerja Kerajaan yang buat cakap lebih nanti poket Kosong...!!!

Bab adat orang melayu yang sambut Hari Lahir dengan Kek dan LILIN apa macam pulak..??Terang-terang ajaran atau cara itu sebenarnya perbuatan orang kafir so sampai sekarang ia masih jadi ikutan kita jugak..!!Tiada pulak ULAMAK yang berani tegur bab ni..semua MENIKUSKAN DIRI...

Lepas ni aku syorkan pulak kalau kata rumah korang TAKDE API jangan pasang atau sentuhpun LILIN tu pasal nanti kalau ada terniat lain susah pulak...yelah sebab LILIN ni untuk acara Keugamaan jer...!!

Bukak la MINDA korang tu ALLAH SWT memandang kepada NIAT manusia tu...

Jelajah Perak-Ds Nizar dan Datin Seri di Melaka



22.7.09 -6.00ptng : Dato Seri dan Datin Seri tiba di Plaza Tol Ayer Keroh dan dibawa ke Markaz Pas Kg Perdu.Dato Seri Nizar berjemaah bersama-sama dengan para penduduk tempatan.Selesai solat Maghrib Berjemaah Dato Seri menyampaikan Tazkirah beliau.

8.45 malam: Dato dan Datin Seri dibawa ke sebuah Gerai yang dimiliki oleh seorang Ahli Pas kawasan untuk menjamu selera.Jamuan yang dibuat sempena kehadiran Khas Dato Seri ke Melaka.Penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama beliau.

9.20 malam: Dato dan Datin seri dibawa ke sebuah Dewan Sekolah Cina swasta di Bandar Melaka bagi bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain dalam satu Program Khas Memperingati Kematian Teoh Beng Hock.Antara yang hadir ialah Yb Hatta Ramli,Yb Tian Chua,Yb Lim Kit Siang,Chegu Bard,Sdr Shamsul Iskandar dan beberapa Pemimpin yang lain.Suasana sedih menyelubungi wakil keluarga Mendiang Teoh setiap kali nama anak muda yang menjadi Mangsa Kezaliman ini disebut.Hampir 5000 orang memenuhi ruang Dewan tersebut.

11.00 malam: Dato seri dan Datin dibawa ke lokasi terakhir ceramah beliau di Bukit Katil yang mana dari awal sudah ramai yang menunggu kehadiran Menteri Besar Rakyat ini.Dianggarkan seramai lebih dari 3000 orang memenuhi kawasan ceramah.Pelbagai isu disentuh oleh beliau untuk dikongsi bersama oleh Rakyat Melaka termasuk Penerangan mengenai isu di Perak.Satu Majlis pelancaran Menyokong Pemansuhan ISA turut diadakan dan acara simbolik pelancaran Program dengan memakaikan Dato Seri pelilit lengan yang bertulis MANSUHKAN ISA.

12.00 : Ceramah yang berakhir sekitar 12.00 malam disambut meriah oleh penduduk yang hadir.Dato dan Datin Seri berangkat pulang ke Ipoh.

Terima Kasih kepada pihak pengurusan perjalanan kami di Melaka yang banyak membantu dan memberi ruang buat Team Perak Express bergerak dalam menyelesaikan tugas.

Nukilan Untuk Mu Sayang...

Beng Hock, kau tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesan.

Kau kata, masih banyak yang kita ingin lakukan bersama.

Banyak lagi tempat yang sepatutnya kita kunjungi

Kau kata akan menemaniku sepanjang perjalanan hidup ini

Tapi apa yang harus kulakukan sekarang?

Bagaimana dapat kita bertemu lagi?

Kau sentiasa di ingatanku

Aku selalu mengingatimu... aku mahu dikau kembali, muncul semula di pangkuanku

Dalam beberapa hari ini, aku sentiasa menantimu

Tetapi ia sungguh mengecewakan

Aku hanya ingin tahu sama ada kau selamat, apakah kau menderita?

Jangan biarkan aku terus menunggu? Aku mahu menemuimu sekali lagi. Cukuplah walau sekali.

Bila titisan air mataku tidak dapat menghidupkan dirimu

Aku terpaksa menerima hakikat kau telah pergi buat selama-lamanya

Hari ini, aku masih perlu mengucapkan selamat tinggal

Aku berjanji, aku akan jalani kehidupan seadanya.

Tetapi, kau mesti berjanji sentiasa di sisiku, dan kita bersama-sama membesarkan (bayi ini).

Beng Hock, perjalanan kita berdua dalam hidup ini sudah berakhir.

Tetapi aku berharap, kalaulah ada kehidupan selepas ini, aku amat berharap kita dapat bersama-sama meneruskan perjalanan kita.

Kekasihku, semoga dikau tenang di alam abadi.

Al-Fatihah





Abang kepada Datin Seri Fatimah Taat,Muhammmad b. Taat telah kembali kerahmatullah malam semalam.Beliau yang berusia 60 tahun telah menghembuskan Nafasnya di Hospital K.Lumpur.Jenazah beliau dibawa ke kediamannya di Tmn Jati,Rawang untuk dikebumikan.

Dato dan Datin Seri menghadiri Majlis Pengkebumian tersebut.Jenazah dikebumikan selepas zohor sebentar tadi.

kepada keluarga Dato dan Datin Seri kami dari Perakexpress mengucapkan Takziah...

Al-fatihah...

Kesayuan Selubungi Pengkebumian Teoh..

Lebih 1,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.

Kira-kira About 10 anggota polis berada di situ untuk memantau keadaan dan mengawal lalulintas.

Manakala pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.-Malaysiakini

May your rest in peace

Chua Jui Meng sertai PKR..!!!

Terkini Chua Jui Meng sertai PKR...Baru sebentar tadi disahkan bahawa Dato Chua Jui Meng telah menyertai PKR dalam satu Forum Khas di Sunway Hotel.Perkara ini telah diumumkan oleh DSeri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Tahniah untuk semua...!!!!

Laporan Kematian Mendiang Teoh keluar Petang ini...

Petang ni laporan Kematian Mendiang Teoh akan dikeluarkan,maka adakah akan berlaku sesuatu yang pelik yang mana ia akan nampak memihak kepada SPRM..???Maka akan berkatalah Polis Raja di Malaysia bahawa Mendiang Teoh sebenarnya sengaja menerjunkan dirinya dari tinggkat 14 tersebut,dan semua Pihak diminta untuk menerima sahaja laporan itu dan akhirnya berlakulah TUTUP KES..!!!!

Apa yang menjadi persoalannya ialah Sebuah Badan yang sepatutnya dilengkapi dengan Kemera Litar Tertutup ( CCTV ) untuk melindungi Saksi,tertuduh atau apa sahaja kemungkinan gagal berbuat demikian dan setahu akau tindakan harus diambil kerana SPRM mengambil mudah sahaja soal keselamatan dan paling aku tak boleh nak percaya ialah banggunan boleh buat sampai bertingkat-tingkat tapi CCTV langsung tak boleh pasang...Nampak sangat CIKAI dan HAPRAKnya korang ni...

Aku yakin ada sesuatu yang berlaku sebalik apa yang terjadi,apapun Kematian Mendiang Teoh harus dibela seadil-adilnya...!!!!!

Rakyat akan bangun untuk menuntut KEBENARAN dan KEADILAN..!!!!

Dato Seri Nizar main BOLA..!!!

Petang tadi bertempat di padang Sk Pasir Panjang Laut Dato Seri Nizar telah meluangkan masanya turun ke Pasir Panjang untuk bermain bola bersama-sama dengan Rakyat.Perlawanan diantara Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang dengan Kelab veteren Pasir Panjang Laut bermula sekitar jam 6.00 petang.Kehadiran Dato seri sememangnya ditunggu oleh penduduk setempat yang mana mereka telah dirai dengan program minum petang bersama dengan Beliau.

Dato Seri sebelum itu telah menyampaikan kelengkapan untuk Pasukan Pusat Khidmat tersebut yang berupa sebuah Bola yang ditandatangani oleh Beliau dan juga kelengkapan lain.Perlawanan yang berlangsung selama 30 minit berkesudahan dengan kemenangan kepada Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang dengan jaringan 3-1.

Ini merupakan kali pertama Dato seri yang juga selaku President Bola sepak Perak turun bermain bersama dengan Rakyat.Usaha ini seharusnya dicontohi oleh semua Adun PR yang ada.Semangat yang ditunjukan oleh Dato Seri Nizar yang kekal bermain sepanjang masa permainan dikagumi oleh semua pihak.

Yang menarik ialah pengadil bagi perlawanan ini hanya memakai JUBAH.Memang Gempak!!

Kehadiran kanak-kanak yang mahu bersalam dan bergambar dengan Dato Seri juga memeriahkan suasana.

Bicara Tok Iskandar- Takziah kepada Mendiang Teoh

Takziah kepada kaum keluarga Teoh Beng Hock.Kematian mengejut beliau yang merupakan setiausaha politik exco Selangor,Ean Yong Hian Wah,telah menggemparkan seluruh rakyat di negara ini.

Menurut laporan laman web
malaysiakini.com,beliau terbunuh selepas dipercayai terjatuh di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.

Kini timbul pelbagai spekulasi sama ada beliau dibunuh ataupun membunuh diri?Apapun rakyat tertanya-tanya mengapa beliau ditahan begitu lama untuk disoal-siasat.Ramai yang mempersoalkan prosedur soal-siasat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai SPRM.Laporan akhbar mendedahkan Teoh dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada petang Rabu dan dibenarkan keluar dari ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 3.45 pagi semalam.

Satu lagi pertanyaan yang perlu dijawab oleh pihak SPRM,apakah ketika disoal-siasat,Teoh ditemani oleh peguambelanya.Di warung kopi dan gerai-gerai makan,orang ramai yang berang tertanya-tanya jika beliau membunuh diri,mengapa seluarnya koyak rabak?Mereka turut mempersoalkan layanan pegawai SPRM terhadap mendiang Teoh.Itu belum lagi persoalan sama ada beliau dibenarkan mandi,makan dan minum atau menukar pakaian.Tok bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub,pelik setelah selesai disoal-siasat pada pukul 3.45 pagi,mendiang teoh meminta untuk berehat di pejabat SPRM.Kebiasaannya,sesiapa sahaja setelah disoal-siasat akan pulang ke rumah.

Kematian misteri mendiang Teoh telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan menjadi rentetan siri-siri kematian misteri sebelum ini seperti kematian Kugan di dalam lokap.Sebelum kebimbangan dan ketakutan rakyat tercetus,eloklah satu suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh seperti yang dicadangkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap SPRM dan sebelum kredibilitinya tercemar,eloklah Suruhanjaya di Raja ditubuhkan segera bagi menyiasat kematian mendiang Teoh.

Kenapa Khir Toyo yang sedang menerima tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat Selangor berhubung istana mewahnya yang dianggarkan RM24 juta dan mereka yang terlibat dalam skandal PKFZ tidak disoal-siasat seperti mendiang teoh.Demikian luahan rasa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.Mendiang Teoh adalah seorang warganegara Malaysia.PDRM perlu bersikap telus dan adil menyiasat kematian misterinya tanpa mengambil kira warna kulit,agama atau latar belakang politiknya.Itulah harapan kaum keluarga mendiang teoh dan kita semua berkongsi harapan yang sama.

Pegawai-pegawai SPRM yang telah terlibat menyoal-siasat mendiang Teoh,perlu ditahan reman untuk disoal-siasat oleh polis.Tok nasihatkan eloklah kerajaan BN akur dengan cadangan Pakatan rakyat supaya suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh kerana rakyat tidak mahu lagi insiden mata lebam Anwar,kematian mengejut Kugan dalam lokap polis dan terkini kematian misteri mendiang Teoh di bangunan SPRM berulang lagi.

Jika kerajaan BN gagal berbuat demikian dan dilihat oleh rakyat cuba menyembunyikan sesuatu,percayalah saat-saat tumbangnya kerajaan BN semakin hampir.

Undi tak percaya rakyat akan diberikan kepada setiap pemimpin BN dalam PRU yang akan datang dan mereka akan kecundang seorang demi seorang,percayalah.

Tanya Mengapa mereka Tak Pangkoh PR,bukan Salahkan Mereka..!!!

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

SYA :

Adoiyai ni lagi satu steatment yang paling aku benci nak dengar.Bukan kerana marahkan pengundi muda tapi marahkan Setiausaha Pas Kelantan yang sesedap hati jer kata macam tu pada pengundi muda.Aku nak bagi ingat pada semua jangan jadi orang orang yang suka menyalahkan orang lain pada kesilapan diri sendiri tapi bila menang pulak pandai hangpa puji sana sini yer.

Persoalannya sekarang bukan apa yang dah berlaku tapi apa yang akan korang lakukan untuk masalah ini..???setakat cakap GAH tapi HABUK takde baik tak payah..!!!

Bab pengundi muda tu kesal memang kesal tapi aku tak suka hangpa salahkan orang, sepatutnya hangpa cari kelemahan sendiri bukan tibai orang lain...ada FAHAM..!!!

PR Belajarlah Dari Kesilapan....

Kemenangan Tipis Pas di Manik Urai dapat di nilai dari pelbagai segi sama ada yang baik mahupun yang kurang baik.Apapun ramai yang mengatakan bahawa kemenangan dengan majoriti yang rendah ini harus diambil pengajaran oleh PAS dan PR bagi mencari sebab APA dan MENGAPA ia boleh berlaku...???Kalau dilihat dari MOOD pengundi sememangnya PR menjangka kan kemenangan BESAR yang diperolehi namun inilah yang dikatakan BIAR MENGALAH DAHULU DARI MENDABIK DADA DIAWALNYA...

Bukan mahu mencari kesalahan mana-mana Parti namun PAS harus duduk dan belajar mengapa ia terjadi..????

Dalam menyebut hal berkaitan Jentera PR pula,memang diakui Pas banya kepincangan dalam soal berkaitan itu.Mana tidaknya sikap dan sifat sesetengah dari mereka yang kurang mesra bila berhadapan dengan RAKYAT..

Apapun yang perlu diperkatakan bagi aku , semua harus belajar dari kesilapan ini ..!!!Sebab apa aku kata Jentera Pas Kelantan Silap kurang Peka aku ada jawapannya....

lu orang Piir la sendiri...Adoiyai...!!!!

Terkini dari M.Urai

Pas menang dengan majoriti 65 undi...!!!!

Terkini dari Manik Urai

Setakat sekarang jumlah undi tidak rasmi Pas mendahului BN dengan kiraan 1864....

Pas dijangka Menang di Manik Urai....!!!

Setakat petang ini difahamkan semua penyokong Pas di MU sudah mula meraikan kemenangan calon Pas Abe Uji yang dikatakan telah menang dengan Majoriti 2000 undi.Walaubagaimanapun proses penjumlahan masih lagi di dalam peringkat pengiraan.

Apapun kita berharap kemenangan akan jadi kenyataan.

TPM dan PM lari meniggalkan M.Urai..????

Dari sumber yang diterima TPM Malaysi telah pun berlepas balik ke Kota Bharu sebentar tadi...

Mungkinkah ia petanda kekalahan UBN....sama-sama kita berdoa agar ia menjadi kenyataan...

Panas di Manik Urai.....

kemaskini 1.55pm Dua ahli Puteri Umno Kelantan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di pusat pembuangan undi SK Peria.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi, lapor akhbar itu lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.

Duit Turun di MU..????



Gambar diatas dipercayai BlackHawk yang digunakan bagi membawa TPM Malaysia dari K.Lumpur hingga ke Manik Urai,Persoalanya semalam telah kecoh yang mana ada sumber yang dapat merakamkan satu adegan yang diragui iaitu ketika TPM turun dari Black Hawk tersebut turut dilihat sama ialah beberapa Beg Besar yang dipercayai mengandungi DUIT..???

Sejauh mana kebenarannya..sama-sama kita nantikan..!!!!!

Slide sekitar Hari Pembuangan Undi N41

Gambar slide ini kami rakamkan sekitar jam 8 pagi sehingga jam 1 ptg.Kehadiran beberapa Pemimpin PAS khususnya Tuan Guru Nik Aziz ke tempat pembuangan undi di Chuchuh Puteri menambah semangat para peraih undi di sana.Calon yang juga turun di kawasan pembuangan undi di Lata Rek menarik perhatian semua.

Telatah para peraih undi kedua-dua parti yang Tenang namun kadang Tegang dilihat mewarnai Proses Mengundi hari ini.Setakat waktu ini yang mana ia berbaki 2 jam lagi sebelum pusat pembuangan undi ditutup,peratus keluar mengundi yang diperolehi ialah 75.5 %.

UBN menggunakan taktik yang sama apabila ada di sesetengah dari mereka mengumpan para pengundi dengan memberikan payung sebagai buah tangan.Dipercayai juga ada pihak-pihak tertentu yang menabur DUIT di dalam Pilihanraya ini.

Keputusan akan diketahui selewat-lewatnya jam 8.30 malam.

Team PerakExpress Dari Manik Urai

Team PerakExpress kini baru sahaja selesai mengunjungi 4 Pusat Mengundi sekitar M.Urai.Setakat ini peratus keluar mengundi amat memuaskan.

Keadaan di semua Pusat Mengundi tenang dan Sistem Peraih undi yang dahulunya di HARAM kan di Penanti telah di MANSUH kan...!!!!

Calon Kedua-dua parti telah pun selesai membuang undi sekitar jam 8.15 pagi tadi.

Parti Yang Menang di LARANG BERARAK..!!!!

Pengunguman ini baru sahaja dibuat oleh Ketua Polis Kelantan Di MARTEK M.Urai....

Emmm...Apakah ini petanda bahawa PAS akan menang esok...!!!

Sama-sama kita nantikan yer.....Harapnya begitu semoga allah swt memberikan kemenangan kepada PR dan ISLAM....

Undilah Calun PAS...Allah Hu Akhbar..!!!!

Slide Gambar sekitar manik Urai

Sekitar Sentuhan Akhir bersama DS Nizar dan Dato Husam di MU











Rakyat yang masih Mengharap!!!!

Apakah yang RAKYAT mahukan???Sudahkah Kita para Pemimpin melihat dan mendengar rintihan RAKYAT sebenar-benarnya atau kita sekadar hanya mengambil lalu sahaja apa yang dirintihkan oleh RAKYAT???Mengapa saya suka menegaskan perjuangan Rakyat ini kerana Rakyatlah sebenarnya TUAN kepada semua Parti Politik di Negara ini,bayangkan kalau tidak ada Rakyat akan ada ke Pemimpin - Pemimpin yang disanjung dan penuh EGO duduk di KERUSI PEMERINTAH dengan GAH menyatakan bahawa mereka lah yang BERKUASA!!!!

Rakyat..Rakyat..Rakyat...hanya itu yang aku ingin perkatakan.Fahamilah bahawa RAKYAT yang ada bukan semua memilih pemimpin untuk ditatap dari kaca TV ,Internet mahupun foto-foto KHAS yang diedarkan untuk RAKYAT,tapi apa yang RAKYAT mahukan ialah Pemimpin yang turun ke tempat mereka sama macam mana ketika undi mereka ditagih dan dipancing ketika setiap kali Pilihanraya.Namun realitinya ialah apabila kita telah menang dan berjaya RAKYAT kita pandang sebelah mata,bila ada isu yang nampak macam boleh naikan nama POLITIK mereka semua pakat turun dan berlagak MESRA dan kononya macam merekalah WIRA untuk RAKYAT...!!!

Sedangkan mereka itu sebenarnya menipu dan memperdayakan diri mereka sendiri...!!!

Hanya satu persoalan aku,dimana,bila dan bagaimana PEMIMPIN RAKYAT yang perjuangan dan KUASA POLITIK mereka hanya untuk RAKYAT tanpa mengira sama ada RAKYAT itu pengundi mereka atau TIDAK akan WUJUD...???Akan adakah Pemimpin seperti itu????Aku YAKIN,ADA...Sekarang juga sudah ada...namun masanya akan sampai dan aku mahu jadi PEMIMPIN RAKYAT,AKTIVIS RAKYAT yang mana bila aku ditanya tentang AMANAH dan TANGGUNGJAWAB maka aku akan dapat menjawabnya dihadapan Allah swt kelak..insyaallah.....

Wahai Pemimpin jangan nanti RAKYAT katakan yang RINTIHAN mereka hanya ibarat mencurah Air ke Daun Keladi...!!!

Demi Islam,Demi Keadilan dan Demi Rakyat akan terus Aku Perjuangkan Hak Rakyat yang Ditindas..!!!!

Nukilan Makrifat Seorang Tua...

dari hati mukmin itulah datangnya anugerah tuhan 'nur' kepadanya.barang siapa yg tidak ada nur maka ia tidak boleh makrifat.walaupun orang itu cerdik sebesar langit tetapi jika tidak ada nur didalam hatinya maka ia tidak boleh makrifat.walau kaya sebesar dunia hartanya tetapi makrifat tidak akan dapat diperolehinya namun tidak ada nur didalam hatinya.walau bagaimana besar darjat orang itu dalam dunia ini,maka dunia dibawah perintahnya,namun tidak ada nur didalam hatinya ia tidak akan boleh makrifat.walau bagaimana besar alim ulamaknya,sebuah kapal kitab yg dilancarnya,tetapi jika hatinya ada setitik hitam,maka makrifat tidak akan dapat padanya....

28,mar1974
haji a talib naiem

Forum Rakyat!!!


Panggilan bukan untuk pujuk Jamal&Osman..!!!!


(Dipetik dari blog Setiausaha PAS Negeri : http://misabah.blogspot.com/)

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR.

Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO. Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka.

Hj Nizar sebagai sifatnya seorang pemimpin ingin mengetahui kedudukan yang sebenar di mana mereka ketika itu, hidup atau mati, bukan tawaran untuk kembali kepada PR. Hj Nizar ada peluang menawarkan mereka kembali kepangkuan PR sewaktu terserempak dengan Osman suatu ketika dulu, tetapi Hj Nizar tidak berbuat demikian.

Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas. Orang macam ini tidak sepatutnya mendapat tempat dalam parti di atas pengkhianatan yang mereka lakukan. Seeloknya kalau mereka benar insaf di atas kesilapan mereka, minta maaf pada rakyat Perak dan letak jawatan sebagai ADUN.

Ada maklumat dari Tg. Malim yang Jamaluddin kononnya menjaja ditawarkan oleh PR 10 juta kalau mereka menyertai semula PR. Sebenarnya PR sudah tidak teringin untuk mempelawa mereka, sekalipun mereka pula yang menawarkan 10 juta kepada PR kalau PR menerima semula dua orang ini, saya percaya PR sebagai parti yang bermaruah tidak akan menerima tawaran yang jijik itu, sebaliknya mereka letak jawatan, jadi orang biasa sahaja, jutaan duit yang mereka dapat dulu gunakanlah dengan baik, pergi umrah banyak kali dan bantu orang miskin sebagai pernyataan insaf dan taubat, semuga rezeki yang mereka dapat boleh menjadi halal dengan cara yang sedemikian.


Sya :

Kepada semua yang kononnya cuba nak politikan isu ni harap faham sikit yer,Ds Nizar Call Katak tu bukan nak pujuk suruh RUJUK tapi nak tanya khabar..Itulah sikap seorang Pemimpin Islam yang Allah swt ajar bukan macam yang lain!!

Macam kata si JAMAL dalam Sinar hari ni ` orang UMNO tak KISAH yang Pemimpin PR sibuk ni buat apa..'...Adoiyai Jamal oi..hang ingat UBN tu pandang ke kat hang tu,itu la adat resam di dunia ini bila buat BAIK difitnah tapi kalau JAHAT tu memang gred 1 punya PUJIAN...!!!

Lepas ni jangan lagi ler Pemimpin PR yang duk HIRAU pasal depa ni sebabnya depa ni semua tak boleh pakai kepala otak dah teruk sampaikan baik dan jahat niat seseorang tu pun tak reti nak nilai...Kalau ada kata yang depa ni HILANG ker apa ker,toksah harap lagi Pemimpin PR ni nak Risau pasal hangpa sebab hangpa ni BODOH TAK BOLEH DIAJAR!!!!!


Kes Krisi Perak juga akan ditangguhkan...!!!

http://media1.malaysiakini.com/144/64bb77c13a67c6f7ffc743d191d27946.jpg

Dari sumber Sahih yang diperolehi dikhabarkan yang Kes Krisis Perak yang sepatutnya dibicarakan pada esok hari juga akan ditangguhkan berikutan keadaan kesihatan Peguam Dato Seri Nizar iaitu Sulaiman Abdullah yang dimasukan ke hospital kerana masaalah kesihatan.

Semoga Allah SWT memberi Kesihatan dan Kekuatan buat Sulaiman agar beliau dan peguam yang lain terus melawan dan menuntut KEADILAN buat RAKYAT Perak...Amin...

Kita yang MENGAGONGKAN UBN itu sendiri..!!

Setelah lama dah tak buat artikel sya rasa nak menulis mengenai satu dari sikap yang ada pada setiapa dari penyokong pakatan Rakyat,iaitu sikap mengagongkan dan menanamkan sikap bahawa UBN itu agung dan kuat berbanding ALLAH SWT sendiri.

Sebab apa sya cakap macam tu kerana ada diantara kita yang suka sebut bila sesuatu itu melibatkan UBN mesti kata `dah tak boleh buat apa dah sebab semua diaorang ( UBN ) dah kawal,buatlah macam mana pun kalah jugak'

Ini budaya yang kita tak mahu ada pada setiap diri pejuang itu kerana ia menggambarkan yang kita ni lemah dan kita ni tak mengaku bahawa KUASA ALLAH SWT itu lebih besar!! tak kira lah UBN ke,Najib ke,Rosmah ke.. mereka semua manusia yang dicipta dan ada kelemahan..!!!!

Kadang kala cara kita mengambarkan KUASA MANUSIA(UBN) seolah kita ni TAKUT SANGAT dengan mereka,berkata-kata macam putus asa dan kita perlu ingat apa yang kita mahu itulah yang Allah swt akan bagi....!!!

Oleh itu selepas ini apa pun yang kita akan hadapi kita bangkit berdepan secara ilmiah dan berpandukan KUASA ALLAH SWT bukan lagi manusia...Tiada satu pun yang berlaku di dalam dunia ini mengikut pemerintahan manusia tapi semuanya Allah swt belaka...

So bangkitlah wahai Pejuang kita usah GENTAR kita berhadapan dengan semangat bahawa ALLAH bersama dengan orang-orang yang benar dan sabar!!!!AMIN......

Apa maksud sebalik pemansuhan PPSMI!!!!

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Sya :

Alahamdulillah akhirnya isu PPSMI ini berakhir juga namun masih timbul persoalannya..mengapa baru sekarang???

Adakah ini satu lagi mainan politik oleh UBN sempena pilihanraya kecil di MU???Apakah ini hanya digunakan sekadar untuk memancing undi pengundi melayu di MU,dan mengapa ia hanya akan dilaksanakan selepas 3 tahun????

Bayang kan smaapai ketahap pendidikan anak-anak kita pun di POLITIKan oleh sesetangah pihak untuk mencari sedikit kelebihan dalam populariti politik mereka.

Soalannya mudah mengapa baru sekarang ( nak pilihanraya MU ) baru ada keputusanya sedangkan ia telah dibangkitkan lama dahulu...????

Sama-sama la kita fikirkan yer...

Slide Penamaan Calon Manik Urai

Islam sebagai cara hidup

nik aziz nik mat manek urai

"Kena balik, tak boleh naik bas, naik motosikal. Tak boleh naik motosikal, jalan kaki," katanya berseloroh sambil disambut gelak ketawa para hadirin.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan menasihatkan Umno supaya menjadikan Islam sebagai cara hidup.

"Bumi yang kita duduk ini, Tuhan buat. Udara yang kita bernyawa (dengannya) yang ada sukatan tertentu, ada oksigen, Tuhan buat... Sayur-sayuran yang kita tanam, kita makan, pun Tuhan buat.

"Semua benda yang manusia berkehendak, Tuhan buat belaka, tiba-tiba kita tolak Islam. Islam bukan datang daripada PAS. Islam datang daripada Allah Taala," katanya.

Sementara itu Pengerusi Perakan, Abdul Fatah Mahmood berkata kemenangan PAS di Kelantan pada 1990 adalah kerana anak Kelantan di perantauan menelefon ibu bapa dan keluarganya di kampung supaya mengundi PAS.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan berharap agar pengundi Manek Urai di luar mengambil langkah yang sama dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

"MU (Manek Urai) adalah langkah awal untuk memenangi piliharaya umum yang ke-13 dan (seterusnya) Pakatan Rakyat dapat menerajui kerajaan persekutuan," katanya.

Manakala calon PAS di Manek Urai, Mohd Fauzi turut memeriahkan perrtemuan dengan berucap selama lima minit untuk memperkenal dirinya.

Beliau juga meminta agar pengundi di luar Kelantan, dapat pulang ke kampung untuk memberi sokongan kepada parti PAS dan seterusnya mengekal kerusi tersebut.

Tok Iskandar berbicara...

Tok nak sentuh sikit tentang apa kebendanya wacana ilmiah yang dipromosikan pemuda PAS kepada pemuda UMNO.Pada hemat tok,eloklah direntikan dan fokuskan kepada PRK Manek Urai terlebih dahulu.Ada jugak faedahnya daripada menimbulkan kekeliruan pada jemaah parti.Media totok umno bazir masa je korang salahkan pasal korang sendiri tahu keja media totok umno ni.Macam citer P Ramlee dalam 3 Abdul.Sorang tu penyangak sorang lagi penyamun.dah kena dah penyamun jual penyangak.Tok tak kata pemuda PAS penyangak..ini tok ambik contoh dalam citer P Ramlee.

Lain kali buat lah keja yang menampakkan kebijaksanaan korang dan kesian tok tengok TG Nik Aziz yang bermati-matian menolak kerajaan perpaduan @ UG.Lepas ni berentilah citer pasal kerajaan perpaduan@UG atau wacana ilmiah.Tumpukanlah dulu kepada prk manek urai.

Hari ni kecoh pemuda umno melaka serang pemuda PAS dan DAP pasal bukak kaunter pendaftaran ahli di pasar malam.ini tindakan tak cerdik pemuda umno dan nampak sangat tak kreatif.kenapa korang tak bukak kaunter pendaftaran kat shopping complex ke,arkib mara ke...ada gak faedahnya daripada serang pemuda PAS dan DAP kat pasar malam.

Ada lagi ke mereka yang cerdik dalam pemuda UMNO sekarang.Spesis macam ni Pemuda PAS nak buat wacana ilmiah...bazir masa adalah.

Kat negara kita fenomena babi semakin menggemparkan.Bukan setakat selsema babi,siap kandangnya sekali jadi sajian utama media totok umno.Patutnya selsema babi jadi fokus utama mereka.Kandang babi tu sebenarnya dari zaman kerajaan BN x ada permit.Tok heran kenapa x mintak permit pulak.

Tok tak nak komen lebih pasal bab makanan ni perut masing-masing.cuma jangan sampai menyusahkan orang lain.Patut boleh bincang secara bijaksana.Bagi umat islam babi tu haram tapi bagi bukan islam itu makanan mereka dan ada yang dah jadi makanan ruji mereka.Macam tok kata tadi berbincanglah secara berhemah.Dulu DAP Kedah pernah persoalkan tindakan kerajaan negeri PAS Kedah laksana polisi kuota 50% untuk bumiputera dalam sektor perumahan.siap komen dalam media totok umno lagi.cubalah hormat-menghormati sesama rakan komponen.Masa kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui GERAKAN buat banyak kondo sampai orang melayu kena pindah dan keluar dari pulau,DAP tak bising pulak.Kita tahukan siapa yang mampu beli kondo.berapa kerat sangat melayu yang mampu beli kondo.Masa PRU yang lepas DAP pernah berebut kerusi dengan PKR dalam parlimen Pokok Sena.Tak salah tok kerusi Dun Derga.pasal tak ada kompromi,DAP dan PKR letak calon masing-masing bertanding dan akhirnya calon GERAKAN menang tipis.jika dicampur kedua-dua undi mereka,PR akan dapat satu kerusi Dun lagi.nasib baik Mahfuz Omar menang sebagai MP Pokok Sena.

Tentang nasib babi ni tok tak nak ulas panjang.Setahu tok babi kat melaka lagi banyak.Dulu pernah guna FRU tapi satu kandangpun mereka tak berani robohkan kerana keprihatinan mereka khususnya KM mereka Ali Rustam.Apa kata Tok Ali offer buat kandang babi untuk babi Kedah ni.Dulu orang kata masa JE,banyak babi Negeri 9 dipindahkan ke Melaka.Sejauh mana kebenarannya tok tak dapat nak sahkan.

Puluhan tahun kandang babi di melaka beroperasi tanpa permit.dahlah dekat kampung orang melayu yang memang sensitif dengan babi.Ada jugak gossip kalangan Melayu kat sini,babi Singapurapun ada dibela di sini.Cubalah kerajaan pusat dan negeri cari penyelesaian yang bijaksana tentang isu kandang babi yang jadi buah mulut orang ramai dan negeri-negeri yang jadi tumpuan seperti Selangor,Kedah,negeri Sembilan dan Melaka.dalam masyarakat majmuk kena ada sikpa saling hormat menghormati.Sikap pentingkan diri sendiri perlulah diketepikan.Apapun kena settle dulu kes selsema babi tu.

Kadang-kadang kita kalah kat BN kerana kurang cerdik serta bodoh sombong.Jika inilah yang berlaku,BN akan memerintah negara ini 50 tahun lagi....percayalah.Kenapa?tak percaya.....

Ceramah Pakatan Rakyat Perak

Gambar Program Ds Nizar di Manjung dan Sitiawan pada 3/7/09.Dato Seri Nizar menyampaikan Kuliah Maghrib dan mengimamkan solat Isyak di Surau Fasa 1E Manjung.Dato Seri Nizar menyampaikan kuliahnya sempena sambutan Israk Mikraj.Lebih dari 100 jemaah memenuhi ruangan surau tersebut.Selepas itu Dato Seri Nizar menjamu jamuan yang telah disiapkan oleh pihak penganjur.

Setelah selesai beliau menghadiri pula Program Ceramah bersama - sama dengan YB Dato Ngeh Ko Ham , YB S. Manikavasagam ( MP Kapar) dan beberapa lagi pemimpin PR yang lain.Dalam Majlis yang mana dibuat sempena memohon untuk Kempen BUBAR DUN PERAK, sejumlah tandatangan dari Rakyat setempat telah dikumpulkan dan diserahkan kepada Dato Seri Nizar.Lebih dari 1000 Rakyat tempatan telah datang bagi mendengar penjelasan tentang beberapa isu setempat.

Majlis diakhiri dengan wakil Kelab Penyokong Pas mengalungkan Bunga kepada ketiga-tiga Pemimpin Pakatan Rakyat tersebut dan juga tanda sokongan kepada Kempen Bubar Dun Perak.

Program Dato Seri Nizar di Tanjung Karang Selangor

Gambar Dato Seri di Tanjung Karang pada 1/7/09..Ketibaan Dato seri nizar disambut dengan tarian naga oleh masyarakat cina dan pelbagai persembahan lain dari pelbagai masyarakat.Dato Seri Nizar turut juga menjalankan upacara belah mulut cucu kepada Tok Sidang Kg batu 10 Tanjung Karang.

Selepas itu Dato Seri Nizar menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Pas Tanjung Karang Selangor.Dalam Program tersebut juga Majlis penyerahan borang ahli Pas yang mana sekaligus sebagai simbolik penubuhan Kelab Penyokong Pas bahagian Tanjung Karang yang mana ia disampaikan sendiri oleh Pengerusinya.

tg-karang1tg-karang-11ds-tkarang1

Dato Seri Nizar di Seremban & Hulu Langat

Gambar sekitar Program Dato Seri Nizar pada 30/6/2009.Tempat pertama yang dikunjungi ialah di Sg Ujung Royal Club Seremban yang mana satu perjumpaan dengan golongan Elit bukan melayu telah diadakan sekitar jam 8.00 malam.Setelah itu Dato Seri telah menyampaikan Tazkirah di Masjid Al-Amin Bandar Hussen On pada jam 9.30 malam dan Dato seri mengakhiri program semalam dengan memberikan ceramah beliau di Padang Awam batu 14 Hulu Langat sempena meneruskan misi jelajah BUBAR DUN PERAK!!

semasa di Hulu Langat Dato Seri diberi penghormatan untuk menerima borang kemasukan ahli baru Pas kawasan tersebut.Lebih dari 1000 orang memenuhi kawasan tempat ceramah.


Terkini Isu Perak

Umno Perak dikatakan akan memohon untuk membubarkan DUN?????

Untuk maklumat lebih terperinci sila ke blog Perakexpress.com...

Benar atau tidak sama-sama kita nantikan..!!!!!