Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Rakyat terus-terusan dirompak dan dizalimi

Baru seminggu kita memasuki tahun yang baru iaitu tahun 2011 yang membuka tirai dengan semangat baru oleh semua rakyat yang ada.Semangat dan pelbagai azam-azam baru dinyatakan dalam mengisi ruang -ruang itu namun secara hakikat dan realitinya itu semua dilakukan bagi mententeramkan hati yang meruntum dek kerana kerakusan pemerintah yang ada.

Penghujung 2010 negara dari segi ekonominya tercalar dan rakyat ditindas dalam keadaan yang paling jelas.Kenyataan menteri yang pada mulanya memberikan janji-janji manis dengan tidak menaikan harga minyak (ron95) akhirnya mereka juga yg menodai janji tersebut apabila sebulan kemudian harga barangan seharian rakyat dan juga bahan bakar paling asas kegunaan rakyat dinaikan secara mendadak.Rakyat di kampung terpinga-pinga bila mengetahui hak mereka dinodai dan mula merungut apabila harga barangan keperluan mereka yang saban hari dibeli di kedai terpalit dengan harga yang baru.Namun apa kerajaan yang zalim lakukan ialah dengan mengarahkan semua media masa menggunakan penyelarasan harga sebagai lakaran muka depan akhbar mereka.Siapa yang tertindas dan mengalami segala kesusahan ini kalau bukan Rakyat.

Untuk itu rakyat perlu disedarkan yang hak mereka bukan sahaja sedang dirampas,dinoda dan diperkecilkan akan tetapi hak mereka sedang dicuri dan dirompak oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO/BN yang ada.Apakah dengan membina banggunan berjumlah 5 billion itu sudah boleh menyelesaikan masalah rakyat?Apakah dengan membina perkuburan VIP berjumlah 70 juta itu sudah memberikan Rakyat terpinggir sebuah rumah yang dipanggil rumah?Tahukah rakyat kos pembaikian rumah Sri Perdana itu menjangkau sehingga 65 Juta?Pastilah jawapanya tidak,isu rakyat terpinggir,rakyat luar bandar rakyat miskin tegar adalah yang lebih memerlukan semua peruntukan itu dari sebuah negara yang "gah dimata tapi hakikatnya rakyatnya adalah dikalangan mereka yg miskin tegar "

Akhirnya kesanya ialah yang miskin semakin papa kedana yang kaya semakin membuncit dengan kekayaan mereka

2 comments:

Meck berkata...

kalau tak silap ramai pemimpin PR kata kita tak perlu subsidi(Lim Kit Siang and Anuar). macam mana pulak tarif air di pulau pinang dan kedah yang naik tu.Tak konsistan lah policy yang digunapakai. Rasanya PR pun banyak merompak juga... kalau nak dicerita panjang lagi listnya.... Rakyat jugalah yang jadi mangsa... hai nasib badan...

Tanpa Nama berkata...

hapuskan keabjadan ameno bn


MASUK AKAL KAH