Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




BLOGGERNETWORK@PERAK

PAGI NI KAMI PARA BLOGGER DARI BLOGGERNETWORK@PERAK MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN BEBERAPA EXCO ANTARANYA,Y.B ZAINUDIN,Y.B TAI SNG NG DAN USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM DI BANGUNAN SUK NEGERI.PERTEMUAN BERLAKU DARI JAM 9PG HINGGA 11.30PG ADALAH UNTUK MENYELARASKAN LAGI GERAK KERJA YANG AKAN MULA DIBENTUK SEBELUM 2009 MENJELANG.

SEPANJANG PERTEMUAN BANYAK ISU TELAH DIBANGKITKAN DAN DIBINCANGKAN DAN AKHIRNYA MENCAPAI PERSETUJUAN BERSAMA.ANTARANYA MERANGKA JAWATANKUASA YANG AKAN MENJADI PENYUMBANG MAKLUMAT KEPADA PARA BLOGGER UNTUK DISALURKAN KEPADA RAKYAT KHASNYA.UNTUK MAKLUMAN,PARA-PARA BLOGGER INI MERUPAKAN PENYAMPAI DAN PENCARI SUMBER MAKLUMAT DARI KERAJAAN KEPADA RAKYAT DAN DARI RAKYAT KEPADA KERAJAAN.BLOGGER INI JUGA SEBAGAI BARISAN PENAHAN KEPADA KERAJAAN DALAM MENGHADAPI SEMUA TOMAHAN DAN KRITIKAN DARI PARTI LAWAN.

TERIMA KASIH KEPADA PARA-PARA BLOGGER YANG HADIR,BERSAMA KITA MENGATUR LANGKAH DAN MERIALISASIKAN AMANAT YANG DIBERI.TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK KERANA MEMBUKA RUANG INI BUAT KAMI.SEMOGA BERTEMU PADA PERTEMUAN AKAN DATANG...

6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan



Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.

fairus khairuddin and penangKeenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.

Wakil rakyat Penanti menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

Perjumpaan Bloggers Network dengan EXCO Perak




Makluman kepada semua Pemaya Bloggers Network @ Perak. Satu perjumpaan dengan EXCO-EXCO Perak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 December 2008 (Jumaat)

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Bangunan Perak (SUK). Sila hubungi MSK bila sampai. 013-5935721

Perjumpaan ini dihadiri oleh EXCO Kebajikan…Tuan Hj. Zainudin dan EXCO Penerangan..Tai Sng Ng. Turut hadir ialah Ustaz Zulkifli Ibrahim, Pengarah Urusetia Penerangan Negeri.

Semua pemaya Bloggers Network @ Perak dijemput hadir. Jemputan ini juga dipanjangkan kepada semua bloggers yang menyertai Persatuan Bloggers Perak yang ditubuhkan baru-baru ini. Semoga dengan perjumpaan ini..akan dapat merungkaikan kekusutan dan silap faham yang timbul.

Untuk maklumat lanjut…sila hubungi MSK.

PINTU PAKATAN RAKYAT TERBUKA BUAT ZAID




KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mengalu-alukan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam pakatan pembangkang itu selepas beliau dipecat keahliannya daripada Umno semalam.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid banyak berkongsi prinsip hak asasi rakyat dan menghormati jaminan hak dalam perlembagaan iaitu isu sama yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

“Kenyataannya yang menghormati jaminan dalam perlembgaan dan menentang undang-undang zalim seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sama dengan apa yang diperjuangkan oleh kami dan kami selesa dengannya,” katanya pada majlis penyerahan salinan memorandum daripada Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) kepada Menteri Kewangan berhubung bantahan penggunaan RM5 bilion wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Valuecap Sdn Bhd, di Parlimen, di sini.

Ditanya sama ada beliau akan menjemput Zaid menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar berkata, beliau turut mengalu-alukannya namun tidak mahu memaksa Zaid memandangkan beliau baru sahaja dipecat dan Zaid juga sering mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain termasuk PAS da DAP.

“Kita alu-alukan beliau tetapi itu pilihannya. Beliau telah berbincang dengan pemimpin PKR, PAS dan DAP.

“Kami selesa dengan pendiriannya dan mahu beliau melibatkan diri dengan lebih lagi memandangkan beliau kini sudah pun terlibat dengan Pakatan Rakyat,” katanya.

Anwar berkata, pemecatan Zaid daripada Umno melambangkan sikap tidak bertoleransi parti itu kepada ahli yang mempunyai pendapat yang tidak sehaluan dengan parti.

“Kehadiran mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak itu tidak menjadi masalah…tapi itu isu Umno.

“Cuma kita harap (Datuk) Zaid mengambilnya sebagai cabaran dan terjun dalam gelanggang,” katanya.

Anwar berkata, pemecatan keahlian Zaid daripada Umno bukanlah satu perkara besar kerana kenyataan-kenyatan parti itu sebelum ini menunjukkan ia tidak mempedulikan prinsip asas hak asasi manusia dan hal ini tidak selari dengan pendirian Zaid.

“Pada saya, ia (pemecatan) bukan isu. Apa yang besar sangat jika dipecat?” katanya.

Ditanya sama ada Zaid pernah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR, Anwar berkata, mereka pernah mengadakan siri perjumpaan tertutup dengan Zaid selepas beliau meletak jawatan sebagai menteri Kabinet.

“Bagaimanapun, yang tertutup itu biarlah tertutup,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, partinya bersedia menerima Zaid jika beliau berminat untuk menyertai parti itu.

“Kami sentiasa bersedia dan membuka pintu jika beliau mahu menyertai kami,” katanya.

Lim berkata, Umno terlalu memperbesar-besarkan isu Zaid menghadiri majlis pembangkang sehingga membawa kepada pemecatan keahliannya sedangkan parti itu seharusnya memfokuskan kepada usaha membanteras politik wang dan rasuah yang semakin berleluasa di kalangan ahli.

“Pada mereka, kehadiran Zaid di majlis pembangkang merupakan isu besar yang menyebabkan Majlis Tertinggi (MT) mesti memecat beliau sedangkan mereka membiarkan rasuah dan politik wang berlaku dalam Umno,” katanya.

Lim berkata, Umno tidak mampu lagi membendung politik wang sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhasrat untuk mendedahkan nama pemimpin parti itu yang terlibat dalam gejala yang semakin berleluasa itu.

“Usaha membendung gejala inilah yang mahu dilihat oleh rakyat dan bukannya pemecatan Zaid,” katanya.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno mengumumkan Zaid dipecat keahliannya serta merta daripada Umno kerana kesalahan melanggar etika parti termasuk yang terkini menghadiri Kongres Tahunan Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Abdullah memutuskan tindakan berkenaan berdasarkan beberapa tindakan Zaid sebelum ini khususnya apabila menghadiri sebagai tetamu jemputan ke majlis anjuran parti pembangkang.

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB (MStar)

Tok glamor ingin cuba nasib lagi



Perkabaran yang diterima lawan Mat Sabu dulu Tok Maimun juga akan bertanding jika ada pihak yang menanggung perbelanjaannya untuk kempen Pilihanraya nanti.
Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali
kedua dalam tempoh tidak sampai setahun. “Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah. “Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok,” katanya. Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.

Adoiyai ni lagi satu kes nak kutuk orang tua...emm tapi nak bagi tau je la sudah-sudah la tok dah tak padan ada baiknya tok ambil masa yang ada rehat dan tambah amal ibadat lagi baik.Bukan tok tak boleh masuk tapi rasanya tak sesuai dah....

Hakmilik Selama-lamanya untuk RPT dan Kg. Baru di Perak....




Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato’ Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.

Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.

Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu :

Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak

Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik. Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.

Dengan pemberiaan hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.

Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato’ Ngeh dalam sidang media itu.

Perkara ini juga dibangkitkan oleh M.B perak pada majlis makan malam semalam.Sambutan amat baik dan sokongan diberikan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.Perak merupakan Negeri Pertama yang melakukan proses melibatkan isu tanah tersebut.Syabas diucapkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

ISU SENSITIF!!!!!







Malam tadi saya dan Matsamankati pergi buat cover story makan malam M.B di TOH BOW KEONG HALL jam 8.30 malam.Majlis dihadiri oleh M.B perak DATO SERI IR HJ NIZAR JAMALUDDIN,Y.B AZMIN ALI,Y.B TIAN CHUA,Y.B KESAVEN,Y.B LEE BOON CHAI,UST ZULKIFLI IBRAHIM dan beberapa kepimpinan pakatan rakyat yang lain.

Kebanyakan isu yang menjadi topik utama ucapan ialah kenyataan Dato Mukriz Tun Mahathir yang menyarankan agar sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dimansuhkan.Isu ini dilihat ulangan kerana Dato seri Najib pada satu ketika dulu juga pernah menyatakan perkara yang sama.Isu ini dianggp sensitif dikalangan bangsa cina dan india.Y.B lee juga mengesa agar Mukriz menarik semula kenyataannya berhubung perkara itu.Ingatan supaya Dato Mukriz tidak sekali-kali memainkan isu tersebut.

Y.B Azmin Ali juga menyatakan perkara yang sama dan memberi janji kepada kaum cina dan india Pakatan Rakyat khususnya di Perak akan mempertahankan kebajikan rakyat dalam soal isu tersebut.Beliau juga menyatakan bahawa Negara ini bukan milik Umno dan Dato Mukriz jangan lagi mengeluarkan kenyataan bahaya tentang isu tersebut.Menyentuh isu peralihan kuasa dalam UMNO Y.B Azmin juga menyatakan bahawa Rakyat tidak harus membenarkan Najib untuk menerajui Negara kerana tiada keyakinan bahawa Najib mampu membentuk dasar ekonomi yang lebih mantap dari yang sedia ada.

Pendekatan yang sama juga ditunjukan oleh M.B Perak dalam soal isu tersebut.Pakatan Rakyat akan menentang sekeras-kerasnya apa saja bentuk tindakan berkaitan isu tersebut.Pakatan Rakyat juga memberi jaminan kepada Rakyat bahawa jika mereka memerintah Negara pemansuhan Akta zalim ISA akan dibuat serta merta.