Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Bukti Azeez di PUKUL..???Saksikan Gambar-Gambar Ini...!!


Abdul Azeez sedang mempertahankan Menteri Ismail Sabri.



Abdul Azeez dibelasah lebih 20 orang penyokong PAS.Lihat gambar, Abdul Azeez sedang dicekik.

Kami kagum Putera Umno iaitu Abdul Azeez masih bernyawa dan sanggup berkorban untuk orang lain.Kami di Baganutama berbangga dapat merakam aksi samseng penyokong PAS.Datuk Abdul Azeez boleh amik gambar ini sebagai bukti rekod bagi mendakwa 20 orang penyokong PAS yang bertindak liar itu.Kami tidak minta royalti untuk tiga gambar ini.Kami juga mohon maaf kerana tidak bantu Datuk.Semoga Datuk cepat sembuh.

Klik Laporan Malaysiakini tentang pengaduan Datuk Abdul Azeez

Bandar Tentera Darat atau Bandar Pembiakan Lalat...????

Oleh : albanjari
Hey..hey..hohoho ! Wass up..wass up !! Gua tension maa, bukan gua saja, kawan-kawan gua, tokeh kedai makan, gerai makan, tukang makan, tukang bikin makan di kedai makan, awek jemur bodi kat pantai pun tak suka maa..betul2 tension maa..! Hello !! ..bhai..lu tension apa kat PD? Lu tanya gua kaa lu mau tanya Isa Samad ? - intro

Apa kejadah sejak mula jejak bandar Port Dickson sampai le ke hujung jalan ke Pasir Panjang, Teluk Kemang tak sudah-sudah dengan LALAT. Duduk dihurung lalat, berdiri dihurung lalat, tidur dihurung lalat, makan dihurung lalat, dalam kereta ada lalat, angkat ketiak ada lalat, bukak baju nampak lalat ? hmm..itulah gambaran sebenarnya, diluar jangan kira, lalat di mana-mana. Sudahnya bukan setakat penduduk di DUN Bagan Pinang, seluruh Port Dickson dah pening mengalahkan lalat. Hey..Isa ! Ini isu dah makan bertahun-tahun !, orang BN dihurung lalat, orang PR pun dihurung lalat, bukan sedikit, bukan 1-2 ekor, kalau ditimbang dengan 'kati' UMNO entah berapa ribu 'kati' kita dapat di sini !! Memang hebat fenomena LALAT ! Betul-betul macam PALAT.

Antara PALAT dan LALAT, LALAT di bandar pelancongan ini lebih teruk dari PALAT. Jika dulu bandar PD amat dikenali sebagai bandar pelancongan antarabangsa. Apa tidaknya, semua bangsa datang menjemur bodi dipantai sambil menikmati budaya Malaysia yang Indah dan Nyaman ! Wass..up ! Wass..up !! Itu dulu, sejak Isa menjadi MB hinggalah di-ex MBkan, lalat makin ketara di PD. Kesian mek-mek saleh yg derita dihurung lalat ketika menjemurkan bodi di pantai PD.

Tinjauan selama 6 hari di beberapa kedai makan dan restoran juga di hotel2, memang LALAT sudah menjadi sahabat setia di sini. Jika dulu ada peniaga boleh dapat belasan ribu sehari berniaga makanan, tetapi kini tidak lagi. Ada peniaga jajaan pinggir jalan terpaksa menambah bilangan pekerja khusus mengibas lalat di meja makanan dari dihurung lalat,kesannya perniagaan kecil itu terjejas teruk, angkara lalat !

Kelmarin ketika menemubual seorang peniaga tempatan di bandar Port Dickson yang enggan namanya dipublishkan di blog, mendakwa beberapa pemilik hotel telah beberapa kali mencadangkan maskot terbaik bagi produk pelancongan Port Dickson adalah LALAT. Ketika ditemubual, gerai jajaan beliau terus-terusan dihurung lalat. Lalat di sana-sini !

Dan itulah ISU paling besar Port Dickson sejak zaman Isa Samad menjadi MB sehinggalah dicalonkan semula sebagai calon BN di sini, dalam DUN Bagan Pinang. Jangan sampai penduduk di sini mencadangkan Isa pula sebagai maskot baru - BAPA LALAT !

Ketika mengisytiharkan calon BN, seminggu lalu, cadangan terbaru yang datang dari Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, mahu menjadikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Hey..hey..wass up ! Wass up !! Salah sebut tu !! Bukan Bandar Tentera Darat, tetapi lebih tepat disebut bandar BIAK LALAT !! Sebelum angkat martabat bandar ini kepada bandar tentera, selesaikan dulu masalah LALAT !

Sedutan berita dari akhbar Umno, Berita Harian Isnin 12 Mac 2007 Nasional m.s. 8 ;
"Cuma, saya pernah nampak beberapa pelatih PLKN pitam atau muntah ketika berkawad di tengah panas. Walaupun ada pegawai kesihatan, ia patut dielak," katanya. Mohd Rosli ditemui ketika menjemput anaknya selepas tamat latihan dari Kem Syruz, Nibong Tebal di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa), di sini, semalam.

Mohd Hatta adalah antara 31,696 pelatih Kumpulan Satu Siri 4/2007 seluruh negara yang tamat latihan di 78 kem, kelmarin dan semalam. Pelatih PLKN, Mohd Syafik Syahid, 18, berkata dia dan rakannya gembira kerana mendapat peluang mengikuti program itu khususnya aktiviti lasak tetapi penyediaan makanan di Kem Syruz kurang memuaskan.

Dia berkata, pelatih juga terpaksa makan bersama hurungan lalat di dewan makan, selain sesetengah masakan tidak benar-benar empuk, khususnya ayam dan ikan.

"Kita mengadu hari ini, masakan esoknya bagus tetapi berulang lagi hari seterusnya. Banyak lalat, makanan tak berapa masak," katanya.\
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20070312091542/Article/

Lagi artikel lalat di Port Dickson ;
1) Lalat di PD [ link ]
2) Lalat Oh Lalat [ link ] oleh Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang
3) Taip 'lalat di PD' google sendiri !

(*) Maaf kerana agak kurang dapat update blog. Bukan malas, tapi masa yg ada, cukup tidak mengizinkan. Sepanjang peperangan di Bagan Pinang, upaya utk masa tidur terpaksa dikorbankan, jika dapat melelapkan mata utk 2 jam, itu sudah cukup nikmat yg tidak terhingga. Ratusan foto masih tidak dapat diuploadkan di blog. Berbelas isu Q menunggu ! Antara berkejar memburu cerita dan berita keliling DUN, menulis dan hadir di setiap mesyuarat penting Media, langsung tidak berdaya untuk memanjakan diri. Salam wak dari N.31

Gambar menarik di sekitar Bagan Pinang

Gambar kat atas ni merupakan antara banyak-banyak banner yang dipasang bagi nak menaikkan UBN di dalam Pilihanraya kali ni...apa yang membuat sya merakamkan gambar ni ialah taktik Najib bagi menyamaratakan sokongan TIDAK BERBELAH BAGI kepada ISA dan juga MB N9.Kerana bagi mereka memilih Isa sebagai calon penuh risiko dan pelbagai lagi sebab yang tersirat disebaliknya,namun bagi menjaga puak-puak dari pengaruh Hassan pula maka WAJIBlah bagi Najib mengampu si Hassan ni pula..Bayangkan Poster NAJIB dan HASSAN ni lebih banyak dari Poster calon mereka sendiri....Bayangkan...!!!

Banner kat atas ni ada tertulis perkataan `Setiakawan Amalan BN '..Emm kat mana Setiakawan nya ek..???Punyalah SETIA nya orang BN ni sampaikan sanggup mengugut Pimpinan sendiri untuk memilih calon pilihan mereka dan jika TIDAK maka mereka akan meng BOIKOT parti mereka sendiri.Adakah itu yang dikatakan SETIAKAWAN...????
Lokasi ini ilah di Ladang Atherton,berada ia disebelah dengn markaz PAS di dalam ladang ini.Apabila kami tiba disana khemah milik UBN ini LENGANG dan tidak berpenghuni yang ada cuma meja dan bangku-bangku kosong....dan sambungan gambar ini dibawah ini...
Gambar ini sempat sya rakamkan semasa kami menggunjungi kawasan ini.Hanya Anjing sahaja dilihat menjadi penghuni khemah ini.Bayangan sampai dah takda petugas yang nak jaga kawasan ini sehinggakan yang tinggal hanyalah Binatang ini,tu kira nasib baiklah dari takde...
Apa yang meanjadikan ia menarik ialah apabila dipanggil dengan nama BN maka ia pun berpaling ke lensa sya dan hasilnya..gambar ini berjaya dirakam....

Opsss...jangan marah haaaa...ini realitinya....N31 Bagan Pinang..!!!
Berani membuat Perubahan...!!

Pemberitahuan..!!

Sya dan Team Perak Express kini berada di bagan Pinang dan akan mula memasukan gambar dan cerita- cerita terkini di Bagan Pinang mulai malam ini.Satu siri ceramah Perdana juga akan diadakan malam ini bertempat di Markaz Induk Pas.

Nantikan gambar-gambar sekitar hari penamaan calon dan gambar terkini malam ini.

UBN makin TAKUT,Sebar Fitnah tanda UBN Lemah..!!!!


a

h
Semalam sya diberitahu oleh YDP pas Kawasan Bukit Gantang ust Nordin Jaafar mengenai sebuah bungkusan yang dikirimkan ke alamat Beliau di Bukit Gantang.Sewaktu menerima bungkusan tersebut Beliau diminta membayar denda sejumlah 3 ringgit lagi apabila pengirim sampul surat itu hanya meletakan setem yang bernilai 50 sen sahaja yang mana ia tidak sepadan dengan berat bungkusan tersebut.Beliau yang ketika itu tidak mengetahui isi kandungan bungkusan tersebut terus membayar bayaran denda yang ditetapkan.

Apabila sampul itu dibuka terdapat didalamnya sebuah buku yang bertajuk `The Tales Of Mat Bond-Anwar sodomy 2'dan juga sebuah akbar yang bertajuk `The Screw Opener ' yang mana kedua-duanya mengandungi isi yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.Walaubagaimanapun kedua-dua bahan ini tidak diterakan siapa pembuatnya.

Perbuatan ini disifatkan sebagai satu tindakan terdesak yang cuba dilakuakn oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan fitnah dan dakyah palsu UBN.Jika ada sesiapa lagi yang menerima bungkusan ini diharapkan supaya memaklumkan ia kepada pihak yang sewajarnya agar tindakan ini tidak berterusan.

Pemberitahuan..!!!

CERAMAH UST IDRIS

Tak Bayar Tak Boleh Kibar Bendera..???


Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan sampul surat untuk undi pos selepas memberi taklimat kepada
Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan petugas SPR di Port Dickson, semalam

PORT DICKSON 30 Sept. – Mana-mana parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dilarang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak tegas terhadap mana-mana parti yang berbuat demikian.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

“Kita mahu parti yang tidak bertanding, janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan.
“Jangan cuba melanggar undang-undang kerana parti yang tidak bertanding ini tidak membayar deposit bahan kempen serta pilihan raya. Jadi mengapa mereka hendak menumpang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan petugas SPR di sini hari ini.

Sya :Ooooo maknanya kalau parti lain nak kibar bendera BOLEH tapi kena berbayar la sebab SPR layan semua yang menguntungkan mereka sahaja..So NO MONEY NO TALK...!!!!

Syabas SPR...Lu Orang memang BAGUS...BAGUS MENIPU!!