Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Petugas PAS di PUKUL Pemuda UMNO...!!!!




Petang Tadi satu Insident pergaduhan yang melibatkan antara petugas Pas dan juga Petugas UMNO di Taman Dato Hj Abdul Samad berhampiran Taman permainan.Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan.Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.Beliau juga telah dibawa ke Hospital P.Dickson bagi menerima rawatan.

Selesai itu bertempat di Markaz Induk Pas Yb Salahuddin Ayub membuat satu sidang akhbar bagi menyatakan kekesalan Beliau berhubung apa yang berlaku.Mangsa juga akan membuat laporan Polis berhubung kejadian ini.

N31 Berani membuat Perubahan..!!

Banner DAP pula Diturunkan...!!!!










Peristiwa ini dirakamkan semasa Pihak Polis,Spr dan MBPD menurunkan Banner dan juga bendera DAP dan Keadilan di hadapan pejabat DAP di Batu 9 Teluk Kemang.Suasana dipenuhi dengan kehadiran FRU yang mana menjadi pertahanan kepada MBPD dan SPR atas tujuan menurunkan Banner yang dikatakan salah dalam akta SPR.Ia diturunkan tanpa surat dan sebab-sebab yang sepatutnya kerana ia disifatkan sebagai satu tindakan Provokasi oleh Pihak BN.

Siapa PESONG Siapa..????

Banner ini antara yang dipasang dari berpuluh-puluh yang lain,apa yang membuatkan ia menjadi menarik ialah tulisan ayat di atas banner ini yang mana ia tertulis `Tolak Pas usah Biarkan Diri Anda terus Dipesongkan '...Emmm mereka seolah - olah mentafsirkan bahawa selama ini Rakyat telah dipesongkan oleh Pas dan apa pula pandangan anda mengenai Banner keluaran UMNO ini....

Baik sama-sama kita lihat gambar dibawah ini pula....


Diatas ini koleksi banner-banner yang dipasang apa yang menambah persoalan sya ialah siapa yang memesongkan Akhlak dan Akidah Rakyat di Negara ini..Apa yang tetulis dalam Banner ini ialah perkataan `Selama 63 Tahun BN Melindungi anda Jangan Musnahkan Keamanan Negara' dan juga `Selama 63 Tahun Kami Hidup Aman Bersama BN '....Cuba kita renungkan ayat diatas ini apakah ia Tidak MEMESONGKAN AKIDAH KITA...???

Ungkapan yang seolah-olahnya memperbesarkan dan Mengagungkan BN sebagai pembela juga sebagai Penyebab kepada Keamanan Negara ini.Dengan perkataan -perkataan seperti ini maka kita dapat mentafsirkan bahawa BN mahu Rakyat yang ada menanamkan dalam diri mereka bahawa BN lah yang menjadi TUHAN dan penentu hidup dan juga yang menjaga Rakyat dinegara ini...Lihatlah dan fikirkanlah SIAPA yang SEBENARNYA MEMESONGKAN RAKYAT...!!!


N31 Berani Membuat Perubahan...!!!

Lagi Ragam di N31..!!

Banner diatas dipasang disetiap ceruk pelusuk Bagan Pinang yang mana tertulis diatasnya perkataan `Pembangkang Ekspotasi Anak-anak Kecil '.Isu i ni dimainkan oleh UBN disetiap PRK selepas Terengganu.Mereka seolah-olah menyatakan bahawa masa depan anak-anak ini akan tercemar hanya kerana menyokong pembangkang....Persoalannya pula ialah bagaimana UBN mentafsir gambar dibawah ini...???

Ini gambar yang dirakamkan semasa ceramah isu semasa anjuran UBN di markaz mereka malam tadi yang mana ketika ini Roslan Kassim sedang menyampaikan Pidato Beliau...Tertulis pada banner dibelakang penceramah ialah `Siapakah Anwar Ibrahim '??dan ia dikupas dengan agak panas oleh Roslan namun apa yang mengaitkan ia dengan isu Mengekplotasikan kanak-kanak ialah....lihat gambar dibawah...
Gambar ini merakamkan hanya kanak-kanak sahaja yang memenui majlis ini...mungkin kerana sudah tiada siapa lagi yang mahu mendengar pembohongan UBN maka kanak-kanak pula dibawa...apapun gambar ini juga membuktikan bahawa mereka sudah kehilangan sokongan sehinggakan yang hadir tak sampai berapa RATUS pun...!!!

Persoalannya SIAPA yang MEMPERGUNAKAN Kanak-kanak...???

N31 Berani Membuat Perubahan...!!!

Banner Provokasi Berjaya Diturunkan..!!!

Banner yang dikatakan menimbulkan Provokasi dan Fitnah
Ini merupakan gambar tebaru yang dirakamkan yang mana beberapa banner yang menimbulkan provokasi dan juga fitnah telah diturunkan petang ini.
Ia diturunkan selepas satu laporan polis dibuat oleh Yb Firdaus Jaafar MP jerai semalam.
Beliau yang dalam ceramahnya memberikan masa 24 jam bermula petang semalam kepada Pihak Berkuasa untuk menurunkan kesemua banner yang berunsur fitnah ini akhirnya berjaya diturunkan kerana ia disifatkan melanggar akta Pilihanraya Malaysia.

Ragam N31

Umno menawarkan kepada semua penduduk di seluruh Bagan Pinang dengan membekalkan Akhbar Berita Harian PERCUMA kesetiap rumah.Ia dihantar sendiri oleh Puteri UMNO dan juga para petugas UMNO yang lain.Apakah ini sebagai satu petanda bahawa mereka telah terdesak dan akhbar Pro Kerajaan ini sudah tidak laku lagi dipasaran....????Emmm HAIRAN..!!
Ini ialah gambar yang sempat dirakam ketika Dato Seri Nizar meluangkan masa di Ladang Seliau yang mana ketika itu satu TEAM anggota Polis tiba dan mengatakan mahu mengambil gambar UPU Ladang Seliau.Ditanya apakah ada report yang dibuat,anggota berkenaan menjawab tiada namun dapat dilihat ditangan Beliau ada sekeping salinan Polis report...Emm bila ditanya apa sebab mahu ambil gambar Beliau berkata lagi `Tiada apa,untuk simpanan sahaja'....Emm apa yang sebenarnya yang menyebabkan mereka datang ke UPU tersebut hanyalah kerana mahu menjalankan tanggungjawab mereka mempertahankan kemenangan UBN di sini...!!Kalau kita yang report belum tentu lagi akan disiasat atau diambil tindakan akan tetapi kalau puak dan juak UBN yang buat cepat jer mereka datang...
Gambar salinan report yang dibawa bersama dengan Pegawai ini...

Ini merupakan gambar menarik yang sempat dirakamkan,apabila anggota Polis ini Merokok semasa menjalankan TUGASNYA..!!Bukankah mereka dilarang membuat kerja lain ketika menjalankan tugas...namun anggota ini dengan selamba Merokok...!!!...

UMNO ohhh UMNO....N31 Berani Membuat Perubahan...!!

Jadual Dato Seri Nizar 5 Oktober,Bagan Pinang -MISI menangkan rakyat!

Pengundi Bagan Pinang boleh bertemu DS Nizar untuk mendengar sendiri penjelasan beliau.Harapan kita pengundi Bagan Pinang sebijak pengundi Bukit Gantang memilih calon tanpa rasuah politik.
Malam ini sekali lagi DS Nizar akan menjelaskan kegagalan UMNO selama 52 tahun di Perak khususnya.Bagaimana UMNO boleh mengambil Osman Jailu yang semasa mereka jadi exco dituduh pihak UMNO dengan rasuah seks dan rasuah 180 juta ringgit.Kes mereka masih berjalan!
Marilah kita mendengar penjelasan DS Nizar tentang kerajaan haram Zamri:
5 Oktober 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Bt. 3 Jln Pantai, Bagan Pinang P.Dickson (perkarangan rumah Pak Din)

Penceramah :

YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin
YB Saifuddin Nasution
Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Y Bhg Zulkefly Mohamad Hj Omar, Calon PAS N31 Bagan Pinang