Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




BANTUAN AMAL




Kuala Lumpur 24 Nov 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom hari ini menyeru kepada semua pendokong gerakan Islam, ahli-ahli dari Pakatan Rakyat serta para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada tabung dana 'Perihatin Amal Malaysia' bagi membantu beberapa anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan dalam program ceramah sempena kempen himpunan anti ISA di Pandan Indah kelmarin.

Seruan yang dibuat melalui Setiausahanya, memohon orang ramai dapat membantu anggota Unit Amal yang ditahan itu agar dapat membuat persediaan sekiranya mereka dikenakan jaminan wang ketika menghadiri perbicaraan pada 8 & 9 Disember ini.

Selain daripada membantu meringankan bebanan anggota Unit Amal yang ditahan, tabung ini juga akan digunakan untuk membantu anggota Unit Amal yang ditimpa musibah, kesempitan hidup, menyambung pelajaran dan lain-lain lagi khusus untuk kebajikan anggota-anggota Unit Amal seluruh Malaysia.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, satu program khas akan dirancang bagi melancarkan tabung dana ini dengan lebih meluas yang mana ianya akan dilancarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub.

Bagi peringkat permulaan, semua Jabatan Amal negeri telah diarahkan untuk memohon sumbangan seminima RM 5.00 sebulan daripada anggota-anggota Unit Amal negeri masing-masing yang berkemampuan untuk mengisi tabung dana ini.


Sekiranya tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan, sila masukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia DPPP seperti yang tertera di sebelah.

Setiap sumbangan tuan diharap dapat dimaklumkan melalui sms kepada :

1) Ustaz Jamsari Marsom : 013-4298130
2) Mohd Hafiz Musa : 019-9817327
3) Mohd Shahraini Abu Sahid : 017-8812996

Marilah kita bersama-sama menyumbang kepada yang memerlukan...kepada yang zalim balasan Tuhan akan mai...hangpa tunggu je laaa....

NAK JADI CERITA!!!

HARI NI AKU DENGAN MAT SAMAN KATI PEGI CARI BARANG UNTUK KE KONGRES HARI KHAMIS NI,TAPI NAK DIJADIKAN CERITA MASA DALAM PERJALANAN NAK ANTAR AKU BALIK TAYAR KERETA ABANG MAT KITA PULAK BOCOR...!!!ADOYAI MEMANG DUGAAN TUHAN BETUL...NASIB BAIKLAH ADA HAMBA ALLAH YANG NAK TOLONG KAMI...DAN NASIB BAIK JUGAK ADA TAYAR GANTI,KALAU TAK NAYA...DUGAAN DAAAAAA..!!!!!

Irene Fernandez, Dibebaskan Dari Hukuman Penjara !!



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Pengarah Tenaganita Sdn Bhd, Irene Fernandez dari hukuman penjara 12 bulan setelah mengenepikan sabitanya atas kesalahan menerbitkan denga niat jahat satu berita palsu pada 1995. Pada ketika itu, Mahkamah Majistret mendapati Irene didapati bersalah kerana menerbitkan memorandum mengandungi berita palsu berhubung pendatang tanpa izin di kem tahanan. Dia didakwa menerbitkan memoandum bertajuk "Abuse, Torture and Dehumanised Treatment of Migrant Workers at Detention Camps" (Penderaan, Penyeksaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Pendatang Asing di Kem Tahanan).

[Nampaknya, mahkamah Malaysia semakin dibersihkan. Kini ramai individu yang menjadi pembela rakyat dibebaskan daripada mahkamah atas segala pertuduhan yang dibuat terhadap mereka. Bermula dengan keputusan Mahkamah Seysen Kuala Lumpur membatalkan permohonan pindah mahkamah dalam Kes Anwar Ibrahim, kemudia diikuti pula dengan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Blogger Raja Petra Kamarudin. Kini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pula melakukan keadilan yang sama dengan membebaskan Irene Fernandez. Semoga dengan ini integriti mahkamah akan lebih disanjungi serta diterima oleh seluruh rakyat hendaknya. Apapun hanya kes Altantunya sahaja kini yang masih menjadi perhatian dan kekeliruan dikalangan pemerhati].

ADIL KE ????





Polis malam ini bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghadiri majlis pelancaran kempen mansuhkan ISA di situ.

Kira-kira 40 anggota anti-rusuhan mula bertindak menyuraikan orang ramai - yang dianggarkan berjumlah kira-kira 100 orang - pada kira-kira jam jam 9.26 malam ketika Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap kepada orang ramai. ( 23 november 2300 h )

manakala di suatu negeri yang lain

pagi tadi,satu demostrasi bantahan penternakan babi telah di adakan di hadapan pasar kuala sungai baru,daerah masjid tanah melaka.tiada seorang pun FRU yang hadir.kecuali beberapa kerat anggota trafik yang mengawal lalulintas.poster mengenai demostrasi ini mula disebarkan ketika solat jumaat.penganjur perhimpuanan haram ini tidak dapat dikenali sehingga kini.

mengikut maklumat yang di terima melalui sms,jumlah yang hadir adlh kira kira 50 org.

dua situasi yang berbeza.tetapi di atas matlamat yang sama.iaitu hak!hak sebagai rakyat malaysia.tetapi dalam keadaan yang berbeza.satu perhimpunan di serang hebat oleh polis.manakala satu lagi polis cuma tersengih kerang.

adilkah?sedangkan kedua duanya perhimpunan haram !!!!!!!!!

KEPRIHATINAN!!!













SEMALAM SAYA DIBAWA OLEH PUAN.FATHAMAWATY DAN PN.ZURAIDAH YANG MEWAKILI WANITA PKR BAHAGIAN GOPENG KE KG.RAHMAT B.GAJAH PERAK UNTUK MENEMUI 2 KELUARGA YANG MERUPAKAN PENERIMA BANTUAN RUMAH DARI AHLI PARLIMEN GOPENG DR LEE BOON CHAI, BANTUAN DARI BAITULMAL NEGERI PERAK DAN BSN.KEDAIFAN KELUARGA INI DISEDARI OLEH USTAZ FAHMI (KETUA CAWANGAN PAS S.RAHMAT) YANG MEMBAWA MASALAH INI KEPADA EXCO WANITA GOPENG IAITU PN.FATHMAWATY.

HASIL DARI TINDAKAN SEGERA YANG DIAMBIL RUMAH BANTUAN INI BERJAYA DISIAPKAN HANYA DALAM MASA SEBULAN HASIL DARI GOTONG-ROYNG YANG MELIBATKAN BANYAK PIHAK TERMASUK DARI UNIT AMAL GOPENG.KELUARGA INI PERNAH DIJANJIKAN OLEH ADUN KAWASAN ITU IAITU PN.HAMIDAH DAN SETELAH MENUNGGU SELAMA 2 TAHUN APA BENTUK BANTUAN PUN TAK ADA..JANGAN KATA NAK BANTU JENGOK PUN TAK NAK.....

SAYA DAPAT MELIHAT KEGEMBIRAAN DARI ANAK-ANAK KECIL YANG SELAMA INI MENANTI UNTUK MENDAPAT SEDIKIT KESELESAAN DALAM KEHIDUPAN..ALHAMDULILLAH HASIL DARI USAHA BANYAK PIHAK MAKA NASIB KELUARGA-KELUARGA INI AKHIRNYA TERBELA.

BUAT ADUN KAWASAN ITU,INIKAH YANG DIKATAKAN JANJI HANYA TINGGAL JANJI....SLOGAN MEMBELA NASIB ORANG MELAYU YANG DILAUNGKAN PEMIMPIN MEREKA HANYA SEKADAR KATA-KATA....PEMIMPIN UMNO MEMANG MUDAH LUPA!!!

PROGRAM CAMBAH FIKIRAN NEGERI PERAK




PROGRAM CAMBAH FIKIRAN ISU-ISU SEMASA BERSAMA MENTERI BESAR PERAK

IPOH (23/11/08): Kerajaan dibawah Pakatan Rakyat dengan Kerjasama urus setia Penerangan Negeri Perak mengadakan Program Cambah Fikiran bersama Rakyat dan Blogger - Blogger yang bertempat di Dewan Serbaguna Perak Darul Ridzuan.Program bermula seawal pukul 9.00 pagi.

Program juga telah berjaya mewujudkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Para Blogger yang mana turut menjadi peserta program.Menteri Besar Perak juga telah berbesar hati menyampaikan Tag Media kepada Blogger-Blogger yang mana dengan adanya Tag tersebut maka memudahkan kerja - kerja yang akan dilakukan oleh Para Blogger dalam menyebarkan maklumat kepada Kerajaan dan rakyat.

Perak merupakan Negeri pertama mengiktiraf Blogger - Blogger sebagai antara cabang - cabang penyebaran Media Khususnya di Negeri Perak D.R.Diharapka hasil usaha dan kerjasama ini dapat mendekatkan lagi Kerajaan dan Rakyat Khasnya....Insyaallah..

KES TANGGUH LAGI




PETALING JAYA - Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 5 dan 6 Februari depan berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi