Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........

-Kamparin

PERHATIAN

SIRI JELAJAH MB BERSAMA RAKYAT - PERAK

PROGRAM MENTERI BESAR DATO SERI IR HJ NIZAR JAMALUDDIN DI PARIT/BOTA


MARKAZ PAS TITI GANTUNG PARIT

9.00 MALAM

Dato Seri dan Keluarga berpindah.....






Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dan keluarga berangkat meninggalkan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak pagi ini.Dato Seri dalam ucapannya menegaskan bahawa keluarnya beliau dari Kediaman itu bukan kerana beliau menyerah kalah dan tidak sama sekali melepaskan jawatan beliau namun ia dilakukan kerana menghormati undang-undang dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.

Dato seri dan keluarga akan tinggal di sebuah rumah yang disewa khas untuk beliau dan keluarga..

Dato Seri diiring keluar dengan barisan Hormat oleh Unit Amal yang selama ini memberi kerjasama dan menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Dato Seri akan menyerahkan kediaman Rasmi itu pada 27/2/09...

Strategi Licik UMNO/BN Melalui Najib - malaysiakini

-tok iskandar

Modus operandi hampir serupa. UMNO akan peralatkan Sultan Selangor pecat MB Selangor atas alasan moral kerana menghadapi pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah.

Khalid juga akan dipenjarakan sebelum menghadapi perbicaraannya untuk mencetuskan ketidak stabilan politik di Selangor dan melaga-lagakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Ada di kalangan mereka yang akan ditahan di bawah ISA sebelum bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan BN di Selangor.

Dr Hassan Ali juga akan dipujuk menyertai UMNO melalui pujukan dan rayuan pihak istana.

Dengan itu tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun memiliki majoriti 16 kerusi ADUN.

Inilah yang diharapkan oleh Najib sebagai modal untuk melangkah megah ketika pemilihan UMNO pada hujung Mac depan selepas diaibkan dengan kekalahan memalukan pada PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu.

Kejayaan merampas Perak dan Selangor akan memaksa Pak Lah akur menyerahkan kuasanya kepada najib mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama iaitu pada bulan April ini Najib akan menjadi PM.

Penganalisis politik masih tidak begitu yakin apakah Najib akan menjadi PM mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak mustahil Pak Lah akan berubah fikiran setelah dipengaruhi hulubalang khairi yang menguasai tingkat 4,Jabatan Perdana Menteri.

Inilah yang dirisaukan oleh Dr Mahathir di dalam blognya dan tindakan pakatan rakyat sepakat menyokong kepimpinan Pak Lah akan menyukarkan lagi kedudukan najib.

Di kalangan penyokong UMNO sendiri termasuk Kuli tidak bersetuju dengan cara Najib bertindak merampas kuasa kerajaan negeri pakatan rakyat Perak yang telah dipilih oleh rakyat Perak untuk memerintah negeri itu pada PRU 12 yang lepas.

Najib semakin angkuh dan merasakan jawatan PM adalah miliknya telah membentuk kemnya sendiri. Beliau akan melantik Shakar (ADUN Lanchang) menjadi MB Pahang yang baru. Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dilantik menjadi menteri kabinet setelah najib bergelar PM dan berlaku rombakan kabinet.

Zahid Hamidi akan diangkat menjadi TPM dan bukannya Muhyiddin Yasin seperti tanggapan ramai pihak.

Nasib Khairi pula lebih malap dan karier politiknya akan berkubur kerana Najib lebih memihak kepada Mukhriz. Khairi akan menyertai Wan Farid dan Norza Zakaria, hulubalang khairi yang dicantas oleh kem Najib melalui perancangan licik UMNO Bahagian Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh yang mana Shakar, Ismail Said dan Saifuddin turut terlibat merancangnya.

Pak Lah masih mempunyai opsyen iaitu membuat rombakan kabinet dan memecat Najib daripada jawatan TPM dan Menteri kewangan dengan menyalahkannya sebagai punca kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya yang gagal. Matawang ringgit kian menyusut dan kadar pengangguran bertambah selain indeks komposit BSKL yang turut merosot.

Pak Lah boleh meneruskan tugasnya sebagai PM sehingga PRU13 dan memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh Najib. Rakyat bimbang jika lebih lama Najib jadi Menteri Kewangan, Raja-raja Melayu akan cuba dirasuahnya

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor disarankan mengadakan persidangan DUN Selangor segera dan mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan Khir Toyo.

Jika tiada pilihan bubarkan saja dun selangor agar diadakan pilihanraya seluruh selangor.

Dato Seri di Bukit Gantang Petang ini....

Program bersama DS Nizar di Bukit Gantang

Tahlil Perdana dan Ceramah DS Nizar.

Tarikh: 20 Februari 2009

Tempat: Markas PAS Bukit Chempedak, Bukit Gantang

Masa: 8.00 malam

Jelajah Perak bersama MB






Gambar awal sekitar program MB di P.Pangkor.....

Laporan Dari Mahkamah Kuala Kangsar - Perak express

alfaberlian melaporkan dari Mahkamah Kuala Kangsar

Jam 8.45 am saya berada di Mahkamah Mejistret Kuala Kangsar bersama Orang Kena Tuduh (OKT) kes Demonstrasi dihadapan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Hari ini terdapat 3 orang lagi OKT berhubung kes tersebut. Saya bersama sama mereka iaitu Tuan Hj Nazir dari Bruas bekas SB, Ust Asri Ismail dari Manjong dan seorang muslimat. Turut bersama sama mereka penyokong PR antaranya YDP Pas Kuala Kangsar, En Ismail ( Mail Rempah) dan 20 yang lain memberikan sokongan moral

Jam 9.30 am Saya difahamkan ketiga tiga mereka hanya perlu melapor diri di IPD Kuala Kangsar. Menurut Tn Hj Nazri beliau ditangkap dirumah beliau jam 4 pagi, manakala Ust Asri Ismail menyerah diri di balai polis, manakala muslimat tidak dapat dipastikan. jumlah tangkapan kes setakat ini berjumlah 12 orang 9 orang pada hari kejadian dan 3 pada hari berikutnya selepas gambar mereka di siarkan melalui media milik kerajaan BN. buat masa ini belum ada pertuduhan yan dikenakan atas mereka.