Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Apa Erti Ramadhan untuk kita...???


Hari ini merupakan hari yang ke 16 kita menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mana ia wajib keatas semua ummat yang beragama islam.Namun adakah kita sedar dan faham maksud sebenar RAMADHAN itu??Apakah kita menunaikannya hanya sekadar kerana Allah swt menyatakannya wajib lalu kita melakukannya??Adakah ia hanya kerana satu tuntutan maka kita melakukanya sekadar syarat??Berapa ramaikah dari kita sedar dan tahu bahawa didalam Bulan Rahmat inilah Allah swt telah menurunkn Al-Quran yang mana telah terkandung didalamnya akan perihal diri manusia dan sejauh mana kita menghayatinya..???

Apa yang berlaku kini merupakan satu lagi Penjajahan dalam pemikiran manusia di Bumi ini apabila kedatangan Ramadhan itu disambut dengan satu rasa yang seronok kerana memikirkan bahawa Hari Raya bakal tiba.Ramadhan kini telah menjadi satu produk yang mana setiap diri yang ada telah mempergunakan erti kata Ramadhan itu dalam mengaut keuntungan semata.Bukan menjadi kesalahan bagi kita untuk berniaga namun yang menjadi kesalahan apabila ia dipromosikan sebagai satu produk dan bukan sebagai satu bulan pengibadatan.Konsep dan pengertian Ramadhan itu dipesongkan sehinggakan apa yang disogok dan ditanam didalam pemikiran manusia setiap kali Ramadhan tiba ialah Nikmat dalam menyambut syawal.Sedangkan Allah swt berfirman bahawa` Syawal itu adalah Hari kemenangan buat manusia yang menahan dirinya dari godaan Nafsu' adakah dengan cara dan juga corak manusia yang ada hari ini maka kita telah menyambut kemenangan???Keseronokan dan hiburan semuanya akan bertemakan Ramadhan bagi menarik minat manusia dan akhirnya manuisa itu hilang arah dan hanya memikirkan keseronokan menyambut Ramadhan di dunia dan melupakan Nilai dan Bekalan yang perlu dibawa di akhirat kelak.

Tanyakan pada diri kita apakah telah sempurna amalan kita dalam meniti erti Ramadhan itu dan adakah wajar bagi kita menyambut kemenangan(Syawal) dengan seribu kegembiraan sedangkan yang sebenarnya kita sendiri telah tewas dengan diri sendiri.

Ingatlah bahawa Ramadhan itu datang bukan untuk kita merasa kemeriahan menyambut syawal,namun ia datang sebagai salah satu Bulan yang Allah swt berikan kepada manusia agar mereka kembali kepada ajaran dan hukum Allah swt dan sebenar-benar NIKMAT di dalam Ramadhan itu ialah kesempurnaan IBADAT dan KEIMANAN...

Sama-sama kita tanya dan renungkan...!!

Dua Pemimpin PR di sekitar Perak

Semalam merupakan hari yang bermakna buat RAKYAT dan Penyokong PR di Negeri ini.Dua tokoh dan Pemimpin UTAMA PR hadir dalam dua Majlis berasingan di sekitar Perak.Tuan Guru Hj Hadi Awang tiba di Manjoi Ipoh dalam satu program BadarQubra yang dianjurkan oleh PAS negeri Perak.Majlis di sana bermula sejak jam 4.30 petang,pelbagai aktiviti yang dijalankan disana.

Team PerakExpress bergerak pula ke Kampar yang mana satu program anjuran Keadilan Negeri yang dihadiri oleh dua Pemimpin iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga Dato Seri Nizar Jamaluddin termasuk beberapa lagi pimpinan PR diperingkat Negeri dan Pusat.Dato Seri Anwar dan Nizar tiba sekitar jam 6.15 petang dan Program bermula dengan Majlis Tazkirah oleh kedua-dua Tokoh tersebut.Majlis di Kampar ini diakhiri dengan Majlis berbuka puasa dan juga Majlis Solat Maghrib berjemaah.

Selepas itu kami kembali ke Ipoh dan menghadiri 3 Program seterusnya.Program Keadilan diadakan di Dewan Tow Bo Keong yang mana ia menghimpun ramai Pimpinan Tertinggi PR dan juga Negeri.Kehadirin Dato Chua Jui Meng semestinya dinantikan oleh semua Rakyat yang hadir semalam.Penyerahan borang kemasukkan ahli MCA seramai 600 orang telah disampaikan dan diterima sendiri oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim.Seterusnya Team Perakexpress terpaksa berpecah kepada dua kerana perlu berada di dua lokasi serentak bagi membuat liputan di 3 lokasi dan sya mengikuti Program di Jalan Pemimpin Manjoi yang mana satu lagi Program Besar anjuran PAS yang sambutannya sama seperti majlis anjuran PKR.

Ketibaan TG Hj Hadi sememangnya dinantikan oleh semua yang hadir sejak dari awal lagi.Ucapan permulaan di sampaikan oleh Pesuruhjaya Negeri dan disusuli oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin yang menceritakan mengenai isu dan keadaan semasa politik di Negeri ini.Ucapan penutup program semalam pastilah disampaikan oleh TG Hj Hadi Awang yang mana ia telah dinantikan oleh semua yang hadir.walaupun Hujan turun di pertengahan Majlis Rakyat yang hadir tetap menunggu sehingga ke akhir program

Selepas itu kami bergegas semula ke lokasi terakhir di Surau Al-Huda Batu 6 Tambun bagi Program terakhir bersama-sama dengan Dato Seri Anwar Ibrahim disana.Kehadiran Beliau disambut baik oleh Rakyat yang menanti Beliau sejak dari awal lagi.Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah malam.

“Sejak bila Umno tidak hina Islam.”-TGNA


Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:

i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.

Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.

Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?

Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?

Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.

Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.

Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.

Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.

Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.

Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?

Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

dari blog ummianni

N31 Kuasa Tuhan yang tak dapat dihalang...!!

Ini yang dikatakan sebagai Wamakaru,Wamakarallah,Wallah Hu Khairun Makirin( manusia merancang,Allah juga merancang,namun rancangan ALLAH lebih BAIK ).

Selepas UMNO melalui SPR mengumumkan bahawa tiada kekosongan Dun di Kedah,hari ini mereka diberi bayaran CASH oleh ALLAH SWT dengan mengambil nyawa salah seorang ADUN mereka dan meletakan UMNO dalam satu lagi keadaan GENTING kerana perlu berdepan dengan RAKYAT di Negeri Sembilan pula.Walaupun beberapa hari lepas mereka menarik NAFAS lega kerana tak perlu melakukan PRK di Kedah namun kini semestinya UBN terduduk dan tersentap dengan apa yang berlaku.

Apakah kali ini kemenangan dan GOL ke Sembilan yang akan dijaringkan di Negeri Sembilan oleh PR..???Sama-sama kita nantikan...

AL-Fatihah...Kuasa Allah satu lagi Pilihanraya Kecil


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.-Al Fatihah...

Rakyat kata TAKNAK,UBN kata NAK..!!!!!


PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan. Ketika mengumumkannya pada Khamis, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam, berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sya : Ketua Polis Raja Di Malaysia dapat sambung kontrak bagi menjalankan tanggungjawab mereka kepada pemimpin UMNO dan BN.Ini merupakan satu lagi kenyataan yang patut RAKYAT terima.Standard baru yang ditetapkan oleh UBN ialah biar buat kerja HAMPEH asalkan kepentingan pemimpin UBN dijaga dan sanggup jadi BALACI UBN....

Slogan baru untuk POLIS 1 MALAYSIA ialah Pemimpin UBN di UTAMAKAN!!

Video Sidang Dun 2 september 2009