Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Arak oo Arak...ni Apa hal Pulak???


Jika anda terlihat mana-mana ahli umno yang membuat demo membantah penjualan arak, suruhlah sahaja mereka balik. Tak perlulah menjadi hipokrit dalam bab arak ini.

Selama 52 tahun umno memerintah malaysia, penjualan arak bukannya makin berkurang malah makin berkembang.Kalau siapa yang patut ditanya pasal bab ARAK ni tanya dulu pada Pemimpin UBN kenapa sebagai Pemimpin Negara dan Kepala Atas tak berani nak Haramkan Arak??Pasai apa nak tunggu Selangor buat dulu???

Dan mengapa ianya berkembang? Sila klik gambar di atas untuk jawapannya.

dari blog ini

Makan Malam Keadilan Kembalikan Hak Rakyat

Satu Majlis Makan Malam anjuran Adun Simpang Pulai Yb Chan Ming Kai telah diadakan di Kg Baru Simpang Pulai.Makan Malam bertemakan Kembalikan Hak Rakyat itu dihadiri oleh ramai pemimpin PR antaranya Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin ( Menteri Besar Rakyat),Yb Sivakumar,Yb Lee Boon Chai dan Yb Chan Ming Kai sendiri.Turut sama ialah Ketua Wanita Keadilan dan pemimpin Cabang Parti Keadilan Rakyat.

Majlis yang bermula seawal jam 8.00 malam dimulakan dengan ucapan dari pemimpin yang ada.Kehadiran pelbagai lapisan bangsa melihatkan keutuhan dikalangan Rakyat yang menyokong PR.

Turt menambah meriah majlis ialah dengan acara cabutan bertuah yang mana hadiah-hadiah ditaja oleh Yb Chan sendiri.Ucapan dari para Pemimpin PR yang hadir turut menambah meriah.Pelbagai isu negara yang turt disampaikan agar Rakyat mengerti apa yang berlaku di Negara ini.

Kalau Najib semua OK...!!!!

Ni apa cerita pulak ni...???

Dulu masa kes ini terjadi pada Anwar pelbagai pihak keluar melemparkan tomahan dan Fatwa-Fatwa segera menghentam Pemimpin PR itu.Namun kini kuasa Allah Maha Besar selepas mereka meludah Isu ini kini ia terkena ke muka sendiri pula.Replika Najib pula didirikan sempena untuk menyambut kehadiran Najib di Kuil terbesar itu jam 4.00 petang ini.

Fokusnya tetap sama,dimana ULAMAK-ULAMAK yang sebelum ini lantang menghentam Pemimpin PR namun dilihat HILANG suara dalam menyuarakan isu ini pula.Jika semasa anwar mereka MENYALAK mengatakan ia nya HARAM namun persoalannya adakah dalam isu Najib ini ia jadi HALAL????

Mana pihak MEDIA yang dulu menggembar-gemburkan isu Anwar tapi kini turut Diam Membisu tanpa Bicara??? Semuanya kerana yang berdiri megah itu ialah Wajah Pemimpin 1 Malaysian sehingga maruah dipertaruhkan...!!!!!

Pemuda UMNO ajak Pas Berdemo???Adoiyai!!!!

Pemuda UMNO telah dilaporkan menjemput PAS bersama-sama dengan mereka untuk berdemontrasi mempertahankan isu pengharaman arak di MBSA baru-baru ini.


Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata:

“MARANG, Aug 7 — The Umno Youth movement today invited its PAS counterpart to be together with the movement in a ceramah to be held in Shah Alam on Aug 14 to lash out at certain parties that had been insulting Islam.
Umno Youth head Khairy Jamaluddin said the movement wanted to see to what extent PAS Youth would go to criticise its coalition partner, the DAP, which was becoming more bold in insulting Islam lately.”

Saya tak tahu samada hendak tergelak atau menangis atas pelawaan Khairy Jamaluddin ini. Ini kerana apa yang hendak di demonstrari atau diprotes oleh Pemuda UMNO ini?

Saya tak nak cerita yang saya tahu berkenaan dengan geng-geng KJ sewaktu mereka belajar di Oxford dulu. It biarlah para pembaca siasat sendiri.

Saya cuma ingin mengetahui kalaulah pelawaan Khairy ini pelawaan ikhlas, saya ada beberapa pertanyaan kepada beliau dan seluruh warga UMNO Selangor dan Malaysia:

a. Mungkinkah Pemuda UMNO seharusnya memprotes keberadaan 3 orang Melayu Islam dalam Lembaga Pengarah Calrsberg terlebih dahulu. Bagaimana UMNO boleh mengizinkan 3 orang Melayu Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg sedangkan lesen arak diberikan oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan dengan mudah dapat mengarahkan Calrberg untuk memecat ketiga-tiga orang ini. Bukankah begitu?

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

b. Mengapa Pemuda UMNO tidak memprotes pemberian 10 lesen ”Special Draw” oleh Najib tanpa permintaan dari mana-mana kaum. Judi pun seharam arak juga kan?

Hakikatnya para pembaca sekelian, sewaktu 50 tahun UMNO memerintah Selangor, tiada apa yang dilakukan mereka untuk mengawal penjualan arak dan aktiviti judi di Selangor.

Berkat dari kerajaan Pakatan Rakyat barulah pengharaman arak dan judi ke atas orang-orang Islam dapat dijalankan dengan secara agresif.

Mana mungkinUMNO Selangor mampu menjalankan pengharaman dengan efektif kerana yang mengeluarkan lesen arak dan judi adalah UMNO juga

Nasib baiklah PAS tidak termakan dengan perangkap Pemuda UMNO ini. Kalau tidak PAS pun terpaksa menyokong amalan judi dan arak ini kelak

Tulang Besi

1 Malaysian-Rakyat dituduh terima upah untuk berdemo...!!!

Najib kata mereka yang pergi ikut Demo ISA diupah?????

Woit PM Bacul..hang ingat RAKYAT macam orang UMNO ke..Sogok sana-sini pastu pi ikut membabi buta..!!!hang silap bila lebelkan RAKYAT macam tu...!!!

Untuk pengetahuan korang RAKYAT yang hadir masa Demo tu lebih berani dan ada MARUAH dari pemimpin UBN yang tak sedar diri dan suka berselindung disebalik jentera yang ada...

Yang pasti masa DEMO tu yang benar-benar diupah dan patuh cakap UBN ialah POLIS dan Balaci-Balaci yang lain...!!!!...Itu Comfirm..!!!!

1 OGOS - RAKYAT DIPUKUL DAHULU,KERAJAAN UBN DIUTAMAKAN

Semua Rakyat tahu apa yang berlaku pada 1 Ogos 2009.Satu perhimpunan besar-besaran yang memohon agar akta zalim ISA DIMANSUHKAN..Pergerakan Rakyat yang mula berkumpul seawal jam 6 pagi menyaksikan betapa BACUL dan Pengecutnya kerajaan UBN.Perintah agar menahan semua yang memakai baju HITAM/MERAH dikalangan mereka yang hadir dilihat sebagai satu cara paling terdesak yang dilakukan.Menjelang jam 11 pagi sahaja seramai lebih dari 100 orang telah ditahan tanpa apa-apa kesalahan yang mana mereka hanya memakai baju Hitam dan Merah..Adakah itu satu kesalahan???

Rakyat mula berhimpun di Sekitar SOGO menjelang jam 2 petang.Kehadiran terlalu banyak anggota-anggota POLIS RAJA DI MALAYSIA dan juga FRU dilihat sebagai satu lag alat yang dipergunakan oleh UBN bagi menakut-nakutkan Rakyat.Kehadiran Anjing Pengesan juga dilihat tiada munasabah,dan kami tertanya apa motifnya???Maka mulalah berkumpul dalam satu barisan para BALACI-BALACI UBN untuk menakutkan Rakyat,yang mana sempat juga aku bertanya kepada salah seorang FRU `Dimana SURAU yer'??? yang berdiri Setia menanti arahan untuk memukul,menangkap dan berbuat apa sahaja demi Kerajaan UBN namun dia hanya diam membisu kerana bagi dia ketika itu arahan MANUSIA lagi penting dari SUJUD kepada ALLAH yang SATU..!!

Bayangkan keluar dari mulut seorang dari anggota polis yang berkawal di Masjid Jamek dengan nada menyindir..`Kamu semua tak payah sembahyang'..Lalu dia mengarahkan agar Masjid Jamek ditutup..Adakah ini yang dikatakan manusia???

Terlalu banyak bentuk kezaliman yang tak dapat aku ceritakan tentang apa yang berlaku 1 Ogos yang lalu....Pihak POLIS dilihat memainkan peranan mereka yang mewakili kerajaan UBN dengan baik sekali..Cukup cemerlang,bertindak tanpa perikemanusiaan dan hilang pemikiran waras sebagai seorang manusia dan CARA mereka bertindak sama seperti seekor bi*^&#@*...!!!

Kepada pihak POLIS dan semua yang turut terlibat dalam kezaliman tersebut,aku suka menyataakan bahawa nantikan sahaja balasan ALLAH swt..Sesungguhnya balasan bagi kamu yang ZALIM itu telah ALLAH swt sediakan,menanti masa untuk diturunkan dan ketika itu baru kamu tahu langit tinggi atau rendah...

Sudah PASTILAH RAKYAT yang hadir pada perhimpunan itu TIDAK AKAN MENGHALALKAN PERBUATAN yang telah kamu lakukan..dan akan kami tuntut di AKHIRAT KELAK....

BERANI KERANA BENAR...!!!!ALLAH HU AKHBAR...!!!

Terkini!!

Seramai lebih dari 200 orang telah ditahan di sekitar Ibu Negara.Dua Exco Wanita Keadilan dan Pimpinan Muslimat Pas ditahan.

Rakyat masih menanti Pimpinan PR tiba untuk memulakan perjalanan menyerahkan memorandum ke Istana Negara.