Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




INGATAN UNTUK Jamal dan Osman!!!

Buat dua orang yang nak melompat ni aku nak bagi tau satu je...hak anda untuk memilih parti akan tetapi korang kena ingat yang dipertaruhkan ialah RAKYAT PERAK!!Korang bukan sedang memeperjudikan kedudukan korang akan tetapi ini melibatkan KOMUNITI TERBESAR iaitu RAKYAT!!!Amat Besarlah tanggungjawab korang apabila ini berlaku dan pastinya RAKYAT antara yang akan MARAH!!!

Aku copy dari blog ni :

NASIHAT PENTING UNTUK JAMALUDIN & OSMAN

Adalah hak kamu untuk memilih parti mana pilihan kamu. Jika kamu memilih UMNO ... silakan berbuat demikian! Kami menerima dengan lapang dada dan penuh keterbukaan. Andai UMNO dapat memujuk atau membeli seorang lagi ADUN Pakatan Rakyat selepas kamu berdua, maka bertukarlah Kerajaan Negeri Perak daripada PR kepada BN. Jika hal itu berlaku, maka amat besarlah saham kamu kepada peralihan itu.

Kami pasti tabah menghadapi realiti. Dulu parti kami bukan kerajaan. Sekarang sebagai kerajaan. Jika kembali menjadi parti bukan kerajaan, kami tidak kekok kerana telah lama berpengalaman. Namun kami PASTI tidak akan melupakan kamu jika kamulah sebab dan puncanya.

Kamu juga tidak mungkin dapat meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang walau pun tiada siapa di kalangan kami yang akan menyakiti kamu. Kamu akan 'tak keruan' seumur hidup bersebabkan gangguan dari dalam diri kamu sendiri. Allah tidak pernah lalai daripada memerhati dan mengawasi kamu dan kami.

Tak mungkin ada alasan yang wajar bagi kamu untuk mendiami rumah UMNO yang jijik itu. Kamu sendiri lebih tahu kebangkrapan nilai dan prinsip dalam tubuh UMNO. Kamu juga tahu betapa jahatnya UMNO termasuk rencana memerangkap kamu dengan tuduhan rasuah.

Sebelum melangkah jauh, kamu dinasihatkan supaya beristikharah memohon ilham dan petunjuk daripada Yang Maha Mengetahui. Jika benar kamu masih beriman kepada Allah maka itulah satu-satunya sumber penentuan langkah yang pasti benar dan tidak akan merugikan kamu. Bertanyalah kepadaNya!

NASIHAT KEPADA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT


Bertenang! Khabar ini masih belum sahih. Belum ada apa-apa pengumuman yang resmi. Be cool!

Posted By ciberboron to jeritan minda politik malaysia

Kenyataan Media PPN Perak

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.

Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.

Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.

Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.

HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

RAKYAT PERAK MARI SAMA-SAMA BERDOA!!!!

BERITA TERBARU AKU DAPAT DARI SUMBER MENTERI BESAR PERAK SAAT NI BELIAU SEDANG MELAKUKAN SOLAT HAJAT!!!

SEMOGA SEGALA YANG DATANG INI MERUPAKAN UJIAN DARI ALLAH...

DAN JUGA KITA SEMUA HARUS BERSAMA-SAMA MEMOHON AGAR ALLAH SWT MEMBERI KEKUATAN KEPADA BELIAU DAN SEMUA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT...

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERAK DARUL RIDZUAN...

2 Ahli PKR Lompat Malam Ini..? - malaysiakini


Dekat bawah ni sms yang aku terima dari seorang pemaklum yang boleh dipercayai:

  • 2 pkr will cross 2nite. they have been captured by Army Police and SPRM. they are now in Pekan with Najib. tq.
Orang Pekan tolong sahkan perkara ni (bahawa Najib berada di Pekan)... kalau betul, maka dengan ini kita isytiharkan perang keatas SPRM...!!!

Ternyata SPRM hanya alat untuk sesetengah politikus kotor lagi jahanam...!!!

--
Posted By Topengperak_Xinwugi® to Perisik Rakyat®


Sya :

Buat semua dulu telah diingatkan beberapa kali agar berhati-hati,namun kita semua agak selesa...Jangan ambil apa yang bakal berlaku untuk menjatuhkan semangat dan keyakinan kita...saya percaya INSYAALLAH Allah swt akan memberkati kita semua dan akan memberi yang terbaik untuk RAKYAT khususnya dinegeri PERAK...Anggap ini semua sebagai penguat kepada kekuatan yang sedia ada...Mari kita sama-sama berdoa kepada ALLAH untuk kebaikan semua,dan semoga allah swt bantu KERAJAAN PAKATAN RAKYAT...AMIN!!

Semoga Allah swt akan memberi kekuatan dan ketabahan untuk semua agar segala perancangan ini akan berakhir...Semoga Allah swt lindungi Perak dari kejatuhan!!!!

Allah hu akbar..Allah hu akbar!!!
__._,_.___

JANGAN AMBIL HAK AHLI UMNO?????


ATAU KAMI MENYOKONG AMALAN RASUAH???

Alamak ini ke rupa sebenar orang UMNO ya..SPRM dihalang dalam melaksanakan tugas mereka untuk memantau gejala RASUAH dalam UMNO..Persoalan benarkah???

Kata orang dulu-dulu,kalau tak buat kenapa nak takut!!!Berani kerana Benar kan...emm,kalau orang UMNO tak terlibat kenapa sampai nak buat demontrasi ya???

Nampaknya UMNO membudayakan semangat sokong RASUAH kot??

EMM...macam ni macam mana RAKYAT nak percaya kat PARTI UMNO ni,kalau kepada RAKYAT pun ada yang bantah untuk SPRM dedahkan kebenaran...Kalau ada di dedahkan kalau takde takpe la..Bukan ada masalah kalau setakat nak di siasat!!!

Kat atas tu ada kertas yang tulis JANGAN AMBIL HAK AHLI UMNO???Emmm hak ahli UMNO untuk terus berRASUAH ke???Ni yang buat RAKYAT pening ni...Kalau cakap UMNO parti RASUAH melenting,nak dapatkan KEBENARAN pun dia MELENTING gak!!!

Aik'payah-payah...ADOIYAIII!!!

FIKIR-FIKIRLAH!!!!

"Saya terbuka untuk disiasat" - Datuk Nasarudin


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu hari ini menegaskan beliau terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Niat saya (keluar Umno dan BN) adalah bersih dan pendirian saya menyertai (Parti Keadilan Rakyat) adalah untuk mencari platform baru untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya dapat platform itu.

"Tidak lebih daripada... saya boleh siasat, saya terbuka untuk siasatan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online pagi ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan menyiasat Nasarudin jika wujud elemen rasuah dalam keputusannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat awal minggu ini. [read more]

Sya : Amacam semua puak-puak UMNO/BN yang duk berkata macam-macam buka kertas dan mulakan siasatan..Jangan cakap je kencang,menuduh oarang yang bukan-bukan tanpa asas dan bukti...kalau betul dedahkan,kalau tak korang nanti kena..Ingat korang permainkan RAKYAT ni...Dah la Rakyat dah tak suka ngan korang,pastu korang buat hal lak...Adoiyaiii

perhimpunan bantah PPSMI esok!!

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Gerakkan Memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya esok (31 Januari ) jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Setiausaha GMP Hasni Abas berkata keputusan perlancaran ini telah diputuskan pada mesyuarat Badan Induk GMP pada 20 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Dato� Dr Hassan Ahmad yang juga Pengerusi GMP.

Perlancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka malah bakal hadir adalah pejuang-pejuang bahasa, pimpinan politik dan dari pelbagai NGO.

"Semua mereka yang menyokong perjuangan GMP dijemput hadir khususnya yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. - azm _



SPRM MENGGANAS!!!

Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

ummi...

itu baru 4 hari..bayangkan mereka2 yang ditahan di bawah Akta ISA...bukan 4 hari...4 tahun malah ada yang lebih 4 tahun.bagaimana dengan keluarga mereka....anak2 mereka..bagaimana dengan kehidupan isteri2 mereka tanpa suami....

kata TGNA....fikir fikirlah !!!

wallahualam...

--
Dicatat Oleh ~♥ UmmiAnni ♥~ ke (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) - Jawapan Kepada BPN Dan Juga Para Pencacai UMNO

A
ssalamu'alaikum...

Jadi selama 2 hari ni berlangsunglah debat yang panjang antara Blogger Pembancuh Nescafe dengan Bloggers Network dilaman blog KuihBangkit. ikut pada laporan diblog AbangBuah kemenangan milik Blogger Pembancuh Nescafe... Jadi aku bagilah kemenangan tu dekat depa (BPN) sebab depa nak sangat kemenangan... ala... tak luak aih... *ralat 1 - kesilapan : Blogger Pembela Negara bukan Blogger Pembancuh Nescafe... *ralat 2 - kesilapan : PerakBangkit bukan KuihBangkit... *ralat 3 - kesilapan : AbangTuah bukan AbangBuah...
TP - Harap maaf atas kesilapan.
Oleh kerana aku tak terlibat dalam perdebatan tu maka tak dapatlah aku nak jawab soklan dari PerakBangkit tu dekat sana... jadi aku cuba jawab dekat sini lah... boleh kan? Soklan PerakBangkit ialah :

  • Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan oleh DUN Kelantan berbelas tahun yang lalu...Kenapa tak dijalankan?
Jadi jawapannya sebenarnya TDM dah bagi... bukan TGNA atau PAS tak mau jalan Hukum Hudud... tapi... Hangpa baca sat dekat bawah ni...
---------------------------------------------------------------------

PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan KELANTAN Y.A.B. Tuan Haji, PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994 Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah. 1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat. 2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu. 3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam. 4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut: (i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam. (ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan. Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas. Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat. 5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya . 6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya. 7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya. DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 15 Julai 1994

---------------------------------------------------------------------
Jadi... merujuk kepada surat dari Mahdet dekat atas, Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26), Bertarikh 8 Jun 1994, Tajuk : PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN jelas kepada kita bahawa Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) tidak dilaksanakan di Kelantan atas arahan KERAJAAN PUSAT...!!! - Rujuk : No 7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya. Aku suka nak petik ayat ni "maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya"

Maka tindakan sewajarnya ialah menyekat pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan "Demi menjaga Maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya"... betul ke tu? Jadi geng-geng yang dok berkokok-kokok pasai Hudud dekat Kelantan tu harap boleh jelaslah sekarang ye? Draf Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan didalam perbahasan Dewan yang mulia Kelantan tetapi telah ditolak oleh Kerajaan Pusat dengan alasan "Demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya" dan juga dengan ugutan "Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS". Bukan PAS tak nak laksana Hukum Hudud dekat Kelantan... tapi Kerajaan Pusat yang menghalang. Kalau tak paham lagi, sah banyak makan semut... tak pun banyak dok kunyah rumput kering...

*ralat - insya-Allah kita akan siarkan scan dokumen asal surat daripada PM waktu itu (Che Det) kepada Kerajaan PAS Kelantan dan juga kita dalam proses untuk mendapatkan Salinan Draf Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan waktu itu tetapi ditolak oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN.

-Harap bersabar.

MOH KITA KE BOTA!!!!1

Orang UMNO akan keluar dari UMNO esok beramai-ramai???

Besok malam DSAI dan Rakan -Rakan akan turun bersama Rakyat BOTA untuk ceramah perdana disana..Dikhabarkan akan ada antara ahli UMNO yang akan menyerahkan Borang Hijrah kepada DSAI...Alhamdulillah akhirnya mereka berhijrah juga...

So Tajul taknak ikut serta ke???

SO SEMUA RAKYAT BOTA PERAK MAI KELUAR MEMENUHI STADIUM MINI BAKRI RAIS...YANG KAT PENANG DAN SELANGOR PUN MAI PAKAT TURUN....kasi najib bungkus kain baju balik pahang!!!!!

ADOIYAIII!!!!

DSAI MOHON DENGAR INGATAN INI!!!

Di dalam kekecohan isu YB Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno kita dapat mengesan sesuatu yang mengambarkan PKR Perak sendiri bergolak secara langsung dan tidak langsung.Esok Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi ke Bota Kanan.

Harap Datuk Seri Anwar akan menanyakan kemana perginya dua exco PKR menghilang semasa sambutan YB Nasaruddin ke pejabat MB semalam.Inilah gambaran apabila orang lain yang berusaha sapi dapat nama.Saudara Usaili yang berusaha keras menarik YB Nasaruddin pun tidak di jemput.Tanyalah orang DUN Bota siapa yang tak kenal Hj . Usaili dari wakil rakyat dulu sampai sekarang tetap mengutamakan parti dari kepentingan sendiri.Wakil rakyat orang mati dan wakil rakyat orang kawin mengambarkan betapa mesra rakyatnya beliau.Teman kawin pun dia datang hehehe...

Rakyat melihat dan tahu susur galur perkembangan PKR Perak,siapa yang kuat dan bagus buat kerja telah ramai di ketepikan.Teman bukan ahli PKR mahu pun PAS tapi tahu akan talam 18 muka dalam PKR Perak.Budaya cantas mencantas di bawa dari Umno.Harap Datuk Seri Anwar menilai dari pelbagai sumber dan jangan bersandarkan kepada orang sekeliling sahaja.2 exco dari PKR telah gagal menjalan tugas,untuk PRU akan datang carilah golongan yang codek sikit ilmunya dan mulia sifatnya.PKR Perak telah membuang ahlinya yang berkemampuan dan mengambil mereka yang pandai membodek seterus mengutamakan kepentingan peribadi.

Lihatlah AMK Perak bergerak bertopengkan AMK dan berusaha melahap apa yang boleh membuncitkan perut..bukan semua AMK Perak tapi ia semakin membarah.Bagi peringkat negeri terlalu perlahan program yang mendekati masyarakat.Harap dalam ceramah malam esok Datuk Seri Anwar bagi teguran sedikit buat PKR Perak.

Kita jangan hanya dilamun mimpi indah dengan kemasukkan YB Nasaruddin,kerana dua exco ini tiada semangat pakatan rakyat.Yang betul-betul kuat PKR telah keluar jadi bloggers macam MSK dari Perak Express...otaknya jauh kehadapan memang express tak terikut deme...penyudahnya kene humban oleh PKR sendiri.Udah menjadi satu kerugian..kita kena berjuang demi kepentingan ramai bukan sendiri...

Teman bukan nak kempen untuk Hj . Usaili dan Mat Saman Kati,tapi itulah antara contoh-contoh insan yang berguna untuk rakyat..banyak lagi yang memerap dalam dan luar parti..malas nak turut serta dalam kepartian kerana masalah dengki mendengki ni masih subur dalam ahli PKR yang beranak di dalam Umno dulu..

-Telok Bakong Online

tudung..politik???

AbgTuah said...Salam UMMI..bertudung tak..? Sha bertudung tak? Kenapa boleh pula bertudung dan mengamalkan prinsip dan pendekatan Islam?Sebenarnya bukannya salah pemimpin..pokoknya kita sendiri..Semua dah tersedia untuk kita..Mesjid..pelajaran...peluang belajar agama...guru2 agama...ulama..institusi keagamaan..Jadi kenapa perkara rhetorik tu yg disebut2kan...hanya untuk menjatuhkan imej kerajaan ke?Jadi sebagai rakyat timbang-timbanglah..gunakan akal fikiran yg dipinjamkan tu.Tu sebab akal fikiran terletak ditempat yg tinggi..bukan separas dengan buntut macam animal.Jadi sekiranya Sha dan UMMi ada anak mampu tak mampukah UMMI dan Sha mendidik mereka tentang agama dan segala pendekatannya. Tentu bolehkan..ramai orang boleh..jadi kenapa masih isu orang tu tak bertudung..orang ni tak bertudung yang ditimbulkan.Jadi pada abanagtuah itu hanya rhetorik politika sahajala..January 28, 2009 5:58 PM

Sya :

Ok sya nak menjawab soalan diatas,yang dibangkitkan oleh Abang Tuah BPN...Isu yang dibahaskan ialah masalah sosial...Abang Tuah kata isu tudung ni di politikan,dimana kebenarannya???Memang bila anak kita dalam rumah kita dijaga dan diberi pendidikan agama akan baik adanya dan segala kesilapan boleh tertanggung kepada kita,akan tetapi jika anak kita keluar dari asuhan kita melihat dunia yang penuh dengan masalahnya ia salah siapa??salah ibubapa??atau salah pemerintah???...

Siapa yang memerintah negara ibubapa atau pemerintah???Kalau anak yang baik pun bila dia didedahkan dengan perkara yang tak baik melebihi yang baik so apa cerita...takan salah ibubapa lagi kot!!!

Pemimpin yang tak jaga negara dan asyik dedahkan anak muda dengan kelalaian dan keseronokan hingga melibatkan banyak masalah sosial berlaku itu antara puncanya!!!Pusat Hiburan yang bersepah-sepah hingga tak terkira banyaknya....

Bab tudung ni ingat RAKYAT melihan acuan diatas...anak kecil melihat tauladan ibubapanya,so kalau yang diatas pun serabai yang dibawah apa macam!!!

PEMIMPIN HARI INI AKAN DITANYA OLEH ALLAH SWT NANTI,SEBAB ITU TANGGUNGJAWAB MEREKA..KALAU DITAKBIR NEGARA DENGAN KEBAIKAN MAKA YANG MENGIKUT AKAN SAMA BAIKNYA...KALAU TAK....FIKIR-FIKIRLAH!!!

UMNO ADA KEBEBASAN BERSUARA????

Seorang bloger UMNO (http://sangkut.org/) dan ketua Puteri cawangan antara lima yang digantung keahlian antara satu hingga enam tahun kerana didapati bersalah melanggar perlembagaan Umno dan tata etika ahli.

Bloger berkenaan yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Taiping, Muzamir Ismail digantung keahlian setahun bermula 23 Januari lalu.

Wahai Blogger UMNO, ayuh menyertai Pakatan Rakyat. ADUN BOTA dah sertai...anda bila lagi... Dari kena gantung tak bertali... Tunjukkan anda juga ada maruah

Antara kenyataan maaf dalam posting terbaru dalam blognya ialah

Permohonan Maaf Terbuka

Saya Mohon Maaf Kepada Ahli-ahli UMNO January 22nd, 2009 by admin Asalamualaikum warahmattullahiwabarokatuh, Saya Muzamir Bin Hj Ismail, Pemilik weblog sangkut (www.sangkut.org) dan sangkut2.blogspot.com, sebagai seorang ahli UMNO memohon maaf dan menarik balik segala posting dalam blog blog saya, memohon maaf dengan penuh kesal kepada UMNO Malaysia, Pemimpin pemimpin UMNO dan ahli ahli UMNO secara keseluruhannya. Saya mengakui segala kesilapan saya semasa mengkritik kepimpinan Dato Seri Abdullah haji Ahmad Badawi. dan saya menarik kembali segala kata kata nista dan tuduhan terhadap UMNO dan Ahli ahli umno dengan sekesal kesalnya. Secara terbuka dan lapang dada saya sesungguhnya memohon maaf kepada semua Ahli ahli UMNO malaysia kerana kelantangan saya selama ini sedikit sebanyak telah menguris hati sesetengah ahli ahli UMNO. Saya juga akan menutup blog blog saya dan saya telah memadam segala artikel artikel yang telah saya tulis selama hampir 4 tahun.


Segala salah dan silap adalah dari saya sendiri dan saya mengakui dan memohon maaf sekiranya menguris sesetengah pihak baik dalam dan luar UMNO khususnya. Dengan penuh kesal dan rendah diri saya berserah takdir kepada yang Esa, sekiranya apa apa tindakan yang akan diambil kepada saya. Para sahabat seperjuangan UMNO doa doakanlah kesejahteraan buat pemimpin pemimpin umno terdahulu. InsyaAllah, kita semua akan dilindungi Nya. Salam Perjuangan dari Saya Muzamir Bin Hj Ismail Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman sri kota Bahagian Taiping 22 Januari 2009 Jam 3.18 Petang Jalan Air Kuning Segala pertanyaan boleh ditujukan kepada muzamir.ismail@gmail.com

-PEMUDA BESUT

Sya : Cakap tak serupa Bikin,ini yang berlaku dalam UMNO sekarang..Bayangkan ahli UMNO yang nak menegur pemimpin akhirnya diambil tindakan...Hanya kerana mengkritik pemimpin di blog beliau...nampak sangat tak buat salah pemimpin UMNO ni itu pasal diaorang asyik nak kena puji je...Kebebasan Suara dinafikan dalam UMNO so lepas ni semua pakat puji je yang buruk Peram buat pekasam....Adoiyai!!!

MAI BACA!!!!

Komen dari jomsertaipas dalam blog Perak Bangkit -


Bismillahirrahmanirrahim.

Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia.

Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang.

Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik.

Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana.

Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma.

Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik suasana lama sudah tidak ada

Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru.

Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia.

Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun.

Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama.

Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud.

Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah.

Dunia sudah menjadi cantik dan indah.

Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik.

Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul.

Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul.

Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan.

Tapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin.

Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak.

Manusia pun bertambah rosak dan jahat.

Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat.

Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya.

Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah.

Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia.

Tidak seperti alam semulajadi mudah sahaja berubah

Najib nak amik alih Perak???

NAJIB DAN ZAHID AKAN BINA SRATEGI BARU????

Berita terkini yang hangat di Perak ialah perletakan jawatan
dato Seri Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan perhubungan
UMNO Negeri Perak.

Difahamkan perkara ini disentuh dalam perjumpaan ADUN BN
perak bersama YAB Dato Sei Najib. Hasil perjumpaan itu Dato Najib
bersedia untuk menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Rata-rata ahli Umno menyambut baik perlantikan itu demi
memantapkan kekuatan UMNO Perak. Selamat datang
Dato seri Najib dan terima kasih atas jasa Dato seri Tajol.

Semoga Dato Tajol sentiasa sihat dan dapat terus meberi
sumbangan kepada umno dan masyarakat.

Moga-moga Chief (Dato Seri Nazri Aziz yang merupakan
Ketua Bahagian Padang rengas) akan dilantik Timbalan
Pengerusi Perhubungan.

Kami mendoakan agar chief dapat diberi kepercayaan untuk
menolong Dato Najib menguatkan UMNO dan BN Perak.

Sya :

Najib nampaknya risau walaupun dia kata tak Risau,sebab dia mengambil tindakan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak...Kerisauan pemimpin Umno ada asasnya sebab dikhabarkan akan ada lagi dari puak UMNO yang akan Lompat ke PR..

Adoiyai!!nampaknya kerap la kita nampak muka Najib di Perak ni..Tajol akhirnya menyerah kalah...Sekurangnya dia sedar kelemahan diri dia...Di Terengganu Najib dah basi dia ingat dengan mai ke Perak dia boleh diterima ke??Sorry Najib tempat lu bukan disini!!Semoga dengan kedatangan hang akan buat lebih ramai orang yang akan meluat dengan UMNO/BN...

ORANG MUDA JADI REBUTAN!!!


Sejak kebelakangan ini aku rasa orang Muda lah yang akan menjadi REBUTAN di semua parti-parti POLITIK ditanah air kita ni.Sebabnya tenaga dan pemikiran anak muda lebih baik dan Bijak.Fakta mebuktikan pada Pilihanraya K.Terengganu yang lalu selain dari undi yang memberi kemenangan kepada Calon PAS separuh darinya ialah undi anak muda!!

Tapi amat malang sekali bila ada satu parti ni yang nak tolak orang MUDA!!Sebabnya orang muda ni tak pandai berpolitik...Kesian nak buat macam mana anak MUDA yang tak pandai berPOLITIK tu dari UMNO gak..Kalau asyik didedahkan dengan KESERONOKAN dan keasyikan melayari dunia nak cakap apa lagi!!!Salah siapa kalau bukan pimpinan UMNO/BN...

So buat semua yang dah terluka hati dengan UMNO,Pintu kami terbuka untuk anda...Insyaallah anda akan dihargai sewajarnya!!!

So welcome to the club!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Zahid jadi pengerusi Umno Perak?

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru selepas Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melepaskan jawatannya.

Berita angin ini semakin kuat bertiup berikutan Tajol mendapat tekanan terakhir ekoran tindakan Datuk Nasarudin Hashim, Adun Bota melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Selepas bertemu Najib baru-baru ini, Tajol dikatakan akan melepaskan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Perak," kata satu sumber kepada Siasah.

Ia juga berikutan dari tekanan dan kempen pihak-pihak tertentu agar Tajol melepaskan jawatannya selepas Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Zahid semakin dipercayai oleh Umno Perak dengan tindakan beraninya mengarahkan pegawai kerajaan Pusat agar jangan menyertai sebarang mesyuarat anjuran kerajaan negeri Perak.

"Walaupun mendapat kecaman hebat dari pembangkang, Zahid sekurang-kurangnya dilihat berbuat sesuatu untuk menaikkan moral Umno di Perak ketika Tajol dilihat tidak berani berbuat apa-apa," kata sumber itu.

Bagi beliau, ramai pemimpin Umno membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendapat umum sekarang asalkan ia mendapat sokongan Umno kerana mereka sekarang menghadapi pemilihan dalaman parti.

"Kenyataan Mukhris tentang sekolah satu aliran negetif kepada rakan-rakannya dalam BN tetapi ia tetap dibuat untuk mendapat undi di kalangan perwakilan Umno. Begitu juga dengan kenyataan Zahid ini," tambah beliau.

Tekanan terhadap Tajol semakin meningkat apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin mengumumkan tiga lagi Adun Umno akan menyertai Pakatan.

Namun perkara ini ditolak oleh timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber SIASAH

Sya :

Nampaknya kapal UMNO di Perak semakin karam...mungkin sebab yang nak lompat terlalu ramai sampai kapal pun dah tak dapat tampung hentakan....Zahid mungkin akan cuba menonjolkan diri dan dalam masa yang sama Tajol akan disingkirkan....PANAS-PANAS.....

Ramlang Porigi Akhirny Dipecat Oleh JAKIM..!

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, tanpa memberikan sebarang alasan konkrit, surat itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada sudah mencukupi" untuk memecat Ramlang.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto, kanan) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu Jun lepas.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Menurut Wan Mohamad lagi, yang juga bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan Nombor Satu Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman (domestic inquiry) berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.


BEGITULAH RUPA SYAITAN SEBENAR UMNO ...

Sya : inilah masalah orang kita tak boleh nak terima kenyataan...kerana menjadi lawan kepada UMNO/BN seorang manusia ni yang jadi mangsa....nampaknya politik lebih dipentingkan dari Agama oleh puak-puak ni....Buat la apa yang kamu mahu tapi ingat Allah swt sentiasa ada!!!

PUTERI/PUTERA UMNO TAK PANDAI POLITIK!!!

Kenyataan Tengku Ahmad Reetaudeen yang menyarankan agar PUTERI & PUTERA UMNO dimansuhkan adalah satu langkah yang bijak..alasannya adalah untuk mengelak politik wang...tapi kalau ikut pepatah "bapak kencing berdiri..anak kencing berlari.." kalau dah orang tua yang amalkan politik wang tak heran kalau orang muda mewarisi tradisi tu..ni nak salahkan siapa..?

Kalau pun dicantas tunasnya..sedangkan terasnya masih ada...maka tentu tunas baru akan tumbuh makin subur..kalau nak kenalah buang semua sekali..kemudian tanam pokok baru..

Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.

Sya :
kesian kat diaorang penat berusaha untuk UMNO tapi dapat apa..hampeh je..kena kutuk lagi ada la...Emm nampaknya bab hargai Usaha orang muda ni PAKATAN RAKAYAT lebih BAGUS,sebab PIMPINAN PR tahu nak HARGAI orang MUDA....nampaknya lepas ni kalau diizin TUHAN ramai pulak la PUTERI/PUTERA UMNO ikut sama melompat....hahahaha...

ADOIYAIII!!!!

Isu Lompat,NAJIB TERKEJUT?????

NAJIB NAMPAK MACAM TERKEJUT KE????

Ahad lalu, Nasaruddin yang pernah menjadi Ahli Parlimen Parit dan Pengerusi Felcra Bhd mengumumkan keluar Umno dan menyertai PKR.

Sementara itu, ketika ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan, di sini kelmarin, Najib berkata, tidak wajar ahli atau pemimpin BN meninggalkan parti pada ketika sokongan dan kesetiaan mereka diperlukan.

"Apa juga masalah dihadapi... sama ada peribadi atau tidak puas hati terhadap parti tidak wajar dibalas dengan tindakan mengetepikan parti. Semua wakil rakyat BN mesti faham Umno dan BN banyak menabur jasa pada semua orang dan negara.

"Tak wajar jika kita ada masalah peribadi atau tak puas hati, nak tinggal atau ketepikan parti dalam saat parti perlukan sokongan dan kesetiaan kita," katanya, yang sebelum itu menghadiri majlis sama anjuran MCA Pusat.

Beliau mengakui terkejut dengan tindakan Nasaruddin menyertai PKR, tetapi yakin ia tidak akan disusuli pemimpin BN lain.

Ditanya sama ada Nasaruddin boleh diyakinkan untuk kembali semula ke pangkuan Umno, Timbalan Perdana Menteri berharap bekas Pengerusi Felcra itu berfikir sedalam-dalamnya mengenai apa sudah dilakukannya.


Sya :

Jangan yakin sangat Pak Najib oii,mana hang tau takan ada lagi orang umno yang nak lompat ke Pakatan Rakyat...Hang bukan Tuhan!!!Inilah akibatnya kalau kita terlalu cakap BESAR dan banyak buat DOSA...Sekarang ni boleh dianggap zaman kejatuhan UMNO/BN tambahan lagi orang macam Najib yang nak dijadikan PM..Adoiyai!!!....


Kepada Semua yang dah mula sedar..sya nak ucapkan WELCOME TO THE CLUB!!!!!

SELAGI KE ANDA IKHLAS KAMI MENERIMA ANDA DENGAN HATI TERBUKA!!!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Kes Kugan: Husam Sokong Suruhanjaya Di Raja - malaysiakini

YB Dato Husam Musa, Naib Presiden Pas dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan hari ini menyuarakan sokongan penuh beliau terhadap gesaan beberapa pertubuhan NGO dan parti-parti politik yang menuntut supaya satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat bukan sahaja kes kematian Kugan Ananthan di dalam tahanan polis baru-baru ini, bahkan juga 1535 kes-kes kematian dalam tahanan yang lain sebelum ini.

Suruhanjaya Di Raja ini penting bagi memastikan bahawa insiden seperti ini tidak berulang lagi. Kejadian kematian dalam tahanan mestilah dihentikan serta-merta.
Suruhanjaya Di Raja mestilah menyiasat :
  • kegagalan sistem sedia ada untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang yang berada di dalaam tahanan.
  • kenapa ramai orang mati semasa di dalam tahanan, dan menentukan samada insiden ini disebabkan oleh apa jua bentuk keganasan.
  • budaya kerja di dalam PDRM, bagi menentukan samada budaya kerja sedia ada memang mengizinkan perlakuan keganasan terhadap tahanan polis.
  • siapakah pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam setiap kes kematian tahanan tersebut.
  • samada perlakuan keganasan terhadap orang-orang di bawah tahanan polis dibiarkan berlaku, digalakkan, atau pun diarahkan oleh pihak atasan di dalam "chain of command" PDRM.
Suruhanjaya yang bakal ditubuhkan itu juga mestilah diberikan kuasa untuk mendakwa semua pihak yang telah dikenalpasti bertanggungjawab dalam insiden kematian tahanan-tahanan tersebut. Semua yang bersalah, samada kakitangan bawahan hinggalah kepada pegawai-pegawai atasan, hatta Menteri yang bertanggungjawab, mestilah "accountable" kepada apa yang telah berlaku.

Dato Husam Musa seterusnya menegaskan lagi bahawa suruhanjaya berkenaan juga mestilah mengemukakan perakuan-perakuan yang "binding" kepada pihak Kerajaan bagi menentukan bagaimanakah keganasan terhadap tahanan-tahanan polis dapat dihapuskan.

"Kita hendaklah ingat bahawa tahanan-tahanan yang berada di dalam jagaan pihak polis sewaktu di dalam siasatan, adalah belum ditentukan lagi samada terbukti salah atau tidak. Oleh yang demikian, sebagai manusia, mereka adalah berhak untuk mendapat layanan yang saksama berlandaskan prinsip "innocence until proven guilty", ujar beliau lagi.

-HUSAM MUSA


__,_._,___

LOMPAT BIAR KENA TEMPAT MENDARAT!!!!


Alhamdulillah nampaknya Pakatan Rakyat di Perak ni semakin teguh walaupun dihentam dan dimaki oleh ramai puak-puak UMNO yang tak puas Hati dengan tindakan LOMPAT Parti yang sedang melanda Negara kita ni.Akhirnya apa yang dikatakan Oleh Ketua Umum PKR ada kebenarannya biarpun langkah yang terakhir iaitu impian RAKYAT untuk menuju Putrajaya masih dalam perancangan.Sekurangnya ada la nampak IMPUTnya..Dan dengar kata akan ada lagi yang akan LOMPAT ke PAKATAN RAKYAT,Insyaallah...

Cuma satu je aku nak pesan kepada mereka yang LOMPAT ni agar NIAT tu mesti IKHLAS bukan sekadar ibarat nak melepas susah je..Mendarat biat kena tempat jangan CUBA nak BUAT HAL!!!Pakatan Rakyat ialah parti RAKYAT jadinya aku harap tiada yang buat parti ni macam dia punya sendiri.Aku cakap betul kalau Pimpinan Pakatan Rakyat mengabaikan RAKYAT korang akan tahu nasib korang..

Buat Pemimpin pula jangan jadi ibarat KERA DIHUTAN DISUSUKAN,ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN!!!!Jangan hangpa duk sanjung sangat pada yang duk MELOMPAT ni sebabnya kena INGAT pejuang terdahulu dalam PARTI hangpa...depa ni baru WIRA SEJATI!!!Kalau lepas ni ada rungutan yang pemimpin atasan lebihkan yang dok MELOMPAT dari yang dah bertapak aku rasa RAKYAT akan buat pilihan bijak untuk Pilihanraya akan datang!!!

INGAT SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT...LAWAN TETAP LAWAN!!!!

So KERAJAAN PAKATAN RAKYAT..FIKIR-FIKIRLAH!!!

ADOIYAIIII!!!!

Kematian Kugan: Suruhanjaya Diraja Untuk Polis Diraja
















Membunuh satu jiwa, sama seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu Al Qur'an menanam rasa kemanusian.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh tentera Israel, mau pun Kugan, rakyat kita yang mati dalam tahanan polis. Pembunuhan ini tidak boleh dibiarkan tanpa penghukuman.

Kami berpeluang menziarahi keluarga Kugan di Kinrara, Kuala Lumpur dan mendengar sendiri luahan kesedihan keluarga beliau mengenai misteri yang menyelubungi kematian itu. Seluruh badan Kgan cedera parah. Dikatakan Kugan tidak diberi makan dan minum selama tujuh hari, sepanjang dalam tahanan untuk siasatan. Mulutnya berbuih, selain berdarah. Luka berat di seluruh badan. Seakan Kugan dipukul samseng ganas dan bukan dari tahanan polis.

Apa kesalahan Kugan masih belum jelas. Prinsip 'tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' nampaknya tak dihormati. Media menggunakan tag line 'pencuri kereta mewah', untuk memberikan imej negatif kepada Kugan. Kata-kata seperti itu menambahkan lagi luka dan kepiluan kepada keluarga Kugan dan masyarkat India juga.

Jawapan di Dewan Rakyat pada tahun lepas, seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007. Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!

Jika pelbagai pihak menuntut penubuhan sebuah Suruhajya Siasatan Diraja, ia lebih dari wajar.

Jika Najib berjanji BN akan lebih berjiwa rakyat selepas BN tewas di Kuala Terengganu, kenapa teragak-agak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Kugan dan 1,535 orang yang lain dalam tahanan?
Besok, Rabu, mayat Kugan akan disemadikan. Diharap rakan pimpinan dan petugas PAS dapat sama mengiringi jenazah beliau.

Jika polis sukar mengesan pembunuh adik Shireen, pembunuh Kugan ada sekitar lokap polis dan sukar untuk dikesan.
Al Qur'an menyentuh jiwa kemanusian manusia yang telah melakukan pembunuhan dan juga manusia lain yang perlu bertindak menyekat perbuatan seperti itu dengan pertanyaan abadi dunia sampai padang Mahsyar: "Atas dosa apakah ia dibunuh" "For what sin they had been killed?" - Al Qur'an, Surah At Takwir: Ayat 9.
(Foto diambil di rumah keluarga Kugan. Hadhir sama, Dato Sri Anwar, MB Selangor, YB Dr Mariah, YB Wee Choo Keong dan lain-lain - 26 Jan 2009)
__._,_.___



Kenyataan Husam Berhubung Nasib Malang Mendiang Kugan - malaysiakini

Semalam, Isnin 26hb Januari 2009 Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan telah melawat keluarga mendiang Kugan Ananthan di Puchong, Selangor, bersama-sama dengan Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Pas bagi Kota Raja.

Lawatan tersebut berlaku serentak dengan lawatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan disertai bersama oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa ahli parlimen Keadilan yang lain.

Berikut adalah kenyataan rasmi YB. Dato' Haji Husam Musa.

Mengikut Al Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali Al Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh dengam kejamnya oleh tentera Israel, mahupun Kugan Ananthan, rakyat kita keturunan India yang mati sewaktu di dalam tahanan lokap polis setelah ditangkap kerana disyakki terlibat dalam kes kecurian kereta.

Seluruh badan Kugan cedera parah. Mengikut laporan berita, keluarga Kugan mendakwa beliau tidak diberi makan dan minum selama 7 hari. Sewaktu keluarga beliau menuntut mayat beliau di Hospital Serdang, mereka melihat mulutnya berbuih, dan kesan- kesan luka berat di muka dan hampir seluruh badan.

Masih belum jelas kepada kita semua apakah kesalahan Kugan, kerana kes beliau masih disiasat, dan beliau mati sewaktu polis masih menjalankan siasatan ke atas beliau. Malangnya, akhbar-akhbar dan media tempatan lain cuba memberikan gambaran bahawa Kugan adalah pencuri "kereta mewah". Langkah ini hanyalah akan menambahkan luka hati kepada keluarga mangsa. Kenapa prinsip "innocent until proven guilty" tidak dihormati dan diamalkan di sini?

Jika derita Palestin kita hayati, berilah sedikit ruang kesaksamaan kepada keluarga yang sedang sedih dan menderita ini. Mereka kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dengan cara yang amat menyayatkan hati.
Hari Rabu ini, mayat Kugan Ananthan akan disemadikan di Puchong, Selangor. Malangnya saya tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan. Saya berharap rakan-rakan Pas yang lain dapat mengiringi jenazah mendiang Kugan nanti.


TAJOL PENING!!!!!

Selepas kekalahan di K.T hari tu Pak Tajol yang bersembunyi entah dimana akhirnya menonjolkan diri semula..Mungkin atas arahan Bossnya..Tadi di dalam berita dia ada keluarkan kenyataan pasal Adun Bota yang lompat parti,nampak seperti tak dapat terima kenyataan je UMNO/BN Perak...aku petik sikit kata dia....:`Bila ditanya oleh Media Tajol dengan spontan menjawab,"itulah kerja pembangkang,bila kita war-warkan ada orang dia nak masuk BN dia tuduh kita beli,tapi bila dia buat takpe pulak,"....Ni akau nak tanya sapa pembangkang kat Perak la ni...Bukan umno ke???Tajol tolong sat aku pening ni...ke Tajol pun dah mula ada hasrat nak LOMPAT kot...hahahaha...

Rasanya Tajol ni masih PENING sebab kalah hari tu kot!!!Mungkin dia dah tak senang duduk dan mencari siapa lagi yang nak lompat untuk mudah dia sogok dengan DUIT!!!!

Tajol-Tajol.....UMNO/BN PERAK LA NI PEMBANGKANG...AKU ULANG PEMBANGKANG!!!!!!ADA FAHAM....!!!!!

HUKUMAN BUAT UMNO/BN-NIK AZIZ

Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP.-Harakah

Sya:
nampaknya cerita ni masih PANAS dan menyebabkan hati para pemimpin UMNO/BN terasa bahangnya jugak...ADOIYAI,mungkin sekarang Najib dah menggelabah menanti bulan mac ni sebab dia ibarat telur dihujung tanduk.Dengar kata ada beberapa orang yang akan lompat lagi...Pak lah dengar kata kena demam MENGEJUT hari ni sampai tak hadir pada rumah terbuka raya cina anjuran MCA...adoiyai sian Pak Lah!!!!!

RIHANNA VS PALESTIN

Inilah Artis yang akan menggegarkan Negara ISLAM HADHARI ALA PEMIMPIN UMNO/BN....RIHANNA kehadiranmu dinanti pemimpin ISLAM UMNO/BN.....

PERWATAKAN ARTIS YANG CUKUP SYARAT NAK BUAT KONSERT KAT MALAYSIA....
MASIH INGATKAH ANDA KEPADA SAUDARA ANDA DI PALESTIN.......
KETIKA MEREKA DIZALIMI KITA DISINI MASIH TERUS BERGELAK TAWA....
INIKAH YANG DIKATAKAN KITA JUGA MERASA BILA RAKYAT PALESTIN DIZALIMI??? DIMANAKAH KEBENARANNYA...???

CUKUPKAH SEKADAR AIR MATA DAN DANA HASIL KONSERT AMAL YANG DIANJURKAN???


FIKIR-FIKIRLAH!!!!
ANAK KECIL INI KINI AMAN DI SYURGA!!!! ALLAH HU AKBAR!!!!!

AKU MENENTANG KONSERT RIHANNA DI MALAYSIA!!!!!

Kenyataan Media Adun Bota!!

Berikut adalah kenyataan media Nasarudin yang diedarkan hari ini :-

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-
Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

ADUN BOTA (BN) SERTAI PKR - 2 LAGI AKAN MENYUSUL...

BERITA TERKINI DARI M-STAR ONLINE

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk
Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa
hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat
sini pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit
merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua
menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit
menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua
tahun sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau
bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat
khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang
mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan
kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan
suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas
pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti
dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan
untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu
parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada
Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR,
Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah
Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin
merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam
Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan
sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di
Perak," katanya.


...........mstar0nline ............


PERKEMBANGAN MUTAKHIR !

Dua lagi Adun BN Perak akan sertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Berita perkembangan terkini akan menyusul.

SATU LAGI KELULUSAN ISLAM HADHARI!!!!!

Pagi tadi aku belek surat khabar UTUSAN MELOYA..di ruangan belakang aku lihat satu kolum yang bertajuk Konsert Rihanna Live In KL 2009 DILULUSKAN!!!!

Aku petik salah satu kenyataan dari Datuk Seri mohd shafie Afdal yang dipetik berkata : Tiada sebab permohonan penganjr ditolak setelah semua syarat dipenuhi dan kesesuaian persembahan penyanyi kelahiran Barbados itu juga telah diambil kira.

`Rakyat Malaysia pelu diberi peluang mengikuti industri hiburan yang kreatif dan berkembang dinamik hari ini '...

Aku rasa inilah kenyataan paling BODOH yang pernah aku dengar...Bagi peluang apa KEJADAHNYA!!!Saudara kita di PALESTIN dibom dan dizalimi oleh orang KAFIR kita nak bersorak dan bergembira menyambut penyanyi sorang ni....Betul-betul aku tak faham kepimpinan ala ISLAM HADHARI NI!!!!

Shafie Afdal memang BODOH dan HAMPEH!!!!Dasar UMNO memang nak jauhkan orang melayu dari islam itu pasal depa asyik perjuangankan MELAYU!!!!

BETUL KATA TOK GURU `APA NILAI MELAYU DIAKHIRAT NANTI'?????

Saya memohon Gerak laporkan Tok Guru kepada SPRM - malaysia...

Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr
Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana
mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau
dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban
Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti
terhadap MB Selangor").

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi
(Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu
telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan
kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu
mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi
Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam
Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di
bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan
negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat
berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM
terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk
memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor
pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor:
Kelantan sumbang RM1 juta").

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu
dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk
meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan
peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau
sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru
ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk
wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah
berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu'min
itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk
menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan
dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan
dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu
mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada
ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru
sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada
mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah
Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan
peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin
yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri
juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan
kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan
kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).

~penarik beca

Eksklusif: Penangan Blog Dan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Akhirnya Kerajaan Batalkan Semua Lesen Pengusaha Cyber Cafe Di Pahang !!

KUANTAN - Gara-gara takutkan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan
pantas tentang senario politik tanahair maka puak-puak UMNO dan
Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi telah mengambil satu langkah yang
amat "tidak wajar" dan sungguh "memalukan". Ini berikutan aduan yang
mengatakan mereka membatalkan lesen perniagaan Cyber Cafe di seluruh
negeri Pahang berkuat kuasa serta merta mulai semalam. Kami masih lagi
cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang perkara ini. Namun,
setakat ini kami sudah memperolehi beberapa maklumat yang tepat
tentang perkara ini. Malah kami juga difahamkan ada sesetengah Cyber
Cafe yang masih dibenarkan beroperasi, itupun sehingga jam 7.00 malam
sahaja. Jika mereka tidak akur dengan peraturan terbabit, maka
tindakan tegas akan diambil. Ini menyebabkan ramai pengusaha Cyber
Cafe di sekitar bandar ini, malah di seluruh negeri Pahang kini
mengalami tekanan akibat arahan terbaru ini. Mereka ternyata hairan
dan pelik dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan
dan kerajaan itu.

Kami cuba menyelongkar permasalahn terbabit. Alasan yang diberikan
ialah kebanyakkan Cyber Cafe membenarkan permainan "Judi Haram" di
premis mereka sejak akhir-akhirnya. Anehnya, jika pun benar perkara
itu maka apakah kewajarannya semua premis berkenaan harus ditutup atau
dikenakan tindakan. Inilah yang dikatakan "kerana nila setitik maka
rosaklah susu sebelanga". Menurut maklumat, arahan terbabit
dikeluarkan setelah mendapat "mandat" daripada pihak polis. Soalnya di
sini, bukankah pihak polis boleh menyiasat kes judi haram ini dengan
lebih teliti lagi dan hanya mengenakan tindakan kepada premis yang
berkenaan sahaja. Kenapa harus kesemuanya menanggung akibat?. Amatlah
tidak wajar sama sekali tindakan ini dikeluarkan dikala kerajaan
sendiri ingin menggalakkan supaya rakyat celik ICT dan komputer.
Tambahan pula jika arahan ini arahan ini dikenakan, maka tiada gunanya
dibina Koridoraya Pantai Timur (MSC) di Kuantan yang terletak di Jalan
Lim Hoe Lek bersebelahan Stadium Darul Makmur Kuantan. Dunia ICT
adalah bersifat global dan tiada sempadan. Justeru itu mengapa harus
mereka menghukum dan melakukan tindakan sedemikian rupa?. Inilah yang
kini menjadi persoalan seluruh rakyat kini.

Menurtu salah seorang pengusaha terbabit "Saya hairan dengan arahan
secara tergesa-gesa. Kami berani membuat akuan sumpah bahawa tiada
permainan judi di premis kami, namun kenapa kami harus dipersalahkan?.
Jika konsep ini diamalkan oleh kerajaan, maka eloklah semua
pusat-pusat hiburan yang bercambah di bandar ini ditutup kerana
dipercayai ada yang menjalankan kegiatan pelacuran. Mereka sengaja
mahu menutup periuk nasi kami. Bahkan kami juga yakin tindakan yang
dilakukan ini adalah berasas kepada politik semata-mata dan bukannnya
alasan demi alasan seperti yang diperkatakan sebenarnya". Beliau telah
lama membuka Cyber Cafe di bandar ini amat kecewa dengan tindakan itu.
"Saya telah menerima surat pembatalan lesen tersebut yang
ditandatangani oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan dekat
sini. Selain daripada itu, agak aneh kerana salinan surat berkenaan
dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Ini bermakna
memang arahan yang dikeluarkan ini adalah datangnya daripada pihak
kerajaan sendiri. Apakah motif semua ini?.

[Nampak benar Kerajaan Negeri Pahang sudah ketandusan idea untuk
menghalang gelombang kebangkitan rakyat sebenarnya. Mereka bertambah
takut bila mengetahui ramai pengundi muda akan mengundi dalam
pilihanraya umum ke-13 nanti. Tambahan pula mungkin puak-puak UMNO
melihat bahawa Cyber Cafe adalah salah satu "sumber maklumat terkini"
penyokong Pakatan Rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini. Justeru
itu, bagi menghalang mereka mendapat maklumat tersebutlah akhirnya
tindakan drastik ini terpaksa dilakukan. Kami amat yakin dengan apa
yang terjadi ini akan mempercepatkan lagi "reputnya UMNO karat" di
bumi Pahang Darul Makmur ini. Mereka langsung tidak mengambilkira
masalah yang akan menimpa sebahagian besar pelajar IPT yang menjadikan
Cyber Cafe sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat dan rujukan serta
menyiapkan berbagai kertas kerja dan projek kursus yang diberikan oleh
pensyarah masing-masing. Penutupan tersebut jelas amat tidak beretika
sekali serta melambangkan ketakutan puak-puak UMNO dengan dunia ICT
yang diilhamkan oleh pemimpin mereka sendiri ]

sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

Kugan: Lihat Gambar-Gambar Ini...Polis-polis....

The late A Kugan

The late A Kugan

The hearse that bore Kugan's remains yesterday

The hearse that bore Kugan’s remains yesterday

The leading car that went before the hearse and which bore banners that must have irked the men in blue

The leading car that went before the hearse and which bore banners that must have irked the men in blue

lead-car1

lead-car2

lead-car4

lead-car3

The ensuing jam on the highway arising from the 10km procession from the home of the bereaved family to the burial grounds

The ensuing jam on the highway arising from the 10km procession from the home of the bereaved family to the burial grounds

The frontliners in the procession

The frontliners in the procession

Mohan, who is driving, is the younger brother of the deceased. On his left is the grieving mother of the late Kugan

Mohan, who is driving, is the younger brother of the deceased. On his left is the grieving mother of the late Kugan.

http://harismibrahim.wordpress.com