Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Bukan salah Parti tapi Salahkan Pengkhianat Rakyat ini!!

Sejak bermula kembali budaya Lompat dikalangan Adun-Adun Pkr baru-baru ini aku seakan terasa untuk menulis dan memahami situasi yang berlaku.Setelah AMANAH Rakyat di PERAK dinodai hampi 7 bulan yang lalu kini Rakyat Kedah pula dikejutkan dengan perkara yang sama.Bezanya ia masih diperingkat awal dan belum sehingga menyababkan Kerajaan PR di sana Tumbang.Yang melompat pastilah seantero Dunia dah tahu dari Parti yang mana.

Maka terdengarlah segala macam tomahan dan kata sindiran terhadap Parti PKR.Persoalannya mudah adakah ia apa yang kita TAHU bahawa ia akan terjadi satu hari nanti???Jika YA pastinya Pimpinan yang ada boleh dipersalahkan sepenuhnya..!!Namun ini yang dikatakan sebagai adat seorang manusia yang mana bila bagi mereka yang lebih penting dari segala ialah HARTA,NAMA dan PANGKAT.

Sedalam mana pun ISLAM seseorang itu jika ia TIADA IMAN maka janganlah kamu YAKIN bahawa dia itu BAIK.Kerana apa yang Allah swt janjikan untuk kita mendiami SYURGA ialah IMAN dan bukan yang lain.

Bagi mereka yang merelakan diri menjadi pengkhianat AMANAH RAKYAT Insaflah kerana kamu akan ditanya oleh ALLAH swt kelak dan bukan dibiarkan begitu sahaja.

Buat semua jangan disalahkan Pimpinan PARTI itu sahaja kerana mereka yang melompat itu bukan disuruh oleh Pimpinan Parti mereka tapi disuruh dan disogok oleh Lawan Pimpinan Parti mereka.Oleh itu jangan salahkan Parti akan tetapi salah kan Individu yang menjadi Pengkhianat tersebut..!!! Parti ini akan terus memperjuangkan nasib RAKYAT dan yang memburukan IMEJ Parti PKR ini ialah Pengkhianat tersebut.Maka jangan kerana MARAHKAN nyamuk KELAMBU di BAKAR..Berfikirlah sebaiknya...

0 comments: