Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak-2009

Lokasi Hotel Syuen,Ipoh
31.10.2009
Sya nak ucpkan TAHNIAH kepada Rakyat Perak kerana Bajet Negeri telah pun diluluskan dalam Sidang Dewan semalam.Bajet ini disifatkan Zambry sebagai Bajet Rakyat.Didalam bajet ini juga Zambry mengumumkan pengurangan defesit budjet sebanyak 2 juta ringgit dari bujet 2009 yang berjumlah 25 juta kepada 23 juta.

Zambry terus cuba membohongi Rakyat dan mengelirukan Rakyat dengan kadar pengurangan ini yang mana perlu diketahui bahawa bajet 2009 yang diluluskan itu mempunyai kegunaan dan peruntukkan bagi setiap yang dibentangkan,akan tetapi oleh kerana Kerajaan haram mengambil alih maka bajet yang sepatutnya digunakan bagi tujuan lain terpesong kegunaannya.Dan apa yang perlu diingatkan kepada Rakyat ialah SIAPA yang MENGABISKAN peruntukkan Bajet 2009..!!Kerana bujet 2009 telah digunakan untuk kepentingan mereka maka,mereka mengurangkan sedikit bajet 2010 bagi menampakan ketelusan mereka sedangkan ia hanya untuk mengaburi mata rakyat.

satu lagi yang mengelirukan ialah bagaimana bajet yang begitu besar ertinya dan melibatkan setiap penduduk di Negeri ini dipermainkan dan diperlakukan dengan begitu BIADAP oleh Kerajaan UBN apabila iia tidak DIBAHASKAN dan ketika dibentang tanpa kehadiran Adun-Adun PR..??Bukan Adun-Adun PR tidak mahu memasuki Dewan akan tetapi mereka telah dihalang oleh pihak Polis yang sibuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga kepentingan Pemimpin UBN dengan menyekat dan memperlambatkan kemasukkan Adun-Adun PR.

Lebih MEGHINAKAN apabila Kerajaan UBN seolah-olah menunjukan Kekuasaan mereka apabila Bajet yang dibentang tidak dibahas dengan telus yang mana ia menyaksikan hanya 2 perbahasan dari wakil BN dan terus diluluskan.Kenapa sya cakap HINA,kerana cuba anda bayangkan Titah Ucapan Yang Dipertuan Agung sendiripun akan dibahaskan disetiap kali Beliau membuka sidang di Parlimen,Namun di Perak Kerajaan HARAM ini lebih Tinggi dari Yang Dipertuan Agung..!!


Siapa yang DERHAKA sekarang,Kerajaan UBN bukan sahaja HARAM kini mereka DERHAKA kepada RAKYAT di Negeri Perak..!!

VIdeo Adun Pakatan DIHALANG memasuki DEWAN..!!

Pihak POLIS HINA ISLAM..!!!

Solat Hajat dan Munajat yang dipimpin Oleh Ust Noor Azli Musa dibuat diperkarangan Kedai makan berhampiran Banggunan DAP Negeri.
Lokasinya langsung tidak menggugat kerja-kerja Pihak Berkuasa POLIS..!
Memohon pertolongan Allah swt dan mendoakan keselamatan Adun-Adun PR
Diwaktu ini bermula satu PENGHINAAN,apabila OCPD ini mengeluarkan arahan tangkapan keatas 5 individu yang terlibat dalam solat tersebut.
Pegawai Polis bernama TAHIR ini mengarahkan agar mereka tidak meneruskannya dan meminta agar mereka ini bersurai..!!

Beliau terus mendesak agar ia dihentikan jika tidak arahan tangkapan tadi akan dilaksanakan..!

Ini adalah RIAK wajah mereka yang dengan SINIS dan MENGHINA apabila merka ini yang bernama RAMES dan GLEN mentertawakan Agama Allah swt apabila pegawai yang bernama TAHIR menghentikan Solat tersebut..!!Perhatikan wajah mereka dengan betul-betul,dan anda akan rasa apa yang aku rasa...!!!!


Mungkin ialah gambar terbaik 1 Malaysia apabila ummat Islam mengerjakan ibadah mereka,mereka ditertawakan oleh pegawai-pegawai POLIS ini..!!

Gambar diatas ini ialah antara gambar-gambar yang dapat dirakam semasa sidang dun semalam.Ia antaranya menceritakan menegenai sekumpulan dari penyokong PR bertindak mengadakan Solat Hajat dan Munajat bagi memohon kepada Allah swt untuk membantu memberikan kekuatan kepada Adun-Adun PR mennghadapi mereka yang zalim ini.Solat Hajat ini dibuat di perkarangan kedai makan yang lokasinya tidak menggugat kerja-kerja anggota keselamatan.

Namun apa yang diluar jangka oleh sya ialah tindakan POLIS yang sememangnya cukup Menghinakan apabila mereka mempersendakan Solat Hajat tersebut.Ia bertambah HINA apabila seorang lagi anggota POLIS berpangkat Tinggi,MELAYU dan mengaku beragama ISLAM mengarahkan agar Solat tersebut diberhentikan dan mengarahkan juga agar 5 daripada mereka ditahan..!!

Aku sempat bertanya kepada seorang anggota CID beragama ISLAM dengan soalan `Adakah solat ini menjadi kesalahan'..?Beliau mengatakan bahawa ini arahan,dan jawapan itu turut ditambah lagi dengan jawapan SINIS dari pegawai berbangsa india yang bernama N.S RAMES dengan mengatakan bahawa tempat itu telah diwartakan dan ia salah mengikut undang-undang..!Bayangkan ketika itu aku merasakan ia sesuatu yang begitu mencabar kesabaran aku apabila dapat aku rasakan bagi mereka ini Kalimah Tauhid mereka ialah,

HIDUPKU,MATIKU,KERANA PEMIMPINKU DAN UNDANG-UNDANG KU..!!

Semalam barulah aku tahu bahawa Allah swt itu hanyalah kepercayaan bagi mereka sesuai dengan ungkapan didalam rukun Negara,mungkin kerana tiada lagi ketakutan bagi menghadapi MATI dan mungkin juga mereka tidak Takut akan KEMATIAN maka dengan senang mereka mempersendakannya...!!!

Soalan aku apakah bersolat kini menjadi satu ancaman kepada undang-undang NEGARA??Sejak Bilakah Allah swt meletakkan syarat bagi menunaikan solat hanya 5 minit seperti yang diarahkan oleh pihak OCPD??Dan Sejak Bilakah Allah swt melarang hambanya menunaikan Solat dikawasan-kawasan tertentu..??

Tahukah anda mereka yang bersolat itu tidak DIPAKSA,DISURUH dan DIBAYAR untuk melakukannya melainkan hanya kerana Allah swt..!!

Apakah kita akan terus melihat ISLAM dipermainkan..???

Kenderaan Adun PR dihalang memasuki Dewan..!!


Halangan biasa yang terdiri daripada mat-mat topi merah yang mana mereka ini ialah Balaci - Balaci Rasmi untuk UBN

Walaupun kenderaan mereka dihalang memasuki Banggunan SUK,namun kesemua Adun-Adun ini bersemangat bagi meneruskan Agenda Mempertahankan Amanat Rakyat kepada mereka.

Speaker dan Adun-Adun PR sedang menghampiri Banggunan SUK.Dapat dilihat Yb Siva Kumar berpakaian lengkap seorang speaker bagi menghadiri sidang hari ini.
Kawalan ketat,pemeriksaan yang hanya membenarkan hanya Adun-Adun memasuki Dewan.
Adun-Adun Pakatan Rakyat diiringi oleh Anggota Keselamatan semasa berjalan masuk memasuki Banggunan SUK.

Pada ketika ini kenderaan 27 Adun PR terpaksa diletakkan diluar kawasan Banggunan SUK dan hanya kenderaan Adun dari Aulong sahaja dibenarkan masuk kerana keadaan Beliau yang tidak mengizinkan Beliau berjalan.Apa yang diketahui kesemua Adun PR telah diberikan Pelekat kenderaan bagi kebenaran memasuki Banggunan SUK.Dan kenderaan Anggota Polis yang hanya kelihatan memenuhi Banggunan tersebut.

Sidang Dun Perak ( siri 1 )

Seperti biasa kenderaan ini akan diletakan di hadapan Banggunan SUK bagi meneruskan kerja baik mereka menjaga keselamatan Pimpinan UBN.
Ketibaan awal Dato Ngeh dan beberapa lagi Adun yang lain dihalang oleh Glen dan Pihak Polis apabila dinyatakan bahawa kenderaan milik mereka tidak dibenarkan melalui kawasan tersebut menuju ke Pejabat DAP Negeri.



Adun-Adun Pakatan Rakyat berjalan menuju ke Banggunan SUK selepas kenderaan mereka dihalang memasuki banggunan tersebut walaupun mempunyai pelekat kenderaan Rasmi bagi Adun-Adun.

Gambar Sekitar Tragedi di Sk Kuala Dipang

Hari ini merupakan hari kedua tragedi Runtuhan Titi Gantung yang berlaku di Sk Kuala Dipang Kampar.Sekitar jam 3.30 Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin tiba di sana bagi melihat sendiri apa yang berlaku pada kejadian semalam.Kehadiran Beliau disusuli dengan ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.Dato Seri yang ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan bahawa ia bukan berpunca dari bahan yang digunakan akan tetapi dari faktor pembinaan yang mempunyai kepincangan dari segi struktur binaan.

Pada sebelah petangnya pula telah berangkat hadir Raja Muda Perak Tuanku Nazrin ke tempat kejadian.Ketibaan Beliau disambut oleh Rakyat yang hadir dan turut sama menyambut kedatangan Tuanku ialah Dato Seri Nizar yang bersama-sama mengiringi Tuanku Raja Muda ke Lokasi kejadian.Turut sama hadir ialah Datin Seri Wan Azizah ke kawasan tragedi.

Selesai disana Dato Seri Nizar melawat pula ke khemah unit penyelamat yang terdiri daripada anggota Unit Amal yang mana salah satu kejayaan penemuan Mayat mangsa yang pertama pagi tadi ialah atas usaha unit ini.Selesai itu Dato Seri Ir Hj Nizar meluangkan masa pula ke rumah mangsa pertama di Mambang Di Awan.Beliau turut menyatakan kesedihannya atas apa yang berlaku terhadap keluarga mangsa.Dato Seri juga berdoa dan mengharapkan agar kedua-dua mangsa yang masih hilang ditemui.

Tragedi Kem 1 Malaysia..!!









Tragedi ini berlaku di Sk Kuala Dipang pada jam 10.30 malam sewaktu para peserta menuju ke dewan Makan untuk Minum malam sebelum Tidur.Secara tiba-tiba Titi Gantung ini rebah dan ia menghanyutkan 22 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah Rendah seluruh Hulu Kinta Selatan.2 berjaya ditemui manakala 20 yang lain masih hilang.

Gambar dan laporan lanjut akan dilapor kemudian.

OUT...!!..IN..!!

PKR telah membuat beberapa perubahan kepada kepimpinan PKR di peringkat negeri bagi memantapkan lagi gerak kerja parti.

Pengerusi PKR Sabah kini beralih tangan kepada Thamrin Zaini bagi menggantikkan Azmin Ali, manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih baton Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.

Pelantikan mereka yang merupakan anak jati Sabah dan Sarawak, diharapkan dapat menjadikan PKR lebih mantap dan diterima oleh masyarakat di sana.

Mustafa Kamil Ayub yang terpelanting di Sarawak, telah dipilih sebagai Pengerusi PKR Perak bagi menggantikkan Hj Osman.

Yahooo!!! Hj Osman.... OUT!!!

Mamat ni memang patut digugurkan. Takda satu benda pun yang dibuatnya untuk PKR Perak selain menyibuk tunjuk muka ke hulu ke hilir apabila ada majlis besar yang melibatkan Anwar atau pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat. Other than that.... ermmm.... eilek!!

Heboh bagai nak rak cerita DUN akan dibubarkan bagi satu lagi pilihan raya tetapi apa yang mamat ni buat bagi mempersiapkan PKR untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya tersebut? Habuk pun tarak!!!

Itu ler... dulu, elok-elok Hj Ismail jadi kapala PKR Perak, ditukarkan hamba Allah tu. Kadang-kadang pelik tengok cara PKR memilih pemimpin mereka. Yang komited, rajin, boleh buat kerja, jujur dan tak sombong serta mesra akar umbi dan rakyat digugurkan dan dilantik pulak orang macam Hj Osman yang memang tak semiak dan takda tokoh sebagai pemimpin to lead PKR negeri Perak.

Sekarang.. apabila dah tau tembelang Hj Osman, baru nak lantik yang lain. Siapa lagi, kalau bukan Mustafa Kamil Ayub. Kata demer, dia ni lebih kurang Hj Osman jugak. Suka terperap dekat Anwar dan tak berapa gemor turun padang memesrakan diri dengan akar umbi dan rakyat. Dia ni kata demer, lebih sesuai jadi pemimpin parti tetapi dia bukan pemimpin rakyat. Yang orang mahu ialah pemimpin rakyat, yang boleh menjiwai perasaan dan susah payah orang bawah serta rakyat.

Apa-apa pun, siapalah kita untuk mempertikaikan pilihan pucuk pimpinan PKR pusat. Suka tak suka, itulah pilihan yang telah diberikan kepada PKR Perak. So, just hope for the best.

Bagilah dia peluang. Mana tau kut-kut dia telah muhasabah diri dan ambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan diri yang diperkatakan orang tentang dirinya. Mungkin dia sudah berubah atau akan berubah demi kebaikan PKR Perak. Kita mesti sentiasa berbaik sangka dengan orang.

Don't worry... kita bagi dia chance tapi sekiranya dia buat 'slack', kita hentam dia. Yang dia buat betul atau baik, kita sokong tapi kalau dia lari daripada landasan, kita tegur dan beri kritikan membina. Tapi.... kalau dia masih ego, degil dan besar kepala, kita kempen untuk nyahkan dia melalui tulisan-tuliasan kita. Kita dedahkan kelemahan-kelemahan dia sehingga dia tersingkir.

So, for the time being, kita terima apa yang diberikan kepada kita dengan harapan Mustafa Kamil Ayub akan membawa perubahan yang positif kepada usaha untuk memantapkan PKR Perak.

M3M

Sidang Dun Perak Dicemari Samseng UBN..!!


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.

ulasan tentang bajet 2010.bajet gula-gula atau bajet kopi o.



1.kemudahan untuk tentera tak disebut dalam bajet.Benarkan Lembaga tabung angkatan tentera kini memiliki saham di dalam syarikat minyak BHP?mengapa tiada peruntukan atau insentif untuk tentera di dalam bajet 2010.nak kata mereka semua sokong pembangkang tak logik.buktinya dalam PRK Bagan Pinang tempohari.

2.Golongan miskin sepatutnya diberikan peruntukan tambahan elaun bulanan oleh kerajaan BN tapi mereka juga tidak diberikan penekanan oleh kerajaan BN.apakah mereka semua ini menyokong pembangkang sampai dianaktirikan oleh kerajaan.

3.Minyak dunia dah cecah usd79 setong.apakah jaminan kerajaan harga minyak tidak akan dinaikkan pada masa depan.

4.kelakarnya dalam bajet 2010,kerajaan nak beri insentif termasuk lesen kepada individu yang nak bina tadika di pedalaman.insentif termasuklah nak latih guru-guru tadika dan beri pinjaman kepada mereka untuk mendirikan tadika swasta.inilah namanya anak dirumah mati kelaparan,kera dihutan disusukan.ramai yang tidak tahu prasekolah di pedalaman serba daif dan kurang kemudahan.mungkin kerajaan tak peduli kerana rakyat di sini senang ditipu dan digula-gulakan.sepatutnya kerajaan beri perhatian dengan meningkatkan prasarana kepada prasekolah ini.kerajaan sebenarnya nak tolong prasekolah kerajaan atau swasta?di tempat yang tak ada prasekolah,boleh didirikan prasekolah.penganalisis politik berpendapat sebenarnya kerajaan ingin membentu tadika KEMAS yang selama ini banyak membantu kerajaan mengukuhkan kedudukannya terutama di kawasan pedalaman seperti tanah rancangan FELDA.

5.Felda,Risda disatukan di bawah 1 konsortium.semua tahu felda mempunyai banyak dana.apakah sekarang kerajaan BN cuba memonopoli Petronas dan Felda.MP Pakatan Rakyat wajar bersuara di parlimen berhubung perkara ini.

Tok Iskandar

Muslimat 1 Black Perak

Sedang berlangsung Himpunan Muslimat Sempena 1 Black Perak Di Air Tawar..

Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak..!!




Saya selaku Pengarah Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak menjemput seluruh rakyat Perak tanpa mengira fahaman ideologi, politik, bangsa dan agama hadir beramai-ramai ke majlis tersebut pada 25hb. Oktober 2009. Majlis bermula jam 8.00 malam di Medan Istana, Bandar Ipohraya.

Majlis tersebut diadakan untuk menghimpunkan seramai mungkin rakyat Perak dari seluruh lapisan masyarakat untuk bertemu mesra dengan pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Semuga majlis ini akan menjalin satu ikatan mesra ke arah penyatuan bersama di bawah lembayung keadilan.

DATANG JANGAN TAK DATANG. YANG MEMBACA BLOG INI, MOHON HEBAHKAN JEMPUTAN INI KEPADA JIRAN TETANGGA, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI ATAU SESIAPA SAHAJA YANG DITEMUI.

MISBAH
Pengarah
Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak

Mahkamah Tinggi Benar Cabar SPR..!!


KUALA LUMPUR 22 Okt. - Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas) di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar dan enam lagi untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk tidak adakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Konspirasi terhadap Yb Tian Chua..??

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.



Sya : Keputusan Mahkamah terhadap kes Yb Tian Chua hari ini dilihat sebagai satu tindakan yang dipenuhi konspirasi bagi menjatuhkan Yb Tian dan membuatkan Beliau hilang kelayakkan menjadi YB..??

Adakah YB Tian akan Kalah dalam Rayuannya..??Akan adakah pengosongan Kerusi Parlimen Batu??Apakah ia telah dirancang..???sama-sama kita nantikan...!!

Tain Chua Didapati Bersalah ..!

Ahli parlimen Batu yang juga pengarah strategi PKR, Tian Chua hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas.

Majistret Mohd Faizi Che Abu berkata beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Hukuman akan diatuhkan selepas majistret mendengar rayuan selepas rihat.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa tindakan menggigit itu berlaku.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Zambry Digesa Bubar Dun..!!

Adun Pakatan iktiraf Sivakumar, tak peduli arahan Ganesan

Seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak termasuk speakernya, V. Sivakumar secara rasminya memutuskan akan hadir ke persidangan DUN pada 28 Oktober ini.

ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang media di parlimen petang semalam berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah, V. Sivakumar.

Kesemua ADUN Pakatan dan ADUN BN menerima surat daripada Sivakumar bertarikh 13 Oktober yang mengarahkan mereka hadir ke persidangan DUN pada 28 Oktober ini.

"Ketetapannya Pakatan telah buat keputusan untuk hadir di atas dasar peringatan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah, V. Sivakumar, dan mesyuaratkan diteruskan.

"Kalau dulunya ada desas-desus kata kami (ADUN Pakatan) tidak akan hadir dan sebagainya, tapi hari ini kenyataan rasmi kami akan hadir,"katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sebelum menerima surat daripada Sivakumar, 59 ADUN termasuk 28 ADUN Pakatan telah menerima surat panggilan ke sidang dun bertarikh 12 Oktober.

Namun, Nizar menjangkakan dua orang ADUN BN, Osman Jailu dan Jamaluddin Md Razi tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana kes rasuah mereka masih dibicarakan dan hakim Mahkamah Sesyen Ipoh mengarahkan mereka hadir ke mahkamah pada tarikh itu.

Nizar turut menegaskan, Datuk Ganesan telah menyamar sebagai speaker dan tidak dilantik mengikut undang-undang tubuh negeri Perak.

Sehubungan itu, Sivakumar telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menurut Nizar juga, Ganesan yang juga ADUN Sungkai telah melanggar perkara 36A(5) undang-undang itu yang menyatakan bahawa seseorang yang memegang jawatan awam iautu speaker mestilah melucutkan atau memberhentikan dirinya daripada menjawat atau mendaftar dengan mana-mana jabatan dan pertubuhan yang boleh memberikan keuntungan kepada dirinya.

Ini kerana ujarnya, dalam tempoh 3 bulan Ganesan mendakwa dirinya sebagai speaker, beliau masih lagi berdaftar dengan majlis peguam sebagai pengamal undang-undang yang aktif.

Perkara ini disahkan oleh Majlis Peguam sendiri yang memberitahu beliau hanya mengangkat sumpah meletak jawatan pada 17 Ogos lalu.

"Ganesan telah melanggar perkara 36A(5), dan dia tidak layak memegang jawatan speaker. Dia tidak layak untuk panggil apa-paa persidangan dan surat dia tidak laku."tegasnya.

Dalam ada itu, Nizar mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai orang yang bertanggungjawab di atas krisis yang berlaku di Perak.

Sehubungan itu, beliau mencabar Najib mengarahkan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menghadap Sultan Perak memohon diperkenankan pembubaran DUN.

"Kalau betul Najib mengutamakan rakyat, beliau kena buktikan dan arahkan Zambry menghadap sultan untuk bubar dun. Kami rakyat Perak hormati undang-undang,"katanya lagi.

Tegasnya, jika Najib enggan berbuat demikian, terbukti 1Malaysia yang diperkenalkan hanya pembohongan semata-mata. Hrkh


Hakim Flip Flop kes Jamal & Osman..!!

Semalam hakim mahkamah tinggi Ipoh tidak benarkan permohonan peguam Jamaluddin dan Osman untuk dapatkan penangguhan pada 28 Oktober supaya mereka boleh hadir sidang DUN. Sebaliknya hakim meminta kedua mereka menulis surat kepada Speaker memaklumkan ketidakhadiran dalam sidang dewan. Menurut hakim, perbicaraan tetap akan diteruskan.

Sebelah petang, hakim menukar bertukar fikiran pulak. Dia benarkan tangguh untuk membolehkan kedua meraka hadir sidang DUN. Dia kata " I think I have to allow it ".

Apa sebenarnya yang membuatkan Hakim tersebut menukar keputusannya..??Apakah ada tekanan atau ugutan yang kuat sehinggakan Hakim itu hilang keberanian dalam meneruskan Kes yang sepatutnya didahulukan bagi menjawab persoalan Rakyat..Apakah bagi mengikut kehendak sesetengah orang maka Kes ini diabaikan dahulu bagi menjaga kepentingan UBN di Perak...Apapun yang berlaku hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu..!!!

Zambry Gelabah..!

Baru sebentar tadi di TV 9 dalam rancangan Hujah kelibat Zambry kelihatan dalam temubual bersama Prof Dr Agus yang berbicara soal Cabaran mengurus Negeri Perak.Apa yang menarik dalam soal ini ialah beberapa soalan dan jawapan dari zambry yang dilihat agak dangkal dan kurang masuk akal.Antaranya ialah :

Zambry membuka bicara dengan mengatakan bahawa dia menyahut tanggungjawab dan AMANAH yang diberikan kepada Beliau..Persoalannya ialah Siapa yang memberikan Beliau AMANAH tersebut dan AMANAH siapa yang Beliau pikul dan bawa??Kerana setahu kita Rakyat di Perak ini baik dari Pro Pakatan Rakyat mahupun yang memihak kepada mereka rata-rata mahu agar Dun diBUBARKAN seterusnya dibuat PRK dan selepas itu kedua-dua pihak harus menerima ketentuan..

Sokongan RAKYAT pada BN ?

Zambry dengan yakin mengatakan bahawa Rakyat kini bersama dengan BN hasil dari program bertemu Rakyat yang dilakukannya..!!Rakyat mana Ahli UMNO dan BN la tu...

Sya juga suka mengupas bicara Zambry apabila ditanya siapa yang TIDAK BERMORAL di dalam hal ini dan Beliau mengungkit isu lompat YB Nasaruddin kedalam PR dan menyamakan ia dengan isu 3 katak yang lain yang melompat dan menyokong BN,ingin sya perjelaskan yang nasaruddin bukan DIAMBIL,DIPAKSA atau DIBAYAR untuk masuk dalam PR akan tetapi ia atas kerelaan Beliau sendiri dan apakah zambry lupa yang taktik itu dilakukan hanya untuk mengaburi mata Rakyat dan sesungguhnya ia telah dirancang sendiri oleh mereka..??Apakah zambry telah lupa ..???

Isu Yb Siva dan Kerajaan PR yang dikatakan tidak Bermoral kerana tidak menerima keputusan mahkamah pada kes Siapa Speaker yang Sah dan Bagaimana pula sikap BN apabila Tidak menerima keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan Dato Seri Nizar sebagai MB yang SAH,dan adakah itu satu tindakan yang BERMORAL..???

Apabila diaju mengenai fenomena 2 menteri Besar dan Dua Speaker Beliau dalam kenyataanya menyifatkan Dato Seri Nizar sabagai seorang yang tidak menghormati undang -undang dan bagi zambry ia jelas dan tidak timbul soal itu walaupun sememangnya itu yang jelas dan menjadi persoalannya.

Apabila ditanya mengenai kes ini yang masih tergantung dalam mahkamah,dan Beliau menjawab undang-undang sudah jelas yang mengatakan bahawa Menteri Besar adalah SAYA..!

What.???Boleh sapa-sapa tolong SAHKAN berita ni tak..,mahkamah mana yang istiharkan zambry HARAM ni MB..??kalau DS Nizar tu sya ada la dengar dan seluruh DUNIA tahu,tapi si HARAM ni mahkamah mana ni..????

Lagi satu mahkamah mana pulak yang istiharkan si ganesen ni pun SAH jugak ni,adoiyai setahu sya mahkamah hanya tak terima injuksi Yb Siva terhadap Gunesan takde pulak dengar mahkamah istihar dia Speaker..???

Apa yang buat sya nak gelak tegok zambry ialah bila Prof Agus tanya pasal status Gunesan yang tidak melepaskan jawatannya dalam majlis Peguam dan zambry pulak cakap bab yang takde kena mengena dengan soalan,apa punya thorrrr la zambry ni orang tanya pasal undang-undang bukan apa yang jadi pertikaian.!Nampak sangat zambry nak tutup kesalahan dia dan cuba nak berdolak dalik..!!

Hari ni Zambry bagitahu dah diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebanyak 60 Juta bagi penambahan dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Azlan..So duit dah dapat sama-sama kita nantikan sama ada Lapangan Terbang itu akan berubah atau tidak..!Atau adakah duit itu kan habis bagi menghadapi PRK nanti..??

Soalan BONUS akan berlakukah PRK di Negeri Perak..??

Zambry kata tak timbul soal bubar atau tidak,Apabila tiba masanya apabila diumumkan kita akan ikut arahan sepertimana yang telahpun diputuskan oleh peringkat pusat..!!

Ada ke Takde,kita pikir la sendiri..!!

Najib cuba burukan PR-Dato Seri Nizar

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri semalam sebagai tomahan jahat dan cubaan menburukkan imej Adun Pakatan Perak.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang mendakwa tiada sebab Adun Pakatan akan menggaggu persidangan DUN Perak akan datang seolah olah menggambarkan Adun PR adalah kaki pukul dan samseng.

"Tuduhan ini tidak berasas dan cuba memburukkan imej pakatan perak. Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu, seolah olah kami ini kaki pukul," katanya ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Najib menurutnya wajar melihat insiden pada persidangan Dun Perak 7 Mei lalu, di mana kekecohan dimulakan Adun BN apabila merampas kerusi speaker V.Sivakumar secara paksa dan melantik R.Ganesan.

Persidangan itu juga katanya menjadi bukti bahawa yang mengganggu persidangan adalah Adun dari BN bukannya Pakatan.

"Apa yang saya boleh gambarkan, pada 7 Mei lalu, yang buat kacau seawal jam 9.30 pagi adalah BN, kerana tidak menghormati speaker yang sah," jelasnya lagi.

Beliau juga sekali lagi menegaskan akan hadir persidangan Dun 28 Oktober ini berdasarkan notis panggilan yang dikeluarkan Speaker Pakatan Rakyat, Sivakumar bukan Ganesan.

Adun Pakatan Perak katanya tidak pernah sesekali mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Perak dan masih berpegang Sivakumar adalah speaker yang sah.

Sehubungan itu katanya, notis panggilan sidang Dun yang dikeluarkan Ganesan adalah tidak sah.

"Kita akan lihat bagaimana keadaan nanti, kami akan bagitahu ganesan bahawa dia bukan speaker yang sah," katanya.


Krisis Perak-Bicara RPK

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)Artikel ini telah diterjemahkan oleh MatSamanKati dari PerakExpress

16 september diistihar cuti!!!


Najib UMUM cuti pada 16 September berkuatkuasa 2010..??

Ia akan diraikan sama seperti sambutan hari Kemerdekaan..??

So semua taukey-Taukey yang nak mula buat duit boleh la mula submit Kontrak dari sekarang...

Hahahahahhahaha..lepas ni banyak lagi la duit Rakyat yang akan dihabiskan bagi meneruskan usaha UMNO/BN melalikan Rakyat..!!!

Syirik 1 Malaysia


Sebentar tadi telah diadakan Majlis Perasmian Gagasan 1 Malaysia peringkat Negeri di Stadium Ipoh,Perak.Sya sempat melihat sedikit acara yang diadakan dan juga mendengar ucapan Najib.Secara TOTALnya sya suka menyatakan bahawa Gagasan 1 Malaysia ini sebenarnya adalah permulaan bagi ERA PEMESONGAN AKIDAH yang cuba dibentuk oleh PEMIMPIN UMNO/BN di Negara ini.Sya berani menyatakan bahawa Gagasan ini sebenarnya berunsurkan SYIRIK semata-mata.

Najib seolah-olah menjadi TUHAN baru atas muka bumi ini apabila dia mengumumkan mahu mewujudkan satu lagi BANGSA yang dipanggil BANGSA 1 MALAYSIA.Apakah ia TIDAK bertentangan dengan HUKUM ALLAH swt..??Siapakah NAJIB yang mahu mengumumkan mahu membuat satu lagi BANGSA baru di Dunia ini dan sekaligus menidakan HUKUM dan KETETAPAN Allah swt??Apakah Najib merasakan bahwa dia sebenarnya sudah telalu BAGUS untuk mengeluarkan segala macam FAHAMAN yang secara jelas bertentangan dengan HUKUM Allah swt..??

Allah Berfirman didalam ayatnya :

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar NIKMAT Allah swt dengan Kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan '-Surah Ibrahim ayat 28

Maka Najib telah berjaya meletakkan satu lagi kepercayaan dikalangan Bangsa di Negara ini KHASnya orang Melayu untuk berikrar dan berjanji untuk Taat Setia kepada Beliau.Kerana apabila Rakyat mengingati 1 Malaysia maka apa yang akan tersimpan dalam pemikiran kita ialah ia adalah sesuatu yang dicipta oleh seorang Manusia ynag bernama Najib Tun Razak.Maka apabila sesuatu yang baik itu terjadi atas nama 1 Malaysia maka merka akan mengatakan inilah Jasa 1 Malaysia dan inilah JASA Pemimpin kita dan seterusnya berlakulah SYIRIK terhadap Allah swt.

Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Masud r.a katanya : Aku bertanya kepada Rasullullah saw,Apakah DOSA yang paling besar disisi Allah swt? Rasullullah saw bersabda : Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah swt sedangkan dialah yang menciptakan kamu.

Dalam acara sebentar tadi juga ICON ataupun Replika 1 Malaysia dibangunkan dari Rebahan dan dibiarkan tegak berdiri menandakan bahawasanya 1 sembahan berbentuk berhala 1 malaysia telah didirikan oleh Najib untuk menjadi sembahan terbaru buat Rakyat di Malaysia.Walaupun replika ini tidak mempunyai rupa paras seperti berhala-berhala yang lain namun sya suka memetik ucapan akhir Najib sebentar tadi yang mana dia menyatakan bahawa

`Kita akan meniupkan ROH 1 Malaysia kesetiap Negeri di Malaysia ini '.


Apakah ia masih belum jelas..???Replika itu tidak mempunyai sifat namun ia mempunyai ROH dan Najib sememangnya mahu Rakyat terima bahawa dialah yang memberikan ROH kepada 1 Malaysia,maka hanya Najib jugalah yang mampu untuk mematikan nya..!!

sya akhiri ia dengan ayat dibawah :

Hadis ini diriwayatkan pula oleh Al barqoni sholehnya dengan tambahan:

"Dan yang aku khuwatirkan terhadap umatku tiada lain adalah adanya pemimpin yang menyesatkan, dan ketika terjadi pertumpahan darah diantara mereka, maka tidak akan berahir sampai datangnya hari kiamat, dan hari kiamat tidak akan kunjung tiba kecuali ada diantara umatku yang mengikuti orang musyrik, dan sebahagian lain yang menyembah berhala, dan sungguh akan ada pada umatku 30 orang pendusta, yang mengaku sebagai Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi lain setelah aku, meskipun demikian akan tetap ada segolongan dari umatku yang tetap tegak membela kebenaran, dan mereka selalu mendapat pertolongan Allah taala, mereka tidak tergoyahkan oleh orang-orang yang menelantarkan mereka dan memusuhi mereka, sampai datang keputusan Allah s.w.t.".

Ingatlah !!

Jangan menyeru kepada asobiah,jangan berperang atas asobiah ,Jangan mati dalam asobiah.Sesiapa yang berada di bawah asobiah maka berhati hatilah dengan kekaburan asobiah.Sesungguhnya asobiah juga boleh melahirkan fitnah dan berkemungkinan besar,batasan malumat akan menjadi mendung dan boleh membawa seseorang dalam kejahilan..

Zambry Jilat Ludah Balik..!!!


Apabila kerajaan PR mengurniakan tanah untuk keperluan kaum cina maka pakat menyalaklah pemimpin UMNO dan juak-juaknya mengatakan Dato Seri Nizar menjadi boneka DAP, Kominis dan lain-lain tuduhan yang jahat dan kurang adabnya.

Namun apabila zambry dari UMNO merampas kuasa secara lanun dan baru-baru ini dia kurniakan pula tanah kepada kaum india seluas 800 hektar tiada satu salakan pun didengari yang keluar daripada pejuang UMNO yang sanggup bersuara lantang apabila isu itu berkait dengan Pimpinan PR.

Mulut juak-juak UMNO ini seolah-olah tersumbat dan disumbat ,sehinggakan tak terdengar langsung suara mereka mengkritik soal ini.Persoalanya mengapa UMNO tak buat tuduhan kepada Zambry sebagai boneka Samy Vellu ?

Kemanakah hilangnya sikap berani bersuara yang ada pada puak-puak UMNO ni?Bukan menjadi soal Tanah yang cuba sya timbulkan,jika Tanah itu diberi pada kaum India miskin ,silakan ia sememangnya dituntut namun yang sya pertikaikan ini ialah sikap UMNO/BN yang dulu hebat sangat mengkritik Dato Seri Nizar dan Kerajaannya sebagai BONEKA DAP apabila memberikan Tanah kepada Masyarakat Cina dan mendiamkan pula mengenai pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat.

Dan sekarang mengapa UMNO membisu ?

Generasi MUDA DILALAIKAN..!

Apa yang ingin sya perkatakan hari ini ialah mengenai soal anak muda yang dilihat sebagai satu ESAT yang PENTING buat NEGARA pada ketika ini.Ini dinyatakan kerana generasi muda inilah yang akan merubah dan menjadi pemimpin juga pencorak kepada lanskap politik tanah air ini.

Persoalannya mudah apakah kita mahu lihat generasi muda ini terus lalai,leka dan hanyut dibuai kemodenan Negera..??Adakah kita akan membiarkan generasi ini terus melupakan siapa mereka dan apa peranan mereka untuk negara..??

Umno /BN sepertimana kita tahu akan terus memainan peranan mereka untuk melalaikan anak muda dari memikirkn tentang kemelut politik Negara.Lihat sahaja dari segi hiburan dan juga gejala sosial yang semakin meningkat dan juga kes-kes jenayah yang kini banyak melibatkan generasi muda yang kita khuatiri akan menjejaskan masa depan generasi ini.Generasi ini disogok dan didedahkan dengan perkara-perkara yang membawa mereka asyik dan fana sehinggakan bagi mereka sudah cukup apa yang diberi oleh Kerajaan sekarang asalkan kehendak mereka itu diikuti.

Kerana bagi UBN mereka hanya mahu generasi muda ini hanya mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang mereka bawa tanpa boleh dipersoalkan.Apakah ini bentuk Kerajaan dan Pemimpin yang kita harapkan mampu memimpin dan membentuk generasi muda ini kepada satu bentuk pemikiran yang matang dan beragama.??

Apakah kita mahu anak muda hari ini akan datang menjadi seperti pemimpin UMNO/BN..??dan apakah kita mahu dan sanggup melihat generasi ini menjadi acuan seperti mereka..???

Jika ia ditanya kepada saya maka jawapannya pastilah tidak kerana sudah cukup saya melihat generasi terdahulu tertindas,dizalimi dan juga di pesongka akidah mereka dari corak pemerintahan yang dilihat lebih banyak memperbesarkan Pemimpin dari mengagongkan ALLAH swt.

Apakah kita masih mahu mempunyai pemimpin seperti ini..???Kita Fikirlah sendiri..!!

5 November Ds Nizar Akan Menang

Bersama DS Nizar,satu hari suntuk,bagi kita agak memenatkan.Namun DS Nizar tidak begitu.Malah beliau bertanya selepas ini program apa yang berlangsung.

Menemui rakyat dalam 10 program bermula pada pukul `10 pagi ,menyampaikan bantuan kepada orang miskin masyarakat India di Trong.Program hanya berakhir pada pukul 11.45 malam sebaik ceramah penerangan DS Nizar selesai dijelaskan kepada rakyat di Taman Mewah Kamunting.

DS Nizar mementingkan rakyat,jikalau servis Pusat Khidmat tidak memuaskan,beliau akan bertanya khabar.Sudah tentulah YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar yang akhirnya memantau pergerakan Pegawai Khas Nizar.

DS Nizar tidak gila kuasa.DS Nizar tidak jual tanah kerajaan atau tanah orang Melayu.Cuba kita
lihat bandar-bandar berapa banyak tanah kerajaan yang dijual UMNO/BN kepada Cina BN kaya.

Lihatlah bandar Taiping,berapa banyak bangunan hak milik Melayu.Malah tanah kerajaan yang dahulunya Quaters Kerajaan ,kini didirikan Taman Perumahan dan Bangunan Kedai.Siapakah pemiliknya,sudah tentulah orang bukan Melayu.

Isu boneka dan jual tanah kerajaan menjadi bahan kempen UMNO di Bukit Gantang.Cuba kita bayangkan Masjid Tengku Menteri,Matang yang berusia 140 tahun seringkali ditenggelami air.Tukang karut UMNO masih meminta masyarakat Matang meminta bantuan DS Nizar.

Sepatutnya merekalah yang berusaha ,kerana Masjid Tengku Menteri,Matang warisan sejarah.

Bagi UMNO Nizar satu lambang yang perlu disekat pengaruhnya di Bukit Gantang.Nizar kini berada ditengah rakyat.

19 Oktober persidangan Dewan Rakyat bermula DS Nizar akan mengutarakan hasrat rakyat Perak."Kembalikan hak rakyat,bubarkan DUN Perak"kata DS Nizar.

"5 November menang kes di mahkamah,saya akan mengadap SPB Sultan Perak untuk mohon perkenankan pembubaran DUN Perak"kata DS Nizar.

"Rakyat perlu diberi kuasa memilih kerajaan yang kuat"tegas DS Nizar.Apa yang kita faham DS Nizar tidak gila kuasa."Sesiapa sahaja yang dipilih rakyat semasa Pilihanraya Baru Perak ,kita harus hormati"kata DS Nizar.

Pada hemat kita,jawatan tidak penting bagi DS Nizar,apa yang penting hak rakyat perlu dikembalikan.

Balaci Kerajaan Haram BN memang SETIA...!!!!

DS Nizar menyatakan terdapat petugas SU DUN Perak sanggup menunggu beliau ,hanya semata-mata untuk menyerahkan surat Speaker Haram ,Ganesan memanggil sidang DUN Perak.

“Satu panggilan daripada petugas Dewan,bertanya DS berada di mana” kata DS Nizar.”Saya out station”kata DS Nizar.”Kami tunggu sampai pukul tiga pagi”.Menurut DS Nizar mereka sanggup menunggu untuk menjalankan arahan Speaker Haram Ganesan Haram.

Sementara itu,Adun Kuala Kurau,YB Yunus telah menerima surat tersebut di rumah beliau di Parit Buntar.Difahamkan surat yang bertarikh 12 Oktober itu,meminta wakil rakyat menghantar soalan bertulis dan lisan sebelum 14 Oktober.

“Speaker V.Sivakumar pun memberi notis panggilan ,dan meminta soalan lisan serta bertulis mengikut peraturan dewan 14 hari.”kata DS NIzar.

DS Nizar menegaskan ,Pakatan Rakyat tidak akan hadir persidangan DUN Perak yang dipanggil Speaker Haram ,Ganesan.

“Ganesan bukan sahaja menghina Sultan Perak tetapi juga mencemar perlembagaan Perak”kata DS Nizar.

“Saya menasihatkan mereka yang ingin bersidang,tunggulah keputusan V.Sivakumar yang memohon keptusan mahkamah berkaitan kerbersahan Ganesan”kata DS Nizar.

“Kini krisis dalam krisis yang dicipta UMNO/BN”tegas DS Nizar lagi.

http://sisibukit.blogspot.com/

Pertemuan sulit Wakil UMNO dengan Agen YAHUDI..!!!

Korang kenal gambar siapa dekat atas ni..? kalau tak kenal, mari aku kenalkan... yang sebelah kanan mengadap Mat Saleh tu ialah Jamaluddin Jarjis, wakil UMNO dan juga seorang "Pakar Dalam Hal Raba-Meraba" manakala yang disebelah kiri tu pula ialah Paul Wolfovits wakil UMNO Yahudi dan juga seorang "Pakar Strategi Peperangan Di Iraq"...

Ape menatang JJ dan PW tu bincangkan..? kenapa berita ni tak tersiar dalam media perdana..? kenapa sejak 2-3 menjak ni UMNO kecoh sangat dan media perdana sebok sangat dok hilitekan berita "Kununnya" DSAI pengkhianat negara dan blogger-blogger pro UMNO pulak sambut dengan cerita yang sama..?

Rupa-rupanya nak cover berita UMNO hantar Jamaluddin Jarjis berjumpa dengan UMNO Yahudi..! dasar parti lakhnat..!

Apa kata Mukhriz..? haaa...??? ape dia..? tambah lagi saham dalam San Miguel..?

sumber Perisik Rakyat

Muktamad..!!



Keputusan Rasmi BN menang dengan Majoriti 5435...Pas Tewas di semua Peti Undi..


TERKINI UNDI POS




UNDI POS TAK RASMI SETAKAT INI...

BN 3521 PAS 601

Terkini...!!!

Dari Bilik Gerakan Induk ( Keputusan Tidak Resmi )

1. Bradwall
BN 217 PAS 88

2. Sue Betung
BN 213 PAS 94

3. Bagan Pinang
BN 335 PAS 178

4. Taman Eastern
BN 136 PAS 78

5. Sirusa 1
BN 357 PAS 155

Terkini N 31....!!

Suasana di markaz induk PAS panas namun terkawal dengan kehadiran ramai penyokong yang datang bagi mengetahui keputusan semasa di sini setakat ini jumlah undi bagi kedua-dua parti ialah ....

BN 6358 undi

Pas 1847
undi

Undi semasa....

Suasana KEMPEN Bermula..!!

Suasana di Bagan Pinang petang ini ditambah meriah dengan petugas-petugas PAS meraih undi di sekitar jalan di Pantai PD...

Gambar akan diupload kemudian...