Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Jika Dahulukan Rakyat,Bubar Dun Perak-DSN

Ust Badrul Amin Baharom memimpin munajat

Dato Seri Nizar turut hadir bersama Rakyat
Dato Seri Nizar
Antara rakyat yang Hadir
Muslimat bersama dalam solat hajat
Saf Muslimin
Ust Misbah turut menjadi penceramah
Dr Khairuddin
Dato Seri Nizar penceramah Khas

1.2.2010 Meru : Hari ini bertempat di Surau An-Nuriah Taman Meru 2B telah diadakan satu program Munajat dan Solat Hajat Perdana yang dipimpin oleh Ust Badrul Amin Baharom.Turut serta hadir di dalam program tersebut ialah dato Seri Nizar dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.Program dimulakan dengan solat maghrib dan isyak perdana dan kemudian disusuli dengan solat Hajat dan akhirnya ditutup dengan penerangan-penerangan isu-isu semasa menjelang 9.2.2010 ini.

"Saya CABAR Zambry Bubar Dun Perak"-Dato Seri Nizar

Dato Seri Nizar dipetik berkata di akhir ceramah sebagai berkata bahawa beliau mencabar Dato seri Zambry yang kononya menyatakan bahawa UBN kini mendapat sokongan Rakyat untuk membubarkan dun negeri Perak bagi membolehkan Pilihanraya Negeri agar sokongan rakyat dapat dilihat bagi mengetahui keputusan Rakyat dalam persoalan siapa Kerajaan pilian mereka.Beliau turut menyatakan bahawa sekiranya UBN mendahuluikan rakyat maka sekalai lagi saya mencabar Zambry untuk membubarkan Dun Perak.

Dalam menjawab isu berkaitan dengan gesaan dan cabaran Dato Seri Zambry kepada 28 Adun-Adun Pakatan Rakyat bagi mengosongkan kerusi dilihat sebagai satu saranan dan tindakan yang kurang bijak dan dangkal kerana bagi Rakyat segala permasalahan ini berlaku ialah dari sikap UBN yang merampas Hak mereka dan bukan dari Adun-Adun PR.Sehubungan itu tidak timbul isu gesaan kepada Adun-Adun PR untuk melepaskan jawatan sebaliknya UBN seharusnya berani untuk berhadapan dengan Rakyat dan melakukan Pembubaran Dun kerana kesemua Adun-Adun PR yang ada merupakan pilihan rakyat dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.

Sebelum Dato Seri Nizar mengakhiri ceramahnya beliau menyatakan kepada Rakyat agar meneruskan doa dan solat hajat bagi memohon kepada Allah swt agar kebenaran dan keadilan tertegak untuk semua.

0 comments: