Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Isu Felda Nyawa UBN sampai ke Leher...!!

salam pejuangan kepada semua ,sudah lama rasanya tangan ini tidak menulis apa-apa di ruang yang selebar ini.Nmaun apa yang berlaku kini amat menghimpit diri untuk berbicara di laman ini.

Melihat kepada soal budaya politik di Malaysia ini yang sudah memungkinkan ia dilihat jelas dengan budaya dan juga bentuk percanggahan hebat antara kebanyakan parti yang ada.

Namun aku suka berbicara soal negara yang semakin menimbulkan persoalan dari segala segi contohnya soal sekatan media keatas media-media altenatif milik Pakatan Rakyat yang dinafikan ruangnya unuk berbicara soal negara dan UBN kepada Umum.Melihat isu felda sebagai satu dari bentuk penolakan orang melayu kepada UBN maka cepat-cepat sahaja KDN melalukan tugasnya dan menjalankan tanggungjawabnya kepada Najib Tun Razak.Mungkin umum perlu tahu soal ekonomi negara itu paling jelas peranannya itu digalas oleh institusi Felda dan juga Petronas namun apabila kepincangan kedua-duanya itu didedahkan maka terkejut beruklah kerajaan yang ada apabila ia kini dipandang sebagai ancaman kepada mereka.

Semalan saya berada lama di Felda Lakum Lanchang bersama penduduk Felda dan juga Hero Felda masa kini Sdr Mazlan Aliman bagi menyampaikan penerangan dan juga penjelasan isu felda dan semasa kepada rakyat disana.Dari rata-rata penduduk yang ditemui semuanya telah pun bertindak untuk tidak menggunakan pihak pengurusan felda bagi mengendalikan kebun mereka namun mereka itu mengendalikannya sendiri dan hasilnya dari apa yang diberitahu dari segi ekonomi mereka pengusahaan sendiri itu lebih baik dan membantu dari menyerahkannya kepada Pengurusan Felda.Jika diuruskan pihak felda setiap bulan mereka hanya diberikan rm1500.00 sebulan tanpa kenaikan dan itu jelas dilihat satu penyelewengan terhadap hasil pemiliknya.

Dari soal pengurus Felda itu saya ingin nyatakan bahawa mereka itu hanya kuli yang menumpang hasil pemilik tanah namun beraksi jaguh yang kononnya memperlihatkan mereka sebagai tuan sedangkan mereka itu harus disedarkan perananya.

Oleh itu kepada rakyat jangan takut bersuara demi untuk kebaikan bersama jangan takut untuk bangun menentang kerana ia hak kita dan jangan takut wahai generasi muda untuk berjuang kerana kamu penentunya...Isu felda itu akan terus diperjelaskan kerana ia Hak Rakyat yang ada.

5 comments:

Mozas berkata...

Dua Tindakan Wajib Pakatan Apabila Kuasai Putrajaya! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/07/dua-tindakan-wajib-pakatan-apabila.html

Mozas berkata...

Eli Wong, ke mana RM 1 juta duit plastik 20 sen? Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/07/eli-wong-ke-mana-rm-1-juta-duit-plastik.html

Mozas berkata...

Anwar iri hati kerana saiful "ada hubungan romantis" dengan Farah? Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/08/anwar-iri-hati-kerana-saiful-ada.html

tungkaran hati.blogspot berkata...

Nak menjalankan hukum hudud pun kena tunggu rakyat mahu ke tak mahu. Boleh pakai ke PAS hari ini?
Begitulah ulamak dan pemimpin penipu dizaman akhir ini demi kuasa dan nikmat dunia.TAHNIAH PAS.

Meck berkata...

bersyukurlah dengan rezeki yang dapat...Hanya orang tamak sahaja yang tak penah bersyukur... ha KOHILAL and Ladang Rakyat macam mana? dengar cerita KOHILAL rugi teruk labur atas industri burung unta, sampai pejabat pon kene lelong and ladang rakyat lagi laa dengar cerita peneroka dapat sijil penghargaan jer... jadi kesimpulanya kita Jagan suka mengata orang nanti kene diri sendiri.