Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




ZAID IBRAHIM DIPECAT!!!!



Malaysikini melapurkan bahawa Zaid Ibrahim telah dipecat dari menjadi ahli UMNO.Pemecatan itu berkuatkuasa serta merta dan tanpa rayuan...

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta.

Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.

Adoiyai inikah UMNO yang disokong oleh rakyat?menutup semua pintu buat ahlinya untuk bermasyarakat,yang depa tau hang jadi ahli kami maka perlu duduk dalam sarang ni puak ni je.Kalau macam ni la caranya memang abis la orang melayu ni..

Cuba fikirkan kalau isu sekecil ini pun diaorang buat keputusan kerana marah apatah lagi kalau hal besar...

Naya,Naya............

BETUL KE TKM1 P.PINANG BUAT HAL..ISU INI BERMULA GARA-GARA SMS YANG DIPEROLEHI OLEH ANWAR YANG DISAMPAIKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU.ANTARA ISI CERIT




Siri 13 : Anwar bengang - perolehi bukti SMS, Fairus mengemis RM20 ribu
Pada 25 November lepas Anwar Ibrahim tergesa-gesa menelefon si budak Fairus yang berada di China, mengikuti rombongan perdagangan kerajaan negeri Pulau Pinang ke negara berkenaan yang diketuai Lim Guan Eng.

Mereka berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas awal pagi Isnin 24 November dan kembali tanah air pada 27 November, Khamis.

Mengapa Anwar tergesa-gesa terpaksa menelefon si budak Fairus ?

Semuanya gara-gara beliau menerima bukti SMS bahawa TKM 1 sedang mengemis RM 20 ribu untuk dirinya sendiri daripada pihak tertentu di Kuala Lumpur dan pihak berkenaan sedang menimbang untuk laporkan kes tersebut ke Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Menurut sumber sahih, Anwar melenting marah, memberi amaran keras terhadapnya termasuk menyoal isu si budak Fairus mengemis kereta BMW berharga RM275,000,00 daripada pihak tertentu.

Bagaimanapun, tidak ubah seperti si Saiful dan si Ezam, si budak Fairus bersumpah palsu menafikan semuanya itu, dan menganggap perkara itu fitnah.

Namun kerana terdesak selepas dimarahi Anwar si budak Fairus kemudiannya menghantar SMS lain kepada pihak berkenaan membatalkan ‘urusniaga’ mereka.


Dan SMS itulah yang mengesahkan kepada Anwar bahawa si budak Fairus menipu dan bersumpah palsu, membuktikan dia seorang yang pelahap serta tidak layak sebagai TKM 1.

Kami perturunkan bukti SMS daripada si budak Fairus kepada pihak berkenaan pada 25 November lalu, yang kami rahsiakan identiti mereka buat masa ini.

Askum, I need your kindly assistance, I need to use some 20K for a specific purposes.Pls assist.

I’m giving u my maybank acc:164016986970. Saya la ni berada di China. Saya amat berharap bantuan utk depositkan ke dlm acc tu hari ni atau esok. Tlg reply ye.

Segala kerjasama & budi baik tuan didahului jutaan terima kasih.Saya menanti reply.

For your info, regarding the car, I have arranged for it already.It just that I need to have your help regarding my previous SMS to you.Pls reply.

Selepas Anwar mendapat maklumat, beliau lantas menelefon dan memarahinya di China. Bagaimanapun seperti biasa, si budak Fairus bermatian menafikan SMS tersebut.

Namun kerana kedungulannya dan kekuatirannya, slepas dimarahi Anwar, si budak Fairus lantas membatalkan ‘urusniaga’ mereka dengan menghantar SMS berikut kepada koporat berkenaan :

Just to inform, regarding the assistant tu. Tak apa.Tak perlulah. Saya ikhtiar sendiri.Tq.Tentang kereta tu tak pa. Saya dah urus sendiri.Tk.

Dan SMS tersebut kemudiannya di“forward”kan kepada Anwar- bukti penipuan si Fairus.

Mungkin ada yang keliru, tidak yakin, mana mungkin sebodoh itu si budak Fairus meninggalkan bukti SMS. Tapi apa nak dihairankan, kerana terdesak dan pelahap manusia sanggup berbuat apa sahaja, biarpun perkara itu menjerat dirinya.

Contohnya kes bukti SMS antara Najib Razak dan peguam Shafiee Abdullah berkenaan isu Razak Baginda.

Selepas menyedari kebobrokannya mulai terdedah, si budak Fairus mula menghubungi ‘rakan-rakan’ yang membantunya selama ini.

Kepada rakannya seorang usahawan bernama Azmi Nayan dia bersumpah menafikan semua itu. Azmi dipercayai telah menyumbang kira-kira RM50 ribu kepada si budak Fairus bertujuan kononnya untuk kebajikan rakyat.

Si budak Fairus dipercayai masih memujuk Azmi menyalurkan bantuan kewangan kepadanya.

Sementara seorang lagi usahawan Saw Kok Peng, Presiden Persatuan Kuari Pulau Pinang turut dihubunginya. Si budak Fairus menafikannya dengan mendakwa kononnya ‘sim card’ telefonnya ( 017-3567320 / 019-6237300) telah 'diklon' pihak tertentu bertujuan menfitnah untuk memburukkan imejnya.

Itulah wajah sebenar TKM 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, yang kononnya sedang berjuang membela rakyat, khususnya Melayu Pulau Pinang.

Kalau semua ni betul amat malang la rakyat Pulau Pinang...Adoiyai!!!!

Aduhhhhh.... Alahaiiiii Fairusssssss !

HARGA PETROL TURUN 15sen LAGI!!!!!



Harga minyak dijangka turun lagi sebelum Hari Raya Haji nanti,itu yang dijanjikan oleh menteri 15sen kepada media.Namun dijangka hanya harga petrol sahaja yang akan turun berikutan harganya yang turun mendadak.Apapun kita tunggu sama-sama perkembangannya.

Zaid Ibrahim dipertikai kerana hadir di kongres PKR




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd. Zaid Ibrahim mesti memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam semalam, kepada Lembaga Disiplin UMNO sebelum tindakan dikenakan terhadapnya. Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran Zaid pada kongres berkenaan bukanlah kali pertama beliau menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada UMNO. “Kehadirannya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang tidak masuk akal. Ini (kehadiran Zaid) dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang. “Beliau mesti memberi penjelasan kenapa beliau menghadiri kongres itu. Beliau perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada pemberita semasa sesi bertemu Ketua Pengarang dan Ketua Biro media nasional serta tempatan di Sabah, di sini hari ini. Menurut laman web Malaysian Insider, Zaid mendakwa beliau masih merupakan anggota UMNO dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh. Zaid juga berkata kehadirannya di kongres berkenaan menunjukkan beliau masih berminat dalam politik dan tidak menjangkakan akan dipecat daripada UMNO.-Bernama

UMNO ni parti NAZI ker?inikah yang dikatakan parti yang membela nasib orang melayu bagi aku ini buken parti melayu tapi parti juak-juak umno je.kesian orang yang duduk bawah kepimpinan kolot ni,kalau lepas ni orang umno susah orang lain jangan tolong sebab dia ahli umno....lu orang fikir la sendiri.........Najib-Najib.....

ISA FORUM!!!!




FORUM ISA AKAN DIADAKAN MALAM INI..DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DAN PENUHKAN RUANG TANDA ANDA MENYOKONG PEMANSUHAN ISA...

Bloggers Network: kemaskini aktiviti






Ramai member-member PKR tanya kat aku..”hang dah dapat kad media, tapi tak tulis pun pasai Kongres PKR..pasai apa?”.

Kalau nak tengok gambaq Kongres PKR, pi tengok blog Sya-reformis. Dia update selalu. Kat Malaysiakini pun ada, kat justin.tv pun ada.

Aku lebih minat macam mana nak laksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin PKR. Kalau takat cakap..semua orang boleh cakap…bagi sepuluh minit..tak cukup. Bagi sejam pun tak cukup. Tapi kalau ada pemimpin yang sanggup turun padang dan berbincang tentang apa dan macam mana nak buat.. yang tu aku syok.

Dalam ucapan dasar Dr. Wan Azizah, dia ada cakap pasai pengiktirafan PR terhadap bloggers. dan nampaknnya…ramai yang dah buka mata.

Hari Sabtu,…ada satu lagi perjumpaan bloggers kat Shah Alam untuk meluaskan Jaringan Bloggers. Matlamat asal ialah untuk mewujudkan Bloggers Network @ Selangor…tapi bukan saja bloggers dari Selangor dan KL yang datang…malah dari Penang pun sama. dan apa yang menarik ialah…YB Malik, EXCO Penang pun turut hadir sama. Dan Insyaallah..kalau tak ada aral melintang…Bloggers Network @ Penang akan wujud dalam seminggu dua ini.

Dan aku diberitahu oleh Asrol www.kelatekito.com bahawa Bloggers Network @ Kelantan telah mulakan, siap dengan program kemasyarakatan yang pertama. Lawati blog dia untuk maklumat lanjut.

Dalam perjumpaan diShah Alam, tak banyak yang kami bincangkan..cuma dua tiga isu saja. Tapi dah cukup untuk memenuhkan jadual harian sehingga akhir tahun ini.

Fakulti Kebajikan Universiti Maya Rakyat akan melakukan satu projek dalam masa terdekat ini.Pensyarah Maya Ummi Anni sedang mengusahakan sesuatu dan akan kita umumkan tak lama lagi.

Fakulti Penyelidikan dan Innovasi juga sudah bersedia untuk memulakan program Penyelidikan Pertanian. Cuma nak confirm tempat dan sistem pengurusan. Dr. Wahab sudah bersedia menurunkan ilmunya kepada sesiapa yang berminat.

Aku juga dapat pengesahan dari Manja, J-Pemaya Kesihatan dan Alam Sekitar..satu pilot project sedang dirancangkan di Hutan Belum..mungkin satu program yang melibatkan Orang Asli.

Dari Profesor Albanjari…aku dapatkan rasakan dia sudah tak sabar nak mulakan program dia.

Fuh..seronok aku tengok semangat hangpa semua. Tapi sabar sikit..sebab ada beberapa perkara yang perlu kita selaraskan. Aku sedang mencuba untuk mencari satu tempat untuk dijadikan sekretariat untuk kita berjumpa dan berbincang secara fizikal. Dari situ, mungkin kita boleh menyediakan peralatan untuk perbincangan maya. Tele conference ka…video conference ka..tak perlu kita datang jauh-jauh untuk bermesyuarat.

Apa yang menarik..Kongres PKR ini telah kita menafaatkan untuk kepentingan bloggers dan rakyat. Kita telah berjumpa dengan beberapa kepimpinan Perak dan Pulau Pinang dan kita ucapkan terima kasih kepada mereka yang sedia menerima idea kita.

EXCO Pulau Pinang…YB Abd. Malik Kasim telah memberikan reaksi yang cukup positif untuk bekerjasama dengan kita.

EXCO Penerangan dan Perindustrian Perak..YB Tai Sng Ng juga telah berbincang dengan kita dan bersedia memberikan ruang kepada KAMAR untuk melaksanakan program-program kita. insyaallah…dalam seminggu dua ini, semua J-Pemaya akan kita kumpulkan untuk membincangkan tentang langkah seterusnya iaitu melaksanakan idea-idea kita.

Bagi aku masa dalam dua minggu ini,sementara itu, persiapkan idea-idea dan perancangan untuk pelaksanaan. Kita jadikan tahun 2009 sebagai Tahun Blogger.

UCAPAN KETUA UMUM






SEMASA UCAPTAMA KETUA UMUM PKR DATO SERI ANWAR IBRAHIM BELIAU MENYENTUH SOAL PERALIHAN KUASA YANG SEPATUTNYA BERLAKU PADA 16/9/08 AKAN TETAPI PERANGCANGAN ITU MASIH BELUM TERLAKSANA.DALAM UCAPAN BELIAU BERKATA `SAYA TAK DAPAT KOMEN LEBIH DARI INI,NAMUN PERANCANGAN AKAN BERLAKU.SAYA YAKIN DENGAN IZIN ALLAH SWT PERALIHAN KUASA AKAN BERLAKU JUA.'SAMBIL BERGURAU BELIAU BERKATA `KALAU ADA YANG TANYA BILA SAYA AKAN KATA SEMALAM'..BELIAU JUGA SEMPAT BERGURAU DENGAN PARA HADIRIN DENGAN MENYAYIKAN LAGU LAMA YANG BERBUNYI..`CAKAP SUSAH,TAK CAKAP PUN SUSAH,BUAT SEMUA SERBA SALAH....DIIKUTI OLEH GERAK TAWA OLEH PARA HADIRIN.

DATO SERI ANWAR JUGA TELAH MELAUNGKAN UNTUK MENYERU SEMUA KEPIMPINAN DAN RAKYAT BERSATU DAN MENGEMBELING TENAGA UNTUK MENAWAN SARAWAK DALAM MISI MEMENANGI PRU13 NANTI.

Y.B AZMIN TELAH MENYATAKAN PENDIRIAN PARTI KEADILAN DALAM SOAL PRK K.TERENGGANU YANG AKAN BERLAKU TIDAK LAMA LAGI DENGAN MENGEKALKAN KERUSI ITU UNTUK MELETAKAN CALON PAS SEBAGAI LAWAN B.N.PKR AKAN BERSAMA-SAMA TURUN MEMBANTU DALAM PRK ITU NANTI.

KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT BERAKHIR KIRA-KIRA JAM 4PTNG TADI.KEPADA SEMUA YANG HADIR SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.SALAM REFORMASI...BERSAMA-SAMA MENUJU HARAPAN BARU.