Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Zaid Ibrahim dipertikai kerana hadir di kongres PKR




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd. Zaid Ibrahim mesti memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam semalam, kepada Lembaga Disiplin UMNO sebelum tindakan dikenakan terhadapnya. Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran Zaid pada kongres berkenaan bukanlah kali pertama beliau menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada UMNO. “Kehadirannya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang tidak masuk akal. Ini (kehadiran Zaid) dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang. “Beliau mesti memberi penjelasan kenapa beliau menghadiri kongres itu. Beliau perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada pemberita semasa sesi bertemu Ketua Pengarang dan Ketua Biro media nasional serta tempatan di Sabah, di sini hari ini. Menurut laman web Malaysian Insider, Zaid mendakwa beliau masih merupakan anggota UMNO dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh. Zaid juga berkata kehadirannya di kongres berkenaan menunjukkan beliau masih berminat dalam politik dan tidak menjangkakan akan dipecat daripada UMNO.-Bernama

UMNO ni parti NAZI ker?inikah yang dikatakan parti yang membela nasib orang melayu bagi aku ini buken parti melayu tapi parti juak-juak umno je.kesian orang yang duduk bawah kepimpinan kolot ni,kalau lepas ni orang umno susah orang lain jangan tolong sebab dia ahli umno....lu orang fikir la sendiri.........Najib-Najib.....

0 comments: