Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.” Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Posted by
Siti Aishah Shaik Ismailon Selasa, 27 April 2010
at
11:29 PTG
Setelah sekian lama tidak menulis diruangan ini sya rasa terpanggil semula untuk menulis disini.terlalu sibuk mempertahankan Kemenangan Rakyat di Hulu Selangor membuatkan sya tiada ruang dan masa untuk menulis disini.Namun semuanya telah selesai,Rakyat telah membuat pilihan dan segala persoalan telah dapat dijawab.
Pentas Hulu selangor dikatakan tempat bagi Barisan Nasional menilai sejauh mana prinsip 1 MALAYSIA diterima oleh Rakyat.Namun bagi pemimpin seperti Najib beliau tahu sejauh mana ia diterima.Rata-rata rakyat yang memilih mereka bukannya sepenuh jiwa dan raga untuk menerima gagasan 1 MALAYSIA dan 1 ISRAEL itu akan tetapi mereka sebenarnya telah dibeli dan dipertakutkan untuk terus menjadi penyokong kepada UBN.Mereka hanyalah Rakyat yang terpaksa menurut kehendak nafsu sang pemerintah kerana memerlukan segala mungkin kemudahan kehidupan buat mereka.Yang DAiF apabila diberi wang pastinya akan gembira dan memilih mereka.Dalam soal ini tiada istilah Rakyat yang perlu dipersalahkan kerana mereka adalah satu komoniti majoriti yang memerlukan nilai hidup yang lebih baik.
Pelbagai cabaran yang sya terima semasa berada disana,dari sibuk mengendalikan Rakyat hingga melayan kerenah POLIS RAJA DI MALAYSIA.Satu laporan polis yang dibuat yang pada mulanya aku sebagai pengadu sehinggakan aku akhirnya dianggap si tertuduh.Mungkin inilah standard yang ada pada PDRM cakap tak serupa bikin.Sanggup menunjukkan dengan sebenar-benarnya merekalah balaci terhormat UBN.Kini selepas apa yang terjadi keluar masuk balai membuatkan aku hilang hormat pada Polis kerana siapa pun kamu dan apabila kamu memakai pakaian itu kamu juga sama,manusia kejam yang dikawal oleh hawa nafsu sang pemerintah.
Kemenangan UBN di hulu Selangor bagi aku hanya kemenangan kecil.Bayangkan Najib berbelanja sebanyak 65 Juta bagi membeli undi rakyat disana akan tetapi menang dengan majoriti 1720 hanyalah igauan ngeri buat Najib dan UBN.Mereka telah meletakan Target sebanyak 6000 undi majoriti akan tetapi menang dengan 1720 bagi sya tidak membawa sebarang maksud.Kalah pada semua peti undi Cina di sana bolehlah disifatkan sebagai kegagalan najib dalam usahanya memperkenalkan 1 MALAYSIA.
BN menang di Hulu Selangor,bagi aku tidak mereka sebenarnya KALAH...Kerana mereka KALAH pada rakyat dan menang dengan DUIT Rakyat..!!!
Posted by
Siti Aishah Shaik Ismailon Selasa, 20 April 2010
at
8:05 PTG
Ketua Srikandi dibawa menaiki kenderaan polis ke lokasi
Ketua Srikandi dan pihak Polis di lokasi aduan
Satu lagi billboard yang dipasang dijalan masuk ke stesen KTMB Serendah
Cif insp Jageet dibawa ke lokasi di serendah
Hulu Selangor : Srikandi Parti Keadilan Rakyat hari ini memberi kerjasama penuh kepada pihak Polis dengan membawa Cif Insp Jageet ke semua lokasi yang telah dilaporkan dalam laporan polis yang dibuat awal pagi semalam.Selepas semalam hanya satu dari 10 banner yang dilaporkan diturunkan.
Ketua Srikandi KEADILAN dalam kenyataan kepada media menyatakan bahawa sekiranya sehingga jam 10 pg esok semua Billboard dan Banner tidak diturunkan maka Srikandi dan rakan rakan dalam parti akan menurunkanya sendiri.Ia sebagai tanda bahawa kami serious untuk memastikan perjalanan pilihanraya kali ini aman,adil dan bersih.
Posted by
Siti Aishah Shaik Ismailon Isnin, 19 April 2010
at
4:02 PTG
KENYATAAN MEDIA
Tarikh : 19 April 2010
Per: KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN
Srikandi Keadilan Malaysia ingin menyatakan bantahan terhadap bahan-bahan kempen yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional (BN) sama ada di billboard atau dalam bentuk risalah yang berbaur lucah dan hasutan.
Tinjauan Srikandi mendapati bahawa billboard-billboard yang dipasang oleh BN mempunyai unsur-unsur hasutan dan provokasi seperti:
1.Terdapat gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dicop sebagai pengkhianat Negara
2.Provokasi dalam kes kuil India di Seksyen 3, Shah Alam
3.Kata-kata yang memperlekehkan hak dan keputusan pengundi Hulu Selangor oleh Puteri UMNO
Selain daripada itu, risalah berbaur lucah yang disebarkan kepada umum seperti
1.Gambar kes YB Elizabeth Wong
2.Gambar palsu Dato’ Zaid Ibrahim meminum arak
3.Gambar YB Elizabeth Wong dan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim
Tindakan ini menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai isu untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat kerana Kerajaan Selangor membuktikan prestasi yang cemerlang dalam pentadbiran negeri.
Selain itu juga, BN dilihat tidak matang dalam melaksanakan kempen pilihanraya walaupun telah 50 tahun terlibat dalam proses pilihanraya, namun masih gentar dengan kekuatan PR.
Srikandi mengecam tindakan ini sebagai tindakan yang tidak professional dan provokatif yang menyerang peribadi pimpinan dan individu tertentu.
Srikandi KEADILAN memberi masa 48 Jam kepada SPR dan pihak Polis untuk menurunkan semua Bilboard yang berbaur Fitnah dan sekiranya ia tidak berlaku Srikandi KEADILAN akan mengambil tindakan.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertindak terhadp situasi ini. Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor harus berlangsung dalam keadaan yang aman, adil dan bersih.
Posted by
Siti Aishah Shaik Ismailon Selasa, 13 April 2010
at
12:44 PTG
Pelbagai peristiwa menarik berlaku di Hulu Selangor.Sejak aku tiba seminggu yang lalu pelbagai kerenah dapat dilihat.Hari pertama aku tiba aku dah mula bertemu rakyat disini melihat reaksi mereka dan mendengar keluh kesah mereka,hasilnya banyak yang diperolehi.Ada yang begitu teruja menanti PRK ini dan tidak kurang juga yang mengata dan juga memberi kata pujian kepada parti-parti kegemaran mereka.
Seawal aku tiba khemah-khemah penempatan di markaz-markaz BN telah dinaikan sehinggakan menimbulkan sedikit kemarahan kepada aku.Akan tetapi ia telah diturunkan apabila ahli majlis dan majlis Daerah membuat arahan agar mereka menurunkan semua bendera dan khemah-khemah tersebut kerana ia belum lagi memasuki zon berkempen.
Malam ini bertempat di Dewan Cina Serendah sya akan berada disana bersama semua pimpinan,PKR dan PR akan mengumumkan calon untuk PRK nanti.Debaran dihati walaupun dah tahu siapa calonnya.Semoga ia akan menajdi permulaan yang baik buat Pakatan Rakyat...
Posted by
Siti Aishah Shaik Ismailon Khamis, 1 April 2010
at
1:31 PTG
Dato Seri Nizar mengucapkan simpati kepada warga media yang dilarang masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri dan kami rasa bertanggungjawab kepada semua pihak media yang dilarang memasuki Dewan.Namun akhbar dan media yang dibenarkan masuk tidak memberikan gambaran yang sebaiknya .Dato Seri Nizar juga menyifatkan bahawa ini merupakan satu malapetaka apabila sekatan media dilakukan oleh Kerajaan umno sehinggakan tiada kebebasan maka dengan itu rakyat sekali lagi dinafikan hak untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam Dewan undangan Negeridan disebabkan itu rakyat hanya mendapat berita secara songsang oleh akhbar yang dibenarkan masuk sahaja.Dan segala berita tidak disebarkan secara telus akhirnya Rakyat dikelirukan dan kebenaran turut dinafikan .
Ramai menyatakan bahawa tindakan Adun-Adun Pakatan Rakyat keluar dewan,seolah-olah ia satu tindakan yang tak patut dibuat dan ia disifatkan kebudak-budakan dan ganas namun secara benarnya mereka mengambil tindakan keluar dari dewan itu selepas bersabar dari jam 9.50 hingga ke jam 11.00 pagi kerana mereka meraskan bahawa Speaker HARAM menafikan hak kami sebagi ahli dewan undangan negeri apabila Yb Nga Ko Meng ( adun Pantai Remis ) menyatakan satu daripada perintah tetap (3,4,dan 6) namun dinafikan oleh Ganesan.Dan kami telah merayu kepada dia untuk memberikan penghormatan kepada 'Standing Order '( peraturan tetap dewan ) yang mana ia sepatutnya dihormati oleh Speaker dan diwajibkan mendengar apabila ia dibacakan.Namun Yb ngan dinafikan haknya apabila Ganesan langsung tidak memberikan perhatian kepada Peraturan Tetap tersebut dan ia menunjukan bahawa Ganesan tidak langsung tahu dan menghormati Peraturan dan tugas sebagai seorang Speaker.Dan kerana itu kami merasakan bahawa Perintah Tetap itu telah dilancurkan oleh kerajaan BN dan kerana itu juga kami mengambil tindakan untuk keluar dari Dewan tersebut.-Dato Seri Nizar Jamaluddin
Perkara kedua yang menyebabkan kesemua Adun-Adun PR keluar dari dewan ialah apabila mereka menanyakan kepada Speaker kenapa dalam agenda mesyuarat ia tidak mengikut ketetapan dalam peraturan buku perintah tetap yang mana ia merujuk kepada peraturan bahawa selepas sahaja titah Tuanku dibacakan maka ia perlu dibahaskan untuk menjungjung kasih terhadap Titah tersebut namun di dalam agenda yang diberi ia tidak dibuat begitu.Dan ia tidak langsung ditulis di dalam perbentangan untuk 31 March 2010.Ini menunjukan bahawa Kerajaan BN mengabaikan Titah tersebut kerana ia tidak dibahaskan.Pakatan Rakyat juga telah merayu untuk diadakan 5 hari persidangan untuk mengangkat permasaalahan rakyat dan ia ditolak.Di dalam agenda persidangan itu telah dinyatakan bahawa ia akan dibuat dan dihabiskan hanya dalam masa satu hari.Ia merupakan sesuau yang tidak adil kerana hak dan Suara Rakyat yang diberikan kepada semua Adun-Adun PR untuk dibawa ke dalam Dewan dinafikan secara terang dan ia juga telah melanggar Hak Adun-Adun PR sebagai ahli Dewan.Sejumlah 216 soalan telah dihantar kepada setiausaha Dewan dan sebanyak 7 soalan sahaja yang diterima.Dan ia bercanggah dengan Peraturan Dewan.
Apa yang paling dikesali oleh Adun-Adun Pakatan Rakyat ialah apabila nasib Rakyat yang sepatutnya dibahaskan diketepikan dan tidak diendahkan oleh Pimpinan BN dan seolah-olah ia menunjukan bahawa dewan tersebut hanyalah untuk meluluskan duit poket mereka namun bukan menjadi dewan tempat rujukan dan perbincangan penyelesaian permasaalahan rakyat.Nasib Rakyat Perak kini hanya ibarat seperti ANAK TIRI yang mana boleh dikatakan bahawa sudah hilang tempat bergantung harap.
Akhavan Supermarche Flyer
-
Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations –
one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet
filled...
2plus2 Poker Forum
-
Consider this Omaha HiLo to Holdem. Last position continues to have this
set of Kings just got beat by a lunatic who thought his idiot-end gutshot
draw w...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
Masalah penduduk Batu 11
-
Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu
perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras
saliran ...
BERSAMA SUAMI DI TIMUR TENGAH, UK & IRELAND
-
Tanggal 9 mac 2010, saya diajak suami menyertainya bersama2 rombongan PAS
Perak menjelajah dan bertemu pelajar malaysia yang kini sedang belajar dan
meneta...
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
Pemimpin yang perihatin
-
Adun Batu Uban YB A.Kumaresan bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Pn Vasuki mengadakan lawatan ke rumah mereka yang memerlukan bantuan dalam
ka...
Bapak ayam
-
Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, l...
YB-YB Tolong Baca dan Hadam
-
Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaa...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
Tepu
-
Otak tepu. Masa lapang pun tepu.
Sibuk sampai tak sempat fikir tentang blog.
Dulu tak macam ni.
Mungkin ia kesan penuaan.
Nasib baik sedar diri dah tua.
Itup...
A MESSAGE FOR ALL
-
Dear Friends and members Clamouring for the Almighty The ‘Allah’
controversy rages on relentlessly in this beloved land of ours, wreaking
havoc to the very...
AJK PKR Kuala Krau melawati saya
-
Semalam Abang Haji Dollah dan Kak Zainunayah AJK PKR Cabang Kuala Krau
datang melawat saya. Malam ini, Azmi Zainun dan isterinya dan Kin Kasim
serta Nyah ...
PROMOSI RAYA | POTRAIT KELUARGA
-
//// PROMOSI RAYA ////
..............................................................................................
*POTRAIT KELUARGA (DARI RUMAH KE ...
Partner us
-
Health and FitnessComputers and TechnologyAdventure TravelLeadership
ImprovementFinancial stabilityForex ForumNews and Social LifestyleHealth
Care informat...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Malaysia - Beijing - Malaysia
-
Assalammualaikum...
setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini...
mahu menjenguk blog ini juga satu pekara yang amat payah untuk ku lakukan..
aku rupan...
22 Hadis berkaitan dengan dosa
-
1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada
siapa yang kamu durhakai. (HR. Aththusi) 2. Perbuatan dosa mengakibatkan
sial terhad...
-
AKTIVIS UMNO & KEMPEN POLITIK DI MEDIA SOSIAL
Dalam beberapa tulisan terdahulu, saya pernah menulis betapa kehadiran
pemimpin dan aktivis UMNO dalam me...
Teman akan kembali , InsyaAllah..
-
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Semua. InsyaAllah, ada rezeki teman
akan kembali memBLOG dalam masa terdekat. Wallahualam.
Barita Sedih minggu ini.. Al-Fatihah...
-
nota:
semua orang melayu
diminta berkabong selama tujuh hari
untuk sama sama merasa kesedihan kerana
kehilangan wira pundek negara pejuang bangsa
majulah s...
SUDAH BERPINDAH RUMAH BARU
-
ASSALAMUALAIKUM SEMUA BUAT PEMBACA2 BLOG BAGAN PINANG....KAMI YELAH
BERPINDAH KERUMAH YANG BARU...DIHARAP KAWAN2 N TUAN SEMUA SUDIKAN LAH
MELAWAT KE BLOG B...
Erti Kemanusiaan - Nora Reformis
-
Salam kepada semua rakan FB dan blog Nora,
Terima Kasih kerana memberi sokongan kepada FB Nora yang hari ini sudah
menjangkau lebih dari 1,000 rakan. Mu...
Dasar Pakatan Rakyat dilulus sebulat suara
-
Dasar Pakatan Rakyat telah diluluskan sebulat suara dalam konvensyen
pertamanya pada jam 5.30 petang 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharram 1431
Hijrah bert...