Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Selepas 51 Tahun: UMNO Masih Bodoh..!

Ini bukan kenyataan yang tak berasas, tapi kenyataan yang berbukti. kecualilah untuk totok-totok UMNO, bagi mereka, ini adalah "tuduhan". sikit aku tak heran kalau orang UMNO berfikiran macam tu (lebih-lebih lagi penyokong-penyokong UMNO) sebab orang-orang "berkenaan" ni pada pandangan aku bukan "tak dak akal", tapi mereka-mereka ni memang tak dak otak. kalau dah tak dak otak, macam mana nak ada akal? betul..?

Tengok je lah apa yang UMNO dah buat sepanjang lebih 50 tahun membentuk KERAjaan Pusat di Malaysia. tiap kali dok atas platform tak kira platform politik ataau apa-apa pun, depa ni akan bercakap tentang "kemajuan", "Malaysia negara maju", "Malaysia negara kaya", "Malaysia itu" dan "Malaysia ini". semuanya ada di Malaysia.

Disaat pemimpin-pemimpin UMNO dok laung-laung "kununnya" Malaysia negara maju, apa perlunya setiap kali jugak depa dok sodok rakyat Malaysia dengan sentimen perkauman? kalau sembang bab berniaga, depa cukup suka perbesar-besarkan jarum kununnya masyarakat Cina akan menguasai ekonomi Malaysia.

Apa masalahnya? masyarakat Cina tu bukan warga negara Malaysia ke? kenapa perlu takut pada masyarakat Cina?

UMNO Tolong Melayu?

Tiap kali jugak UMNO dok laungkan kununnya UMNO telah berjaya menyediakan berbagai "peluang perniagaan" kepada orang Melayu. kalau betul kenyataan tu, kenapa UMNO sendiri dok takut dan menakutkan orang Melayu akan kebangkitan masyarakat Cina dalam penguasaan perniagaan dan ekonomi Malaysia?

Adakah sebab UMNO "GAGAL" menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat Melayu sampaikan UMNO "TERPAKSA" mengeluarkan kenyataan sedemikian? aku cukup heran dalam hal ni. UMNO dok cerita yang UMNO "TELAH BERJAYA" menyediakan "BERBAGAI PELUANG PERNIAGAAN KEPADA ORANG MELAYU" tapi dalam masa yang sama UMNO jugak yang dok takutkan orang-orang Melayu akan kebangkitan dan penguasaan masyarakat Cina dalam sektor perniagaan dan ekonomi Malaysia. apahal..?

Kenyataan yang "BERSELINDUNG" macam tu macam "MENGIAKAN" pendapat aku bahawa UMNO telah gagal dalam membantu orang-orang Melayu. betul..?

Eh... UMNO tolong orang Melayu ke UMNO tolong MeLAYUkan orang Melayu?

UMNO Menyatukan Rakyat Malaysia..? - khak ptuih..!®

Betul ke UMNO menyatukan rakyat Malaysia..? kalau dalam bab "menyatukan rakyat Malaysia" ni aku memang cukup-cukup setuju bahawa UMNO adalah juara. tapi dalam majlis makan-makan je la. musim perayaan contohnya, nak kena sodok dengan makanan, baru la penuh semua bangsa pi serbu... serbu rumah terbuka. bukan sebab "perpaduan" tapi sebab nak makan. kalau bab makan, yang ni tak payah nak buat simbolik la kunun berjaya "menyatukan" rakyat Malaysia...

Cuba kau letak apa-apa kuih dekat kaki lima kedai tak pun dekat lantai pasar... tunggu dalam setengah jam cuba tengok, binataang apaa yang tak datang makan, binatang apa yang tak datang hurung makanan tu. semut, lalat, kucing, hama, rama-rama, anjing semua pi hurung makanan tu... (contoh ni kurang bagus sebenarnya tapi kira ok la bagi aku...)

Cuba pulak UMNO buat majlis tazkirah atau majlis keagamaan (UMNO pernah buat ke..?) ... tengok sape yang datang? (angkut dengan bas, bagi surat pekeliling "WAJIB" hadir tu kira ngelat... tak aci..!)

Sejak dari tahun 1998, aku dah pergi banyak ceramah-ceramah dan majlis-majlis keagamaan anjuran PAS dan alhamdulillah setakat ni jarang aku tengok yang bukan Islam tak hadir hatta dalam majlis Qiamullail waktu subuh (ada bukan Islam yang sanggup bangun jam 3 pagi untuk datang majlis keagamaan yang beragama Islam..!).

Kadang aku heran jugak... buat apa depa datang padahal depa bukan Islam dan aku pernah tanya depa (yang bukan Islam) buat apa korang datang..? depa jawab apa tau? - mesti datang la... tak tau baca pun tak da hal, janji hati mau bersih, kasi moral support..!

Apa kata korang? aku kata gini - yang datang majlis UMNO tu semua sebab nak dapatkan poket support, yang datang majlis Pakatan Rakyat pulak sebab nak bagi moral support. korang dok dalam golongan mana? golongan yang ikhlas memberi atau golongan yang ikhlas menerima?

Perhimpunan Agung

Korang tengok pulak tiap kali Perhimpunan Agung UMNO. sape yang datang? ahli-ahli UMNO je... ahli-ahli UMNO tu dari berbagai bangsa ke? perpaduan kejadahnya macam tu? keahlian UMNO hanya untuk "orang melayu". parti yang selalu menjerit-jerit, hunus-hunus keris, laung-laungkan "perpaduan" keahliannya HANYA untuk orang Melayu dan memperjuangkan orang Melayu SAHAJA..!

Sape pulak nak perjuangkan bangsa-bangsa lain dekat Malaysia ni? MIC? beb... MIC tu cuma untuk orang-orang India je beb... mana la depa nak peduli bangsa-bangsa lain... MCA? beb... MCA tu cuma untuk bangsa Cina je beb... depa peduli orang-orang Cina je...

Maka dengan itu wujudlah pulak Barisan Nasional. semua parti komponen berbagai kaum bertomoih dibawah satu label "Barisan Nasional". setahun sekali baru depa berkumpul... semua parti komponen yang mewakili berbagai bangsa dok berkumpul bawah satu bumbung setahun sekali atau lebih. tapi nak cakap tiap-tiap bulan... sorry... tak pernah.

Kalau dah setahun sekali ataau kadang-kadang baru nak berkumpul, nak selesai masalah apa? apa depa ingat setahun sekali baru masalah datang? paling-paling serius pun aku tengok, dekat-dekat pilihanraya baru bersungguh nak berkumpul. tu pun bukan nak selesai masalah, depa kumpul nak berebut kerusi DUN ngan Parlimen je.

Bilamasa depa bincang nak selesai masalah "semua kaum"? porrraaahhh...!!!

Aku selit sikit pasal Pakatan Rakyat.

PAS - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia yang beragama Islam (untuk kelab penyokong PAS terbuka untuk SEMUA KAUM tak kira agama).

DAP - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.

PKR - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.

Setiap kali perhimpunan mana-mana komponen Pakatan Rakyat baik PAS, DAP atau PKR DISERTAI OLEH SEMUA KAUM yang menjadi ahli parti dan masalah-masalah yang dihadapi oleh SEMUA KAUM dibincangkan dalam mana-mana perhimpunan tak kira PAS, DAP atau PKR walaupun dibuat secara berasingan.

Kalau tak dak Perhimpunan Agung Parti-Parti Komponen Pakatan Rakyat pun, masalah semua kaum tetap dibincangkan dalam parti masing-masing sebab dalam parti masing-masing ada wakil dari semua kaum.

Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional, depa nak kene tunggu perhimpunan agung Parti-Parti Komponen Barisan Nasional barulah depa bincang hal-hal berkaitan semua kaum. penat macam tu beb... berkulat dulu la baru dapat setel... (tu pun kalau depa bincang...).

Post ni panjang sangat... kome baca lagi sambungan dekat [sini].

Perang Bermula ESOK...!!!

Bulan Februari hampir berlalu dan episod menyedihkan seperti pengkhianatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan rampasan kuasa di Perak bolehlah dijadikan iktibar kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Anggaplah bulan Februari sebagai bulan pembersihan dan bulan Mac pula sebagai bulan menyerang. Asyik-asyik kena serang je, eloklah kita pilih strategi menyerang dan ramai yang bersetuju menyerang adalah pertahanan yang terbaik.

Ketika ini Pakatan Rakyat teruk diasak bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan seperti derhaka, pengkhianat dan macam-macam lagi label yang diberikan oleh media totok UMNO.

MB
Selangor terpaksa berdepan dengan SPRM berhubung pertuduhan rasuah dan salahgunakuasa. MB Perak digulingkan setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat belot. KM Pulau Pinang diasak dengan tuduhan anti Islam. MB Kedah terpaksa menangkis fitnah exconya membuat surat layang menghina Sultan Kedah dan MB Kelantan cuba dimalukan oleh Raja Katak, Ibrahim Ali.

Najib memerlukan modal besar untuk menghadapi Pemilihan UMNO pada Mac depan dan kejayaan merampas Perak secara haram belum memadai baginya. Selangor kini cuba diintainya dan tengah menunggu peluang untuk merampasnya secara haram.

Tindakan Tan Sri Khalid mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Khir Toyo telah mengejutkan puak-puak UMNO di Selangor dan khabarnya jika didakwa di mahkamah peluang Khir Toyo untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO makin tipis. Senang hatilah Mukhriz dan Khairi pasal saingan korang dah tumbang.

Tok nak cadangkan sedikit penambah baikan kepada Tan Sri Khalid supaya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh Muhamad Taib, bekas MB Selangor dan Ketua Penerangan UMNO. Kerjasama rakan-rakan bloggers diperlukan dan sebagai permulaan insiden letupan kilang mercun yang beroperasi secara haram di Sungai Buloh dan telah menggorbankan belasan nyawa perlu disiasat semula oleh SPRM.

Benarkah dakwaan Mat Taib@Mike Tyson memiliki saham di dalam Syabas dan lain-lain syarikat pembekal air sehingga rundingan air di antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat-syarikat pembekal air ini gagal. Biarpun tawaran yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor itu berpatutan iaitu dengan nilai keuntungan yang bakal mereka terima sebanyak 12%. Khabarnya syarikat-syarikat pembekal air ini mahukan keuntungan 300%. Tokey judi kat Gentingpun tak dapat keuntungan sebanyak ini. Memang proksi Mat Taib tamak dan sanggup menyusahkan rakyat Selangor. Eloklah dibuat laporan kepada SPRM agar persepsi Suruhanjaya itu lembu UMNO tidak benar?

Mulai bulan 3 ini tok cadangkan bloggers semua membentuk kesatuan di peringkat nasional dan kita sama-sama mengumpul bukti dan mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Hishamudin yang terpaksa berdepan dengan tentangan hebat daripada PAS, PKR, NGO-NGO seperti Gapena, PIBG, tokoh-tokoh akademik yang membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan BI.

Gerakan ini atau GMP perlu diperhebatkan dengan sokongan kesatuan sekerja seperti CEUPACS, NUTP dan MTUC. Pemimpin-pemimpin mahasiswa juga perlu menyahut seruan memartabatkan semula Bahasa Melayu dengan menyokong GMP. Pada 7 Mac, jika kita benar-benar menyokong GMP, marilah kita beramai-ramai menyertai demonstrasi yang diadakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Soal demonstrasi haram atau tidak tidak timbul kerana UMNO sering mengadakan demo, siap bawa budak-budak sekolah lagi. Jika UMNO membantah,kita paparkan semula gambar UMNO buat demo dengan kanak-kanak. Jangan lupa CEO TNB, Che Khalib dapat award CEO of the yearpun pasal anjurkan demo bantah pembinaan Carrefour di Kota Damansara. Siap bawak budak sekolah lagi dan TV3 ada menyiarkan demo itu di dalam Buletin Utama.

Tok juga nak minta rakan-rakan bloggers mengumpulkan bukti berapa banyak sekolah di seluruh negara yang terbengkalai dan lewat untuk disiapkan. Setahu Tok kaum keluarga Hishamudin juga diberikan projek menyiapkan lebuhraya DUKE bernilai berbilion ringgit dan tok seperti warga Malaysia yang lain nak tahu ada tak kaum kerabat Hishamudin terlibat dengan projek membina bangunan-bangunan sekolah. Mungkin ramai yang tidak tahu Hishamudin adalah sepupu kepada Najib, TPM @ Menteri Kewangan.

Rakyat tengah sengsara dengan kemelesetan ekonomi,ramai yang menganggur,korang pulak perabih duit rakyat.

Mulai tahun ini,berapa banyak Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membazirkan duit rakyat dengan mengindahkan bangunannya dan kita mulakan dengan negeri Pahang kerana Najib pernah jadi MB di sini. Eloklah solan ini semua ditanya oleh MP-MP Pakatan Rakyat dan didedahkan di dalam blog-blog. Tak kena gaya Hishamudin akan disiasat oleh SPRM dan besar kemungkinan tak dapat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Hishamudin bolehlah diibaratkan orang kanan kepada Najib.

Tok nak cadangkan MB Kedah menurut jejak langkah MB Selangor mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika memerintah Kedah.Tok heran UMNO Kedah yang sibuk memainkan isu surat layang menghina Sultan Kedah. Korang kata Exco Kedah yang tulis surat tu. Kalau betul apasal korang tak buat report polis dan dedahkan nama exco tu. Nampak sangat nak buat modal untuk kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambau. Korang sekarang dah kamceng dengan polis, eloklah pindahkan aje cawangan korang kat balai polis. Jangan sampai rakyat menyampah nanti ada pulak kambing, baghal atau keldai yang dihantar di balai polis. Baghal@keldai@kambing tu pulak ada tulis nama PDRM. Macam yang berlaku kat Shah Alam hari tu.

Di Perak pula,hampir pasti BN nak boikot sidang tergempar DUN Perak. Eloklah macam tu. Bolehlah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh Perak. lepas tu MB haram zombie boleh pencen. Korang agak-agak SPR nak ke isytiharkan pilihanraya. Bab ni tok musykil sikit.

Tok dengar citer di Selangor jika MB Selangor dipenjarakan, Sultan akan menolak calon yang dikemukakan oleh PKR dan menerima Dr Hasan Ali sebagai MB yang baru. Jika ini berlaku huru-haralah negeri Selangor seperti yang berlaku di Perak dan jalan penyelesaian terbaik selepas ini Dr Hasan Ali tolak tawaran itu dengan berhemah dan serahkan kepada PKR pilih calonnya. Selepas ini untuk menunjukkan korang semua bersatu, buatlah khidmat komuniti bersama-sama.Semua ADUN PKR, PAS dan DAP turun padang menyertai program ini.

Najib tika dan saat ini sibuk membina kemnya di Pahang dengan menjadikan Ismail Said, MP Kuala Krau sebagai orang kanannya. Setahu tok UMNO Bahagian Kuala Krau hari tu mencalonkan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan bukannya Mukhriz yang dipilih Najib kerana Mukriz anak Mentornya Tun Dr Mahathir. Kau jangan salah pilih geng sudahlah najib. Setahu Tok juga ada sumber yang mendedahkan Khir Toyo telah memberikan rasuah kepada perwakilan UMNO di Kuala Krau untuk mencalonkannya. SPRM siasat ke tidak perkara ini?

Khabarnya Najib akan melantik Ismail sebagai Menteri kerana sebelum ini kempunan tidak dicalonkan sebagai timbalan menteri biarpun dah 2 penggal jadi MP. Ismail Sabri 2 penggal jadi MP Bera dah dapat jadi Menteri Belia dan Sukan. Saifuddin Abdullah baru jadi MP Temerloh dah jadi timbalan menteri. Ada sumber memberitahu nama Ismail dah dicalonkan Tok Nan dan disingkirkan di saat akhir kerana Rosmah nakkan kawan baiknya Maznah jadi timbalan menteri. Ismail Said pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang dan exco Pemuda Malaysia ketika Hishamudin menjadi Ketua Pemuda.

Khabarnya Tok Nan MB Pahang akan digantikan oleh calon pilihan Najib, Shakar Shamsudin kerana beliau orang Pak Lah dan ADUN Kerdau, Zaharudin Kasim juga turut menerima tempiasnya kerana mempunyai hubungan erat dengan Pak Lah dan pernah menjadi Ketua Penaja UMNO Putrajaya. Ramailah orang Pak Lah dan Khairi yang akan dicantas oleh Najib setelah beliau menjadi PM.

Kem Najib jugalah yang memerangkap Norza Zakaria. orang kuat khairi dengan pertuduhan rasuah dan kem Najib jugalah yang mencantas Wan Farid, seorang lagi hulubalang khairi sehingga tewas dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Persaingan di antara Khairi dan kem Najib belum tamat kerana khairi baru sahaja mendapat tonik baru setelah mendapat sokongan ketua pemuda Johor, Datuk Razali Ibrahim. Ketua Pemuda WP, Perak, Kelantan dan beberapa negeri lain turut menyokong Khairi.

Kem Najib yang selama ini menyokong Mukhriz terpaksa bekerja keras dan dalam persaingan hebat ini siapa yang tewas akan kehilangan semuanya dan eloklah korang mintak borang masuk PAS atau PKR. Kalau malu, korang boleh mintak borang keahlian DAP.

Pemilihan UMNO semakin hebat dan setelah Konvensyen BN ditangguhkan, ramai yang menjangkakan pemilihan UMNO turut ditangguhkan bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Jika Pak Lah berundur sekarang, masa depan politik Khairi dijangkakan akan berakhir. Masa depan anaknya, Kamarudin sebagai jutawan segera juga akan berakhir. Scomi akan jadi maggi mi. Pak Lah juga yang gigit jari. Paling suspen apakah orang kuat Khairi seperti Ismail Sabri dan Saifuddin Abdullah akan lompat menyertai kem Najib yang dianggotai Jamaluddin Jarjis, Ismail Said, Hishamudin, Zahid Hamidi, Shakar Shamsuddin. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

-Perisik Rakyat®

Ketua Menteri Sarawak guna deretan Rolls Royce, Timbalannya guna BMW 7 Series…’

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution membangkit persoalan kereta kerajaan Perak dan Selangor yang ditohmah oleh kerajaan BN sedangkan pemimpin mereka yang terlibat memiliki kenderaan mewah.

Berikut adalah sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang): Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolah-olah itu benda yang cukup besarlah.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

Siapa yang pakai Camry JUSA ?A?, ?B?, ?C?? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat. Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Di hadapan saya yang akan saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek-projek besar.

Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat?.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): Ya faham sudah tu soalan itu.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang): ?Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.

(sila rujuk Hansard Parlimen untuk bacaan selanjutnya) - Hrkh

PESTA DUIT KINI BERMULA!!!!!

" Sesungguhnya, tiada upaya menyedarkan Umno setakat ini. Selagi mereka berkuasa di pusat, maka mereka tidak akan sekali-kali tunduk kepada amaran rakyat. Katalah apa sahaja, mereka BEBAL, telinga TULI untuk mendengar, mata BUTA untuk melihat dan hati MATI untuk merasa. Umno hakikatnya hanya boleh disedarkan dengan 'pancungan pedang keramat rakyat' ya ! bila nyawa mereka sudah putus dari badan ! " (source)
Gendang perang makin kuat dipalu. Cuma menunggu masa sang jeneral memberi arahan. Wah..! nampaknya musuh kian sibuk membaiki jalan agar tempur menjadi lebih 'mudah' dan pengundi menjadi goyah. Undi kami, 'kami pembela ketuanan melayu', 'pantang melayu untuk derhaka !'

Pos remote kontrol pilihanraya sudah siap sedia menerima kunjungan. Baik kunjungan dari manusiadan pengundi-pengundinya, malah turut sudi menerima tamu berupa 'kertas-kertas' yang tidak bernyawa, duit ler tu !

Nasib baik lah jadi 'wau bulan' saja..kalau jadi 'gerombolan' hampehh !!


Sekarang juga bukan musim pilihanraya, dan Umno seboleh-bolehnya tidak mahukan pilihanraya. Ratusan juta sudah dihabiskan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, tetapi masih gagal mendapatkan hasil.

Pilihanraya kecil yang berlaku sekarang juga ada sebabnya. Untuk menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Polis akan digunakan lagi macam apa yang berlaku di Kuala Terengganu, yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Bukan untuk menjaga keselamatan, tetapi sebaliknya menyusahkan orang ramai. Bayangkan apabila begitu banyak sekatan jalanraya diadakan, begitu ramai SB yang berkeliaran….semuanya menyusahkan rakyat. ..sedangkan penjenayah masih ramai yang berkeliaran, ramai yang hilang, dan ramai yang kecurian.


Suasana pada jam 3 petang di sebatang jalan di Bukit Gantang kelmarin. Hujan masih turun, biarpun tidak lebat seperti seawalnya tadi. Saat yang sangat ditunggu.

Bila hujan turun, katak-katak bersorak kegirangan. Begitu juga apabila pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diadakan, maka katak-katak juga melompat kegirangan. Tapi di Bukit Gantang…katak-katak melompat kegirangan bukan kerana suka main air, tapi membuka peluang mencari wang segera. Tak perlu pinjam along atau ceti…cuma perlu melompat menyertai Umno…dah tentu ada ganjaran.

Dalam waktu terdekat ini, akan ada orang-orang yang akan melompat menyertai Umno. Sama ada yang sudah menyertai Umno, atau yang belum….yang pasti, mesti ada orang-orang Pas atau PKR yang akan mengisytiharkan diri menyertai Umno…untuk mendapat sekupang dua.

Tengahari tadi, banner-banner yang menyokong Osman Jailu sudah banyak yang direntang. Seolah-olah kemasukan Osman kedalam Umno mendapat sokongan terbanyak. Tapi sayang…nak gantung banner pun terpaksa dibuat waktu tengah malam…takut orang nampak. Tok sah kata penyokong, Osman sendiri takut nak tunjuk muka…apa tah lagi balik kawasan.

Heran jugak…bila ada yang melompat kedalam Pakatan Rakyat…mereka disambut denga meriah. tapi kalau melompat kedalam Umno…cuma nampak disidang media. Lepas tu hilang.

Dua tiga hari lagi…ada 100 orang ahli PKR akan menyertai Umno. mereka ini terdiri dari anak beranak dan mereka yang mendapat jawatan melalui Osman Jailu. Adik Osman, Pegawai Khas, pembantu…dan ramai lagi anak beranak Osman.

Umno akan menggunakan isu kemasukan anak beranak dan saudara mara Osman ini sepenuhnya…dengan mengatakan bahawa PKR sudah tidak lagi boleh dipercayai.

Mintak-mintak…selepas mengisytiharkan diri menyertai Umno…mereka tak hilang pulak. Bukan senang bagi mereka nak jumpa jiran-jiran dan rakan-rakan…sebab semuanya sudah menyampah denga Osman dan Umno. Duit punya pasal…orang sanggup menggadai kemaluan. Oooppps!…kehormatan!!!!


sumber perak express

Sultan Selangor Yakin Sebarang Keputusan Menteri Besar

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
25 Februari 2009

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ‘privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

DATO’ HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI
Dato’ Lela Bakti
Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

Kes Nizar lwn Zambry: Hakim tarik diri

Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Mohd Shahid, yang berkata beliau mewakili Datuk Zambry Abdul Kadir, juga turut mengemukakan bantahan pelanggannya terhadap Mohamad Ariff mendengar kes tersebut.

Menteri Pesar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai peguam kanan, Sulaiman Abdullah.

Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Kamaluddin Md Said dan Suzana Atan.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut.

Beliau juga juga yakin akan menang dalam kes tersebut.

UMNO BERPAKSI KEPADA BARAT KETIKA INI?????

Apa cerita Zambry kini di LONDON????

Belum pun cukup sebulan menjadi Perampas Kuasa Zambry telah pun pergi makan angin di sana sambil pergi menyembah kaki-kaki orang inggeris untuk membantunya bagi menyingkirkan Dato Seri Nizar dari Kerajaan Perak.Mereka hampir tidak siuman gara-gara tindakan mereka yang merampas Kerajaaan Perak yang SAH tanpa berfikir panjang tentang Kuasa Tuan Speker Dewan Negeri akhirnya Pelanduk Masuk Jerat Sendiri!!!

Cuba kita renungkan bersama,

setelah digantung dari menghadiri Sidang Dun maka apa lagi Kuasa yang ada pada Si Perampas ini???Nak buat keputusan untuk RAKYAT pun mereka tidak mampu kerana setiap yang akan dibuat( melibatkan duit kerajaan/projek ) akan terlebih dahulu dibahas di dalam dewan negeri.Jadi apa guna mereka menjadi Kerajaan HARAM,mungkin ini hikmahnya maksud perkataan HARAM tu...

no 2 :

Dulu UMNO teruk berjuang menentang orang inggeris dengan penentangan mereka terhadap MALAYAN UNION namun kini setelah gagal mendapat nasihat undang-undang di MALAYSIA mereka yang HARAM ini terbang ke LONDON menyembah kaki-kaki orang INGGERIS untuk membantu mereka..Ini bermakna semua peguam yang ada di MALAYSIA sehandal mana pun mereka tetap tidak mampu membantu KERAJAAN HARAM itu dari BEKUASA dan MENYINKIRKAN NIZAR dari Perak.Orang INGGERIS kini menjadi PAKSI kepada UMNO/BN untuk menjatuhkan Kerajaan SAH Perak.

KINI SIAPA YANG MENJADI BONEKA ORANG PUTIH????

no 3 :

Jika dahulu dalam sejarah Tanah Melayu, kebanyakan Raja dan Sultan yang meminta bantuan daripada orang Inggeris akhirnya melayanglah tanah tumpah mereka. Apakah masih releven lagi ibrah ini buat zaman kini. Percaya kepada orang luar dalam suatu pemerintahan umpama harapkan pagar, pagar makan padi.

no 4 :

Kerajaan HARAM Perak menggunakan KUASA asing yang seperti telah diketahui oleh semua,satu kuasa yang telah MENGHALALKAN DARAH UMMAT ISLAM untuk dibunuh di PALESTIN!!Satu KUASA yang penuh dengan KEZALIMAN kepada seluruh DUNIA kini Kerajaan HARAM ini terkatek-katek pergi menyembah mereka dengan harapan akan dapat membantu mereka MENJATUHKAN pula kerajaan PR di Perak.

Sesungguhnya bagi orang ISLAM yang BERIMAN maka tidak patutlah mereka mencari penyelamat atau pun bantuan dari satu Golongan yang terang -terang allah swt menyatakan bahawa Yahudi itu adalah musuh ISLAM yang nyata!!!

Maka apakah ini yang diinginkan RAKYAT PERAK???Mereka merupakan Satu Kerajaan yang tidak mempunyai MORAL dan sanggup MELUTUT di hadapan mereka yang telah banyak melakukan KEZALIMAN dan PENGANIYAAN kepada seluruh UMMAT ISLAM di SELURUH DUNIA,hanya untuk mencapai akan CITA-CITA JAHAT mereka!!!


no 5 :

Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin seoarang yang mementingkan AGAMA dan sikap beliau yang lebih MENGUTAMAKAN RAKYAT dalam membuat sebarang Keputusan dianggap sebagai seorang PEMIMPIN yang diingini oleh setiap RAKYAT.Solat Hajat yang akan dilakukan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak Malam Jumaat ini adalah sebagai satu jalan untuk Kerajaan SAH yang ada untuk memohon kepada AlLAH swt agar biarlah apa yang berlaku namun ALLAH SWT lah yang sebenar tempat buat semua RAKYAT berdoa dan memohon agar tampuk pemerintahan Kerajaan SAh ini akan kembali kepada yang HAK!!!

Biarlah Allah swt yang menghukum mereka ,bila sampai masanya nanti mereka akan terpalit dengan mainan sendiri..Mereka akan rebah dalam pertarungan tempang yang mereka mulakan,dan mereka akan terkubur dalam lubung yang mereka gali sendiri.....

Rakyat Perak RENUNGKANLAH.......

JELAJAH PERAK BERSAMA MENTERI BESAR PERAK-DI B.SERAI

  • Program DS Nizar Hari Ini 25 / 2 / 2009

  • DS Nizar sekarang berada di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

    12.00 tgh. Satu program telah disusun di Surau Ustaz Sabran, Alor Pongsu tetapi DS Nizar tidak dapat hadir disini.

    5.00pm. Pertemuan dengan masyarakat Cina di Kuala Gula.

    7.00pm. Solat Maghrib dan tazkirah di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

    9.00pm: Ceramah di Markas Pas Bagan Serai.

umno takut hadapi pilihanraya!!!

DS Nizar di Program Jejalah Perak-Gerik ( bersama masyarakat cina di gerik )

Sekitar kunjungan MB Perak YAB DS Nizar ke Pengkalan Hulu. Laporan khusus akan menyusul kemudian. Paparan foto ketika program siang tadi.

HOT !! Petunjuk Dun Perak bakal dibubarkan !

1. Penggantungan Zambry dan Exconya sah.
2. Speaker telah menyatakan tarikh bersidang April.
3. Nasihat QC dijangka cenderung kepada tindakan PR adalah sah.
4. Satu satu jalan untuk PakLah buat situasi sibuk dari hujung Mac hingga pertengahan April.

Pembubaran Dun akan menghidupkan kembali alasan keperluan kepada PakLah untuk stay sekurang kurangnya sebagai Menteri Kanan. Dan dibawah adalah sebahagian foto terkini yang diambil pada petang tadi ketika MB Perak YAB Nizar berkunjung ke Pengkalan Hulu.


Selepas memberi ucapan yg berapi-api MB kita amat dahaga tu.....

Unit Amal bergambar kenangan bersama MB Nizar dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat parlimen gerik

Dihujung sekali yg mengangkat tanda OK tu pengerusi tetap PKR Bahagian Gerik

Rakyat mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan MB Nizar yang disayangi

Sokongan padu pakatan rakyat parlimen gerik kepada Menteri Besar yang sah

MB Nizar sedang memberi ucapan dan penerangan tentang kedudukan kerajaan perak yang mempunyai 2 MB. Menteri besar nizar yg sah (PR) dan MB Zambry (UMNO BN) yang haram seharam-haramnya.

Polis turut memberi kerjasama tentang keselamatan semasa perjumpaan dengan rakyat di daerah hulu perak

Sebahagian rakyat yg hadir untuk memberi sokongan kepada MB Nizar

MB Nizar ketika tiba di Pengkalan Hulu petang tadi.

Menikmati hidangan lauk kampung

Tambah lagi Mb..tambah lagi..ikan bakor cecah ayor asam tu !

Ustaz roslan mewakili pakteh menyampaikan cenderahati dan surat penhargaan atas pengurniaan tanah kepada pondok pakteh seluas 45 ekar

Sebahagian tetamu yg hadir semasa taklimat menteri besar

Untuk lain-lain foto sila klik [link]

sang Celaka yang ditatang...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Apa isu sebenar di Perak? Cyberboron dah tulis panjang lebar pasai ni kat blog dia. Kesimpulannya cukup mudah. Isunya berkenaan kuasa memerintah di Perak. Masa Pilihanraya ke-12, rakyat tarik kuasa tu dari BN dan dapat kat PR. Dah tentulah BN berusaha nak ambik balik kuasa tu.

Yang jadi krisisnya pasai Umno tak mampu nak tunggu sampai pilihanraya akan datang. Pimpinan Umno ni boleh kata semuanya jenih cari makan melalui politik. Bla dah tak memerintah kurang la duit masuk. Nak harap dari Kerajaan Pusat memang laa ada tapi tak cukup pasai depa ni selama har ni jenih mulut buaya, mulut ikan jaws.

Yang lagi depa takut, PR akan bertambah kuat pasai dah ada kuasa memerintah negeri. Lagi lama kerajaan PR bertahan lagi kuat laa pengaruh PR. Pasa tu laa seboleh mungkin depa nak rampas kuasa secepat mungkin.

Lagi memudahkan usaha depa bila Kerajaan PR Perak simpan CELAKA. dalam selimut. Bukan takat simpan, siap bagi selimut lagi. Bukan takat selimut, bagi makan lagi. Bukan takat tu, tapi kena bergantung kat CELAKA. ni mintak tolong jaga negeri.

Bukan takat sorang CELAKA., tapi 2 CELAKA.. Memang sebenarnya ramai lagi CELAKA-CELAKA. dalam kerajaan negeri ni, tapi yang lain-lain tu boleh lagi kita pedo, tapi yang 2 CELAKA ni takut tak terlawan kita, dan dan terbukti depa melawan kita terang-terang.
Beberapa nama tiba-tiba menjadi popular termasuk Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim (SUK), Dato' Ahmad Kamal Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri)., Dato' Seri Panglima Mohd Annuar Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) dan Dato' Abd Rahim Mohamad Nor (Setiausaha Sulit DYMM Sultan). Empat nama besar ini dikaitkan sebagai penggerak utama konspirasi rampasan kuasa arahan Najib dan Zahid.

Nampak kat mana duduk CELAKA-CELAKA. tu? Bukan lekeh-lekeh punya tempat tapi tempat utama. Kalau dalam kapal, CELAKA-CELAKA. NI laa yang kita bagi pegang kemudi, pegang kompas, pegang radar,jaga senjata.

Kalau kita betui-betui kuat macm Kelantan tahun 1990 dulu takpa laa. Ni boleh kata macam teluq dihujung tanduk. Tunggu masa jaa, kalau tak kena cucuk dengan tanduk pun bila-bila masa teluq boleh jatuh. Bagi pulak CELAKA-CELAKA. tu jaga teluq. Patut ka suruh depa jaga teluq kita macam depa jaga teluq depa.

Sepatutnya kita dah banyak belajar dari pengalaman Kelantan, pengalaman Terengganu. Memang masalah CELAKA-CELAKA. macam depa ni la yang dulu dok buat kacau. Terengganu dengan Kelantan dulu takpa laa pasai margin depa banyak, tak macam kita, cuma 2 ja.

Apa susah sangat ka nak buang CELAKA-CELAKA. ni. Aku tak reti pasai perjawatan dalam kerajaan negeri ni tapi ada membar bagitau nak lantik atau buang CELAKA-CELAKA. ni payah sikit pasai terletak bawah di bawah kuasa sultan.

Kalau betui pun bawah kuasa sultan takkan kita tak boleh buat apa-apa. Patutnya awai-awai lagi Hj Nizar SEMBAH DERHAKA. kat sultan. Kalau masa awai-awai dulu aku rasa tak susah mana. Macam kes Jamry Sury dulu tu, aku yakin kalau Hj Nizar berkeras lebih sikit, sultan akan akur punya. Kita bukan nak suruh sultan buat salah, cuma nak mintak sultan buang orang yang bermasalah ja.

Kalau pun sungguh sultan tak setuju buang CELAKA-CELAKA. tu pun, takkan takdak cara lain. Tak boleh cara elok takkan tak boleh buat cara kasar. Takkan yang tu pun tak reti.

Kalau betu tak reti cari la orang yang reti. Belambak dok ada orang yang memang kerja depa buat benda-benda macam tu masa dalam Umno dulu sebelum depa masuk PAS. Depa-depa ni memang tunggu sangat peluang nak 'bayar hutang'. Bukan calang-calang jahat depa perah buat kat PAS masa depa dalm Umno dulu.

Memang laa tindakan menyingkirkan CELAKA-CELAKA. tu akan ada kesan. Tapi tara mana sangat kesan dia. Tak lama mana pun kalau jadi isu. Tambah pulak bukan Umno tak pernah buat sebelum ni.

Dari segi moral pun pada aku tak salah. Dah sah-sah CELAKA-CELAKA. ni masa Umno lantik dulu, depa dah check status tahap kesetiaan depa kat Umno, dan depa ni pun dah lama kena tarbiah dengan Umno. Lagipun kita cuna nak lebih melicinkan pentadbiran.

Pengalaman krisis Perak ni patut diambik iktibar. Kerajaan-kerajaan PR yang lain macam Kedah, Selangor dan Penang kena ambik tindakan. Tambah-tambah Kedah, aku dengar kat Kedah CELAKA-CELAKA. macam yang 2 kat Perak ni ada jugak kat Kedah. Dengar ceritanya depa pun tak kurang jugak menyusahkan Ust Azizan.

Nasihat aku, buang ja CELAKA-CELAKA. ni Ustaz, simpan buat apanya. Pi la cepat-cepat SEMBAH DERHAKA. kat Sultan Kedah, mintak buang depa-depa ni. Bukan suruh derhaka, cuma SEMBAH DERHAKA.. Biar Ustaz sorang SEMBAH DEHAKA., jangan sampai jadi macam kat Perak, ramai rakyat bukan takat SEMBAH DERHAKA. kat sultan, mufti pun depa maki.

Mungkin laa keadaan Kedah tak kritikal macam kat Perak, tapi CELAKA-CELAKA. ni patut jugak dibuang, takpayah dah bela CELAKA-CELAKA. ni. Depa ni memang akan cuba nak sabotaj kerajaan negeri pasai depa ni sebelum-sebelum ni pun memang tak pernah wala' kat Menteri Besar, depa cuma wala' kat Umno.

Bukan nak suruh DERHAKA. tapi suruh sultan buang CELAKA..

sumber cenangau

Dato Seri di Gerik!!!!

Program dato Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin di Gerik Perak

Program Dato Seri bersama rakyat Gerik mendapat sambutan baik,tidak mengira bangsa sama-sama turut serta dalam program tersebut.Ceramah Perdana bermula kira-kira jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 11.00 malam.Ceramah terpaksa diberhentikan awal pagi kerana Dato Seri akan ke Makhamah Tinggi K.Lumpur untuk sebutan Kes.Antara penceramah yang hadir ialah Yb Chan Ming Kai.

Gambar-gambar sekitar Program...







REBET tidak akan diteruskan?????


ORANG RAMAI mengerumuni kaunter di Pejabat Pos untuk
menuntut wang rebat tunai kenderaan persendirian. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.

Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.

Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.


Sya :

Dulu kata nak bagi pastu tarik balik...harga barang tak jugak diturunkan..kalau betul kerajaan umno/bn ni prihtin patut diaorang teruskan jugak REBET tu...Sebab depa yang dulu gatai naikan harga minyak pastu nak bising-bising pulak...dalam hal ni UMNO punya SALAH!!!


Pergi Dengan Bermaruah...

Pagi Ahad lebih kurang jam 10:00 pagi berlangsungnya majlis penghargaan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar kepada Unit Amal Pas, Bloggers dan Media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. majlis tertutup tersebut adalah sebagai menghargai peranan dan kehadiran ketiga-tiga pihak tersebut sepanjang Dato' Seri Ir Nizar menghuni dan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak di kediaman rasmi tersebut.

Sebelum itu, cara bermula dengan kawat hormat oleh Unit Amal sebelum majlis berlangsung. untuk pengetahuan korang, unit amal adalah satu-satunya pihak yang terlibat secara langsung didalam menjaga keselamatan dan mengatur kelicinan sesuatu majlis sepanjang tempoh bermulanya krisis politik di Perak.

Hadir dengan uniform lengkap berwarna merah darah dan juga barret tertulis Unit Amal, para petugas dilihat amat berdisipilin sepanjang bertugas. tahniah buat Unit Amal yang sentiasa bersedia tak kira walau didalam apa juga krisis.

Sepanjang para bloggers bekerja dibilik media Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak juga, unit amal telah banyak membantu didalam soal menjaga keselamatan peralatan-peralatan para bloggers ketika ditinggalkan untuk tugasan luar.

Untuk itu, jutaan ucapan terima kasih dari para Bloggers.

Tepat jam 10:00 pagi Dato' Seri Ir Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar menuju kekawasan para jemputan khas berkumpul.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari Unit Amal, kemudian diteruskan dengan ucapan khas wakil Bloggers iaitu Al-Banjari ("sayalah Al-Banjari..!"), ucapan dari lain-lain pimpinan yang hadir dan diakhiri oleh ucapan dari YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Dalam ucapannya, beliau meluahkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang berlaku krisis politik di Perak.

Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Ir Nizar mengingatkan para media agar sentiasa menyaurkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat berita yang benar. beliau juga menyelar sikap sesetengah media perdana yang kerap memutarbelitkan isu-isu yang berbangkit dan sentiasa bersikap berat sebelah.

Majlis seterusnya diterusan dengan acara makan-makan. semua tetamu khas dijamu dengan makanan ringan pengalas perut iaitu bihun goreng, goreng, kuih-muih dan juga minuman sirap kenduri-kendara.

Selepas selesai melantak, diadakan pula sidang akhbar khas untuk para media yang hadir untuk menjawab berbagai soalan-soalan yang diajukan oleh par wartawan yang hadir.

acara terakhir ialah keberangkatan Dato' Seri Ir Nizar ke kediaman barunya yang dirahsiakan tempatnya (buat sementara). dengan rasminya pada hari ahad bersamaan dengan bla bla bla bla bla (korang carik la sendiri tarikh... tak kan semua aku nak sodok...) maka rasmilah Dato' Seri Ir Nizar meninggalkan kediaman rasminya.

Aku dah malas nak taip... hangpa tengok gambar je la...


Alah Bisa, Tegal Biasa... itu je...

PERHATIAN!!!

PROGRAM MENTERI BESAR DATO SERI IR HJ MOHD NIZAR JAMALUDDIN BERSAMA RAKYAT DI - GERIK
( Antara yang turut serta Yb Chan Meng Kai )

24 / 2 / 2009


12.00 PENGKALAN HULU ( RUMAH ANAK YATIM ABU NUUR )

3.00 BERSAMA PENDUDUK/MASYARAKAT CINA KG BARU KG KUALA RUI

7.00 MASJID JAMEK GERIK

9.00 CERAMAH PERDANA MARKAS PAS KG KRUNAI



takziah!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

dublin unting ingkotBeliau juga merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menteri muda pertanian dan Sukan Sarawak.

V.Sivakumar Terima Ugutan Bunuh..!!!!!

Selepas menerima ugutan bermotif jahat (ugutan bunuh) dari ruangan Web MyKMU, semalam, V.Sivakumar dilaporkan menerima satu lagi surat ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali.

Nampaknya suasana politik di Malaysia khasnya di Perak sedang mengalami revolusi, dari keadaan yang baik kepada keadaan yang semakin kebelakang atau kuno. keadaan ini dilihat semakin menular bermula dari kejatuhan KERAjaan UMNO/BN dalam PRU-12 yang lalu.

Ketika zaman kegemilangan (kerakusan) KERAjaan UMNO/BN dahulu jarang sekali kita mendengar atau diberitakan akan kejadian-kejadian ugutan terhadap pimpinan-pimpinan pembangkang di Malaysia tetapi sebaik sahaja UMNO/BN kehilangan kuasa majoriti di Parlimen, semakin hari, semakin bertambah kes-kes sebegini.

Yang menghairankan kita ialah bilamana ugutan-ugutan tersebut hanya diterima oleh pimpinan pembangkang dan dalam masa yang sama, pihak UMNO/BN pula bermati-matian menafikan kononnya mereka terlibat padahal tiada siapa pun yang menuduh mereka terlibat.

Akibat daripada itu, kita melihat seolah-olah UMNO/BN terlibat didalam hal tersebut. masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin?

Melihat dari senario ketika kempen PRU-12 yang lalu, pihak UMNO/BN tidak habis-habis memainkan isu kononnya negara akan menjadi kucar-kacir seandainya UMNO/BN hilang majoriti di Malaysia dan hakikatnya setelah tamat PRU-12, perkara ini memang benar-benar berlaku.

Akibat dari kehilangan majoriti di Parlimen, pihak UMNO/BN dilihat sebagai pihak yang sering cuba menimbulkan ketidak stabilan di Malaysia dengan berbagai isu yang kebanyakannya berunsur perkauman.

Isu 13 mei sekian hari dicanang, isu-isu yang menyentuh perkauman dijuaraai oleh UMNO/BN dan yang paling ketara sekali bilamana UMNO/BN amat agresif memutar belit fakta tanah Kampung Baru di Perak. seolah-olahnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah boneka kepada DAP dan seolahnya Kerajaan Pakatan rakyat Perak meminggirkan orang melayu di Perak.

Pada hakikatnya ialah fakta-fakta berkenaan tanah milik melayu ditutup dari pengetahuan umum (fakta-fakta sebenar boleh didapati di[sini].)

Apa yang berlaku hari ini adalah kerana ketakutan UMNO/BN akan kehilangan kuasa pemerintahan, berbagai strategi jahat diguna pakai oleh mereka. kemana Bala? apa yang terjadi dengan Atlantuya? siapa yang menculik 4 oraang ADUN dari Pakatan Rakyat Perak dan bersama siapa pula akhirnya mereka-mereka itu timbul?

Itu semua isu-isu kecil kata UMNO/BN... memanglah kecilk sebab yang menjadi mangsa ialah mereka-mereka dari Pakataan rakyat, kalau mangsanya UMNO/BN?

Karpal terima peluru, V.Sivakumar terima ugutan bunuh... semuanya sebaik saja masing-masing menjadi individu yang dilihat menghangatkan senario politik Malaysia dalam isu-isu yang tidak menyebelahi UMNO/BN.

Mana pergi polis-polis yang pernah "melindungi wartawan wanita atas dasar keselamatan mereka?"

Tak dapat arahan "Menteri" ke untuk melindungi mereka-mereka ini? agaknya PDRM akan ambik masa berapa ratus tahun untuk selesaikan siasatan keatas laporan mereka-mereka ini?

AGS 10: Percuma!!!!

Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut.

Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut.

Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut.

Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut kerana ianya didapati dengan percuma daripada pihak JPJ.

Saudara Amran juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menuduh tanpa bukti dan menjadikan nombor pendaftaran tersebut sebagai isu kononnya berlaku pembaziran sedangkan kenyataannya ialah tiada sebarang pembayaran dilakukan untuk nombor mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.

"Carilah isu lain yang lebih kukuh dan sertakan sekali sekurang-kurangnya 1 bukti sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melakukan pembaziran. jika tidak, pihak yang memainkan isu akan dilihat sebagai politikus murahan yang kehabisan modal" katanya sebelum mengakhiri perbualan sejurus sebelum majlis Menteri Besar Perak bersama Unit Amal PAS, Bloggers dan Media dikediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh.

Mb Nizar yang dikagumi

Belum pernah tercatat dalam sejarah khususnya di Perak seorang Menteri Besar keluar dari kediaman dengan penuh hormat dan langkah gagah. Saya tak sempat melihat keluarnya Allahyarham Ghazali Jawi, namun saya amat mengetahui bagaimana keluarnya Tajol Rosli. Saya juga mengetahui bagaimana keluarnya Ramli Ngah Talib dari kediaman rasmi.

Khabarnya Tajol Rosli keluar setelah menangis berhari hari. Khabarnya juge di bawa bersama kereta mercedes yang ingin di beli dengan harga simpati. Ramli pula dengarnya sampai bawa lari segala perabut berlori. Tajol yang masuk tak peduli kerana seronok dapat semua barang baru dan wangi.

Nah cuba lihat keluarnya DS Nizar hari ini. Siap buat kenduri lagi... berduyun wartawan menanti... siap berlari sampai depan pintu lagi... tak cukup dengan tu... ikut sampai rumah sewa D. Seri. Nasib baik dah tak bagi masuk... itupun ada yang curi curi. Di minta keluar pun buat selambe rock je...

DS Nizar secara rasmi meninggalkan kediaman Rasmi... ( dengornya kejap je...) sebab mahkamah nak suruh duduk balik... Beliau datang dari rakyat... perjuangannya bersama rakyat. Apa yang orang tak berani dan tak mampu buat, DS Nizar sanggup mendahului. Beliau adalah antara ibu bapa yang menyaman kerajaan kerana PPSMI.

Kini DS Nizar kembali bersama rakyat. Selama ini beliau terhalang oleh pagar residen yang memisahkannya dari jendela rakyat. Demi bersama rakyat DS Nizar lebih banyak bergelumang di luar sejak subuh hingga dinihari. Kerana cinta dan denyut nadi rakyat yang dirasai, pintu kediaman rasmi tak pernah dikunci untuk dikunjungi. Namun maklumlah sejak dulu kediaman itu adalah kawasan Larangan , rasa kekok dan malu rakyat barangkali masih tersisa di hati.

Kini DS Nizar terus bersama rakyat. Beliau meninggalkan kediaman rasmi bukan mengalah dengan kerajaan Haram Zamri namun menunjukkan akhlak dan tamadun yang tinggi, walaupun berdepan lanun dan perompak di siang hari.Kediaman akan menjadi pusat komuniti rakyat sehingga 27 Februari. Kemuncaknya ialah pada subuh 27 Februari, jam 3.30 pagi. Munajat Perdana akan berlangsung di sini.

Bagi yang belum pernah merasai angin di kediaman rasmi, ambillah peluang ini kerana percayalah!!!! Zamri tak mungkin membenarkan kediaman rasmi dicerobohi. Melainkan jika beliau malu dengan apa yang dibuat DS Nizar selama ini...( tapi puak ni bukan tahu malu) jenis hidung di punggung!

Selamat Berjuang bersama rakyat. Dari rakyat beliau datang, kepada rakyat beliau pulang, bersama rakyat beliau berjuang... namun JANGAN DILUPA DS NIZAR ADALAH MB YANG SAH DAN RASMI !

*untuk paparan foto dan berita seterusnya sila layari blog sahabat wak - anak senget di[sini].

-Al-Banjari