Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Aku Angkat Ketuanan Rakyat!

Selepas sahaja kongres Nasional KEADILAN baru-baru saya menerima banyak panggilan dan juga sms yang bertanyakan soal penghapusan Ketuanan Melayu yang kononya cuba dihapuskan oleh KEADILAN seperti mana yang dicanang oleh puak dan juak UMNO/Perkasa.Mereka tanya apakah sudah tiada sentimen melayu di dalam KEADILAN sehinggakan KEADILAN sanggup untuk menghapuskan hak melayu tersebut.

Untuk itu saya terpanggil untuk menyatakan apa yang difikirkan wajar.Untuk pengetahuan semua tidak ada langsung erti kata ataupun satu usul di dalam KEADILAN mahu menghapuskan "Ketuanan Melayu " yang menjadi isu kini.Namun apa yang disarankan dan yag mahu dibawa ialah kita mahu mengangkat "Ketuanan Rakyat " itu jauh lebih baik dan juga penting berbanding " Ketuanan Melayu ".Apakah ia menjadi permasaalahan dan kerisauan dikalangan Melayu sehinggakan Perkasa gegak gempita membuat laporan polis melatah dan menunjukan bahawa merekalah pejuang melayu?

Teman-teman apa yang dibawa dalam konsep menegakan "Ketuanan Rakyat " ialah apabila kita mahu pembelaan itu diberikan kepada semua kaum dan bangsa yang mana menjadi fokus kita agar yang miskin terbela yang daif dapat hidup sempurna yang hina dipandang mulia dan akhirnya semua yang miskin tegar mampu kecapi hidup sempurna dan selesa atas nama rakyat.Apakah itu menjadi salah..?

Namun kini kita lihat kalau "Melayu " yg disentuh maka tercuit,melatah bagai nak perang dunia akan tetapi bila agama menjadi bahan senda dan juga mainan tiada perkasa..tiada UMNO..dan tiada Mufti yang bangkit menyuarakan.Semua diam membisu tanda mulut dipaku dan yang akhirnya menjadi mangsa ialah Rakyat yang diperguna...

Antara "Mengangkat Ketuanan Melayu dan Rakyat" aku lebih rela memilih memperjuangkan "Ketuanan Rakyat " .Biar Jadi Melayu Bermaruah dari jadi Pejuang Melayu namun Hak Melayu tergadai yang miskin papa kedana yang kaya terus bahagia yang kroni dibela yang rakyat miskin dibiar merempat dan merana.

Aku Masih Sama....

Sepanjang aku meneliti jalan kehidupan ini aku semakin terabai dan terbuai dengan segala keindahan yang mengisi setiap inci lorong yang ada.Semua orang mula memeprlihatkan aku sebagai satu subjek yang perlu dikritik dan dinilai akan tetapi bagi aku itu tidak menjadi soal namun apa yang paling perlu ialah aku mahu mereka dan semua tahu bahawa aku masih sama dan tiada apa yang berubah kecuali masa.

Aku masih dalam linkungan itu masih sedar dan faham akan apa yang berlaku dan apa yang membuat aku berada di situ dan pada ketika ini.Bagi aku soalnya ialah nilai aku dengan prinsip buakn nilai dengan suara-suara sumbang dan menteliti-menteliti lemah mereka yang tidak puas hati tentang aku.Namun apapun yang berlaku dan apa jua nilaian mereka kepada aku,aku terima dan redho kerana bagi aku Allah lebih mengetahui dan sekiranya ujian itu tiba aku akan tenang kerana bagi aku itu adalah atas kehendak allah swt dan aku akan lepasinya mengikut ilmu dan juga kekuatan iman...

Sekolah mengandung : Bendung bukan Ramaikan lagi yang Mengandung..


Baru-baru ni heboh isu sekolah mengandung tajaan umno yang dah pun dibukak di melaka dalam satu lagi rancangan ali rustam kononya prihatin isu remaja.Maka bermulalah sekolah itu walaupun mendapat tentangan dari ramai pihak.Selepas jer kenyataan itu dibuat oleh ali rustam terdengar pulak satu kenyataan media yang aku rasakan sungguh menghina generasi muda terutamanya wanita muda Malaysia.Ketua Puteri UMNO Malaysia kata dalam respon untuk isu itu ialah dia kata " sekiranya perkahwinan dikalangan generasi muda yang akhirnya akan membuatkan kadar penceraiaan meningkat,lebih baik dibiarkan sahaja mereka meneruskan pengzinaan"itu ayat yang keluar dari pimpinan muda tertinggi umno dan korang bayangkan apa perasaan aku ketika itu.

Aku bidas kenyataan beliau dalam beberapa surat khabar dan laman web sebab aku rasakan ia satu penghinaan kerana bagi aku ia tak sepatutnya dilafazkan.Pertama aku nak jelaskan kenapa aku bidas pembukaan sekolah tersebut kerana bagi aku korang tanya kan pada kerajaan berapa banyak rumah-rumah penyanyang dan titian kasih yang dibuka untuk menangani isu ini tapi apa yang berlaku semuanya sepi duit peruntukan setiap tahun habis entah kemana.Yang aku persoalkan lagi ialah dimana fungsi jabatan agama islam yang sepatutnya ditugaskan untuk membendung dan mencegah ia dari berlaku bukannya terima beban selepas ia berlaku namun apa jawapan jabatan agama islam itu bukan tugas mereka,so apa korang harap lagi dengan kerajaan yang ada.

Lepas tu aku tawarkan diri untuk duduk berbincang bersama puteri umno untuk isu ini tapi sampai sekarang diaorang tak berani sebab mereka hanya bagi kenyataan jalan penyelesaian dan juga makanisma pencegahan takde langsung.Dan kerana itu sehingga sekarang sya tetap bidas mereka yang lepas tangan dan ambil remeh isu ini.

"Sebab itu aku tekankan yang paling penting sekarang ialah BENDUNG dan bukan ramaikan lagi yang MENGANDUNG"

Salam sayang untuk semua....


Assalammualikum kepada semua teman2 dan rakan-rakan yang dah lama masuk keluar blog sya yang dah bukan takat bersawang tapi juga dah nak runtuh ni..Hari ni sya luangkan masa untuk update blog ini setelah sekian lama.Kepada yang tak jemu-jemu masuk dan menyatakan harapan untuk melihat sya menulis kembali.

Tahun ini merupakan tahun yang paling banyak cabaran yang sya lalui baik dalam politik mahupun kehidupan biasa.Pelbagai perkara yang berlaku ada yang mematangkan dan ada jugak yang membuatkan sya gugup untuk menghadapinya.Dan tambah berat dan juga kuat ialah apabila tahun ini sya berhadapan dengan pemilihan parti KEADILAN yang mana alhamdulillah berkat sokongan semua sya dah dicalonkan untuk jawatan MPP dan ini juga yang membuatkan sya dalam dilema.siapa tak mahu jawatan kan tapi bagi sya setap pesan semua yang dari dulu menyokong dan memberi kepercayaan sehingga sya ke tahap ini ialah teman-teman lama di lapangan.Kalau orang tanya asama ada sya mahu pegang jawatan atau tidak sya lebih senang tidak memegang apa-apa jawatan kembali kepada asal dan menjadi rakyat biasa.Sya lebih suka dilapangan dan bila bertemu rakyat mereka terima sya kerana sya prihatin kepada mereka bukan kerana sya pemimpin.

Ramai yang beri kata semangat untuk sya meneruskan perjuangan dan buat yang terbaik sya amat hargai dan berterima kasih akan tetapi sya masih berharap agar kekuatan yang allah swt berikan dari hari pertama sya masuk dalam gelanggang ini akan dikekalkan bagi sya menghadapinya.Mungkin sya juga pemimpin yang ada kelemahan dan perlu ditegur dan sya tak nafikan sya mampu terima dengan berlapang dada kerana mana ada manusia yang sempurna tapi soalnya hanya satu sya masih mengharapkan agar sya menjadi pemimpin yang baik dan bukan sebaliknya.Prinsip sya jelas jadi pemimpin untuk rakyat,dan tanpa jadi pemimpin pun sya masih mampu bersama rakyat.Bos sya pernah kata pada sya agar jadi manusia biasa dalam semua keadaan jangan letak pangkat pada diri sebab ia tiada erti bila semua keadaan kita kuasai kerana batang tubuh kita sendiri insyaallah kita akan rasa nikmat allah swt yang memberi.

Kepada semua sya mohon doa semua agar sya kuatkan diri dan mampu hadapi semuanya kerana diakhirnya sya berpegang bahawa ;

" Aku Tidak Mati Kerana Dihina dan Aku Tidak Hidup Kerana Dipuji kerana bagi ku Hidupku Matiku kerana Allah swt "

Isu Felda Nyawa UBN sampai ke Leher...!!

salam pejuangan kepada semua ,sudah lama rasanya tangan ini tidak menulis apa-apa di ruang yang selebar ini.Nmaun apa yang berlaku kini amat menghimpit diri untuk berbicara di laman ini.

Melihat kepada soal budaya politik di Malaysia ini yang sudah memungkinkan ia dilihat jelas dengan budaya dan juga bentuk percanggahan hebat antara kebanyakan parti yang ada.

Namun aku suka berbicara soal negara yang semakin menimbulkan persoalan dari segala segi contohnya soal sekatan media keatas media-media altenatif milik Pakatan Rakyat yang dinafikan ruangnya unuk berbicara soal negara dan UBN kepada Umum.Melihat isu felda sebagai satu dari bentuk penolakan orang melayu kepada UBN maka cepat-cepat sahaja KDN melalukan tugasnya dan menjalankan tanggungjawabnya kepada Najib Tun Razak.Mungkin umum perlu tahu soal ekonomi negara itu paling jelas peranannya itu digalas oleh institusi Felda dan juga Petronas namun apabila kepincangan kedua-duanya itu didedahkan maka terkejut beruklah kerajaan yang ada apabila ia kini dipandang sebagai ancaman kepada mereka.

Semalan saya berada lama di Felda Lakum Lanchang bersama penduduk Felda dan juga Hero Felda masa kini Sdr Mazlan Aliman bagi menyampaikan penerangan dan juga penjelasan isu felda dan semasa kepada rakyat disana.Dari rata-rata penduduk yang ditemui semuanya telah pun bertindak untuk tidak menggunakan pihak pengurusan felda bagi mengendalikan kebun mereka namun mereka itu mengendalikannya sendiri dan hasilnya dari apa yang diberitahu dari segi ekonomi mereka pengusahaan sendiri itu lebih baik dan membantu dari menyerahkannya kepada Pengurusan Felda.Jika diuruskan pihak felda setiap bulan mereka hanya diberikan rm1500.00 sebulan tanpa kenaikan dan itu jelas dilihat satu penyelewengan terhadap hasil pemiliknya.

Dari soal pengurus Felda itu saya ingin nyatakan bahawa mereka itu hanya kuli yang menumpang hasil pemilik tanah namun beraksi jaguh yang kononnya memperlihatkan mereka sebagai tuan sedangkan mereka itu harus disedarkan perananya.

Oleh itu kepada rakyat jangan takut bersuara demi untuk kebaikan bersama jangan takut untuk bangun menentang kerana ia hak kita dan jangan takut wahai generasi muda untuk berjuang kerana kamu penentunya...Isu felda itu akan terus diperjelaskan kerana ia Hak Rakyat yang ada.

Nota ringkas...


Sekadar menyebarkan khabar...

Kepada semua kaki2 judi yang ditangkap ketika berjudi di tempat yang salah,anda kini tidak perlu risau lagi kerana Pengarah siasatan Jenayah PDRM Dato Seri Bakri Zinin telah berikrar akan memastikan anda berjudi di tempat yang HALAL dan pulang ke pangkal jalan iaitu berjudi di semua pusat-pusat judi syarikat BERJAYA...Syabas PDRM..!!!

PDRM anda memang HEBAT...!!!!

Isu Gaza Kerajaan Masih Pertahankan APCO..!!

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berbuat kezaliman, maka kamu akan diazab api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain Allah, kemudian kamu tidak akan ditolong." (Surah Hud: 113)

Ayat diatas jelas menunjukan bahawa Allah swt telah pun mengingatkan kepada ummat manusia akan segala balasan dan juga azab Allah swt terhadap mereka-mereka yang bersifat zalim.Kezaliman ini bukanlah hanya kepada sesuatu hal yang dizahirkan namun ia juga mampu dikatakan zalim cukup dengan sekadar perkataan.

Mutakhir ini kita dikejutkan dengan beberapa budaya-budaya songsang amalan dan juga ikutan yang diamalkan oleh kaum yahudi yang mana di dalam budaya mereka sendiri soal HALAL dan HARAM itu bukan persoalan yang mereka pentingkan ialah habuan dan juga kepentingan mereka sendiri.Namun kini kita dapat lihat ia semakin cenderong kepada negara ini.Bermula dengan keputusan Kerajaan yang ada untuk mengHALALkan JUDI,kini kita berhadapan dengan satu lagi bentuk kezaliman yang nyata.

Tatkala mana semua pejuang-pejuang yang berkumpul bagi membantu rakyat di Palestine berkonvoi bagi menghantar misi bantuan untuk penduduk disana mereka diuji dengan satu ujian dalam bentuk kezaliman dari tentera zionis Laknatullah.Pelbagai alasan diberi kononya tentera zionis menyatakan bahawa mereka perlu bertindak balas kerana diserang terlebih dahulu oleh aktivis tersebut merupakan sesuatu yang dangkal.Apakah kesemua aktivis itu hanya perlu menunggu diri mereka dizalimi ataupun menerima ketibaan tentera zionis dengan pelukan mesra baru dipanggil sebagai tidak bertindak melawan?Pastilah itu bukan caranya,kerana mereka tahu bahawa mereka berdepan dengan tentera zionis yang tiada perikemanusiaan.

Namun begitu juga di negara ini.pihak kerajaan kononnya bertindak mengatakan bahawa mereka kesal dengan kejadian yang berlaku dan bersimpati akan tetapi pada peringkat kerajaan yang ada sendiri mereka gagal untuk melaksanakannya.Kerajaan yang ada diminta untuk mengadakan sidang parlimen tergempar bagi membincangkan isu ini turut gagal.Yang menambah kesal ialah sikap Kerajaan yang ada yang masih mahu mempertahankan syarikat APCO untuk terus kekal berada di Malaysia dan Kerajaan dan bagi isu ini APCO telah memainkan peranannya dengan mengarahkan agar kesemua Rakyat Malaysia yang ditahan dibebaskan atas nama kerjasama.

Jawapannya mudah selagi peringkat yang di depan mata ini tidak dibersihkan dan diperbaiki pasti ada kepincangan nya..

Sedikit nukilan politik...

Poilitik,politik dan politik....Apa yang begitu penting tentang politik.Semua mampu berbicara soal politik namun sejauh mana yang berkata-kata itu mampu merialisasikannya.Membina imaginasi itu mudah,menyalahkan antara satu sama lain juga mudah namun bagaimana mahu mencipta sesuatu yang lain dari yang telah ada...

Kadang dilihat kita semacam arnab yang penuh dengan keegoan dan kesombongan yang hanya mendabik dada mengatakan bahawa kitalah yang paling bagus namun cerita dongeng si tua kini boleh dikatakan nyata apabila yang tanpak bertindk ialah si kura-kura yang langkahnya perlahan dan tersusun namun kerana kelebihan atas kesabarannya itu maka ia perolehi kejayaan.kita jangan jadi seperti si arnab yang selangkah menghampiri kejayaan namun akibat keangkuhan kita akhirnya kalah dan hilang segala maruah hanya kerana kita bangga dengan kelebihan yang sedikit.

kita perlu lihat apa yang telah ada di dalam genggaman.Ia perlu dijaga dan diperelokan jangan kerana kita sibuk mengejar yang lain yang telah ada itu hilang dan tidak akan kembali lagi.

UBN sedang menhina hukum ISLAM..!!!

http://www.a1teammalaysia.com.my/a1/images/sportstoto.gifIsu judi kini bukan lagi perkara baru buat rakyat di negara ini.Walaupun sejak pusat-pusat judi di negara ini dibuka dari dahulu hingga sekarang,dari kecil-kecilan sehingga ke puncak gunung semua rakyat di malaysia ini tahu bahawa judi itu HARAM.Jika ada yang melalui hadapan kedai judi-judi yang ada pasti akan dapat melihat ia tertulis bahawa Judi Itu Haram Bagi Orang Islam.namun sejauh mana ia diambil berat dan dipandang penting oleh mereka khusunya orang melayu.Pergi sahaja dimana-mana pusat judi yang ada pasti aja akan ada kelibat orang melayu yang berada di dalamnya untuk turut sama memancing duit dengan cara yang HARAM itu.

Kini isu ini semakin dipermainkan oleh sang pemerintah apabila arahan terbaru yang dikeluarkan baru-baru ini yang dibaca oleh wakil kementerian yang merupakan seorang melayu yang menyatakan bahawa hasil judi sebenarnya mampu menaikan kadar ekonomi negara ini.Amatlah malang,sedih dan terasa hina Melayu yang ada apabila sesuatu yang jelas dinyatakan oleh Allah swt di dalam al-quran bahawa sesungguhnya:

Ayat 90, surah al-Maidah.


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Namun kini ia dipermainkan oleh pemimpin Melayu yang kononnya Islam.Pemimpin sebuah negara Islam hanya kerana mahukan Duit,Kekayaan dan juga segala macam bentuk harta bagi mengisi kesenangan mereka sendiri.Islam itu sudah tiada nilai lagi bagi mereka kerana bagi mereka segala hukum Allah swt itu sudah bisa mereka tukar dan mereka pergunakan dan ini jelas dengan adanya tindakan terbaru ini.

Allah swt yang memperlihatkan segala macam bentuk kekuasaan dan juga pembalasan nyata kepada manusia tentang apa sahaja kejahatan dan dosa yang mereka lakukan pun tidak diendahkan oleh manusia inikan pula apa yang dilakukan kearajaan yang ada yang hanya memasang satu papan tanda kecil yang tertulis JUDI ITU HARAM UNTUK ORANG ISLAM di kedai-kedai judi yang ada.Apakah kita fikir manusia-manusia ini akan akur???

Sedarlah bahawa ini bukan lagi kerajaan yang perlu kita tunduk dan patuhi lagi,kerana kali ini kamu bukan mempermainkan adat tetapi kamu mempermainkan HUKUM Islam,Ayuh Bangkit semua pejuang islam kerana saat ini Islam sedang diremehkan..!!

Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Ayat 219, surah al-Baqarah.

Dengarlah wahai semua..!!!

Semakin hari semakin sukar untuk kita mentafsir segala macam bentuk tindakan yang berlaku disekeliling kita.Pada mulanya semua rasa selamat mahu disematkan dalam tiap diri kita kini semakin pudar dan hilang kepercayaan.

Seawal pagi aku menerima panggilan dari sahabat lama yang menghilang dan muncul semula selepas mengetahui aku kini berada di arena politik.Tujuannya satu mahu aku mendengar rintihan dan keluh kesah hati mereka-mereka yang bergelar RAKYAT.Mulanya akau seakan tidak percaya akan apa yang diucapkan namun aku kembali membuka hati dan minda menerima dan meneruskan perbualan tersebut.

Dalam perbualan itu sahabat aku menyatakan bahawa mereka semakin gusar dan takut dengan apa yang berlaku.Jika dulu kedamaian dijanjikan oleh sang pemerintah kepada mereka kini tiada lagi.Mereka takut dengan segala macam kejadian-kejadian yang berlaku.Dari sang pemerintah kepada Rakyat,dari Sang Boneka kepada Rakyat hinggalah dari manusia sesama manusia.

Diakhir katanya sahabatku menyatakan jauh disudut hati RAKYAT mereka hanya mahukan sesuatu yang boleh membina kepercayaan mereka dan membuka lembaran baru buat mereka.Bukan segala macam ketidak puasan hati sang pemerintah dan segala mungkin yang berada di tampuk penguasa untuk dipertontonkan.kami hanya mahukan secebis perasaan dari semua agar tahu dan fahami bahawa kami ialah RAKYAT penentu yang nyata atas kuasa yang telah Allah swt kurnia,jadi hormatilah kami.Jadilah peniaga yang baik yang jujur menjual hasil barang dan membuka hati kami untuk memilikinya kerana kebaikan dan keelokannya.Kerana kami hanya mahaukan sesuatu yang BAIK,ELOK dan MEYAKINKAN bukan yang bersifat sementara.

Sebelum kami berpisah sahabat ku turut menyatakan bahawa sya tunjukan kepada kami erti sebenar bergelar RAKYAT dan bukan HAMBA kepada PEMERINTAH..!!

KEADILAN UNTUK ADIK AMIRUL...!!!

BERSAMA KITA MELAUNGKAN KEADILAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA !



ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG
SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN

DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM

DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.

SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS
DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.

sumber TT..

Hulu Selangor 1 Malaysia GAGAL!!!

Setelah sekian lama tidak menulis diruangan ini sya rasa terpanggil semula untuk menulis disini.terlalu sibuk mempertahankan Kemenangan Rakyat di Hulu Selangor membuatkan sya tiada ruang dan masa untuk menulis disini.Namun semuanya telah selesai,Rakyat telah membuat pilihan dan segala persoalan telah dapat dijawab.

Pentas Hulu selangor dikatakan tempat bagi Barisan Nasional menilai sejauh mana prinsip 1 MALAYSIA diterima oleh Rakyat.Namun bagi pemimpin seperti Najib beliau tahu sejauh mana ia diterima.Rata-rata rakyat yang memilih mereka bukannya sepenuh jiwa dan raga untuk menerima gagasan 1 MALAYSIA dan 1 ISRAEL itu akan tetapi mereka sebenarnya telah dibeli dan dipertakutkan untuk terus menjadi penyokong kepada UBN.Mereka hanyalah Rakyat yang terpaksa menurut kehendak nafsu sang pemerintah kerana memerlukan segala mungkin kemudahan kehidupan buat mereka.Yang DAiF apabila diberi wang pastinya akan gembira dan memilih mereka.Dalam soal ini tiada istilah Rakyat yang perlu dipersalahkan kerana mereka adalah satu komoniti majoriti yang memerlukan nilai hidup yang lebih baik.

Pelbagai cabaran yang sya terima semasa berada disana,dari sibuk mengendalikan Rakyat hingga melayan kerenah POLIS RAJA DI MALAYSIA.Satu laporan polis yang dibuat yang pada mulanya aku sebagai pengadu sehinggakan aku akhirnya dianggap si tertuduh.Mungkin inilah standard yang ada pada PDRM cakap tak serupa bikin.Sanggup menunjukkan dengan sebenar-benarnya merekalah balaci terhormat UBN.Kini selepas apa yang terjadi keluar masuk balai membuatkan aku hilang hormat pada Polis kerana siapa pun kamu dan apabila kamu memakai pakaian itu kamu juga sama,manusia kejam yang dikawal oleh hawa nafsu sang pemerintah.

Kemenangan UBN di hulu Selangor bagi aku hanya kemenangan kecil.Bayangkan Najib berbelanja sebanyak 65 Juta bagi membeli undi rakyat disana akan tetapi menang dengan majoriti 1720 hanyalah igauan ngeri buat Najib dan UBN.Mereka telah meletakan Target sebanyak 6000 undi majoriti akan tetapi menang dengan 1720 bagi sya tidak membawa sebarang maksud.Kalah pada semua peti undi Cina di sana bolehlah disifatkan sebagai kegagalan najib dalam usahanya memperkenalkan 1 MALAYSIA.

BN menang di Hulu Selangor,bagi aku tidak mereka sebenarnya KALAH...Kerana mereka KALAH pada rakyat dan menang dengan DUIT Rakyat..!!!

Ketua Srikandi KEADILAN beri kerjasama kepada Pihak Polis

Ketua Srikandi dibawa menaiki kenderaan polis ke lokasi
Ketua Srikandi dan pihak Polis di lokasi aduan
Satu lagi billboard yang dipasang dijalan masuk ke stesen KTMB Serendah
Cif insp Jageet dibawa ke lokasi di serendah

Hulu Selangor : Srikandi Parti Keadilan Rakyat hari ini memberi kerjasama penuh kepada pihak Polis dengan membawa Cif Insp Jageet ke semua lokasi yang telah dilaporkan dalam laporan polis yang dibuat awal pagi semalam.Selepas semalam hanya satu dari 10 banner yang dilaporkan diturunkan.

Ketua Srikandi KEADILAN dalam kenyataan kepada media menyatakan bahawa sekiranya sehingga jam 10 pg esok semua Billboard dan Banner tidak diturunkan maka Srikandi dan rakan rakan dalam parti akan menurunkanya sendiri.Ia sebagai tanda bahawa kami serious untuk memastikan perjalanan pilihanraya kali ini aman,adil dan bersih.

Laporan Polis Ketua Srikandi Keadilan Malaysia




KENYATAAN MEDIA

Tarikh : 19 April 2010

Per: KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN

Srikandi Keadilan Malaysia ingin menyatakan bantahan terhadap bahan-bahan kempen yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional (BN) sama ada di billboard atau dalam bentuk risalah yang berbaur lucah dan hasutan.

Tinjauan Srikandi mendapati bahawa billboard-billboard yang dipasang oleh BN mempunyai unsur-unsur hasutan dan provokasi seperti:

1. Terdapat gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dicop sebagai pengkhianat Negara

2. Provokasi dalam kes kuil India di Seksyen 3, Shah Alam

3. Kata-kata yang memperlekehkan hak dan keputusan pengundi Hulu Selangor oleh Puteri UMNO

Selain daripada itu, risalah berbaur lucah yang disebarkan kepada umum seperti

1. Gambar kes YB Elizabeth Wong

2. Gambar palsu Dato’ Zaid Ibrahim meminum arak

3. Gambar YB Elizabeth Wong dan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim

Tindakan ini menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai isu untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat kerana Kerajaan Selangor membuktikan prestasi yang cemerlang dalam pentadbiran negeri.

Selain itu juga, BN dilihat tidak matang dalam melaksanakan kempen pilihanraya walaupun telah 50 tahun terlibat dalam proses pilihanraya, namun masih gentar dengan kekuatan PR.

Srikandi mengecam tindakan ini sebagai tindakan yang tidak professional dan provokatif yang menyerang peribadi pimpinan dan individu tertentu.

Srikandi KEADILAN memberi masa 48 Jam kepada SPR dan pihak Polis untuk menurunkan semua Bilboard yang berbaur Fitnah dan sekiranya ia tidak berlaku Srikandi KEADILAN akan mengambil tindakan.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertindak terhadp situasi ini. Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor harus berlangsung dalam keadaan yang aman, adil dan bersih.

SITI AISHAH SHAIKH ISMAIL

Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

Aku di Hulu Selangor

Pelbagai peristiwa menarik berlaku di Hulu Selangor.Sejak aku tiba seminggu yang lalu pelbagai kerenah dapat dilihat.Hari pertama aku tiba aku dah mula bertemu rakyat disini melihat reaksi mereka dan mendengar keluh kesah mereka,hasilnya banyak yang diperolehi.Ada yang begitu teruja menanti PRK ini dan tidak kurang juga yang mengata dan juga memberi kata pujian kepada parti-parti kegemaran mereka.

Seawal aku tiba khemah-khemah penempatan di markaz-markaz BN telah dinaikan sehinggakan menimbulkan sedikit kemarahan kepada aku.Akan tetapi ia telah diturunkan apabila ahli majlis dan majlis Daerah membuat arahan agar mereka menurunkan semua bendera dan khemah-khemah tersebut kerana ia belum lagi memasuki zon berkempen.

Malam ini bertempat di Dewan Cina Serendah sya akan berada disana bersama semua pimpinan,PKR dan PR akan mengumumkan calon untuk PRK nanti.Debaran dihati walaupun dah tahu siapa calonnya.Semoga ia akan menajdi permulaan yang baik buat Pakatan Rakyat...

Kenyataan Media Dato Seri Nizar





Dato Seri Nizar mengucapkan simpati kepada warga media yang dilarang masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri dan kami rasa bertanggungjawab kepada semua pihak media yang dilarang memasuki Dewan.Namun akhbar dan media yang dibenarkan masuk tidak memberikan gambaran yang sebaiknya .Dato Seri Nizar juga menyifatkan bahawa ini merupakan satu malapetaka apabila sekatan media dilakukan oleh Kerajaan umno sehinggakan tiada kebebasan maka dengan itu rakyat sekali lagi dinafikan hak untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam Dewan undangan Negeridan disebabkan itu rakyat hanya mendapat berita secara songsang oleh akhbar yang dibenarkan masuk sahaja.Dan segala berita tidak disebarkan secara telus akhirnya Rakyat dikelirukan dan kebenaran turut dinafikan .

Ramai menyatakan bahawa tindakan Adun-Adun Pakatan Rakyat keluar dewan,seolah-olah ia satu tindakan yang tak patut dibuat dan ia disifatkan kebudak-budakan dan ganas namun secara benarnya mereka mengambil tindakan keluar dari dewan itu selepas bersabar dari jam 9.50 hingga ke jam 11.00 pagi kerana mereka meraskan bahawa Speaker HARAM menafikan hak kami sebagi ahli dewan undangan negeri apabila Yb Nga Ko Meng ( adun Pantai Remis ) menyatakan satu daripada perintah tetap (3,4,dan 6) namun dinafikan oleh Ganesan.Dan kami telah merayu kepada dia untuk memberikan penghormatan kepada 'Standing Order '( peraturan tetap dewan ) yang mana ia sepatutnya dihormati oleh Speaker dan diwajibkan mendengar apabila ia dibacakan.Namun Yb ngan dinafikan haknya apabila Ganesan langsung tidak memberikan perhatian kepada Peraturan Tetap tersebut dan ia menunjukan bahawa Ganesan tidak langsung tahu dan menghormati Peraturan dan tugas sebagai seorang Speaker.Dan kerana itu kami merasakan bahawa Perintah Tetap itu telah dilancurkan oleh kerajaan BN dan kerana itu juga kami mengambil tindakan untuk keluar dari Dewan tersebut.-Dato Seri Nizar Jamaluddin

Perkara kedua yang menyebabkan kesemua Adun-Adun PR keluar dari dewan ialah apabila mereka menanyakan kepada Speaker kenapa dalam agenda mesyuarat ia tidak mengikut ketetapan dalam peraturan buku perintah tetap yang mana ia merujuk kepada peraturan bahawa selepas sahaja titah Tuanku dibacakan maka ia perlu dibahaskan untuk menjungjung kasih terhadap Titah tersebut namun di dalam agenda yang diberi ia tidak dibuat begitu.Dan ia tidak langsung ditulis di dalam perbentangan untuk 31 March 2010.Ini menunjukan bahawa Kerajaan BN mengabaikan Titah tersebut kerana ia tidak dibahaskan.Pakatan Rakyat juga telah merayu untuk diadakan 5 hari persidangan untuk mengangkat permasaalahan rakyat dan ia ditolak.Di dalam agenda persidangan itu telah dinyatakan bahawa ia akan dibuat dan dihabiskan hanya dalam masa satu hari.Ia merupakan sesuau yang tidak adil kerana hak dan Suara Rakyat yang diberikan kepada semua Adun-Adun PR untuk dibawa ke dalam Dewan dinafikan secara terang dan ia juga telah melanggar Hak Adun-Adun PR sebagai ahli Dewan.Sejumlah 216 soalan telah dihantar kepada setiausaha Dewan dan sebanyak 7 soalan sahaja yang diterima.Dan ia bercanggah dengan Peraturan Dewan.

Apa yang paling dikesali oleh Adun-Adun Pakatan Rakyat ialah apabila nasib Rakyat yang sepatutnya dibahaskan diketepikan dan tidak diendahkan oleh Pimpinan BN dan seolah-olah ia menunjukan bahawa dewan tersebut hanyalah untuk meluluskan duit poket mereka namun bukan menjadi dewan tempat rujukan dan perbincangan penyelesaian permasaalahan rakyat.Nasib Rakyat Perak kini hanya ibarat seperti ANAK TIRI yang mana boleh dikatakan bahawa sudah hilang tempat bergantung harap.

Sidang Dun Perak : Adun PR Selamat memasuki Banggunan SUK




30 March 2010 : Kesemua 28 Adun-Adun PR telah selamat memasuki banggunan SUK bagi menghadiri majlis istiadat Perbarisan hormat yang mana ia merupakan acara rasmi sebelum Sidang Dun bermula.Perasmian bagi sidang dun hari ini dijangka akan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Perak Tuanku sultan Azlan Shah.

Suasana di Banggunan SUK dalam keadaan terkawal dan tenang namun dipenuhi oleh anggota Polis dan anggota berpakaian preman.

Zambry tolak ajakan PR untuk melicinkan proses Sidang Dun 30 March ini..!!

Semalam DSN telah menyatakan kepada Rakyat di Tanjung Piandang bahawa pihak PR telah menghantar permohonan untuk mengadakan mesyuarat bersama zambry bagi melicinkan perjalanan sidang Dun pada 30hb ini.Dan mengharapkan bahawa akan ada persidangan seperti biasa yang mana semua pihak akan dapat berhujah dan membahas ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada majlis Pembukaan Sidang.Namun Zambry ketika ditanya oleh pemberita menolak ajakan tersebut dan menyatakan bahawa siapa PR untuk memaksa beliau bermesyuarat bersama.

Satu lagi tindakan dangkal dan kolot dilakukan Zambry.bila Pakatan Rakyat ajak kepada kebaikan taknak memang SAH lah UBn suka pada benda yang tak elok.So sama-sama la kita tengok 30hb ini apa akan berlaku..!!

MP Hulu Selangor Kembali Kerahmatullah-Al-Fatihah...

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR

30 March UBN akan gunakan POLIS sekali lagi..

30 hb ini satu lagi budaya lama yang sememangnya senonim dengan Negeri Perak akan dapat kita lihat.Tanggal 30 March ini akan diadakan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak yang akan disempurnakan oleh Sultan Perak yang mana ia akan menyaksikan semua adun-adun BN dan PR sekali lagi hadir bagi bersidang untuk sesi pertama tahun 2010.

Semalam Pengerusi Pakatan Negeri Perak menyatakan bahawa di perkarangan SUK akan sekali lagi menjadi medan untuk Polis berkumpul dan menjadi balaci dan pertahanan buat semua adun-adun BN.Negeri Perak akan kembali kacau kerana sikap Polis yang pastinya akan menutup semua jalan,tidak membenarkan rakyat dan media memasuki Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya tidak menjadi masalah buat rakyat memasukinya bagi melihat sendiri proses persidangan berlaku.Namun itu hanya akan jadi mimpi buat rakyat Perak atas sebab ketakutan UBN bagi berhadapan dengan rakyat.

Nantikanlah 30 March ini kerana ia akan menjadi kayu ukur buat rakyat menilai tahap ketakutan dan kelemahan UBN.Walaupun sudah Sah menjadi menteri MAHKAMAH namun kebangkitan rakyat akan tetap menjadi igauan terburuk buat mereka.

PROTES yang B***H atau Kerajaan UBN yang P***PU...Pikir la sendiri!!

Petikan Laporan dari Malaysiakini ( ehsan Blog Bagan Pinang ) :

Dewan Rakyat masih belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kedua.Sehubungan dengan itu, timbalan speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) berkata sehingga mereka menerima arahan itu, kertas aturan sidang akan juga memuatkan rang undang-undang itu.

Wan Junaidi memaklumkan perkara itu selepas ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berkata rang undang-undang GST masih dimasukkan dalam aturcara perdebatan.
Perkembangan itu bermakna kerajaan masih boleh membentangkan rang undang-undang GST itu pada sessi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ini.

Sya : Tahniah seketariat PROTES anda memang hebat..!!!Anda meyakinkan rakyat untuk turun BERDEMO selepas itu YAKINkan rakyat bahawa kita telah mencapai KEMENANGAN pertama dan selepas itu BN telah berjaya MEYAKINKAN anda bahawa anada sebenarnya DITIPU oleh MEREKA..Dan yang lebih menyakitkan ialah RAKYAT terus akan DITIPU dan DITINDAS..!!!

HITAM takde PUTIH takde lepas tu kita istihar kita MENANG,hidup-hidup kena TIPU..!!!

Bila UBN mula bersandiwara..

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

"Ia (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi (Parlimen) Mac/April kerana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.

"Kami mahukan pendapat orang ramai mengenai GST," kata Husni selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas.

Sya : Menteri BN cakap nak dengar ke ek..??Bacaan kali kedua akan dikaji so masa bacaan kali pertama kenapa tak kaji ek??hari ni cakap nak mintak maklum balas rakyat,dua hari lalu cakap nak buat kempen perkenalkan GST pada rakyat..Mana satu yang betul ni??

Satu lagi PEMBOHONGAN UBN kepada RAKYAT...!!!

Apapun berlaku,Himpunan akan tetap berlaku Memorendum akan tetap dihantar,sebabnya UBN ni lidah cabang dan cakap tak seruba bikin...Jom Pakat Ramai-ramai jumpa di sana!!!

Jangan Turun Berdemo kata En P*L*S..ADA aku KESAH..!

Awal-awal pagi tadi dah terima panggilan dari seorang individu yang tidak mahu dikenali dan menggunakan talian persendirian.Selepas bertanyakan mahu bercakap dengan sya maka beliau memulakan percakapan dengan menyatakan bahawa masih ingatkah saya dengan kejadian sebelum ini?( apa yang berlaku biarkan Rahsia ).Saya kata kalau yang itu saya masih ingat jadi mengapa? Dengan secara jujur dan spontan di berkata bahawa mereka ( siapa sya tak tahu) mendesak agar sya tidak terlalu lantang dan jangan mebangkitkan semangat golongan muda untuk menentang Kerajaan.Sya terus terdiam dan sedikit terkejut,hmm berat tuduhan ni Encik..Tapi takpe saya bertanggungjawab dengan apa yang saya buat.So sekarang saya faham maksudnya Encik tak mahu saya terlalu lantang dalam politik la yer..? emm saya rasa Cik Aisyah lebih faham.

Perbualan ini sebenarnya panjang dan ada beberapa perkara yang tak boleh dijelaskan namun tidak mengapa,sebelum mengakhiri perbualan En cik P*L*S ni pun dengan nada keras bagitahu Cik Aisyah tak perlu turun untuk berdemo 15 March ni dan beritahu yang lain untuk tidak mengingkari arahan Polis.Dengan nada tegas juga sya katakan kamu boleh buat apa sahaja untuk menyekat saya dan yang lain namun jika Allah swt izinkan tiada siapa yang mampu menghalang.Kalau takut dengan Risiko jangan bicara soal perjuangan.

Sebelum sya letak phone sya katakan jumpa Isnin ni di parlimen.Untuk En P*L*S yang berkenaan sudah-sudah la,mungkin anda silap memilih mangsa kerana saya bukan katak ataupun apa tapi sya adalah pejuang dan ALLAH, prinsip dan kebenaran itu lebih mustahak dari takutkan kamu..!!

GST akan membinaskan Rakyat!


Apa itu GST yang semakin hebat diperkatakan sekarang ini di seantero malaysia.Good & Services Tax atau nama singkatannya GST akan dibacakan buat kali kedua dalam penggal pertama parlimen Malaysia pada 15 hb ini oleh Najib tun Razak yang mana ia akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Agong.Dan dijadualkan juga pada pagi tersebut sekitar jam 9.00 pagi akan diadakan satu himpunan aman besar-besaran bagi membantah perlaksanaan GST yang sekiranya diluluskan akan dilaksanakan pada 2011 nanti.

Ini merujuk kepada soal peri kemanusiaan dan kepentingan rakyat sememangnya kita hanya melihat PR seolah-olah tidak habis-habis mahu berdemo dan melakukan sesuatu yang kononnya menggugat ketenteraman awam.namun suka aku tekankan bahawa ini sememangnya bukan masalah PR sahaja namun sekiranya difikir dengan akal yang cerdik dan ada ilmu maka ia perlu difikirkan oleh semua peringkat dan bukan sahaja dikalangan pemimpin PR.

GST merujuk kepada penambahan cukai sebanyak 4 % terhadap semua keperluan seharian rakyat termasuklah beberapa benda-benda kecil yang dahulu dirasakan tidak membebankan dan kini akan menjadi beban rakyat.Kemungkinan dari akibat kenaikan itu juga akan memperlihatkan kemiskinan rakyat akan menjadi lebih teruk dan tidak seimbang.Rakyat yang miskin akan terus merempat dan merana dan yang berpendapatan sederhana juga tidak terkecuali akan menjadi miskin dan akhirnya bebanan rakyat itu akan membinasakan rakyat itu sendiri.Apabila ditanya oleh MP pembangkang di dalam parlimen Najib menjawab jika perlaksanaan GST itu dilakukan maka ia akan membawa peningkatan sebanyak 1 billion iaitu dari 12 billion kepada 13 billion sahaja manakala kos bagi mempromosikannya dan melaksanakanya itu akan memakan jumlah sehingga 5 Billion Ringgit.

Percaya atau tidak percaya sekiranya ia dilaksanakan juga maka peningkatan harga barangan runcit juga akan turut terkesan dan kesempitan rakyat akan terus terbeban dan tertindas.Kita akan dapat lihat dengan kesan-kesan tersebut maka tidak akan ada lagi penjualan kuih-muih yang dapat rakyat beli dengan harga yang berpatutan.Dari sekecil-kecil benda dan sebesar-besar benda semuanya akan mengalami peningkatan.Dan dari kajian yang dilakukan tidak mustahil sekiranaya akibat dari perlaksanaan GST itu ia akan membawa peningkatan dari 4% ke 10 % sekiranya ia dilaksanakan.

Oleh itu kami PR bukan sengaja mencari bahan dan sebab untuk bangun menyatakan kebenaran namun ini hak rakyat yang perlu di pertahankan.ini bukan hak rakyat dan penyokong PR sahaja namun ini hak Rakyat tanpa mengira kaum,agama, bangsa dan juga fahaman Politik.oleh itu ayuh semua kita bersama di parlimen 15 hb ini untuk mempertahankan Hak Kita ia bukan sesuatu yang akan mengambil masa yang singkat namun ia akan menjadi perosak sehingga kesannya akan dirasai oleh anak,cucu dan generasi dimasa hadapan.

AYUH RAKYAT KITA BANTAH GST!!

Perubahan yang perlu dilakukan..


Pada ahad lalu aku memulakan langkah pertama mengatu bicara untuk semua rakyat dalam pentas ceramah di Dewan Millineum Kepala Batas.Dalam aku mengisar akal bagi mendapatkan bahan untuk disampaikan aku terhenti pada satu titik persoalan mengapa ramai generasi muda takut dan khuatir dalam bangkit membawa kebenaran dan keadilan.Mengapa mereka lebih rela berhadapan dengan masa depan yang suram dan kelam dan seolah-olah mereka seperti merelakannya sahaja tanpa berfikir panjang.

Aku ditanya mungkinkah aku mampu mengubah sesuatu keburukan kepada kebaikan dan bagaimana aku ingin mengubahnya??Jawapan aku mudah merubah sesuatu itu sememangnya agak sukar apatah lagi kita bermain dengan hati dan akal manusia namun apakah ia sukar dan perlukah kita berputus asa dalam menjadi perubah.Kita tak perlu membuang yang lama namun kita mungkin boleh merubah yang lama dan kita tak perlu merubah keseluruhannya namun cukup bagi kita menyampai dan sejauh mana dan sebanyak mana yang berubah itu adalah kuasa allah swt,kerana kita adalah penyampai kebenaran oleh itu berani untuk merubah namun sama ada perubahan itu berlaku atau tidak biar Allah swt yang menjadi penentu.

Kerana itu juga aku cukup yakin bahawa perubahan itu akan berlaku biar aku dikatakan bodoh kerana menggunakan jalan yang sama walaupun aku sedia tahu bahawa jalan itu tidak akan berjaya namun bagi aku setiap diri yang melalui jalan itu adalah mempunyai cara yang berbeza dan perubahan itu meliputi setiap pelusuk yang ada mungkin dengan jalan yang sama ia akan membantu memantapkan dan tiada salah sesuatu itu dicuba buat kali kedua dengan menggunakan cara yang sama kerana setiap percubaan membawa hasil yang berbeza dan ilmu yang bermanfaat.Insyaallah

Buat semua tepuk hati tanya iman..insyaallah selagi prinsip dan nawaitu kita untuk kebenaran dan dikukuhkan dengan ilmu aku yakin ia akan menjadi baik dan akhirnya perubahan walaupun seinci ia tetap akan dinamakan perubahan.

PERGI dan JANGAN KEMBALI..!




LOMPAT SI KATAK LOMPAT,
LOMPAT LA TINGGI-TINGGI,
PERGI LA ENGKAU PERGI,
PERGI DAN JANGAN KEMBALI.

LOMPAT LA TINGGI-TINGGI,
LOMPAT KELUAR PARTI,
KERNA PARTI PUN TAK INGINI,
PEMIMPIN YANG JUAL PRINSIP DAN HARGA DIRI.

Terima kasih kepada UBN kerana menjadi lori sampah buat kami dan mengangkat sampah-sampah yang tak berguna ini.Ambil dan kitarlah semula agar ia menjadi dan mengikut acuan anda namun ingat mereka telah bergelumang dengan sampah,najis dan juga telah melekat dek bauan yang busuk dan jijik.Ubah la,bersihkanlah ia tetap berbau HAPRAK.

Tanpa Bantuan UBN,PR akan tetap berkhidmat untuk Rakyat!

Antara Adun-Adun Pakatan Rakyat yang hadir
Dato Seri Nizar menerangkan keadaan kepada pihak wartawan
Dokumen bukti yang tercatat di dalam minit mesyuarat
Yb Idham Lim turut menyatakan pendirian yang sama
Yb Sivakumar turut mempamerkan bukti-bukti bagi menolak dakwaan Dato Seri Zambry

23.02.2010 IPOH : Pagi ini bertempat di Pajabat Pakatan Rakyat Perak telah diadakan satu sidang media bagi menjawab tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Kerajaan UBN yang menyatakan bahawa ketika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dahulu mereka telah meminggirkan Adun-Adun UBN dalam mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa Daerah.Namun Dato Seri Nizar dan Adun-Adun yang lain telah menyangkal tuduhan tersebut.Ini terbukti selepas mereka mengemukakan bukti bahawa ada dikalangan adun dan MP UBN turut dijemput dalam setiap mesyuarat yang diadakan namun mereka gagal hadir dan tidak menghantar wakil bagi tujuan tersebut.

Dato Seri Nizar ketika ditanya mengenai hasrat kerjasama antara PR dan UBN dalam menjaga kebajikan rakyat akan tetapi dilihat seolah-olah dirumitkan oleh Kerajaan UBN menjawab bahawa Adun-Adun PR akan terus berusaha bagi memberikan khidmat dan bantuan kepada Rakyat mengikut kemampuan mereka.Beliau menambah ia tidak akan menjadi halangan buat PR terus berkhidmat kepada Rakyat.
DSN bergambar bersama Pimpinan Pakatan Rakyat
Upacara Yee Sang
DSN menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina untuk penduduk di Kg Simee
Lim Kit Siang diraikan dalam sambutan Ulang Tahun yang ke 69
Lim Kit Siang menyatakan bahawa beliau berdoa agar DSN menjadi MB Perak semula

22.2.2010 Kg Simee,Ipoh : Malam ini bertempat di Pusat Khidmat Adun Caning Yb Wong Ka Wong telah diadakan sambutan Tahun Baru Cina bersama penduduk setempat.Ia dihadiri oleh Dato Seri Mohammad Nizar,Yb Lim Kit Siang Yb Dato Ngeh,Yb Sivakumar da juga Yb Nga Ko Meng beserta dengan beberapa lagi adun-adun Pakatan Rakyat yang lain.Majlis dimulakan dengan ucapan tuan rumah dan seterusnya beberapa ucapan aluan yang lain.

Ucapan YB Lim Kit Siang satu tamparan buat UBN

Dalam majlis ini juga Yb Lim Kit Siang telah diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke 69.Lim Kit Siang dalam ucapannya telah menyatakan suatu perkara yang akhirnya menjawab segala persoalan dan juga menjadikan satu ketakutan baru buat UBN apabila beliau menyatakan bahawa beliau berdoa sempena dengan ulang tahun ini agar Dato seri Nizar kembali menjadi MB Perak dan Yb Sivakumar sebagai Speaker juga Yb Dato Ngeh sebagai Exco Kerajaan Perak.Kenyataan itu sekaligus menutup mulut-mulut mereka yang menyatakan bahawa sekiranya berlaku pilihanraya di Negeri Perak maka sudah pastilah DAP akan meletakan calon melayu dan sekiranya PR menang maka MB Perak akan bertukar individu.Namun malam ini dengan jelas Pemimpin Ulung DAP itu menyatakan bahawa apa jua berlaku Dato Seri Nizar akan tetap diberi mandat untuk menerajui Negeri Perak.

Baca dan Fahami..Jika Benar..Bertaubatlah..!!


Diambil dari laman Fan Club Saiful Bukhari

Rakyat mahu Pemimpin juga FAHAM..!


Apa yang sebenarnya yang berlaku dinegara kita kini.Segalanya dilihat tak kena dan ada sahaja yang nampak kurang betul gaya dan coraknya.Malam ni aku terdetik hati untuk berkata mengenai hak rakyat dan apa sebenarnya fungsi kewujudan parti politik di Negara ini.

Selak saja helaian mana-mana akhbar yang ada di Negara ini baik Hak Milik Kerajaan mahupun Pembangkang pastinya dapat kita lihat ketempangannya.Aku bercakap hari ini mengenai soal pemikiran yang mana rata-rata dari parti politik yang ada melaungkan slogan mahu membela rakyat namun dimana buktinya.Dalam surat khabar di Negara kita keluaran KHAS milik Kerajaan Malaysia dari 20 muka surat ( anggaran) berapa banyakah yang mempamerkan permasaalahan Rakyat dan juga rungutan rakyat mengenai apa yang mereka alami dalam hidup seharian mereka.Kandungan akhbar-akhbar ini kebanyakannya mempamerkan berita mengenai parti politik,pertelingkahan antara mereka dan juga pergolakan dalaman juga cuba jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.Menghentam pihak lawan dan juga mengaibkan beberapa individu yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka.Namun berapa peratuskah ruangan yang disediakan bagi memperlihatkan kesusahan rakyat dan juga mempamerkan derita hidup rakyat yang saban hari berkerja keras bagi meneruskan hidup untuk mendapatkan sesuap nasi.

Apakah kita hanya mahukan rakyat memahami politik perjuangan parti kita namun kita pula seolah-olah mengabaikan dan juga melupakan nasib rakyat yang akhirnya memperlihatkan satu budaya iaitu budaya menerapkan permasalahan parti-parti politik sebagai kerja rumah rakyat untuk berfikir dan berbahas namun nasib segelintir rakyat yang sengsara dipinggirkan.Oleh itu keutamaan kepada rakyat seharusnya dipergiatkan,sepertimana kita mahu rakyat tahu mengenai kita seperti itu juga Rakyat mahu kita Pemimpin tahu mengenai nasib mereka.