Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Dato Seri terima Komen Rakyat melalui Perak Express

Dato' Seri Nizar Jamaluddin sedang berehat di katil hospital sambil sedang membaca komen-komen daripada para pembaca Perakex. Sementara itu diperhatikan oleh DS Fatimah Taat yang duduk dibelakangnya.

Gambar Dato Seri pada sebelah petang di Wad Teratai tingkat 8C

Dato Seri kelihatan ceria di wadnya petang ini.Beliau meluangkan masa membaca komen-komen yang diberikan kepada wakil Team PerakExpress.

Dato Seri Imamkan Solat Jumaat

Dato Seri Nizar telah diberikan penghormatan oleh Imam Masjid Jln Hospital untuk mengimamkan solat jumaat sebentar tadi.Beliau yang masih mendapatkan rawatan dan berehat di HTBI pergi menunaikan solat ditemani anak dan pegawai khas beliau.

Pemimpin rakyat ini disambut meriah oleh para jemaah di Masjid berkenaan.

Dato Seri Tunaikan Solat Jumaat

Dato Seri Nizar ditemani anak dan pegawai khas beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Jln Hospital.Jemaat masjid yang tidak menyangka akan kehadiran pemimpin rakyat itu menyambut beliau dengan berbesar hati.walaupun dalam kesakitan namun beliau tetap menunaikan tuntutan islam keatas beliau.

Dato Seri Nizar Masih Di Hospital

Dato Seri Nizar masih lagi di hospital dan dalam pemerhatian Doktor.Walaubagaimanapun keadaannya beransur pulih.Gambar diatas ialah kunjungan tetamu iaitu Dato Taslim yang melawat beliau sebentar tadi.

Dato Seri Nizar Semakin Pulih

Gambar terkini,Kelihatan Datin Seri turut berada disisi suaminya.

Pagi ini bertempat di wad 8C Hospital Tuanku Bainun Dato Seri kelihatan semakin pulih dan sihat seperti biasa.Jika keadaan beliau mengizinkan,Dato Seri akan dibenarkan keluar hari ini.

Dato Seri Gadai Nyawa halang Kemalangan Lebih Teruk..!

"Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"-Dato Seri Nizar.

Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk.

Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital.

Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..!

Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!

Gambar tekini Dato Seri Nizar di Wad

Keadaan Kereta Dato Seri Ir Hj Nizar yang terbalik di hadapan Hotel
Pandangan dari sisi
Lawatan Wakil dari PSM
Pihak wartawan bersama Dato Seri
Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sedang diambil keterangan oleh Pihak Polis

Adun-Adun PR berkumpul di depan Wad Kecemasan
Pimpinan Pas
Yb Siva dan Yb Tai mengadakan lawatan ziarah kepada Dato Seri Nizar
Bilik Dato Seri dipenuhi Rakyat yang hadir untuk bertanya khabar
Yb Husin Din dan Ramli Tusin turt kelihatan mengziarahi Dato Seri

7.1.2010 IPOH :Pagi ini kira-kira dalam jam 9.20 minit pagi telah berlaku satu kemalangan di hadapan Hotel cuasarina Ipoh yang melibatkan kenderaan Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan sebuah lagi kenderaan jenis BMW.Kejadian berlaku sekitar jam 9.20 minit pagi yang mana ketika itu Dato Seri dalam perjalanan untuk temujanji bersama doktor gigi di sebuah Klinik di Pekan Ipoh.Kami difahamkan bahawa Dato Seri menyedari akan kehadiran kenderaan tersebut dan telah memberikan hon namun kenderaan tersebut telahpun keluar dan terus memasuki lorong kanan jalan menyebabkan Dato Seri hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan kenderaan yang dinaiki terbalik.Untuk pengetahuan kenderaan tersebut dipandu oleh beliau sendiri.

Pihak kami juga dimaklumkan bahawa sejurus selepas itu Dato Seri bertindak keluar dari kenderaan beliau dan meminta pertolongan dan sebuah kenderaan Proton Savvy yang dipandu oleh seorang lelaki telah membawa dan menghantar beliau ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.Dato Seri tiba di Hospital kira-kira jam 9.30 pagi dan ditempatkan di wad kecemasan sebelum dibawa ke wad bagi rawatan susulan kira-kira jam 11.00 pagi.

Dato Seri yang hanya mengalami kecederaan ringan di siku ( satu jahitan) dan juga sedikit kesan calar dimuka telah dikunjungi oleh Dr. Mah Hang Soon yang mewakili UBN kira-kira pada jam 2.15 minit petang.Sehingga kini beliau masih ditempatkan di wad untuk pemerhatian Doktor dan akan dibenarkan pulang sekiranya keadaan mengizinkan.

Kepada semua rakyat yang prihatin Kami mewakili Keluarga Dato seri Ir Hj Nizar Jamaluddin berbesar hati dengan kunjugan yang tidak putus sejak pagi tadi.Dato Seri dan Keluarga merakamkan ucapan Terima kasih juga kepada semua Rakyat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Dato Seri Nizar.Kami berharap agar Rakyat memahami keadaan beliau dan tidak mengadakan kunjungan untuk masa terdekat bagi memberikan ruang buat Dato Seri berehat.

Maklumat dan keadaan terkini beliau akan kami bawakan dari masa ke masa.buat Rakyat di luar sana teruskan berdoa dan semoga apa yang terjadi membawa seribu Hikmah.