Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




nama2 jepon...hait! NAMA JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

hihihihihihihihihih....

Kg. Baru Plentong Tengah : Perobohan 80% Bermula Hari Ini (18 Disember 2008)

Dato’ Siva Subramaniam , Ahli Suruhanjaya SUHAKAM akan mengadakan lawatan dan mendengar serta melawat sendiri masalah penduduk Kg. baru Plentong Tengah esok jam 2.00 Petang. Diberitakan kerja-kerja merobohkan dalam 80% lagi rumah penduduk juga bermula esok. Ia adalah persetujuan penduduk semasa penghakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Beliau juga Penasihat Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku disitu.
Semantara itu kumpulan penduduk telah membuat lapuran Polis, Badan Pencegah Rasuah, SUAKAM dan akan mendapatkan peguambela baru bagi memastikan nasib mereka terbela. Kumpulan penduduk yang disertai oleh Ketua Bahagian Tebrau dan Johor Bahru Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) beryakinan mereka akan berjaya memenangi kes ini kelak. Dikatakan mereka dibantu oleh akuantan dan peguam berpengaruh bagi memastikan kali ini usaha mereka tidak sia-sia.


Dikatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berperanan dibelakang tabir sebagai usaha terbaru kumpulan yang dipengerusikan oleh En. Hassan Wan Ismail bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka.

BERKAITAN :
LAPORAN POLIS PENDUDUK KG BARU PLENTONG TENGAH

Saya mewakili penduduk kampung memohon agar Pihak Polis Di Raja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah untuk melakukan siasatan terperinci serta mendakwa beberapa individu serta syarikat-syarikat tertentu yang melakukan penipuan, penyelewengan, penindasan dan penganiyaan secara jelas, terang dan nyata terhadap penduduk-penduduk Kampong Baru Plentong Tengah. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat serta lampiraan-lampiran untuk makluman dan tindakan Pihak Polis dan Badan Pencegah Rasuah agar siasatan dan pendakwaan dapat dilakukan seterusnya…

1. Wujudnya Penyelewengan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat tanah/pejabat daerah mengurniakan tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali swbagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada pihak swasta iaitu MOSBERT BERHAD pada tarikh 11/9/1968 sedangkan permohonan oleh penduduk telah dilakukan lebih awal. Seperti di lampiran 1.

2. Menyiasat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Tiram ( pada keteika itu ) Dato Ali Bin Hassan dengan bersubahat memeprekenalkan Peguam En Haddie Darris and Co untuk menipu danmenyeleweng wang tabungan penduduk berjumlah RM 471,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu, Tiga Ratus Tujuh dan Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru Plentong Tengah.Seperti di lampiran 2.

3. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam En Haddie Darris daripada Haddie Darris and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 417,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu Tiga Ratus Tujuh dan Sen Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru, Plentong Tengah.Seperti di lampiran 3.

4. Menyiasat dan mendakwa terhadap Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kawasan Tiram ( pada ketika itu ) Dato Ali Bin Hassan secara bersubahat mengarahkan 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru, Plentong Tengah menyerahkan kepada Syarikat OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD untuk trangsaksi awal pemilikan tanah. Seperti di lampiran 4.

5. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam J. Singh and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru Plentong Tengah dalan transaksi penjualan tanah oleh pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD. Seperti di lampiran 5.

6. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Ayub B. Kasdi ( I/C No : 560608-01-6277 ) beralamat No. 7, Jalan Besar, Kampong Baru, Plentong Tengah, Johor Bahru secara bersubahat bertindak bagi pihak dan mewakili OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD seperti yang tercatit pada surat Rujukan : F. Lot 83/94 bertarikh 25.10.94 Seperti di lampiran 6.

7. Menyiasat dan mendakwa terhadap OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD kerana dalam keadaan sedar menjual tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD walaupun pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD dalam proses transaksi penjualan dan telahpun mengutip deposit berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) pendudukKampong Baru Plentong Tengah.

8. Menyiasat dan mendakwa terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD dalam keadaan sedar membeli tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru daripada OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD tanpa menyiasat kedudukan sebenar status hak milik tanah tersebut serta transaksi-transaksi yang berlaku diantara penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah dengan OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD.

9. Menyiasat dan mendakwa terhadap En Hasmoni Bin Salim yang merupakan seorang bekas Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri Johor yang terlibat secara langsung dalam BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD sebagai salah seorang lembaga Pengarah Seperti Lampiran.

10. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Shahari Bin Mohd Sham selaku Ketua UMNO Cawangan Kampong Baru Plentong Tengah yyang bersubahat dan berniat jahat terhadap penduduk-penduduk-penduduk kampong Baru Plentong Tengah dengan menarik balik Affidavit tanpa persetujuan seluruh penduduk Kampung Baru plentong Tengah terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD yang sepatutnya didengar di Mahkamah TinggiJohor Bahru pada 29 Oktober 2009.

11. Menyiasat dan mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato Seri Mohamad Khaled Nordin yang secara sedar tidak membantu untuk mengatasi kemelut yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah malah dengan secara sedar membuat janji-janji palsu ketika kempen Pilihanraya ke 12 dalam isu penempatan semula penduduk dari kampong Baru Plentong tengah ke Kampong Bukit dagang, Ulu Tiram. Ini menguatkan lagi wujudnya kepentingan beliau dalam pembangunan semula tanah Kampong Baru Pelentong Tengah tersebut.

12. Menyiasat dan mendakwa YAB Dato Hj Abdul Ghani Bin Othman selaku Menteri Besar Johor yang gagal menyiapkan infra struktur kemudahan asas seperti Jalan Raya, Pembekalan Letrik dan Pembekalan Air Bersih di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram seperti yang telah dijanjikan.

13. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong BukitDagang, Ulu Tiram. Pecahan Lot yang dikurniakan adalah berjumlah 202 Lot manakala penama yang diperuntukkan Cuma 123 orang. Manakala selebihnya sebanyak 79 penama tidak di umumkan.

14. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram kerana sebahagian penduduk asal Kampong Baru Pelentong Tengah tidak diperuntukkan tanah tersebut tanpa alasan yang munasabah.

Nama Pengadu : HASSAN BIN WAN ISMAIL
Balai Polis Johor Bahru Central
Johor Jaya..

- UMNO DALANGNYA!!!!

PERTEMUAN KHAS BLOGGERS DENGAN TOK GURU NIK AZIZ




Bloggers Network @ Malaysia akan mengadakan perjumpaan Khas bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Kehadiran hanya terhad kepada 20 Orang sahaja.

Tarikh: 20 Disember 2008 (Sabtu)

Tempat : Masjid Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kelantan.

Waktu : 10 pagi.

Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh kawan dan lawan serta dihormati oleh semua bangsa di negara kita dan seluruh dunia. Marilah kita jumpa dia sebab dia dah setuju peruntukkan masa dia untuk kita. Sayapun tak tau macam mana dia boleh setuju. Lepas subuh tadi saya dapat SMS. Dia hadkan 20 orang saja. Kalau para sahabat nak datang tolong bagi tahu saya nama ye atau SMS saya secepat mungkin sebab saya nak bagi kepada S/U dia.

Berminat, Sila hubungi kami : Professional / Blogger yang serius sahaja.

“Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha
secara luar biasa”

RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Principal Consultant
Golden Minds Consultant Sdn. Bhd.
Lot 11 Tingkat 4 Kompleks Niaga Tabung Haji
Jalan Dato’ Pati 15000
Kota Bharu Kelantan.

H/P: 013-9617103
web : http://www.goldenminds.net
- Bloggers Network @ Malaysia

Presiden Reformis dipecat!

Majoriti exco Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) – popular dengan ugutan untuk berdemonstrasi bogel – telah menggugurkan presiden penajanya Ramlan Abu Bakar.

Timbalan presiden Badrul Hisham Mohd Hanafiah memberitahu Malaysiakini, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas lapan orang exco semalam.

Surat rasmi mereka kepada Ramlan dikirim melalui pos tengah hari ini.

Badrul Hisham menambah, mesyuarat itu juga memutuskan untuk melantiknya sebagai pemangku Reformis sehingga suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Mereka juga memutuskan melarang Ramlan menggunakan nama organisasi tersebut dalam segala kegiatannya dan kenyataan kepada media.

“Tetapi kalau beliau hendak mengeluarkan kenyataan secara peribadi, kita tidak boleh halang,” tambah Badrul Hisham.

Badrul Hisham juga berkata, Reformis kini beralih arah menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengekalkan kadar sewa unit di kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak RM124 sebulan bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Reformis sebelum ini mengugut mengadakan demonstrasi berbogel sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa kepada RM250 sebulan.

Diminta mengulas dakwaan Ramlan semalam yang berkata Reformis merupakan “jenama” asalnya, Badrul Hisham berkata, sumbangan Ramlan dalam bentuk modal di peringkat awal penubuhan NGO itu memang diakui.

Bagaimanapun, tambahnya, Ramlan “lari daripada konsep Reformis secara keseluruhannya” yang menyebabkan beliau terpaksa dipinggirkan. - Malaysiakini

Fairus mengamuk ugut pengal kepala exco AMK P.Pinang


Benarlah telahan kami Mohammad Fairus Khairuddin (foto kiri) menghidapi masalah mental kronik yang perlu rawatan segera.

Apa tidaknya, TKM 1 itu mengugut akan memengal kepala Exco Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan hasrat menghantar memorandum kepadanya.

“Dia telefon saya mengugut akan parang kepala kami seorang demi seorang sekiranya kami meneruskan hajat untuk menghantar memorandum kepadanya,” tegas seorang Ketua AMK Bahagian.

Sementara itu, temannya yang juga ketua AMK bahagian turut menerima ugutan yang sama.

“Dia menefon saya lebih daripada enam kali. Dia marah-marah sambil ugut akan potong kepala kami,” ceritanya.

“Biarpun saya telah memberi penjelasan, dia masih bertegas enggan menerima sebarang memorandum sebaliknya mahu AMK hanya menghantar kepada dua exco lain,” katanya.

Jelasnya kejadian berlaku pada Selasa petang, ketika dia dan beberapa AJK Biro Politik AMK negeri dalam perjalanan untuk menyampaikan memorandum berupa cadangan dan pandangan bagi membantu tiga exco kerajaan negeri (keADILan) meningkatkan prestasi dan tugas mereka.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menemui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim ( foto kiri-Malik sedang meneliti memo sambil diperhatikan Pemangku Ketua AMK-YB Ong Chee Wen ) dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang. ( foto bawah- Lau berlapang dada menerima kunjungan AMK)

Seorang lagi exco, Fairus gagal ditemui kerana tidak hadir bertugas pada hari tersebut. Kami difahamkan dia ‘sakit perut’ lagi.

Rombongan AMK berkenaan diketuai pemangku Ketuanya YB Ong Chee Wen.

Ini dah boleh dianggap kes serious ni sampai nak memenggal kepala orang.Saya rasa kepimpinan harus mengambil tindakan dari sekarang takut nanti dah jadi,naya!!!
Inilah masalahnya bila gila kuasa sampai sanggup nak membunuh orang.Yang dipertahankan tu bukannya apa,tapi hanya kerana kuasa tu boleh bagi kekayaan maka ramailah yang sanggup berebut dan buat apa je...Harap sangat ada tindakan segera diambil,kalau benar kenyataan yang dikeluarkan.

Firus yang Kureng Cerdik...!!!!

“Memang betul saya selalu keluar ( sidang dewan ), tapi itu adalah strategi saya untuk mengetahui siapa mereka yang suka mengata ( memburukkan ) saya bila saya tidak ada dalam dewan,

“Selepas itu pada sidang DUN akan datang, saya akan hentam mereka sampai TKO,” ujarnya.

Perkara itu didedahkannya semasa menyampaikan ucapan kepada orang ramai di Dewan JKKK Bukit Tambun, baru-baru ini.

Tindakan Fairus yang kerap menghilangkan diri semasa sesi perbahasan sidang DUN menjadi bualan orang ramai.

Pada sesi sidang lalu, dia menghilangkan diri dengan alasan ‘sakit perut’ sebaik tiba gilirannya untuk menjawab soalan bertulis.

Ekoran itu Ketua Menteri Lim Guan Eng terpaksa mengarahkan exco lain untuk menjawabnya. Sidang itu disiarkan secara langsung melalui internet.


Nota : Lawak apa dia ni dok buat lagi,ada ke orang buat kerja macam ni.Alasan je dah tak munasabah...Kalau pun takut jangan la sampai tunjukan baculnya.Bagi la alasan orang dewasa jangan ikut puak umno yang semenjak dua ni asyik bagi alasan mengarut je...Nampak sangat hang acuan umno...Kalu berani bertempur dibarisan hadapan bukan sembunyi dalam toilet...Hang ni betoi la kulit tebal,tak tau malu kot.....firus-firus...

Eksklusif: Langgar Perjanjian Di China, Proton Disaman USD146 Juta Oleh Syarikat Terbabit !!



CHINA - Syarikat Automobil Malaysia iaitu Proton dikatakan telah melanggar satu perjanjian dengan sebuah syarikat di China bagi industri kenderaan di negara berkenaan. Menurut Agensi, syarikat China berkenaan Goldstar Heavy Industrial, telah menyaman Proton kira-kira USD 146 Juta. Kedua-dua syarikat berkenaan dikatakan telah menjalankan usahasama bersama Proton, namun dilaporkan Dongguan China, Goldstar telah gagal untuk mendapatkan lesen bagi usaha sama berkenaan. Proton juga dilaporkan telah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah lagi syarikat China Jinhua Youngman Automobile Manufacturing, untuk menjual kira-kira 30,000 model Gen 2 di China. Saman berkenaan telah dibuat difailkan di wilayah Guangdong bagi menuntut pampasan yang dikatakan kerugian kira-kira 1 Bilion Yuan.

[Dengan perkembangan terbaru ini, maka fahamlah kita kenapa kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 melambung tinggi seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Agaknya, ia bagi menampung perbelanjaan membayar saman yang dibuat oleh syarikat terbabit. Sungguh memalukan bila Proton melanggar perjanjian yang telah dimeterai dengan syarikat China itu. Mungkin, inilah amalan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan dan badan korporat di negara ini bila "rasuah masih bermaharajalela". Justeru itulah kita tidak hairan, jika ada perjanjian yang telah dimeterai dipermainkan sesuka hati mereka. Inilah yang berlaku kepada negeri Trengganu, biarpun perjanjian pembayaran royalti oleh kerajaan pusat dengan kerajaan negeri telah dimeterai sekian lama. Namun, mudah sahaja dipermainkan oleh UMNO dan BN menjadi "wang ehsan" gara-gara PAS merampas negeri itu dulu. Kini, tatkala BN kembali memerintah dan menjelangnya pilihanraya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi, maka wang ehsan itu kembali ditukar menjadi wang Royalti].