Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Presiden Reformis dipecat!

Majoriti exco Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) – popular dengan ugutan untuk berdemonstrasi bogel – telah menggugurkan presiden penajanya Ramlan Abu Bakar.

Timbalan presiden Badrul Hisham Mohd Hanafiah memberitahu Malaysiakini, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas lapan orang exco semalam.

Surat rasmi mereka kepada Ramlan dikirim melalui pos tengah hari ini.

Badrul Hisham menambah, mesyuarat itu juga memutuskan untuk melantiknya sebagai pemangku Reformis sehingga suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Mereka juga memutuskan melarang Ramlan menggunakan nama organisasi tersebut dalam segala kegiatannya dan kenyataan kepada media.

“Tetapi kalau beliau hendak mengeluarkan kenyataan secara peribadi, kita tidak boleh halang,” tambah Badrul Hisham.

Badrul Hisham juga berkata, Reformis kini beralih arah menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengekalkan kadar sewa unit di kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak RM124 sebulan bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Reformis sebelum ini mengugut mengadakan demonstrasi berbogel sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa kepada RM250 sebulan.

Diminta mengulas dakwaan Ramlan semalam yang berkata Reformis merupakan “jenama” asalnya, Badrul Hisham berkata, sumbangan Ramlan dalam bentuk modal di peringkat awal penubuhan NGO itu memang diakui.

Bagaimanapun, tambahnya, Ramlan “lari daripada konsep Reformis secara keseluruhannya” yang menyebabkan beliau terpaksa dipinggirkan. - Malaysiakini

0 comments: