Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Dengarlah wahai semua..!!!

Semakin hari semakin sukar untuk kita mentafsir segala macam bentuk tindakan yang berlaku disekeliling kita.Pada mulanya semua rasa selamat mahu disematkan dalam tiap diri kita kini semakin pudar dan hilang kepercayaan.

Seawal pagi aku menerima panggilan dari sahabat lama yang menghilang dan muncul semula selepas mengetahui aku kini berada di arena politik.Tujuannya satu mahu aku mendengar rintihan dan keluh kesah hati mereka-mereka yang bergelar RAKYAT.Mulanya akau seakan tidak percaya akan apa yang diucapkan namun aku kembali membuka hati dan minda menerima dan meneruskan perbualan tersebut.

Dalam perbualan itu sahabat aku menyatakan bahawa mereka semakin gusar dan takut dengan apa yang berlaku.Jika dulu kedamaian dijanjikan oleh sang pemerintah kepada mereka kini tiada lagi.Mereka takut dengan segala macam kejadian-kejadian yang berlaku.Dari sang pemerintah kepada Rakyat,dari Sang Boneka kepada Rakyat hinggalah dari manusia sesama manusia.

Diakhir katanya sahabatku menyatakan jauh disudut hati RAKYAT mereka hanya mahukan sesuatu yang boleh membina kepercayaan mereka dan membuka lembaran baru buat mereka.Bukan segala macam ketidak puasan hati sang pemerintah dan segala mungkin yang berada di tampuk penguasa untuk dipertontonkan.kami hanya mahukan secebis perasaan dari semua agar tahu dan fahami bahawa kami ialah RAKYAT penentu yang nyata atas kuasa yang telah Allah swt kurnia,jadi hormatilah kami.Jadilah peniaga yang baik yang jujur menjual hasil barang dan membuka hati kami untuk memilikinya kerana kebaikan dan keelokannya.Kerana kami hanya mahaukan sesuatu yang BAIK,ELOK dan MEYAKINKAN bukan yang bersifat sementara.

Sebelum kami berpisah sahabat ku turut menyatakan bahawa sya tunjukan kepada kami erti sebenar bergelar RAKYAT dan bukan HAMBA kepada PEMERINTAH..!!

3 comments:

Unknown berkata...

Keamanan dan kedamaian bukan milik kita tapi pemimpin UMNO. Mereka dikawal polis siang malam pagi petang. Inilah harga keamanan yang dilaung-laungkan setiap kali pilihan raya sebab mereka memerintah kononnya selamat. Selamat itu milik Allah

Mozas berkata...

Pengajaran Besar dari Kes Tian Chua Kepada Rakyat Malaysia:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/pengajaran-besar-dari-kes-tian-chua.html

Mozas berkata...

Muslihat Halus Anwar Melantik Penasihat Undang-undang Sendiri di Jajahan Pakatan Haram!:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/muslihat-halus-anwar-melantik-penasihat.html