Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Isu Gaza Kerajaan Masih Pertahankan APCO..!!

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berbuat kezaliman, maka kamu akan diazab api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain Allah, kemudian kamu tidak akan ditolong." (Surah Hud: 113)

Ayat diatas jelas menunjukan bahawa Allah swt telah pun mengingatkan kepada ummat manusia akan segala balasan dan juga azab Allah swt terhadap mereka-mereka yang bersifat zalim.Kezaliman ini bukanlah hanya kepada sesuatu hal yang dizahirkan namun ia juga mampu dikatakan zalim cukup dengan sekadar perkataan.

Mutakhir ini kita dikejutkan dengan beberapa budaya-budaya songsang amalan dan juga ikutan yang diamalkan oleh kaum yahudi yang mana di dalam budaya mereka sendiri soal HALAL dan HARAM itu bukan persoalan yang mereka pentingkan ialah habuan dan juga kepentingan mereka sendiri.Namun kini kita dapat lihat ia semakin cenderong kepada negara ini.Bermula dengan keputusan Kerajaan yang ada untuk mengHALALkan JUDI,kini kita berhadapan dengan satu lagi bentuk kezaliman yang nyata.

Tatkala mana semua pejuang-pejuang yang berkumpul bagi membantu rakyat di Palestine berkonvoi bagi menghantar misi bantuan untuk penduduk disana mereka diuji dengan satu ujian dalam bentuk kezaliman dari tentera zionis Laknatullah.Pelbagai alasan diberi kononya tentera zionis menyatakan bahawa mereka perlu bertindak balas kerana diserang terlebih dahulu oleh aktivis tersebut merupakan sesuatu yang dangkal.Apakah kesemua aktivis itu hanya perlu menunggu diri mereka dizalimi ataupun menerima ketibaan tentera zionis dengan pelukan mesra baru dipanggil sebagai tidak bertindak melawan?Pastilah itu bukan caranya,kerana mereka tahu bahawa mereka berdepan dengan tentera zionis yang tiada perikemanusiaan.

Namun begitu juga di negara ini.pihak kerajaan kononnya bertindak mengatakan bahawa mereka kesal dengan kejadian yang berlaku dan bersimpati akan tetapi pada peringkat kerajaan yang ada sendiri mereka gagal untuk melaksanakannya.Kerajaan yang ada diminta untuk mengadakan sidang parlimen tergempar bagi membincangkan isu ini turut gagal.Yang menambah kesal ialah sikap Kerajaan yang ada yang masih mahu mempertahankan syarikat APCO untuk terus kekal berada di Malaysia dan Kerajaan dan bagi isu ini APCO telah memainkan peranannya dengan mengarahkan agar kesemua Rakyat Malaysia yang ditahan dibebaskan atas nama kerjasama.

Jawapannya mudah selagi peringkat yang di depan mata ini tidak dibersihkan dan diperbaiki pasti ada kepincangan nya..

6 comments:

Pacifist berkata...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

kering berkata...

Selagi Umat Islam x kembali kepada Al-Quran dan ajaran Rasul,selagi itulah keadaan ini akan berlarutan..Selagi penguasa2 negara mengguna pakai undang2 kafir di bumi ALLAH,selagi itulah ALLAH tidak akan menghidupkan Roh Islam dan Jihad dihati rakyat jelata..Selagi negara2 Islam dipisahkan dgn sempadan Politik,selagi itulah Palestin akan dibedil..Selagi jemaah solat Subuh tidak seramai jemaah Solat Jumaat,selagi itulah ALLAH akan menangguhkan kemenangan Islam..Kerana Islam itu bergerak dlm jemaah,bkn terpisah-pisah..Selagi hati2 umat Islam tidak disatukan dibawah satu Khalifah,selagi keadaan ini dan berterusan dan bumi menanti janji2 ALLAH untuk mrmbersihkan dunia ini sebelum tibanya Al-Mahdi..

Mozas berkata...

Khalid Samad Fitnah Hakim Untuk Mempertahankan Tian Chua, Ahli Parlimen Ehsan Mahkamah! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/pengajaran-besar-dari-kes-tian-chua.html

Mozas berkata...

Malaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/malaysiakini-batu-api-melagakan-dr-mohd.html

Mozas berkata...

Dua Tindakan Wajib Pakatan Apabila Kuasai Putrajaya! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/07/dua-tindakan-wajib-pakatan-apabila.html

Mozas berkata...

Anwar iri hati kerana saiful "ada hubungan romantis" dengan Farah? Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/08/anwar-iri-hati-kerana-saiful-ada.html