Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Rakyat anda sedang ditindas..!!




Nota Ringkas yang berbunyi :

terima kasih kepada Kerajaan yang ada kerana membenarkan semua sangkaan bahawa anda diperkuda oleh APCO sehingga membuatkan rakyat terus terbeban dan tertindas.Kenaikan harga minyak ron97 yang baru dilaksanakan ini merupakan satu lagi hujah kukuh dan benar untuk kita bergerak dan bertindak untuk menjatuhkan UMNO/BN dengan secepatnya.

Rakyat sedang DIDAHULUKAN.....

Rakyat terus-terusan dirompak dan dizalimi

Baru seminggu kita memasuki tahun yang baru iaitu tahun 2011 yang membuka tirai dengan semangat baru oleh semua rakyat yang ada.Semangat dan pelbagai azam-azam baru dinyatakan dalam mengisi ruang -ruang itu namun secara hakikat dan realitinya itu semua dilakukan bagi mententeramkan hati yang meruntum dek kerana kerakusan pemerintah yang ada.

Penghujung 2010 negara dari segi ekonominya tercalar dan rakyat ditindas dalam keadaan yang paling jelas.Kenyataan menteri yang pada mulanya memberikan janji-janji manis dengan tidak menaikan harga minyak (ron95) akhirnya mereka juga yg menodai janji tersebut apabila sebulan kemudian harga barangan seharian rakyat dan juga bahan bakar paling asas kegunaan rakyat dinaikan secara mendadak.Rakyat di kampung terpinga-pinga bila mengetahui hak mereka dinodai dan mula merungut apabila harga barangan keperluan mereka yang saban hari dibeli di kedai terpalit dengan harga yang baru.Namun apa kerajaan yang zalim lakukan ialah dengan mengarahkan semua media masa menggunakan penyelarasan harga sebagai lakaran muka depan akhbar mereka.Siapa yang tertindas dan mengalami segala kesusahan ini kalau bukan Rakyat.

Untuk itu rakyat perlu disedarkan yang hak mereka bukan sahaja sedang dirampas,dinoda dan diperkecilkan akan tetapi hak mereka sedang dicuri dan dirompak oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO/BN yang ada.Apakah dengan membina banggunan berjumlah 5 billion itu sudah boleh menyelesaikan masalah rakyat?Apakah dengan membina perkuburan VIP berjumlah 70 juta itu sudah memberikan Rakyat terpinggir sebuah rumah yang dipanggil rumah?Tahukah rakyat kos pembaikian rumah Sri Perdana itu menjangkau sehingga 65 Juta?Pastilah jawapanya tidak,isu rakyat terpinggir,rakyat luar bandar rakyat miskin tegar adalah yang lebih memerlukan semua peruntukan itu dari sebuah negara yang "gah dimata tapi hakikatnya rakyatnya adalah dikalangan mereka yg miskin tegar "

Akhirnya kesanya ialah yang miskin semakin papa kedana yang kaya semakin membuncit dengan kekayaan mereka

Khidmat salun percuma Puteri Umno remeh- Srikandi

Norutul Ilham SK | 3 Jan 2011, 02:18 pm

Penganjuran khidmat salun rambut percuma “Barber On Wheel” oleh Puteri UMNO yang diadakan di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang semalam, disifatkan sebagai usaha remeh.

Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, Puteri Umno seharusnya menganjurkan program yang lebih bermanfaat seperti mendalami masalah rakyat di peringkat akar umbi yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Puteri UMNO sepatutnya memikirkan masalah kenaikan isi rumah yang melanda rakyat kini. Mereka sepatutnya memberikan penjelasan berkaitan kenaikan harga barangan harian yang telah menjejaskan ekonomi keluarga terutama yang berpendapatan rendah.

“Sekiranya mereka begitu menitik berat kesusahan rakyat, sepatutnya banyak perkara lain yang lebih besar patut diberikan percuma. Setakat gunting rambut itu sangat kecil,” katanya ketika mengulas penganjuran program berkenaan.

Secara sinis Aisyah berkata, sekiranya Puteri Umno serius untuk membantu golongan tidak berkemampuan, mereka juga disaran supaya memberi bantuan kepada masyarakat luar bandar.

“Saya rasa mereka patut utamakan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar kerana masih ramai di kalangan penduduk pedalaman yang hidup dalam kedaifan,” katanya.

Siti Aishah juga berpendapat penganjuran itu hanya sekadar “gula-gula” bagi meraih sokongan rakyat di kawasan berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU) yang akan datang.