Norutul Ilham SK | 3 Jan 2011, 02:18 pm
Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, Puteri Umno seharusnya menganjurkan program yang lebih bermanfaat seperti mendalami masalah rakyat di peringkat akar umbi yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.
“Puteri UMNO sepatutnya memikirkan masalah kenaikan isi rumah yang melanda rakyat kini. Mereka sepatutnya memberikan penjelasan berkaitan kenaikan harga barangan harian yang telah menjejaskan ekonomi keluarga terutama yang berpendapatan rendah.
“Sekiranya mereka begitu menitik berat kesusahan rakyat, sepatutnya banyak perkara lain yang lebih besar patut diberikan percuma. Setakat gunting rambut itu sangat kecil,” katanya ketika mengulas penganjuran program berkenaan.
Secara sinis Aisyah berkata, sekiranya Puteri Umno serius untuk membantu golongan tidak berkemampuan, mereka juga disaran supaya memberi bantuan kepada masyarakat luar bandar.
“Saya rasa mereka patut utamakan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar kerana masih ramai di kalangan penduduk pedalaman yang hidup dalam kedaifan,” katanya.
Siti Aishah juga berpendapat penganjuran itu hanya sekadar “gula-gula” bagi meraih sokongan rakyat di kawasan berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU) yang akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan