Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




KATA NAJIB ????

Malaysia tidak alami kemelesetan ekonomi teknikal tahun depan – Najib

05/11/2008 1:34pm

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penambahan RM7 bilion yang diumumkan semalam mencukupi untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.

“Penambahan RM7 bilion amat sesuai sebab kita tidak mahu defisit kerajaan terlalu tinggi, walau pun kita ada kemampuan untuk tambah peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas wawancara khas “Rancangan Khas Pelan Penstabilan Ekonomi” bersama RTM di sini.

“Saya dah kata...ini (tambahan kepada bajet) bukan kali terakhir, kita tak perlu tunggu masa belanjawan kerana kita menghadapi keadaan yang luar biasa,” katanya, apabila ditanya mengenai sama ada terdapat sebarang tambahan seterusnya rangsangan pada pelan penstabilan ekonomi seperti yang diumumkannya semalam.

Beliau telah ditanya mengenai cadangan pihak pembangkang untuk mengurangkan sebanyak RM24 bilion daripada cadangan Bajet 2009.

Katanya cadangan pembangkang itu bersifat menguncup dan menunjukkan mereka masih terikat dengan “pemikiran lama pada tahun 1997 (seperti) yang disaran dilakukan oleh Dana Matawang Antarabangsa (IMF).”

“Sebenarnya, kita tidak patut mengurangkan belanjawan kerajaan dalam masa sekarang. Yang penting sekarang adalah pertumbuhan kerana kalau tiada pertumbuhan ekonomi, maka negara akan menjurus ke lembah kemelesatan,” katanya. — BERNAMA.



Itu kata Najib kata Tuhan macam mana pulak.Renung-renungkanlah jangan kerana sedikit keistimewaan kita ingat kita boleh tentukan semua yang akan berlaku..

Buat Naji jangan angkuh sangat sesekali tunduk kebawah sama,banyak yang perlu anda tengok & belajar lagi..!!

HAPPY BIRTH MATSAMANKATI

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MATSAMANKATI...( 4/11/)

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
TERUSKAN BERKARYA & TERUSKAN PERJUANGAN

Calling to All Perakians…

Program: Taklimat Penerangan dan Isu-Isu Semasa.

Tempat: Dewan Serbaguna SUK Negeri Perak.
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Tarikh: 22/11/2008 (Sabtu)

Aturcara program:

1. Keynote Address dari MB Perak.
2. Taklimat program dari Cikgu Azmi Abdul Hamid (TERAS), Fasilitator Program.
3. Forum: 3 Orang Exco
4. Bengkel.
5. Dialog

Semua bloggers (Terutama diPerak ataupun yang berminat tentang Perak) dijemput untuk menghadiri program ini. Sila hubungi kami di go-perak@rentaprevolusi.com untuk sebarang pertanyaan. Masuk adalah percuma. Sila isi borang untuk pendaftaran kehadiran anda.Penyertaan akan ditutup esok.Harap maklum

Terbaru !!



Pembentangan Bajet oleh Menteri Kewangan tidak mengikut peraturan Dewan.Ini telah menyebabkan sidang terpaksa ditangguhkan dengan lebih awal lagi.Perkara ini telah diputuskan oleh Speker Dewan sendiri.Kalau cakap marah tapi inilah yang berlaku apabila cakap besar tapi semua tak boleh pakai.Pada Najib ini baru sikit Tuhan bagi,yang akan datang lagi banyak.

Turunmu bukan kerana kalah!!!



Akhirnya turunlah sudah replika DSAI yang diletakkan oleh pihak tertentu di satu kawasan ini.Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah melakukannya kerana menghormati pandangan sesetengah individu.Apa pun buat Puak kerajaan usha ini dilakukan bukan kerana ANDA akan tetapi ia adalah kerana pimpinan atasan PR sendiri.Apapun sekali lagi diucapkan Terima kasih....Ikhlaskan hati,teruskan perjuangan...

Lawan tetap Lawan !!!

LEBUR !!!!

Pada 16 Oktober lalu Perdana Menteri Abdullah Badawi mengumumkan semua projek - projek di 6 koridor negara - Koridor Ekonomi Wilayah Utara ( NCER), Koridor Ekonomi Pantai Timur ( ECER ),Iskandar Malaysia ( ISKANDAR),Koridor Pembangunan Sabah ( SDC ) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak ( SERC ) dibekukan dan sebahagiaan darinya akan dilupuskan ekoran kemelesetan Ekonomi negara.

KORIDOR UTARA
Perlis,P.Pinang,Hulu Perak,Kerian,Kuala kangsar,Larut Matang & Selama
KOS : RM 30.5 BIL

KORIDOR PANTAI TIMUR
Kelantan,Terengganu,Pahang
KOS : RM 2.6 BIL

WILAYAH ISKANDAR
Johor Bahru,Jeram Baru,Sg.Karang,Serkat,Pulau Kukup,Ayer Masin.
KOS : RM 12.2 BIL

KORIDOR UTARA
Bintulu,Kapit,Sibu,Mukah,Sarikei
KOS : RM 7 BIL

KORIDOR SABAH
Sabah
KOS 19,23 BIL

INILAH JUMLAH YANG TELAH LEBUR!!

Pelancaran NCER dan ECER sahaja mencecah RM 30 juta.Berdasarkan jumlah ini,tidak sukar untuk kita anggarkan kos bagi majlis pelancaran kelima-lima koridor ini tidak kurang RM 60 juta.

SUMBER SUARA KEADILAN

SYA : Sudah jutaan ringgit dibelanjakan Kerajaan ketika melancarkan Koridor-Koridor ini.Apa la nasib rakyat yang digunakan tu duit rakyat jugak.Bagi mereka apa la sangat asalkan poket diaorang masuk.

PM dulu : PETRONAS ( BAILOUT syarikat KRONI & anak )

PM sekarang : SCOMI ECM LIBRA ( guna wang rakyat untuk projek anak & menantu )

YANG belum jadi PM : KWSP ( 5 billion wang rakyat untuk syarikat Valuecap Sdn.bhd )


Nasib- Nasib!!!!!Lu orang pikir la Sendiri........

ADOIYAI!!!!

Najib sah jadi president UMNO! Ini yang dinyatakan oleh pihak media apabila Najib disahkan menang tanpa bertanding menjelang malam tadi.Nampaknya tak tidur malam la Rosma sebab tak sabar nak berpindak ke Seri Perdana.Lagi satu yang tak masuk akalnya dah la tak ada pencabar macam mana nak ada perlawanan,dah memang sah-sah dia sorang je yang rebut jawatan tu....Adoiyai nak kata xpandai sampai jadi TPM,Yelah yang dia pandai menipu je ....Apa la malangnya nasib generasi akan datang,jangan dah tak serupa orang dah la.....Buat mereka yang rasa nak mula berkuasa tu ingatlah Tuhan sama ya...Jangan ingat kita punya kuasa untuk semua ketentuan.Pandang yang atas sama!!!!Apapun Tuhan Maha Tahu,Perancangan Tuhan lebih baik.....Amin!!!!