Malaysia tidak alami kemelesetan ekonomi teknikal tahun depan – Najib
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penambahan RM7 bilion yang diumumkan semalam mencukupi untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.
“Penambahan RM7 bilion amat sesuai sebab kita tidak mahu defisit kerajaan terlalu tinggi, walau pun kita ada kemampuan untuk tambah peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas wawancara khas “Rancangan Khas Pelan Penstabilan Ekonomi” bersama RTM di sini.
“Saya dah kata...ini (tambahan kepada bajet) bukan kali terakhir, kita tak perlu tunggu masa belanjawan kerana kita menghadapi keadaan yang luar biasa,” katanya, apabila ditanya mengenai sama ada terdapat sebarang tambahan seterusnya rangsangan pada pelan penstabilan ekonomi seperti yang diumumkannya semalam.
Beliau telah ditanya mengenai cadangan pihak pembangkang untuk mengurangkan sebanyak RM24 bilion daripada cadangan Bajet 2009.
Katanya cadangan pembangkang itu bersifat menguncup dan menunjukkan mereka masih terikat dengan “pemikiran lama pada tahun 1997 (seperti) yang disaran dilakukan oleh Dana Matawang Antarabangsa (IMF).”
“Sebenarnya, kita tidak patut mengurangkan belanjawan kerajaan dalam masa sekarang. Yang penting sekarang adalah pertumbuhan kerana kalau tiada pertumbuhan ekonomi, maka negara akan menjurus ke lembah kemelesatan,” katanya. — BERNAMA.
Itu kata Najib kata Tuhan macam mana pulak.Renung-renungkanlah jangan kerana sedikit keistimewaan kita ingat kita boleh tentukan semua yang akan berlaku..
Buat Naji jangan angkuh sangat sesekali tunduk kebawah sama,banyak yang perlu anda tengok & belajar lagi..!!
0 comments:
Catat Ulasan