Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN-PANDANGAN PAKAR PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN

Asalamualaikum semua,

Saya salinkan disini untuk tatapan (maaf hanya bahasa Inggeris), pandangan dan pendirian bekas hakim mahkamah rayuan NH Chan mengenai penghakiman hakim-hakim mahkamah rayuan (lima minit berlisan) pada 22 mei 2009 jam 3.45 petang.

Saya telah cadangkan beberap peguam untuk mengalihbahasakan kedalam BM supaya ramai lagi bolih mendapat munafaat dari pendirian tersebut. Salam maju jaya.

BACA LANJUT DI KAMPARIN

ZAHID HANTAR EZAM WAKIL DIA????

Husam tunggu Zahid hingga jam 9.35 malam di Sri Pentas

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menunggu Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hingga jam 9.35 malam di Sri Pentas, tempat berlangsungnya rancangan itu, sebelum meninggalkannya.

Mereka berdua sepatutnya berhujjah dalam rancangan Hujah TV 9, namun Zahid menarik diri di saat akhir dengan menggantikannya dengan Ezam Mohamad Nor.

"Setelah tiba di Sri Pentas Bandar Utama, untuk menyertai program Hujjah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran.

"Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual Menteri.

"Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya.

"Saya mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempat saya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK," tulis Husam dalam blognya.

SALAM INGATAN DARI SYA REFORMIS!!!

Sya mintak maaf di atas kekurangan mengupdate blog ini kerana agak sibuk menguruskan hal parti.

Insyaallah selepas ini sya akan berikan rumusan mengenai apa yang berlaku di Penanti nanti...

harap semua bersabar ya....

salam perjuangan,salam REFORMASI!!!!LAWAN TETAP LAWAN!!!

DS Ir Nizar Bakal Pesuruhjaya PAS Perak..?

Menurut Tok Guru Hj. Ahmad Awang, pada usia 74 tahun ketika ini beliau merasa patut berundur daripada memimpin organisasi PAS yang lebih memerlukan pemimpin pantas, dinamik dan progresif. Tok Guru adalah pemimpin paling senior (dari segi umur) yang mendapat pencalonan untuk bertanding pada muktamar Jun ini.

Bersama dengan keputusan menarik diri daripada pertandingan di peringkat PAS Pusat, Tok Guru Hj. Ahmad Awang juga memaklumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Perak yang telah diamanahkan kepadanya sejak 8 tahun lalu.

Kata Tok Guru dalam ucapannya, "Saya telah memaklumkan hal ini (melepaskan jawatan PJ) kepada Dato' Seri Presiden sebentar tadi".

"Keputusan ini bukan bermaksud saya akan meninggalkan perjuangan ini. Saya tidak akan meninggalkan kerja-kerja perjuangan PAS. Saya akan tetap bersama PAS tetapi bukan sebagai pemimpin organisasi di peringkat Pusat atau negeri. Saya akan memberikan tumpuan kepada tugasan yang telah lama saya lakukan iaitu meneruskan usaha dakwah selagi ada hayat". Demikian penjelasan Tok Guru Hj. Ahmad Awang.

Semua perwakilan yang diminta memberi komen tentang keputusan Pesuruhjaya PAS Perak itu amat mengalu-alukan keputusan yang disifatkan sebagai 'berjiwa besar' dan 'memandang jauh ke hadapan'.

Sehubungan dengan itu PAS Perak sessi 2009-2011 yang akan bermula selepas Muktamar PAS Pusat awal Jun ini akan mendapat Pesuruhjaya baru. Antara nama-nama yang memimpin PAS Perak ketika ini ialah Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain (TPJ 1), DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin (TPJ 2), Hj. Asmuni Awi (TPJ 3), Hj. Abd Rahim Md Ariff (SU), Dr. Hj. Khairudin Dato' Hj. Abdul Malek (Bendahari), Ustaz Mohd Misbahul Munir Hj. Masduki (Ketua Penerangan) dan Ustaz Suid Din (Ketua Dewan Ulama').

Selain itu antara nama-nama yang turut dikaitkan dengan PAS Perak ketika ini ialah Dr. Mujahid Yusof (Ahli Parlimen Parit Buntar) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

Nama-nama yang paling banyak disebut untuk mengisi amanah ini ialah DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin dan Hj. Asmuni Awi.

Baca selanjutnya di [sini]...

Solat Jumaat Bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh-malaysiakini



Yb Dato' Seri Anuar Ibrahim
(Ahli Parlimen Permatang Pauh)

Yb Abdul Malik Kassim
(EXCO Agama Negeri Pulau Pinang)

Pada: 29 Mei 2009 
Tempat :Masjid Haji Saat, Tanah Liat
Jam: 1.00ptg

KAK MINAH KENA SOGOK???


Aminah kata disogok!!!alamak betul ke????

apa pun kalau betul siasat dan buat la tindakan,jangan main cakap je ya!!!

AMBOI KAK MINAH SAYANG,KAK MINAH KAKI TEMBERANG!!!!!

HAHAHAHAHAHAHHAHAHHAHHHAHHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAAHHAHHA.....

HARUSANI DAH WAJIB SERTAI UBN!!!

Harusani ni buat hal lagi nampaknya ya!!!Nampak sangat dia ni memihak kepada pemerintah yang zalim dari RAKYAT yang BAYAR gaji dia...!!!!

Kalau nak sangat jawatan dan nak NAMA pi letak jawatan dan masuk politik dan yang lebih TEPAT lagi masuk UBN kan senang cakap!!!!

Ni jangan berselindung di sebalik jawatan MUFTI dan MENGGUNAKAN ISLAM sebagai perisai hang pulak!!!

TAK DA AKAI KE!!!!!AKU HARUSKAN HANG MASUK UBN LA PAK MUFTI OI!!!!!ADOIYAI!!