Isu judi kini bukan lagi perkara baru buat rakyat di negara ini.Walaupun sejak pusat-pusat judi di negara ini dibuka dari dahulu hingga sekarang,dari kecil-kecilan sehingga ke puncak gunung semua rakyat di malaysia ini tahu bahawa judi itu HARAM.Jika ada yang melalui hadapan kedai judi-judi yang ada pasti akan dapat melihat ia tertulis bahawa Judi Itu Haram Bagi Orang Islam.namun sejauh mana ia diambil berat dan dipandang penting oleh mereka khusunya orang melayu.Pergi sahaja dimana-mana pusat judi yang ada pasti aja akan ada kelibat orang melayu yang berada di dalamnya untuk turut sama memancing duit dengan cara yang HARAM itu.
Kini isu ini semakin dipermainkan oleh sang pemerintah apabila arahan terbaru yang dikeluarkan baru-baru ini yang dibaca oleh wakil kementerian yang merupakan seorang melayu yang menyatakan bahawa hasil judi sebenarnya mampu menaikan kadar ekonomi negara ini.Amatlah malang,sedih dan terasa hina Melayu yang ada apabila sesuatu yang jelas dinyatakan oleh Allah swt di dalam al-quran bahawa sesungguhnya:
Ayat 90, surah al-Maidah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."
Namun kini ia dipermainkan oleh pemimpin Melayu yang kononnya Islam.Pemimpin sebuah negara Islam hanya kerana mahukan Duit,Kekayaan dan juga segala macam bentuk harta bagi mengisi kesenangan mereka sendiri.Islam itu sudah tiada nilai lagi bagi mereka kerana bagi mereka segala hukum Allah swt itu sudah bisa mereka tukar dan mereka pergunakan dan ini jelas dengan adanya tindakan terbaru ini.
Allah swt yang memperlihatkan segala macam bentuk kekuasaan dan juga pembalasan nyata kepada manusia tentang apa sahaja kejahatan dan dosa yang mereka lakukan pun tidak diendahkan oleh manusia inikan pula apa yang dilakukan kearajaan yang ada yang hanya memasang satu papan tanda kecil yang tertulis JUDI ITU HARAM UNTUK ORANG ISLAM di kedai-kedai judi yang ada.Apakah kita fikir manusia-manusia ini akan akur???
Sedarlah bahawa ini bukan lagi kerajaan yang perlu kita tunduk dan patuhi lagi,kerana kali ini kamu bukan mempermainkan adat tetapi kamu mempermainkan HUKUM Islam,Ayuh Bangkit semua pejuang islam kerana saat ini Islam sedang diremehkan..!!
Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."
Ayat 219, surah al-Baqarah.
5 comments:
Saudaraku yang baik hati,
Aku menulis surat ini di pagi sesudah Pakatan Rakyat memenangi kerusi Sibu. Aku tahu bahawa kaum kerabat Pakatan Rakyat sedang dalam keriangan. Syabas! Aku tahu kau juga sedang tersenyum puas kerana kemenangan ini. Aku hanya ingin sama menumpang berkongsi riang.
Kemenangan di Sibu rasa aku adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan. Kemenangan itu adalah manifestasi kebencian majoriti warga Serawak yang telah bosan dengan tindak tanduk dan rompakan gerombolan manoriti Melanau. Hari-hari akhir hegemoni Melanau telah kelihatan. Ini aku amat yakin.
Sebelum kau terus membaca surat aku ini, aku perlu minta maaf terlebih dahulu. Ini kerana surat ini akan membawa berita yang tidak akan mententeramkan hati kau.
Aku sebenarnya adalah pembawa ayat-ayat songsang. Aku pembawa ayat-ayat setan yang selalu tidak menyenangkan hati. Aku menjadi perawi yang membawa surah-surah yang mengegarkan keyakinan diri.
Ingin aku beri tahu bahawa isi surat ini telah aku fikirkan ketika kiraan undi semakin melonjak untuk Pakatan Rakyat. Setiap kali undi melonjak setiap kali degup jantung aku bergegar. Apakah kau faham apa yang ingin aku katakan ini?
Aku mahu kau sedar bahawa kemenangan di Sibu adalah notis akhir untuk menghantar Anwar ke tali gantung. Kau faham?
bersambung di:
http://tukartiub.blogspot.com/2010/05/sila-baca-ini-dahulu.html
Pengajaran Besar dari Kes Tian Chua Kepada Rakyat Malaysia:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/pengajaran-besar-dari-kes-tian-chua.html
Khalid Samad Fitnah Hakim Untuk Mempertahankan Tian Chua, Ahli Parlimen Ehsan Mahkamah! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/pengajaran-besar-dari-kes-tian-chua.html
Muslihat Halus Anwar Melantik Penasihat Undang-undang Sendiri di Jajahan Pakatan Haram!:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/muslihat-halus-anwar-melantik-penasihat.html
Catat Ulasan