Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Aku Angkat Ketuanan Rakyat!

Selepas sahaja kongres Nasional KEADILAN baru-baru saya menerima banyak panggilan dan juga sms yang bertanyakan soal penghapusan Ketuanan Melayu yang kononya cuba dihapuskan oleh KEADILAN seperti mana yang dicanang oleh puak dan juak UMNO/Perkasa.Mereka tanya apakah sudah tiada sentimen melayu di dalam KEADILAN sehinggakan KEADILAN sanggup untuk menghapuskan hak melayu tersebut.

Untuk itu saya terpanggil untuk menyatakan apa yang difikirkan wajar.Untuk pengetahuan semua tidak ada langsung erti kata ataupun satu usul di dalam KEADILAN mahu menghapuskan "Ketuanan Melayu " yang menjadi isu kini.Namun apa yang disarankan dan yag mahu dibawa ialah kita mahu mengangkat "Ketuanan Rakyat " itu jauh lebih baik dan juga penting berbanding " Ketuanan Melayu ".Apakah ia menjadi permasaalahan dan kerisauan dikalangan Melayu sehinggakan Perkasa gegak gempita membuat laporan polis melatah dan menunjukan bahawa merekalah pejuang melayu?

Teman-teman apa yang dibawa dalam konsep menegakan "Ketuanan Rakyat " ialah apabila kita mahu pembelaan itu diberikan kepada semua kaum dan bangsa yang mana menjadi fokus kita agar yang miskin terbela yang daif dapat hidup sempurna yang hina dipandang mulia dan akhirnya semua yang miskin tegar mampu kecapi hidup sempurna dan selesa atas nama rakyat.Apakah itu menjadi salah..?

Namun kini kita lihat kalau "Melayu " yg disentuh maka tercuit,melatah bagai nak perang dunia akan tetapi bila agama menjadi bahan senda dan juga mainan tiada perkasa..tiada UMNO..dan tiada Mufti yang bangkit menyuarakan.Semua diam membisu tanda mulut dipaku dan yang akhirnya menjadi mangsa ialah Rakyat yang diperguna...

Antara "Mengangkat Ketuanan Melayu dan Rakyat" aku lebih rela memilih memperjuangkan "Ketuanan Rakyat " .Biar Jadi Melayu Bermaruah dari jadi Pejuang Melayu namun Hak Melayu tergadai yang miskin papa kedana yang kaya terus bahagia yang kroni dibela yang rakyat miskin dibiar merempat dan merana.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

minta exchange link tanda sokongan :D

NAMWEE TAK BERSALAH-NAZRI

Irwan berkata...

anda cakap macam anda sdah paham dengan perjuangan PKR dalam isu ini. boleh kongsikan apa plan tindakan PKR untuk mengangkat kembali ketuanan Melayu, tu?

Hmmm..sedangkan Anwar pun tak mampu nak lari dari kes liwatnya..nak bela orang pulakk...

generasi Malaysia post-Mahathir ramai yang rebellious. Jangan kerana ego yang tah kemana itu, kita semua berpecah belah atau menjadi katalis kepada perpecahan...

dan fak komen moderesyen:
http://aderberani.blogspot.com/2010/09/fak-komen-moderesyen.html

Puteri berkata...

ketuanan Melayu umno
bukan ketuanan Melayu Malaysia