Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Tanpa Bantuan UBN,PR akan tetap berkhidmat untuk Rakyat!

Antara Adun-Adun Pakatan Rakyat yang hadir
Dato Seri Nizar menerangkan keadaan kepada pihak wartawan
Dokumen bukti yang tercatat di dalam minit mesyuarat
Yb Idham Lim turut menyatakan pendirian yang sama
Yb Sivakumar turut mempamerkan bukti-bukti bagi menolak dakwaan Dato Seri Zambry

23.02.2010 IPOH : Pagi ini bertempat di Pajabat Pakatan Rakyat Perak telah diadakan satu sidang media bagi menjawab tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Kerajaan UBN yang menyatakan bahawa ketika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dahulu mereka telah meminggirkan Adun-Adun UBN dalam mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa Daerah.Namun Dato Seri Nizar dan Adun-Adun yang lain telah menyangkal tuduhan tersebut.Ini terbukti selepas mereka mengemukakan bukti bahawa ada dikalangan adun dan MP UBN turut dijemput dalam setiap mesyuarat yang diadakan namun mereka gagal hadir dan tidak menghantar wakil bagi tujuan tersebut.

Dato Seri Nizar ketika ditanya mengenai hasrat kerjasama antara PR dan UBN dalam menjaga kebajikan rakyat akan tetapi dilihat seolah-olah dirumitkan oleh Kerajaan UBN menjawab bahawa Adun-Adun PR akan terus berusaha bagi memberikan khidmat dan bantuan kepada Rakyat mengikut kemampuan mereka.Beliau menambah ia tidak akan menjadi halangan buat PR terus berkhidmat kepada Rakyat.
DSN bergambar bersama Pimpinan Pakatan Rakyat
Upacara Yee Sang
DSN menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina untuk penduduk di Kg Simee
Lim Kit Siang diraikan dalam sambutan Ulang Tahun yang ke 69
Lim Kit Siang menyatakan bahawa beliau berdoa agar DSN menjadi MB Perak semula

22.2.2010 Kg Simee,Ipoh : Malam ini bertempat di Pusat Khidmat Adun Caning Yb Wong Ka Wong telah diadakan sambutan Tahun Baru Cina bersama penduduk setempat.Ia dihadiri oleh Dato Seri Mohammad Nizar,Yb Lim Kit Siang Yb Dato Ngeh,Yb Sivakumar da juga Yb Nga Ko Meng beserta dengan beberapa lagi adun-adun Pakatan Rakyat yang lain.Majlis dimulakan dengan ucapan tuan rumah dan seterusnya beberapa ucapan aluan yang lain.

Ucapan YB Lim Kit Siang satu tamparan buat UBN

Dalam majlis ini juga Yb Lim Kit Siang telah diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke 69.Lim Kit Siang dalam ucapannya telah menyatakan suatu perkara yang akhirnya menjawab segala persoalan dan juga menjadikan satu ketakutan baru buat UBN apabila beliau menyatakan bahawa beliau berdoa sempena dengan ulang tahun ini agar Dato seri Nizar kembali menjadi MB Perak dan Yb Sivakumar sebagai Speaker juga Yb Dato Ngeh sebagai Exco Kerajaan Perak.Kenyataan itu sekaligus menutup mulut-mulut mereka yang menyatakan bahawa sekiranya berlaku pilihanraya di Negeri Perak maka sudah pastilah DAP akan meletakan calon melayu dan sekiranya PR menang maka MB Perak akan bertukar individu.Namun malam ini dengan jelas Pemimpin Ulung DAP itu menyatakan bahawa apa jua berlaku Dato Seri Nizar akan tetap diberi mandat untuk menerajui Negeri Perak.

Baca dan Fahami..Jika Benar..Bertaubatlah..!!


Diambil dari laman Fan Club Saiful Bukhari

Rakyat mahu Pemimpin juga FAHAM..!


Apa yang sebenarnya yang berlaku dinegara kita kini.Segalanya dilihat tak kena dan ada sahaja yang nampak kurang betul gaya dan coraknya.Malam ni aku terdetik hati untuk berkata mengenai hak rakyat dan apa sebenarnya fungsi kewujudan parti politik di Negara ini.

Selak saja helaian mana-mana akhbar yang ada di Negara ini baik Hak Milik Kerajaan mahupun Pembangkang pastinya dapat kita lihat ketempangannya.Aku bercakap hari ini mengenai soal pemikiran yang mana rata-rata dari parti politik yang ada melaungkan slogan mahu membela rakyat namun dimana buktinya.Dalam surat khabar di Negara kita keluaran KHAS milik Kerajaan Malaysia dari 20 muka surat ( anggaran) berapa banyakah yang mempamerkan permasaalahan Rakyat dan juga rungutan rakyat mengenai apa yang mereka alami dalam hidup seharian mereka.Kandungan akhbar-akhbar ini kebanyakannya mempamerkan berita mengenai parti politik,pertelingkahan antara mereka dan juga pergolakan dalaman juga cuba jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.Menghentam pihak lawan dan juga mengaibkan beberapa individu yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka.Namun berapa peratuskah ruangan yang disediakan bagi memperlihatkan kesusahan rakyat dan juga mempamerkan derita hidup rakyat yang saban hari berkerja keras bagi meneruskan hidup untuk mendapatkan sesuap nasi.

Apakah kita hanya mahukan rakyat memahami politik perjuangan parti kita namun kita pula seolah-olah mengabaikan dan juga melupakan nasib rakyat yang akhirnya memperlihatkan satu budaya iaitu budaya menerapkan permasalahan parti-parti politik sebagai kerja rumah rakyat untuk berfikir dan berbahas namun nasib segelintir rakyat yang sengsara dipinggirkan.Oleh itu keutamaan kepada rakyat seharusnya dipergiatkan,sepertimana kita mahu rakyat tahu mengenai kita seperti itu juga Rakyat mahu kita Pemimpin tahu mengenai nasib mereka.

Majlis BN , AURA Dato Seri Nizar..!

Bertolak dari Jeti

Pulau Pasir Hitam
Rakyat bergambar bersama DSN dan DS Fatimah Taat
DSN disambut oleh rakyat di dalam majlis BN
DSN disambut oleh DS Ong
Bersama wakil-wakil dari BN
DSN berucap di pentas BN
DSN menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk

17.2.2010 Bukit Gantang :Pagi ini Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengunjungi Pulau Pasir Hitam yang mana merupakan satu lagi Pulau di dalam Parlimen Bukit Gantang yang memakan masa 45 minit masa perjalanan untuk sampai kesana.Dato Seri ditemani isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat meluangkan hampir 3 jam disana.Beliau juga turut bersama-sama dengan masyarakat cina disana yang mana keseluruhan penduduk disana berbangsa cina bagi menyambut kedatangan tahun baru cina.

Dato Seri Nizar berucap dalam majlis BN.

Setibanya Dato Seri Nizar disana beliau disambut oleh wakil jawatankuasa penduduk Pulau Pasir Hitam dan dibawa ke Tokong dan Dewan Cina berhampiran yang mana ketika itu satu program anjuran BN sedang diadakan.Ia merupakan satu Majlis ucapan terima kasih kepada YB Dato' Seri Ong Ka Chuan yang telah menyumbangkan bumbung yang dibuat dikawasan tokong tersebut.Ketibaan Dato Seri Nizar disambut oleh beliau dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh rakyat yang ada.Dato Seri Nizar turut diberi peluang oleh jawatankuasa penduduk untuk menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut dan Dato Seri Nizar di dalam ucapannya menyatakan bahawa,

"Saya amat berterima kasih kepada Dato Seri Ong Ka Chuan yang sudi memberikan bantuan kepada penduduk disini,namun saya juga mengharapkan agar BN telus dalam memberikan bantuan dan menjaga kebajikan rakyat dengan tidak bertindak berat sebelah dalam memperjuangkan hak rakyat."
-Dato Seri Nizar


Apa yang menambah meriah program tersebut ialah sambutan rakyat yang hadir dalam program tersebut yang mana ketika Dato Seri Nizar berucap sambutan dan tepukan dari rakyat amatlah tidak diduga memandangkan ia merupakan majlis BN namun keyakinan rakyat kepada Ahli Parlimen mereka itu tidak pernah luntur.Sambutan yang diluar jangka dapat dilihat apabila Dato Seri membangkitkan soal kebajikan Rakyat yang menjadi asas untuk diperjuangkan dan beliau mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir.Di dalam majlis itu juga Dato Seri Nizar telah menyerahkan sumbangan kepada Wakil Jawatankuasa penduduk sebanyak RM1000.00.Selepas itu Dato Seri Nizar telah berjalan disekitar Pulau tersebut dan bertemu rakyat juga menyelami permasaalahan mereka.

Tahun Harimau simbolik Perubahan Baru Pakatan Rakyat












16.02.2010 Taiping : Bertempat di Dewan KwangTung Perak telah diadakan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Perak yang menghimpunkan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri dan Pusat.

Dato Seri Nizar ketika ditanya oleh pemberita menyatakan bahawa apa yang berlaku hari ini menunjukan rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat dan walaupun keputusan mahkamah telah menyebelahi zambry namun ia masih menyokong kuat Pakatan Rakyat.Pada 9 hb yang lalu mahakamah persekutuan telah mengiktiraf zambry sebagai MB Perak namun bagi Rakyat mereka rata-rata menunjukan bahawa bagi mereka Zambry bukanlah pilihan mereka. Dato Seri menambah bahawa berpunca dari itu maka apa yang berlaku di Negeri Perak ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan Rakyat dan bukan sahaja di Negeri ini malahan di seluruh Negara yang melihat kepincangan sistem kehakiman Negara.Ia merupakan satu malapetaka yang menunjukan bahawa sistem demokrasi telah dikuburkan.

Pakatan Rakyat diminta bersedia untuk merangka gerak kerja dan seterusnya akan mampu bergerak ke Putrajaya,yang mana jalan ke Putrajaya hari ini sungguh-sungguh terbuka luas pada Pakatan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Rakyat.Dato Seri juga meminta rakyat bersabar dan bertenang dan jangan ada tindakan luar batasan.Pakatan Rakyat akan menguruskan ia sebaik mungkin dan mudah-mudahan kita akan selamat dan kita mesti selamatkan Negara kita dari UBN.

Yb Nga Ko Meng :

Sebagai tuan rumah beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakyat yang hadir hari ini kerana bersama-sama memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam majlis sambutan Tahun baru cina ynag mana 4000 orang telah hadir bagi memeriahkan majlis.Ini merupakan satu semangat yang baru dan baik untuk Malaysia.Bagi mereka yang opotunis yang mencari kepentingan peribadi agar meninggalkan Pakatan Rakyat dan semoga semangat Tahun Baru ini yang bertemakan Tahun Harimau akan memberikan semangat baru.Kepada Dato Zahrin yang menjadi duri dalam daging untuk Pakatan Rakyat Yb Nga menyatakan bahawa kewajaran beliau meninggalkan Pakatan Rakyat amat dialu-alukan,kerana kita mahukan pejuang yang jitu untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Dato Ngeh :

Kita gembira kerana Rakyat dari dalam dan luar Negeri Perak hadir beramai-ramai hari ini.Ini merupakan Tahun Baru yang Baru buat Pakatan Rakyat yang mana ia juga bersempena dengan Tahun Harimau yang membawa erti keberanian dan semoga ia akan membawa keberkatan buat Pakatan Rakyat.Mengulas mengenai isu Perak Dato Ngeh menyatakan bahawa cara Dato Seri Zambry mentadbir Negeri Perak hanya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat sahaja.Zambry juga banyak memberikan kata-kata kosong.Kerjasama yang dikatakan oleh Dato Seri Zambry berhubung dengan beberapa perkara yang dinyatakan bahawa Zambry ada menghulurkan bantuan kepada adun-adun Pakatan Rakyat sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.

10,000 hadiri Ceramah Selamatkan Malaysia










11.02.2010 Batu Caves :Satu ceramah perdana bertajuk Selamatkan Malaysia telah di adakan di Dewan sri siantan Batu Caves,selayang.Ia menghimpunkan Pemimpin-Pemimpin Utama Pkatan Rakyat Malaysia.Antara yang hadir ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin,Yb Azmin ali,Yb Gobind,Yb Abdullah Sani,Yb Xavier dan beberapa Pimpinan yang lain.

Untuk pengetahuan semua Permit Ceramah ini telah ditarik balik pada jam 2 petang tadi dan sewaktu program ini berjalan pihak polis memenuhi ruang Dewan namun ia berjalan lancar sehingga tamat program.

DSN dalam ucapannya menceritakan mengenai apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan 2 hari yang lalu./Beliau juga menyatakan kepada Rakyat untuk terus meyakini Pakatan Rakyat dan beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat di Negeri Peraka akan tetap terus berjuang bagi menjaga Hak dan Keutamaan Rakyat dan seterusnya meneruskan kerja baik dalam menumbangkan UBN dalam PRU ke 13 nanti.

Ceramah bertambah panas dengan penceramah terakir yang ditunggu tunggu oleh Rakyat ialah dari DSAI yang mana beliau menceritakan mengenai kes mahkamah beliau dan menyatakan tentang beberapa isu-isu semasa yang melibatkan kepincangan dan kezaliman UBN.Beliau turut menytakan bahawa apa jua keputusan kes yang melibatkan beliau nanti DSAi akan terus Lawan Tetap Lawan...!

Kerajaan UBN Perak Kerajaan Katak..!


Maka bermulalah episod baru buat Rakyat dan Pemimpin baik Pakatan Rakyat ataupun UBN dalam mewarnai lanskap politik Negeri ini selepas apa yang berlaku semalam di Putrajaya.Aku cukup tertarik dengan satu ungkapan yang boleh digambarkan dan menjadi cerminan kepada Kerajaan Pemerintah di Negeri ini hari ini iaitu sebuah Kerajaan yang akan jatuh dan mampu bertahan hanya kerana mempunyai kekuatan 3 ekor Katak!

3 Katak ini merupakan nadi utama ataupun dengan kata lain sebagai mesin penyambung nyawa kepada UBN yang mana ketika ini selepas sahaja memenangi keputusana semalam maka akan lebih tinggilah harga 3 ekor katak tersebut dan pastilah mereka menjadi bahan bidaan tertinggi dan merupakan aset terpenting yang perlu dijaga oleh mereka-mereka yang dahaga kan kekuasaan.Maka berjalan sombonglah pemimpin UBN dengan GAH dan dalam nada Ghairah menyetakan bahawa merekalah yang berkuasa sedangkan dari satu sudut sisi yang gelap kekuasaan mereka mampu direbut dan ditumbangkan hanya dengan satu lompatan dari katak-katak yang menjadi belaan mereka.

Ketika ini gambaran buat Pemimpin UBN ialah apabila emas telah memenuhi mulut-mulut mereka apakah mereka akan bersuara dan membiarkan emas-emas tersebut jatuh bertaburan??Hari ini katak-katak yang ada merupakan kepentingan buat mereka dan mereka tanpa segan silu menolak tomahan Rakyat yang menyatakan bahawa mereka sekarang adalah Kerajaan Katak dan semalam hari yang penuh erti jelas kurniaan Allah swt yang mengesahkan bahawa mereka Kerajaan UBN adalah Kerajaan Mahkamah dan bukan Kerajaan pilihan Rakyat yang SAH..!

Kepada katak-katak teruskan bernada sumbang kerana pembelamu adalah seorang yang buta MATA,HATI,PEKAK dan juga BISU dalam mentafsir sesuatu kerana bagi mereka sekarang engkaulah Raja,Engkaulah RATU..!!

Terima Kasih Rakyat-DSN

9 Feb 2010 Ipoh : Dato Seri Nizar dalam sidang media di pejabat Pakatan Rakyat Perak telah menggariskan beberapa perkara yang perlu disampaikan kepada Rakyat mengenai apa yang berlaku pada hari ini dan keputusan mahkamah persekutuan awal pagi tadi.Antaranya beliau menyatakan bahawa Keputusan mahkamah hari ini sekaligus dengan jelas telah menolak rayuan yang difailkan oleh Dato Seri Nizar pada 5.11.2009 yang lalu.Walaupun 3 persoalan yang dikemukakan oleh peguam beliau dijawab namun Dato Seri Nizar menyatakan bahawa beliau dan pimpinan PR yang merasakan bahawa jawapan itu tidak begitu memuaskan dan ia akan diteliti oleh mereka dalam masa terdekat ini.

Keputusan juga dirasakan tidak konsisten dan hujah yang dibacakan juga berlanggaran diantara satu sama lain.Namun beliau menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini ialah sekadar intepertasi mahkamah dan beliau menyatakan bahawa Rakyatlah sebenarnya penentu kepada sesebuah Kerajaan yang ada dan bukanya mahkamah.

Dato Seri Nizar turut menyatakan apa yang berlaku hari ini ialah sebuah Sejarah Hitam bukan sahaja kepada Rakyat Perak namun segala yang berlaku meninggalkan kesan dan juga impak kepada Negara ini.Keputusan hari ini juga akan ditafsir akan menjejaskan kuasa Parlimen dan juga Dewan Negeri dan beliau juga menyatakan bahawa akibat dari ini juga segala keputusan memungkinkan ia hanya dibuat berdasarkan dokumen dan tidak lagi melalui saluran yang betul.

Akhirnya Dato Seri Nizar menyatakan sekiranya dato seri Zambry memetingkan Rakyat dan yakin sokongan Rakyat berpihak kepada mereka apa sudi kiranya beliau akur dengan desakan rakyat dan bubarkan dun Perak dan kita berentap di gelanggang rakyat dalam menentukan Kerajaan yang Rakyat mahu.

Akhirnya Dato Seri Nizar menyatakan ribuan terima kasih kepada semua Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan beliau juga mewakili pimpinan PR memohon kemaafan dari seluruh Rakyat sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sepanjang masa pemerintahan dan berjuang.Dato Seri Nizar mengajak rakyat untuk bersikap tenang dan jangan bertindak di luar batasan dan patuh kepada undang - undang.

Terima Kasih Rakyat anda adalah HAKIM yang sebenar..!!

Perutusan DS Nizar untuk Rakyat..!



Oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!