Apa yang sebenarnya yang berlaku dinegara kita kini.Segalanya dilihat tak kena dan ada sahaja yang nampak kurang betul gaya dan coraknya.Malam ni aku terdetik hati untuk berkata mengenai hak rakyat dan apa sebenarnya fungsi kewujudan parti politik di Negara ini.
Selak saja helaian mana-mana akhbar yang ada di Negara ini baik Hak Milik Kerajaan mahupun Pembangkang pastinya dapat kita lihat ketempangannya.Aku bercakap hari ini mengenai soal pemikiran yang mana rata-rata dari parti politik yang ada melaungkan slogan mahu membela rakyat namun dimana buktinya.Dalam surat khabar di Negara kita keluaran KHAS milik Kerajaan Malaysia dari 20 muka surat ( anggaran) berapa banyakah yang mempamerkan permasaalahan Rakyat dan juga rungutan rakyat mengenai apa yang mereka alami dalam hidup seharian mereka.Kandungan akhbar-akhbar ini kebanyakannya mempamerkan berita mengenai parti politik,pertelingkahan antara mereka dan juga pergolakan dalaman juga cuba jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.Menghentam pihak lawan dan juga mengaibkan beberapa individu yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka.Namun berapa peratuskah ruangan yang disediakan bagi memperlihatkan kesusahan rakyat dan juga mempamerkan derita hidup rakyat yang saban hari berkerja keras bagi meneruskan hidup untuk mendapatkan sesuap nasi.
Apakah kita hanya mahukan rakyat memahami politik perjuangan parti kita namun kita pula seolah-olah mengabaikan dan juga melupakan nasib rakyat yang akhirnya memperlihatkan satu budaya iaitu budaya menerapkan permasalahan parti-parti politik sebagai kerja rumah rakyat untuk berfikir dan berbahas namun nasib segelintir rakyat yang sengsara dipinggirkan.Oleh itu keutamaan kepada rakyat seharusnya dipergiatkan,sepertimana kita mahu rakyat tahu mengenai kita seperti itu juga Rakyat mahu kita Pemimpin tahu mengenai nasib mereka.
0 comments:
Catat Ulasan