Oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.
Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.
Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!
Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.
Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!
Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!
1 comments:
Pergi beramai ramai bukan boleh mengubah keputusan.
Jangan membuang masa dan wang rakyat dengan menyuruh mereka pergi ke Kuala Lumpur atas kehendak peribadi.
Sesungguhnya mencari rezeki dan bertanggungjawab setiap hari keatas keluarga itu lebih besar dan mulia dari pergi ke Kuala Lumpur semata mata.
Kalau berani atas kebenaran usaha dan tawakal telah pun di buat. Biar Allah menentukan.
Mungkin pada fikiran Nizar dia benar tapi dari ilmu Allah dia tidak benar. Adakah sembahyang hajat dan beramal itu boleh mengubah keputusan yang tidak benar di sisi Allah? Fikirkan
Jangan lah kerana nafsu, kita ikut untuk merubah keputusan Allah yang kita tahu, kita sendiri tiada kuasa dan upaya untuk mengubah keputusannya.
Menderhaka kepada pemerintah saja sudah tidak mengikut sunah nabi
Catat Ulasan