Definasi 9 Februari 2010 menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan rakyat.Ada yang mengatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan tak kurang juga yang mengatakan bahawa ia akan berpihak kepada UBN.Rata-rata rakyat mengatakan dengan jelas mengapa mereka mengatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada UBN pertamanya kerana institusi kehakiman berpihak kepada UBN dan kebanyakan institusi kerajaan di kawal selia oleh mereka.
Keduanya tak kurang juga ada yang menyatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.Ini jelas kerana sesetengah dari Rakyat berfikir menggunakan fakta dan undang-undang yang diadakan merujuk kepada setiap ketetapan dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.Ia dilihat wajar kerana segala permasalahan dan juga pergolakan bermula dari pihak UBN dan sistem Pakatan Rakyat melawan mereka sama sekali tidak bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada.
Ketiga ada juga dikalangan Rakyat menimbulkan persoalan,Apakah yang akan berlaku sekiranya kemenangan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat??Apakah mereka UBN akan berdiam diri dan membiarkan Pakatan Rakyat mencalar kekuasaan mereka.Apakah akan ada rampasan kuasa kali ke3?
Seperti biasa Harimau yang megah dan bangga dengan kekuatan yang ada padanya sekarang tidak akan mudah mengalah kepada si Kancil yang cerdik walaupun menampakan bahawa si harimau sememangnya menggunakan Nafsu sebagai akal fikiran dan si kancil yang cerdik akhirnya tetap tumbang kerana diratah dengan taring si Harimau.Namun persoalannya apakah harimau tidak bisa MATI?
Saya suka memetik ucapan Dato Seri Nizar semalam semasa ceramah beliau yang menyatakan bahawa `
Rakyat harus bersiap sedia untuk kesedihan kali ke 3, kerana mereka yang zalim tidak akan meninggalkan kekuasaan mereka begitu sahaja-Dato Seri Ir Hj Nizar JamaluddinOleh itu kepada semua kita tahu kita berhadapan dengan siapa sememangnya mereka tidak mempunyai kuasa lebih dari ALLAH swt namun sesuatu yang perlu kita ingatkan ialah apa yang berlaku itu ialah melalui keizinan ALLAH swt dan ia bisa berlaku dan kezaliman juga bisa mati dan hilang kuasanya.
Ayuh semua RAKYAT bangkit dan pertahankan HAK anda kerana kuasa sebenar ialah Kuasa Rakyat anugrah Khas dari ALLAH swt.Ayuh kita bangkit dan BUBAKAN DUN NEGERI PERAK..!!
0 comments:
Catat Ulasan