Awal-awal pagi tadi dah terima panggilan dari seorang individu yang tidak mahu dikenali dan menggunakan talian persendirian.Selepas bertanyakan mahu bercakap dengan sya maka beliau memulakan percakapan dengan menyatakan bahawa masih ingatkah saya dengan kejadian sebelum ini?(
apa yang berlaku biarkan Rahsia ).Saya kata kalau yang itu saya masih ingat jadi mengapa? Dengan secara jujur dan spontan di berkata bahawa mereka (
siapa sya tak tahu) mendesak agar sya tidak terlalu lantang dan jangan mebangkitkan semangat golongan muda untuk menentang Kerajaan.Sya terus terdiam dan sedikit terkejut,hmm berat tuduhan ni Encik..Tapi takpe saya bertanggungjawab dengan apa yang saya buat.So sekarang saya faham maksudnya Encik tak mahu saya terlalu lantang dalam politik la yer..? emm saya rasa Cik Aisyah lebih faham.
Perbualan ini sebenarnya panjang dan ada beberapa perkara yang tak boleh dijelaskan namun tidak mengapa,sebelum mengakhiri perbualan En cik P*L*S ni pun dengan nada keras bagitahu Cik Aisyah tak perlu turun untuk berdemo
15 March ni dan beritahu yang lain untuk tidak mengingkari arahan Polis.Dengan nada tegas juga sya katakan kamu boleh buat apa sahaja untuk menyekat saya dan yang lain namun jika Allah swt izinkan tiada siapa yang mampu menghalang.Kalau takut dengan Risiko jangan bicara soal perjuangan.
Sebelum sya letak phone sya katakan jumpa Isnin ni di parlimen.Untuk En P*L*S yang berkenaan sudah-sudah la,mungkin anda silap memilih mangsa kerana saya bukan katak ataupun apa tapi sya adalah pejuang dan ALLAH, prinsip dan kebenaran itu lebih mustahak dari takutkan kamu..!!