Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Perak Darul Kartun Dirasmikan..!



Tetamu sedang meneliti Komik terbaru
Pengacara Majlis Abang Kulup Sakah
Kartunis Zunar
Yb Azmin Ali
ucapan MB Perak yang SAH
antara kehadiran yang bersama-sama dalam majlis ini
Dato Seri Nizar menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian
Gmbar lukisan Zunar buat DS Nizar
Semua tetamu yang hadir memakai disarungkan baju Gedung Kartun sebagai tanda sokongan
Rakyat tak melepaskan peluang mendapatkan tanda tangan DS Nizar

13.12.2009 Gombak : Sebentar tadi bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak telah diadakan satu Majlis Perasmian Buku Komik terbitan terbaru oleh kartunis terkenal Zunar.Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin,Yb Azmin Ali dan juga Yb Saari Shuib.

Buku yang bertajuk Perak Darul Kartun merupakan hasil lakaran terbaru dan di adaptasikan mengikut suasana politik semasa negeri Perak.Ia telah dirasmikan sendiri oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang merupakan Menteri Besar Yang SAH bagi Negeri Perak.

Untuk makluman semua PERAK DARUL KARTUN mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau hubungi terus pejabat Gedung Kartun di no 03 22744931.

Semuanya hanya untuk Rakyat-Ds Nizar

`MB Nizar ada disini,Mai cepat '-Rakyat









12.12.2009,Bukit Gantang : Hari ini sahaja di sekitar Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah mengabiskan masa Beliau di sana.Seperti jadual yang telah disusun oleh Pegawai Khas Beliau hari ini sahaja 4 majlis perkahwinan telah dihadiri oleh MB Rakyat ini.Sememangnya telah menjadi kebiasaan Dato Seri Nizar yang tidak pernah mengecewakan rakyat yang mendambakan kehadiran Beliau ke majlis-majlis penting mereka.Bagi Dato Seri pula tiada apa yang lebih penting buat Beliau melainkan dapat bersama dengan rakyat tanpa mengira bangsa dan darjat mereka.

Apa yang menarik sepanjang kami ikut serta bersama Beliau ialah ungkapan yang tak pernah lekang dari bibir-bibir rakyat tanpa mengira lapisan umur iaitu gelaran MB yang mana dikalangan kebanyakkan rakyat masih berpegang dengan prisip itu.Antara ayat yang diungkapkan ialah `MB Nizar ada sini,Mai Cepat '... Anda tafsirlah sendiri...!

Yang Hidup Di Rai,Yang Pergi Di Ingati-DS Nizar


Dalam kesibukkan Beliau memenuhi undangan majlis-majlis yang ada,Dato Seri tidak pernah melupakan Rakyat yang lain.Pagi tadi sebaik sahaja menerima berita kematian penduduk di Bukit Tengah Changkat Ibol,Dato Seri dan juga pegawai-pegawai Khasnya telah melapangkan diri dan pergi menziarahi Jenazah di rumah allahyarham.-Al Fatihah buat Allahyarham.

Majlis Berkhatan Percuma sumbangan MP Bukit Gantang













12.12.2009,Bukit Gantang : Bertempat di Masjid Al Hidayah,Sg Bemban Trong telah diadakan satu Majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang.Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin didalam ucapan menyatakan yang program-program berbentuk begini akan dijadikan aktiviti tahunan.Majlis ini telah disumbangkan oleh Dato Seri yang mana Beliau telah membiayai semua kos bagi program ini.Seramai 41 kanak-kanak berumur dari 5-12 tahun telah mengambil bahagian.

Dato Seri turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Sukerelawan Bomba Beruas yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.Sebagai simbolik kepada Perasmian Majlis tersebut Dato Seri telah memandikan kanak-kanak tersebut dengan menggunakan semburan dari bantuan pasukan bomba.

Dato Seri turut menyampaikan saguhati kepada semua peserta yang mengambil bahagian.Anak-anak tersebut telah di khatankan oleh saudara Shahrul dan Shahril Yahya.

Selepas Rasuah,UMNO kini Parti RASIS..!


ROUND YANG PERTAMA
Maka tersebutlah al-kisah seorang memanda menteri dan juga seorang Pak Menteri yang duduk satu kapal tapi tak sama pandai,kurang cerdik dan tak boleh pakai...

Berkatalah Pak Menteri ini kepada Memanda Menteri ( Lihat gambar )<<<----

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz,menggelar Dr Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'...???



Dan selepas itu ia dibalas kembali oleh Memanda Menteri....



Semalam, Dr Mahathir membalas balik dengan mencabar Nazri meletak jawatan dari Umno, yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan rasis.





Berbalahlah sesama mereka dan diteruskan dengan round yang ke 2







Nazri pula menjawab,oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa UMNO sebuah Parti RASIS,maka beliau ( Dr Mahathir ) adalah 'BAPA segala PERKAUMAN 'kerana menjadi presidennya selama 22 tahun.



Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Menteri berhubung soal BTN...Nampaknya ia sudah tidak boleh lagi diselindungkan,bila berbicara soal BTN..semua orang dah tahu ia MODUL yang bersifat RASIS...!!

"Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu audiens bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil," katanya.-Nazri Aziz


1Malaysia ini sebenarnya wajah sebenar BTN...!!

Cherss Najib 1 Malaysia Boleh..!!

sumber gambar dari blog ini

Najib...Najib...emm nampaknya PM 1 Malaysia ni ludah ke langit Terkena muka sendiri...!!!

Walaupun dia boleh nafikan yang air dalam gelas dia tu bukan ARAK tapi korang kena ingat yang bersentuhan dengan gelas dia tu ARAK..!so sedikit sebanyak..tercalit la jugak bau-bauan..nya...hihiih...Cheersss Najib...!!!

Apakah ini PM yang kita harapkan nak bimbing RAKYAT..???

Korang Pikir lah Sendiri....!!!!

Forum : Krisis Perak di MBPJ








Malam ini bertempat di Dewan Auditorium MBPJ telah berlangsung satu Forum yang bertajuk `Whither The Constitution ? Lessons To Be Learnt From The Perak Crisis ' yang bermula pada jam 8.30 malam ini.Antara ahli panel yang telah dipanggil bagi Forum ini ialah Dato Prof Dr.Shad Foruqi , Tommy Thomas ( Lawyer ) dan Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.Ia telah dipengerusikan oleh Pengarah Merdeka Rwners Sdr.Andrew.

Antara yang dibangkitkan dan dibincangkan didalam forum ini ialah Krisis yang sedang dialami di Negeri Perak dan penerangan dari Dato Seri Nizar berkaitan perkembangan terkini krisis itu dan suasana di Negeri Perak.