Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Majlis Berkhatan Percuma sumbangan MP Bukit Gantang













12.12.2009,Bukit Gantang : Bertempat di Masjid Al Hidayah,Sg Bemban Trong telah diadakan satu Majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang.Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin didalam ucapan menyatakan yang program-program berbentuk begini akan dijadikan aktiviti tahunan.Majlis ini telah disumbangkan oleh Dato Seri yang mana Beliau telah membiayai semua kos bagi program ini.Seramai 41 kanak-kanak berumur dari 5-12 tahun telah mengambil bahagian.

Dato Seri turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Sukerelawan Bomba Beruas yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.Sebagai simbolik kepada Perasmian Majlis tersebut Dato Seri telah memandikan kanak-kanak tersebut dengan menggunakan semburan dari bantuan pasukan bomba.

Dato Seri turut menyampaikan saguhati kepada semua peserta yang mengambil bahagian.Anak-anak tersebut telah di khatankan oleh saudara Shahrul dan Shahril Yahya.

1 comments:

armouris berkata...

info tentang berkhatan kat sini - Kelebihan Berkhatan