Tetamu sedang meneliti Komik terbaru
Pengacara Majlis Abang Kulup Sakah
Kartunis Zunar
Yb Azmin Ali
ucapan MB Perak yang SAH
antara kehadiran yang bersama-sama dalam majlis ini
Dato Seri Nizar menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian
Gmbar lukisan Zunar buat DS Nizar
Semua tetamu yang hadir memakai disarungkan baju Gedung Kartun sebagai tanda sokongan Rakyat tak melepaskan peluang mendapatkan tanda tangan DS Nizar
13.12.2009 Gombak : Sebentar tadi bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak telah diadakan satu Majlis Perasmian Buku Komik terbitan terbaru oleh kartunis terkenal Zunar.Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin,Yb Azmin Ali dan juga Yb Saari Shuib.
Buku yang bertajuk Perak Darul Kartun merupakan hasil lakaran terbaru dan di adaptasikan mengikut suasana politik semasa negeri Perak.Ia telah dirasmikan sendiri oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang merupakan Menteri Besar Yang SAH bagi Negeri Perak.
Untuk makluman semua
PERAK DARUL KARTUN mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau hubungi terus pejabat Gedung Kartun di no 03 22744931.
0 comments:
Catat Ulasan