Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Terima Kasih Rakyat-DSN

9 Feb 2010 Ipoh : Dato Seri Nizar dalam sidang media di pejabat Pakatan Rakyat Perak telah menggariskan beberapa perkara yang perlu disampaikan kepada Rakyat mengenai apa yang berlaku pada hari ini dan keputusan mahkamah persekutuan awal pagi tadi.Antaranya beliau menyatakan bahawa Keputusan mahkamah hari ini sekaligus dengan jelas telah menolak rayuan yang difailkan oleh Dato Seri Nizar pada 5.11.2009 yang lalu.Walaupun 3 persoalan yang dikemukakan oleh peguam beliau dijawab namun Dato Seri Nizar menyatakan bahawa beliau dan pimpinan PR yang merasakan bahawa jawapan itu tidak begitu memuaskan dan ia akan diteliti oleh mereka dalam masa terdekat ini.

Keputusan juga dirasakan tidak konsisten dan hujah yang dibacakan juga berlanggaran diantara satu sama lain.Namun beliau menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini ialah sekadar intepertasi mahkamah dan beliau menyatakan bahawa Rakyatlah sebenarnya penentu kepada sesebuah Kerajaan yang ada dan bukanya mahkamah.

Dato Seri Nizar turut menyatakan apa yang berlaku hari ini ialah sebuah Sejarah Hitam bukan sahaja kepada Rakyat Perak namun segala yang berlaku meninggalkan kesan dan juga impak kepada Negara ini.Keputusan hari ini juga akan ditafsir akan menjejaskan kuasa Parlimen dan juga Dewan Negeri dan beliau juga menyatakan bahawa akibat dari ini juga segala keputusan memungkinkan ia hanya dibuat berdasarkan dokumen dan tidak lagi melalui saluran yang betul.

Akhirnya Dato Seri Nizar menyatakan sekiranya dato seri Zambry memetingkan Rakyat dan yakin sokongan Rakyat berpihak kepada mereka apa sudi kiranya beliau akur dengan desakan rakyat dan bubarkan dun Perak dan kita berentap di gelanggang rakyat dalam menentukan Kerajaan yang Rakyat mahu.

Akhirnya Dato Seri Nizar menyatakan ribuan terima kasih kepada semua Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan beliau juga mewakili pimpinan PR memohon kemaafan dari seluruh Rakyat sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sepanjang masa pemerintahan dan berjuang.Dato Seri Nizar mengajak rakyat untuk bersikap tenang dan jangan bertindak di luar batasan dan patuh kepada undang - undang.

Terima Kasih Rakyat anda adalah HAKIM yang sebenar..!!

1 comments:

Anak Lenggong berkata...

Kesian aku kat munah sekor ni..kalau tak buat berita dengan mengekor nizar tak masyuk laa kocek...kah kah kah seronok nya ko bila ikut subahat dengan menyebarkan pembohongan bahawa nizar dah menang 4-1....kah kah kah...ko jangan nanti nuar terpandang ko bontot pulak dia sebat...seba dia tu suka depan belakang punya..