Doa Kami...
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
DSNizar dalam keadaan stabil
Kezaliman yang perlu Ditinggalkan
Sepertimana biasa Dato Seri di dalam tazkirahnya menekankan berapa pentingnya bagi kita untuk memahami konsep islam sebenar.Semangat Ketuanan Melayu yang diamalkan oleh sesetengah dari kita sebenarnya menyamaratakan konsep ketuanan melayu dengan berlaku zalim.Kita sepatutnya mentadbir diri dan negara kita tanpa bersifat benci dan menghina agama lain kerana sebagai ummat islam kita sedia maklum bahawasanya setiap kejadian dimuka bumi ini dijadi dan diciptakan oleh Allah swt.
Sesuai dengan pesanan Nabi saw yag bermaksud :
Janganlah kamu menghina sembahan-sembahan agama lain kerana sesungguhnya apabila kamu mencela nya,maka mereka juga akan mencela Tuhan kamu kerana tidak faham.Dan sesungguhnya dosa itu kepada kamu lebih besar kerana kamu dari kalangan ummat ku. ( H.riwayat muslim )
Untuk itu sebaiknya kita lebih meneliti dan mengamalkan dasar hukum islam sebenar dengan tidak membenarkan diri kita dikuasai rasa benci dan nafsu sehinggakan kita sanggup berlaku zalim kepada yang lain.
Hadian UBN Untuk Rakyat..!
"Rakyat DiULUkan Pencapaian DiuTAMAKan"Jumlah wang yang dibelanjakan kepada pembangunan sukan yang dirasakan tidak sepatutnya didaHULUkan namun diberi KeUTAMAAN hanya kerana ia melibatkan KRONI dan kepentingan mereka sendiri.Akibat dari jumlah besar yang dibelanjakan kepada tujuan yang tidak sepatutnya maka terjadilah kenaikan harga gula yang dilihat sebagai satu lagi projek Kerajaan untuk membebankan Rakyat.Persoalanya apakah Kerajaan tidak tahu yang Rakyatnya sudah cukup terbeban dengan kenaikan harga minya baru-baru ini..?
Hasil tinjauan menunjukan ada beberapa kedai-kedai makan yang mula menaikan harga makanan dan minuman ekoran dari kenaikan harga gula tersebut.Tidak sepatutnya kemarahan itu dilontarkan sepenuhnya kepada peniaga akan tetapi yang sepatutnya dipersalahkan ialah Kerajaan yang mana selepas menggadaikan sejumlah wang demi keseronokan mereka sehinggakan mereka sanggup melihat Rakyat terbeban dan dibebankan.
Peniaga kecil yang diklasifikasikan sebagai rakyat diberi amaran oleh Kerajaan UBN yang ada untuk tidak menaikan harga makanan dan minuman dan apa jua sempena dengan kenaikan harga gula.Nampak bagai tiada apa namun Rakyat dinafikan HAK mereka untuk mendapat sedikit kesenangan akan tetapi bagi mereka,kroni dan syarikat besar yang ada dibiarkan begitu sahaja untuk mengaut keuntungan dan kemewahan berganda.Akhirnya Rakyat yang menjadi Tuan Tanah dijadikan pencacai dan mereka yang kononnya mendahulukan Rakyat,berkhidmat untuk rakyat akhirnya yang dapat merasa empuk kerusi pemerintah dan juga mereka megah berkata "Kami Mendahulukan Rakyat".
Namun ingat Rakyat tidak akan berdiam diri,keluhan rakyat akan terus berbunyi gendang perubahan akan terus dipalu agar rakyat diangkat kembali sebagai Tuan dan mereka yang zalim dan menindas akan kembali kepada asal..Satu nama yang tiada erti..!
Pengertain Allah swt Sebenar..

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia. Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.
Pertama : Surah Al-Ankabut : 61
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”
(Surah Al-Ankabut : 61)
Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.
Kedua : Surah Al-Ankabut : 63
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”
(Surah Al-Ankabut : 63)
Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.
sumber http://g-82.blogspot.com/
baca lanjut di bloh ini
Carilah ilmu dan fahami ia kerana ilmu Allah swt itu Maha Luas..
Berceramah tanpa Pembesar Suara..??-Adoiyai
"Zambry janji nak bagi kami Geran Tanah "-Rakyat
Itu antara keluhan yang dilontarkan kepada Dato Seri yang mana beliau telah hadir dalam satu majlis dialog bersama penduduk di Kg Pak Dollah,Kemunting.Mereka-mereka yang hadir ialah antara penduduk-penduduk setempat yang mahu mengadu nasib mereka kepada Dato Seri Nizar.Pelbagai soalan dan juga aduan yang memohon perhatian Dato Seri sebagai Ahli Parlimen mereka bagi membantu mereka yang di himpit dengan pelbagai masalah..Menjawab persoalan diatas Dato Seri berkata kepada penduduk yang hadir bahawa untuk apa kita mendengar janji-janji yang dilafazkan oleh Kerajaan UBN khususnya Zambry yang dikatakan telah menabur janji beliau di kawasan tersebut.Dato Seri yang hadir bersama-sama dengan Pegawai Khas Parlimen beliau telah menyatakan akan membantu Rakyat dengan sekadar termampu yang boleh agar kesempitan dan kesusahan itu dapat diringankan.
Semangat Katuanan Melayu mana Rasionalnya..??
Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin di dalam tazkirahnya menekankan agar kita tidak memperjuangkan semangat Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan UBN hari ini.Akibat dari dakyah dan juga pembentukan pemikiran rakyat yang mana UBN menerapkan semangan Katuanan Melayu telah membawa kehancuran dan kezaliman kepada rakyat yang ada.Hujah beliau telah dikuatkan dengan ayat Allah swt yang bermaksud :
" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kami jadi orang-orang yang selalu menegakan (kebenaran) kerana Allah swt,menjadi saksi dengan ADIL.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku TIDAK ADIL.Kerana ADIL itu lebih dekat kepada TAKWA.Dan bertakwalah kepada Allah swt,sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."-Al-Maidah ayat 8
Semangat Ketuanan Melayu yang diamalkan oleh UBN yang sama sekali tidak berdasarkan hukum Allah swt memperlihatkan ia sebagai satu cara yang akhirnya hanya akan membawa rakyat kepada fahaman Asobiyah (semangat Kebangsaan) yang akan membuatkan kita menzalimi dan menindas bangsa yang lain.
Seramai 5 penerima telah menerima bantuan berbentuk beg sekolah dan peralatan sekolah sumbangan dari Dato Seri Nizar kepada anak-anak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan."Berceramah Tanpa Pembesar Suara "-Ketua Polis Taiping
Kemuncak kepada program Dato Seri di Bukit Gantang ialah Ceramah Penerangan isu-isu semasa di Taman Kuning Sari.Turut serta dalam program tersebut ialah Yb Kesavan,Hj Ismail Yusop dan juga YDP Pas B.Gantang Ust Noordin.Dalam program ini juga Dato Seri telah merasmikan Markaz Pas Taman Kuning Sari.Apa yang menarik dalam program malam ini ialah arahan dari pihak Polis yang menyuruh agar ceramah malam ini dipindahkan ke tempat lain iaitu di Markaz Pas Air Kuning.Namun setelah ia tidak diendahkan oleh pihak penganjur yang merasakan ia tidak perlu dipatuhi,Pihak Polis keluar dengan arahan yang baru iaitu berceramah tanpa sound system yang membawa maksud tiada pembesar suara yang dibenarkan digunakan.Namun ia turut tidak diendahkan oleh pihak penganjur dan ia alhamdulillah ceramah berjalan dengan baik dan kehadiran rakyat melebihi jangkaan awal.
"Sejuk Tengok Muka Nizar"-Rakyat
1.1.2010 Pasir Panjang : Program Pemimpin bersama Rakyat telah diadakan di Pasir Panjang,Manjung.Ia dihadiri oleh Adun Pasir Panjang Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang sememangnya menjadi rutin beliau untuk turun bersama-sama dengan rakyat di Dun beliau bagi melihat dan bertanya khabar mereka.
Program pertama bermula seawal jam 10.30 pagi dengan kehadiran Dato Seri Nizar ke Sek Ren Agama Taalim Manjung.Ia merupakan program bertemu ibu-bapa pelajar-pelajar disana dan juga hari pendaftaran murid-murid darjah satu di Sekolah berkenaan.
Dato Seri di dalam ucapannya bersama ibu-bapa yang hadir menekankan betapa pentingnya pendidikan islam yang di sesetengah sek keb semakin diabaikan dan tidak memberikan kesan kepada anak-anak kita.Dato Seri turut memuji Ibu-Bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke Sekolah agama yang sesetengah dari kita menganggap ia sebagai agak ketinggalan namun bagi ibu-bapa yang hadir hari ini telah meletakan satu keyakinan kepada Rakyat bahawa bersekolah di sekolah agama juga menjamin masa depan anak mereka.
Setelah itu Dato Seri telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Batu 8 Lekir,Manjung dan kemudiannya bersama-sama dengan rakyat dalam satu jamuan rakyat yang diadakan di Batu 10 Lekir.Dato Seri turut memperikan ucapan penerangan isu-isu semasa politik Negara.Apa yang sempat sya dengarkan ialah kata-kata yang keluar daari mulut Rakyat yang mana ia diluahkan oleh seorang Ibu Tua yang dengan perlahan berkata "Sejuk Tengok Muka Nizar "...
Menghiasi jadual perjalanan sehari di Dun beliau, juga telah diadakan Majlis penyerahan sumbangan kembali ke sekolah berupa beg sekolah dan juga alat tulis kepada lebih dari 50 anak-anak yang keluarga mereka kurang berkemampuan yang ianya disumbangkan sendiri oleh Dato Seri Nizar selaku Adun Pasir Panjang.Ia diadakan di dua kawasan yang mana di Batu 10 Lekir seramai 25 orang telah menerima sumbangan tersebut.Ia diteruskan dengan sumbangan kedua di Taman Seri Wangi yang mana 25 orang juga anak-anak yang terdiri dari pelbagai bangsa telah menerimanya.
Gambar diatas ini ialah rangkuman gambar-gambar menarik yang sya rakamkan yang menggambarkan suasana rakyat yang tidak mengira agama,bangsa dan lapisan umur sedang meneliti Buletin Rakyat yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang yang mana ia merupakan keluaran edisi pertama sempena dengan tahun baru yang tiba hari ini.Ia menempatkan penulisan berupa ucapan perutusan Tahun Baru oleh dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang diterjemahkan kepada 3 bahasa iaitu Melayu,India dan Cina.
Pada sebelah petangnya pula Dato Seri Ir Hj Nizar melapangkan masa mengziarahi saudara Yusri aiaitu Ketua AMK Lumut yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada esok hari.Disebabkan Dato Seri tidak dapat hadir esok maka beliau hadir hari ini bagi menyampaikan ucapan Tahniah dan doa semoga pasangan ini kekal ke akhir hayat.Selepas itu Dato Seri bersama-sama rakyat menunaikan solat Maghrib dan Dato Seri telah menyampaikan kuliah Maghribnya di Masjid Venice di Lumut.
MIDAH Penderhaka..???
Hamidah Osman (kiri), Adun Sg Rapat daripada BN kini berusaha keras untuk menceroboh masuk ke Surau Al-Falah di Taman Song Choon, Ipoh.Pada mulanya, beliau yang mewakili Umno di taman itu telah meminta kebenaran untuk mengadakan program Umno bersama penduduk taman tersebut.
Tetapi, permintaan tersebut telah ditolak oleh AJK Surau yang bermesyuarat dan membuat keputusan untuk tidak membenarkan permintaan tersebut kerana program berkenaan anjuran parti politik. Sebagai memenuhi saranan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar surau dan masjid tidak dicampur adukkan dengan hal-hal politik.
Namun begitu, Hamidah tidak berpuas hati dan ingin meneruskan juga program di surau tersebut pada esok hari, Jumaat (1.1.2010) jam 8.00 pagi.
Sya :
Dari apa yang dibaca nampaknya Hamidah ni jenis Tak Faham Bahasa la yer..Al maklumlah Perak pun dirampasnya inikan pulak arahan ajk Surau.Tapi suka aku nak tekankan ayat penyebab dari ajk surau yang menyatakan bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak membenarkan Midah buat program di surau mereka kerana menjungjung titah Raja Muda Perak,so maknanya kalau esok midah buat jugak suka aku nyatakan yang kita semua boleh panggil dia Penderhaka,Pengingkar arahan Raja Muda..!!Sebabnya dah terang itu majlis politik dan pulak siap nak pasang bendera lagi,apa cerita tu...
Sama-sama la kita tunggu esok apa nak jadi...Info dari blog ini





