"Zambry janji nak bagi kami Geran Tanah "-Rakyat

Menjawab persoalan diatas Dato Seri berkata kepada penduduk yang hadir bahawa untuk apa kita mendengar janji-janji yang dilafazkan oleh Kerajaan UBN khususnya Zambry yang dikatakan telah menabur janji beliau di kawasan tersebut.Dato Seri yang hadir bersama-sama dengan Pegawai Khas Parlimen beliau telah menyatakan akan membantu Rakyat dengan sekadar termampu yang boleh agar kesempitan dan kesusahan itu dapat diringankan.
Semangat Katuanan Melayu mana Rasionalnya..??

Hujah beliau telah dikuatkan dengan ayat Allah swt yang bermaksud :
" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kami jadi orang-orang yang selalu menegakan (kebenaran) kerana Allah swt,menjadi saksi dengan ADIL.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku TIDAK ADIL.Kerana ADIL itu lebih dekat kepada TAKWA.Dan bertakwalah kepada Allah swt,sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."-Al-Maidah ayat 8
Semangat Ketuanan Melayu yang diamalkan oleh UBN yang sama sekali tidak berdasarkan hukum Allah swt memperlihatkan ia sebagai satu cara yang akhirnya hanya akan membawa rakyat kepada fahaman Asobiyah (semangat Kebangsaan) yang akan membuatkan kita menzalimi dan menindas bangsa yang lain.
Bantuan Persekolahan Kepada Rakyat Kurang Berkemampuan Dari MP Bukit Gantang..

"Berceramah Tanpa Pembesar Suara "-Ketua Polis Taiping

Apa yang menarik dalam program malam ini ialah arahan dari pihak Polis yang menyuruh agar ceramah malam ini dipindahkan ke tempat lain iaitu di Markaz Pas Air Kuning.Namun setelah ia tidak diendahkan oleh pihak penganjur yang merasakan ia tidak perlu dipatuhi,Pihak Polis keluar dengan arahan yang baru iaitu berceramah tanpa sound system yang membawa maksud tiada pembesar suara yang dibenarkan digunakan.Namun ia turut tidak diendahkan oleh pihak penganjur dan ia alhamdulillah ceramah berjalan dengan baik dan kehadiran rakyat melebihi jangkaan awal.
Apakah rasional untuk pemimpin berbicara dengan rakyat tanpa bantuan pembesar suara..??Apa yang dikesalkan ialah Kecerdikan akal Ketua Polis yang baru tidak setinggi pangkatnya...!
1 comments:
copy...aje le cik sya...copy arrtikel aje..gambar ana yg punya..ok..tq
Catat Ulasan