Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia. Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.
Pertama : Surah Al-Ankabut : 61
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”
(Surah Al-Ankabut : 61)
Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.
Kedua : Surah Al-Ankabut : 63
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”
(Surah Al-Ankabut : 63)
Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.
sumber http://g-82.blogspot.com/
baca lanjut di bloh ini
Carilah ilmu dan fahami ia kerana ilmu Allah swt itu Maha Luas..
3 comments:
Bhai...
Gua punya pandangan plak..
Biarlah diorang guna perkataan Allah tue.. sebab mana lah tahu dengan banyak kali diorang dengar perkataan tue.. boleh terbuka rahmat Allah keatas mereka sehingga mereka dapat menerima hidayah.... Manalah tahu....
Allah adalah Tuhan sekalian alam ... dan wajib disembah oleh sekalian alam... tidak kira yang kafir, musyrik mahupun yang Islam dan beriman.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" - Surah Ar-Rahman
C++
CipanTapirTenuk.blogspot
Kena hati-hati dalam soal nama tuhan.. Allah yang disebut dalam ayat-ayat itu merujuk pada pengiktirafan mereka pada Allah, tuhan yang mencipta Alam... Tapi nama Allah yang mereka tuntut adakah merujuk pada Tuhan yang sama...?? Tak mungkinkah akan timbul kekeliruan dikalangan Melayu selepas ini... Bukankah nama Allah yang dipakai mereka merujuk pada tuhan yg bersifat triniti yg bertentangan dgn Aqidah kita...!! Selama ini mereka menggunakan perkataan Lord.. Mengapa hari ni nak guna Allah...?
Allah hanya umat islam...
nak share guna nama Allah masuk islam dulu....wokey
propaganda mereka untuk meng'kompiuskan umat islam pada akhir zaman...senang la depa nak memperkasakan agama depa....nnt depa leh la kata kami pon de allah juga..tp xyah sembahyang, x yah baca Al-Quran...so mana yang 50-50 ttg agama islam leh la tersesat..
haha so...kita leh pikir sendiri..kesan nya..
Catat Ulasan