Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Kezaliman yang perlu Ditinggalkan





5.1.2010 Ipoh : Bertempat di Surau Taman Song Choon Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah hadir bagi bersama-sama dengan rakyat dan penduduk setempat.Dato Seri merupakan penceramah jemputan bagi surau tersebut yang mana beliau diundang bagi menyampaikan tazkirah disana.

Sepertimana biasa Dato Seri di dalam tazkirahnya menekankan berapa pentingnya bagi kita untuk memahami konsep islam sebenar.Semangat Ketuanan Melayu yang diamalkan oleh sesetengah dari kita sebenarnya menyamaratakan konsep ketuanan melayu dengan berlaku zalim.Kita sepatutnya mentadbir diri dan negara kita tanpa bersifat benci dan menghina agama lain kerana sebagai ummat islam kita sedia maklum bahawasanya setiap kejadian dimuka bumi ini dijadi dan diciptakan oleh Allah swt.

Sesuai dengan pesanan Nabi saw yag bermaksud :

Janganlah kamu menghina sembahan-sembahan agama lain kerana sesungguhnya apabila kamu mencela nya,maka mereka juga akan mencela Tuhan kamu kerana tidak faham.Dan sesungguhnya dosa itu kepada kamu lebih besar kerana kamu dari kalangan ummat ku. ( H.riwayat muslim )

Untuk itu sebaiknya kita lebih meneliti dan mengamalkan dasar hukum islam sebenar dengan tidak membenarkan diri kita dikuasai rasa benci dan nafsu sehinggakan kita sanggup berlaku zalim kepada yang lain.