Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Tragedi Bukit Kasino a.k.a Bukit Antarabangsa : 1 Kisah Benar

Salam pada semua, ni cerita pengalaman saya sendiri mengenai tragedi bukit antarabangsa 6 Dec lepas. Untuk maklumat, saya tinggal bersama keluarga di OakLeaf Park Condo, dalam 300 meter dari tempat kejadian.

Jam 3.45 pagi, 6 dec , saya terjaga dari tidur lepas terdengar bunyi letupan kecil dan rasa sedikit gegaran dari tingat 11 kondo yang saya duduk ni.

memang gelap gelita keadaan masa tu, even tingkap mengaha ke kawasan kejadian, tapi masih saya tak dapat nak tengok apa yang jadi, apa yang jelas, blackout kali ni bukan sebarangan sebab seluruh kawan bukit antarabangsa yang boleh sya lihat dari tingkap tu gelap gelita. yang boleh saya buat, call guard house dan tanya kenapa blackout, tapi guard sendiri pon tak tau.

Then, sekali lagi saya dengar bunyi bising masa hampir2 nak sambung lelap (kat umah saya tu sejuk sebab duduk atas, so tak rasa panas). kali ni saya dah rasa something wrong, so saya call jiran saya, ajak die turun ke guard house. nak dengar berita pon tak boleh, nak tengok tv pon tak boleh, even hp pon takde coverage sebab tower pemancar pon blackout jugak rasanya. masa di guard house tu la ada satu brader naik motor datang inform yang ada tanah runtuh kat bawah area kondo impian selatan.

so kami pon naik kete turun...... ishk..... susah nak cakap, pakai lampu kete je pon boleh nampak rumah banglo mewah cuma tinggal 3 rumah sebelah kiri, rumah ke 4 dah duduk tengah jalan, dan yang lain saya tak nampak langsung.

masa tu memang kecoh abis, bile orang2 kondo impian selatan lintang pukang lari turun, mana taknye, tanah yang runtuh tu dah betol2 sebelah pagar batu anatara kondo dengan rumah bukit mewah yang dah lenyap tu. masa tu ada 1 kereta polis yang kebetulan meronda kat atas tu sampai, dieorang pon takboleh buat ape2, cume inform hq je. takde sapa yang berani masuk ke kawasan tu walaupun macam2 bunyi ada, bunyi menangis, menjerit, macam2 la. dalam banyak2 banglo mewah yang ranap tu, ada sepasang mat saleh terselamat, sebab sempat lari atas bumbung lepas runtuhan pertama, tapi pelik, sampai sekarang takde cerita pon dalam paper. then, sampai 6.30 pagi, semayang pon kat parking lot tu je, masa tu Rela & smart dah sampai, saya sempat la tengok diorang bawak keluar 1 mayat dari rumah2 bukit mewah tu.

Lepas tu makin ramai orang turun ke kawasan tu nak tengok tragedi tu, saya pon malas nak tunggu, terus naik ke kondo, suruh isteri saya pack barang2 dan baju anak2 saya, then kiteorang pon keluar ikut jalan hutan, askar ada buat jalan denai kat belakang swiming pool impian selatan. masa tu air belum naik lagi so selamat la untuk keluar. lepas hantar family keluar ke Giant, parent saya datang ambil, saya patah balik ke impian selatan untuk tolong memember lain.

Masa tu la air dah naik kat jalan hutan yang saya lalu tadi, tapi redah je la nak buat camne. dah tolong mana yang boleh saya pon keluar la dalam pukul 4 petang tu, baru rasa penat die macam mane. saya pergi petronas nak beli prepaid, masa tu la dengar GELAK KETAWA datang dari depan GIANT, aaa nak tau sape.... itu la BARUA BARUA UMNO yang dah ready pakai uniform memasing tengah lepak makan Aiskrim ngan Boss Bangang Umno kat situ, siap ambik gambo lagi depan barang2 yang dieorang konon nya nak sumbang. Pi jahanam la, kalau saya hp saya ada bateri masa tu memang saya amik gambo mawas mawas umno tu, meluat betol tengok.

Then, 2nd day saya dengan sorang kawan naik ke bukit antarabangsa balik, terus saya pergi ke Khemah depan taska sebelah surau / masjid, tempat Azmin Ali tengah berborak ngan sorang wartawan, member saya. so saya pon pergi la jumpa die, member saya tunjuk video yang die rekod masa si Jawa TokTok tengah mengamuk dekat azmin sebab tak tolong die angkat barang, pasal bayar cukai la ape la. ishk ishk..... saya kenal ngan mangkuk buncit tu, salah sorang barua yang duduk area umah saya, saya penah berborak ngan die dulu kat restoran mamak belakang giant tu. Ini la die perangai buruk orang2 kaya merangkap barua, tak boleh susah sikit, tapi TAK NAK GUNA OTAK.

of course saya tau keadaan kat atas tu sebab saya pon terlibat, setahu saya jalan naik bukit tu tak de masalah nak lalu lalang bawak kete, cume sempit sikit sebab kete banyak parking tepi jalan. kalau ada otak, takkan la SEBODOH tu angkut barang jejauh, suruh bini angkat kotak besar. ape la bahlol sangat, angkat la family kesayangan kau ngan kotak2 (macam ezam lak) tu dengan kete sampai ke impian selatan, pastu kau naik la balik anto kete tu, then kau turun la sendirik takde barang nak bawak dah, kau nak lenggang lenggok @ menari sampai turun pon orang tak cakap ape. Saya pon buat macam tu, angkut semua turun dulu, tak nyusahkan sesapa. ni la perangai orang2 tak berotak kat atas tu.

Lepas register kat polis, saya pon naik balik melaui jalan hutan sebelah rumah dato shah tu, balik umah angkat baju 2 beg pastu turun. masa tu ramai lagi yang degil taknak turun walaupon bekalan air dah very2 limited, api pon takdak, siap ada 2 3 orang cina tak makan saman tengah mandi swiming pool, lantak korang la. lepas tu kiteorang turun balik dalam hujan tu.

Then, hari ke 3, lepas semayang raya haji, lepas tumbang 2 ekor lembu kat masjid rumah parent saya tu, member call ajak naik bukit, so naik la kami kali ke 3. sampai2 je terus nampak kelibat Azmin Ali, masyaallah, berkampung kat sini rupanya. saya pon terus pi jumpa dia, YB pulak yang explain kat kami pasal keadaan semasa. tapi..... pelik...... dalam 14 rumah yang lenyap, 4 orang je mati? setahu saya hari pertama lagi dah ada 4 5 mayat dieorang letak dalam masjid, ape sebenarnya nak disorok ni. 23 orang yang selamat dah bawak ke HKL, tapi yang di interview cuma family datok shah ngan keluarga doktor india yg mati, ape cite yang lain2? ape cite 2 orang guard yang saya tau turut sama hilang kat situ, cuma sorang je yang dieorang jumpe itu pon John Doe (tak bernama) sampai sekarang.

macam2 misteri sebeno nya dalam ape yang berlaku ni, ape muslihat media korup menutup kesah2 tu pon saya tak tau, serupa apa yang di buat masa kondo highland tower runtuh tahun 1993, 49 orang mati, tapi hakikatnya double dari tu, sedara aku (polis) yang bg tau, serupa jugak kes feri karam dulu, main control room punya operator yang bg tau aku, yang mati dekat seratus, kuar paper 30 lebih. Ntah la, susah nak percaya media media barua ni punya berita.

Hari ke 7, saya akhirnya dapat bawak keluar kereta saya ikut jalan taktikal yang askar buat tu, alhamdulliah. tapi...... rasa nya ada kekurangan dalam mengawal orang yang naik ke atas, saya jumpe macm2 jenis manusia kat atas, yang saya rasa kelentong polis kat bawah tu yang dieorang duduk sini, so dapat la pas naik atas. kat atas tu jalan sana sini, amik gambo kondo2 situ, lepak2 kat teksi stand sambil makan2. pastu polis siap nafikan ada rumah kene pecah, piiii rah. banyak yang kene, tapi biasak la, cover line.

lepas dah bawak kete keluar saya duduk2 sekjap kat kemah mpaj, staff situ cakap orang bukit mewah yang kene pindah nih dapat duduk hotel D' Palma, ampang, 50% diskaun. Ek elehhhhhh, dasar orang kaya chelaka, duduk kat sekolah / penempatan sementara taknak, nak duduk hotel je, berlagak nak mampos. banyak persatuan dah anto makanan kat sekolah ulu kelang tu, tapi membazir je sebab takde orang nak makan, muka2 berlagak nih duduk 5 minit dah panas luar dalam, meluat aku.

DAN AKHIR SEKALI............ SALAH SATU KEBINATANGAN UMNO YANG PALING AKU MELUAT...... BUAT TABUNG DERMA MANGSA TANAH RUNTUH. ape la siul al bangang al chelak* nya UMNO nih, pi la mintak derma tolong orang miskin, nih nak tolong orang kaya yang duduk umah harga 2 juta minimum sebuah + kete porche, ferari, merc, alfard tu watpe. siap inform awal2 yang cawangan umno dah bagi 30k, duit tu nak bagi sape, nak beli lembu korban ke, APE LAGIK, MASUK POKET LA MACAM TABUNG BERSAMAMU NGAN TABUNG ACHEH dulu, pastu leh lepak Giant lagik makan aiskrim. Ishk, aku memang tak boleh terima cara barua2 nih abiskan duit rakyat. Tunjuk muka pon ari pertama sampai ari ke 3 je, pastu hilang dah.Ini masalah bila manusia besar kepala,bodoh dan bangang.

0 comments: