Doa Kami...
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Blog bercuti seminggu!
Nantikan artikel-artikel yang berinformasi selepas kembalinya sya..
Terkini Selangor..!
Sumber terkini :P.A Yb Yaakob Sapari iaitu En.Husin Ahmad yang dibawa ke mahkamah Putrajaya awal pagi tadi telah mendapat perintah reman selama 14 hari lagi.Beliau dilihat memakai pakaian dari lokap polis dan beliau kelihatan bersama 13 yang lain(tidak rasmi).
PDRM pergiat daftar MYKAD,Apa rahsia sebaliknya..??
Dari pagi tadi sya mendapat perkabaran mengenai isu terbaru yang mana sehingga kini telah dapat dikesan beberapa kawasan disekitar Perak malahan seluruh Negara mula menerima permohonan membuat MYKAD oleh anggota-anggota Polis yang mana ia kononnya disebabkan oleh keputusan Kerajaan bagi menetapkan penerimaan subsidi minyak kepada pengguna MYKAD menjelang Mei nanti.Usaha ini dilihat sebagai satu lagi gerakan halus bagi memeperdaya dan mempergunaankan kesempatan dalam pilihanraya nanti.
Bagi Sya ia merupakan sesuatu yang tidak relevan yang mana ia dilihat sebagai satu propaganda yang dirancang bagi memeperdayakan rakyat dengan momokan dan setersnya mereka akhirnya mengambil kesempatan berhubung hal tersebut.Namun sya melihat perkara ini sedikit berbeza iaitu dari apa yang dilakukan maka kita dapat membuat satu andaian yang jelas bahawa ia merupakan satu lagi ketakutan kritikal UBN dalam menghadapi Rakyat pada Pilihanraya ke 13 dan sekiranya Pembubaran Dun Perak berlaku.
Kekalutan intitusi UBN ini yang telah 52 tahun memerintah dengan kemenangan yang acap kali disebabkan oleh kekotoran dan permainan jijik mereka selalu direlakan oleh pihak pembangkang walaupun pihak pembangkang sering memberikan tekanan kepada mereka ,namun ia sesuatu yang direlakan dan kebangkitan pembangkang itu dirangka pada setiap kali pilihanraya dan hasilnya 52 tahun kesabaran mereka dibalas dengan satu kemenangan pada tanggal 8 march 2008,akan tetapi ia dirampas oleh UBN selepas mereka melihat saat -saat terakhir nafas kekuatan mereka akan direntap dan dipadamkan api kemarakan mereka oleh rakyat.Mungkin ini yang dikatakan apabila kuasa menjadi sebati maka rasionalnya hilang dan memungkinkan seribu perbuatan dan kemungkinan.Oleh itu ia memeperlihatkan kelemahan UBN dan seterusnya kekuasaan Nafsu menjadi peanduan sehinggakan perbuatan itu menghalalkan cara.
Namun yakinlah bahawa gerakan ini akan dipatahkan oleh Rakyat dan Pejuang-pejuang kebenaran,jika selama ini rentak dan corak pembangkan sedikit perlahan dan lembut ia akan diatur semula agar ia nampak lebih kosisten dan mantap agar keyakinan Rakyat itu kembali dan menyerap bersama semangat keadilan dan ia akan diterjemahkan dengan baik dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Jika selepas ini setiap dari kita telah memegang MYKAD maka sya mengusulkan juga untuk dimansuhkan Undi Pos dan setiap mereka yang mempunyai MYKAD diberikan hak dan tanggungjawab yang sama untuk mengundi sebagai rakyat biasa dan tiada lagi tekanan kepada anggota -anggota keselamatan apabila tiba waktu mengundi.Ini kerana sebelum ini kesemua anggota keselamatan ditakutkan dengan cerita dan mitos bahawa setiap undi mereka yang mengundi pembangkang akan diketahui oleh pihak atasan hasil dari pengundian menggunakan kad kuasa yang sememangnya mempamerkan mereka sebagai anggota keselamatan.Dan selepas ini setelah memiliki MYKAD maka tiada lagi tekanan dan status mereka sebagai anggota keselamatan yang mengundi pembangkang juga akan dirahsiakan.
Akhir sekali sya ingin ajukan pertanyaan bahawa ADAKAH INI SAU LAGI TANDA BAHAWA PEMBUBARAN PARLIMEN JGA SEMAKIN HAMPIR..????
Terkini Selangor!
Tahniah SPRM,Satu lagi Komponen BN yang berfungsi baik bagi menjaga Kroni UBN..!
Terkini..!!!
Skandal Gula Negara
Aku nak buat sorang…tak cukup masa. Tapi kalau lebih ramai blogger-blogger buat penyelidikan…seorang satu artikel…bila dicantumkan boleh menceritakan apa yang berlaku disebalik kenaikan harga gula.
Apa yang aku nampak, gula menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan. Siapa yang buat bisnis gula…gerenti untung sebab keuntungannya sudah dijanjikan.
Robert Kuok merupakan rakyat Malaysia yang terkaya..tapi tak tinggal di Malaysia.
Baru-baru ini, Robert Kuok telah menjual semua aset beliau berjumlah RM1.25 billion dalam perniagaan gula di Malaysia. Semuanya dijual kepada Felda Global Venture. Felda menguasai 100 peratus saham dalam Malayan Sugar Manufacturing yang bernilai RM1.22 bilion, dan Kilang Gula Perlis yang bernilai RM26 juta.
PPB yang dikuasai oleh Robert Kuok juga akan menjual 5,797 hektar tanah miliknya di Perlis bernilai RM45 juta. Hasil jualan ini, PPB akan memperolehi keuntungan sebanyak RM758 juta.
Apa pun yang berlaku, Robert Kuok sudah untung ratusan juta ringgit. Dan perniagaan gula pula sudah beralih tangan kepada Felda Global Ventures.
Sebaik saja perniagaan gula beralih tangan kepada Felda Global Ventures, harga gula terus naik. Pasai apa? Sebab depa pun nak untung juga. Siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata.
Hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan mahu mengadakan ‘1 Parlimen 1 Pengedar Gula’. Aku mula mencium sesuatu.
Sapa yang akan dilantik menjadi pengedar gula untuk Felda? Sudah pasti ada Ketua Bahagian Umno yang dah mula lobi untuk menjadi pengedar gula di kawasan Parlimen mereka.
Selepas ini, apabila gula sudah dikawal oleh pemimpin-pemimpin Umno, maka harga gula akan dikeluarkan dari senarai barang kawalan. Dan tidak mustahil, negeri-negeri Pakatan Rakyat akan tumbang kerana gula.
Harga gula di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan dinaikkan lebih tinggi dari negeri-negeri yang ditadbir oleh UBN. Dan akhirnya, Pakatan akan dipersalahkan kerana tak tahu memerintah sehinggakan harga gula pun tak tau nak urus.
Fuh…bijak UBN.
Oleh MSK/Perakexpress
Dato Seri Nizar Pemimpin Rakyat-Rakyat
Setelah sesi pertama iaitu awal pagi selesai,Dato Seri dibawa ke Kg Ban Joo Seng yang mana beliau telah dikhabarkan dengan satu kejadian kebakaran rumah yang menimpa Pn Kaliama a/p Palaniapan 44 tahun yang mana beliau tinggal bersama 4 orang anak dirumah tersebut.Nmaun semasa kebakaran itu berlaku mereka sekeluarga tidak berada di rumah.Dato Seri yang hadir bersama-sama dengan Pegawai Khas beliau ke tempat kejadian dan menyampaikan sedikit sumbangan.Dato Seri juga telah mengarahkan Pegawai Khas Beliau untuk menghantarkan bantuan pakaian dan makanan segera untuk keluarga mangsa.
Selesai itu Dato Seri menunaikan Solat Zohor di Masjid Daerah Manjung.Kemudian Beliau kembali semula ke Pusat Khidmat Beliau untuk meneruskan sesi bersama Rakyat yang berakhir sekitar jam 4.00 petang.
Coretan Dato Seri berhubung kemalangan 7 Januari lalu
Namun saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada semua yg telah menziarah termasuk YB Dr Mah Han Soon, YB Dato Fakih Adam , YB Dato' Ngeh dan kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat. YB Dato Seri Dr Zambry Kadeer juga melawat saya pada 8 Jan, jam 10.25malam dan sempat besembang perkara biasa. Trima Kasih Dato' Seri dan pada semua!
Sewaktu di wad saya diperiksa dan di perhatikan oleh 7 orang doktor bersama matron, sister dan jururawat di wad tingkat 8. Kesemuanya handal2 belaka dan kebanyakannya mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan berharap PR akan kembali berkuasa d Perak. Tak kurang juga yang bertanyakan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa Menteri Besar sah di Perak? Saya nyatakan "tak tahu, wallahu a'lam!"
Ujian air kencing dan darah semuanya normal cuma tekanan darah saya agak tidak stabil dan tinggi. Doktor telah memberi ubatan bagi menstabilkan dan alhamdulillah kini telah pulih.
Siku kanan saya yg cedera ringan itu pula telah dibuang jahitanya dan dewasa ini telah baik.
Oleh kerana saya berjanji menghadiri beberapa program dan majlis ceramah, khususnya di Puchong, Manjung, dll maka saya gagahkan dan dapat berceramah sewaktu dalam wad dengan mengunakan talipon bimbit secara life ditempat2 tersebut. Alhamdulillah walaupun tak dapat hadir, namun mereka masih bolih mendengar suara saya! Saya juga sempat mengimamkan solat fardhu Jumaat apabila disudi oleh imam masjid Hospital (Masjid Muhibuddin Shah) , sebaik saja habis imam berkhutbah. Dgn izin Allah SWT saya berkemampuan dan menyempurnkan mengimami solat tersebut dan berdoa selepas solat jumaat.
Pada hari akhir (10 Jan) sebelum keluar wad, salah seorang pesakit (dari Johor) diwad tingkat 8 telah kembali kerahmatullah. Saya mengajak isteri saya Datin Seri untuk menziarahinya dan bertemu balu Allahyarham dan anak kecil perempuanya. Saya sempat mengepalai majlis Tahlil bersama kakitangan hospital dan rakan keselamatan dan unit amal. Al faatihah buat Allahyarham sdr Hashim!.
Saya dibenarkan pulang kerumah oleh doktor pd 10 jan jam 12 tengahari setelah mereka puas hati dan kini saya berihat di rumah dan telahpun meneruskan tugasan harian saya seperti biasa.
Mula mesyuarat parti, berceramah, menghadiri jamuan makan malam, kuliah, melawat gereja, sekolah Convent (Taiping) mangsa kebakaran, dan bertemu rakyat dipasar malam (Alor Pongsu), gerbang malam (Bgn Serai) serta Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (bgn serai).
Alhamdulillah saya sekarang telah pulih dan sekali lagi saya bersyukur kehadrat Ilahi dan berbanyak terima kasih kepada semua rakyat jelata, jentera parti, petugas professional Hospital dan petugas keselamatan unit amal, petugas dan pegawai Faber Mediserve hospital Ipoh, ADUN dan ahli Parlimen . Kepada yang sms , menalipon, melayar FB dan menjenguk blog saya untuk bertanya khabar, terima kasih dan berbanyak penghargaan pada semua. Teruskan berdoa agar dapat kita usahakan dan meneruskan perjuangan menegak keadilan dan kebenaran di bumi Perak tercinta ini. Insiden ini sesungguhnya telah banyak memberi pelajaran dan hikmah kepada saya untuk di teladani dan direflexikan. Allah maha berkuasa melindungi dan Penyelamat saya!
Akhir sekali khusus pada saudara Md Nor Mansur yg telah membawa saya ke Hospital menaiki Satria merahnya, sejurus selepas kemalangan, Allah memberkati saudara dan terima kasih tidak terhingga kerana bantuan kecemasan. InshaAllah kita akan bersua nanti!
Saya bermohon ampun maaf kepada semua jika ada tersinggung, terkasar bahasa, terlebih bicara, terlanggar tata dan lain kesilapan dan kelemahan. Terus doakan demi keselamatan negeri kita dan rakyat jelata
Sekian wasalam, Hidup, Hidup, Hidup Rakyat, Bubar, Bubar, Bubar DUN Perak!!
Allahu Akbar.
Islam itu tercemar kerana Ummatnya sendiri!
Ini adalah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak menghendaki sebarang kezaliman bagi semua alam. (al-quran)
Hampir setahun pelbagai krisis berlaku di bumi bertuah ini.Pelbagai cerita,aksi dan fenomena yang dapat dilihat dari pelbagai keadaan yang timbul.Namun aku tersentuh dan ikut setuju dengan kata bahawa apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang Allah swt izinkan keatasnya.Sesuatu yang terjadi dari sikap kita yang lupa siapa Tuhan dan Hamba dan Allah swt masih memberi peluang buat kezaliman ini terjadi.Dan kerana itu pelbagai andaian yang dibuat oleh beribu manusia yang Allah swt kurniakan Akal dan Pemikiran,tak kurang juga yang mentafsirnya menggunakan nafsu dan perasaan.
Baru-baru ini hebuh denga isu kalimah ALLAH yang dipolitikan oleh pelbagai pihak.Namun sya tak mahu menyentuh soal itu kerana sudah pastilah ada yang lebih arif untuk menerangkannya akan tetapi sya suka menyatakan bahawa mengapa dan kenapa kalimah ALLAH swt ini menjadi hangat dan ia tidak dirungkai dan diperjelaskan kepada semua dengan cara islam dan berpandukan hukum Al-quran?Kemana perginya ulamak-ulamak yang ada yang mengaku bijak dan pandai dalam agama untuk menerangkan ia kepada rakyat,mungkin kemalasan dan kebisuan ulamak-ulamak ini ditutup dengan gaji dan bayaran yang dibayar oleh pihak pemerintah.Mengapa hanya kalimah Allah swt ini membuatkan kita melatah dan kebanyakan melayu bangkit untuk menentang penggunaannya oleh agama lain sedangkan akidah dan akhlak manusia MELAYU ini yang sebenarnya telah lama terpesong dan mendustakan ayat allah swt.Ini jelas menunjukan bahawa cukupkah bagi seorang Melayu yang mengakau ISLAM untuk menggantung kalimah Allah dan Muhammad di dinding-dinding rumah mereka dan Hukumnya
( Al-Quran ) diletak didalam almari sebagai perhiasan dan tatapan?
Apakah itu gambaran ISLAM sebenar?Jika ada yang perlu bangkit dan membantah penggunaannya pastilah ulamak-ulamak agung dari negara arab sudah bangun dan menyatakan pendirian mereka,namun bagi kita yang mengaku melayu yang didalam al-quran sendiri tiada menyatakan bahawa Allah swt itu diciptakan untuk melayu bangkit seolah-olah kitalah juara agama dan hakikat yang sebenarnya kitalah yang lebih banyak memepersendakan dan mempermainkan hukum islam itu sendiri.Tatkala mana ada pemimpin Melayu Islam yang mempersendakan Hukum Allah swt dimana melayu -melayu ini yang kononnya memperjuangkan agama.Ketika mana dipamerkan dikaca tv persentuhan dan pelukan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dalam drama-drama melayu tidak dihalang dan dimana juga MELAYU yang bangga menyatakan mereka ISLAM sekarang apabila ada diantara anak-anak muda kita yang terpesong akidah dan ahklak mereka?
Sehubungan dengan itu siapa yang harus kita persalahkan..?Pemerintah yang kononya ISLAM yang ada,hanya mampu menggambarkan ISLAM itu sebagai penghias kad pengenalan dan hanya pada nama namun tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah islam yang sebenar.Janganlah kamu katakan Allah swt itu ZALIM kerana yang sebenarnya kamulah yang menzalimi diri kamu sendiri.
"Alhamdulillah,Senang Hati dapat lihat Nizar macam Biasa"-Rakyat
Selepas itu Dato Seri singgah di Pasar Malam Alor Pongsu dan beliau meluangkan masa untuk bersama rakyat disana.Seperti dimana-mana sebelum ini persoalan yang bermain dihati rakyat mengenai keadaan Dato seri telah terjawab dan kesemua mereka yang melihat sendiri Pemimpin Rakyat ini sihat seperti biasa juga mampu bersama rakyat kembali merupakan satu kesyukuran buat mereka.
Seterusnya kami ke rumah Pak Andak yang mana beliau telah lama inginkan Dato Seri untuk hadir kerumah beliau dan kami telah dijamu dengan hidangan makanan yang menyelerakan.Selepas itu Dato Seri menunaikan solat maghrib dan tazkirah di Masjid Changkat Lobak dalam Parlimen Alor Pongsu.Tiba selepas itu di Gerbang Malam Bagan Serai Dato Seri telah diberi kesempatan oleh DJ yang bertugas untuk menyampaikan sedikit ucapan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di sana.
Mengakhiri program Dato Seri hadir pada satu majlis ceramah penerangan isu-isu semasa di Markaz Pas Pupis,Selinsing.Kehadiran mencecah kepada 1000 orang yang mana rata-rata yang hadir adalah untuk melihat sendiri pemimpin mereka setelah peristiwa yang menimpa Dato Seri.
Pergilah kemanapun,pemimpin Rakyat ini akan terus dihormati dan diingati juga disanjungi kerana hanya Rakyat yang tahu kenapa Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin mampu mengharungi semuanya.
Program berakhir sekitar jam 11.30 malam,kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada abang Sani dan Azmi yang menjadi pengiring kepada Dato Seri sepanjang program tersebut.
SKM Convent turut menjadi sasaran..
11.01.2010 Taiping : Petang ini bertempat di Taiping Dato Seri Nizar dan beberapa Pimpinan PR telah sama-sama hadir untuk lawatan ke 2 buah Gereja di Taiping yang mengalami serangan dari tindakan individu yang tidak bertanggungjawab.Berkata kepada pihak media Dato Seri menyifatkan ia sebagai tindakan yang jahat dan tidak wajar juga menyatakan bahawa mereka yang melakukannya mempunyai pemikiran yg sempit dan tidak bertanggungjawab.Ia menunjukan bahawa apa yang berlaku adalah akibat dari fahaman asobiyah dan rasict yang disemai kepada rakyat.
Dato Seri menambah bahawa di dalam pakatan rakyat kami tidak pernah menyemai perasaan tersebut.Kita dari Pas telah dari awal menolak akan tindakan seperti ini dan kami mengkritik tindakan ini dengan sekeras-kerasnya.Dato Seri turut menasihatkan media di bawah UBN untuk tidak memainkan isu ini kerana tindakan mereka yang cuba memperbesarkan isu ini telah menyebabkan timbulnya semangat perkauman kepada rakyat.Beliau juga mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menolak tindakan ini yang dianggap tidak beretika dan bertamadun kerana ia sebenarnya menambah keruh keadaan yang ada.
Dato Seri turut dibawa melawat ke Sek Men Convent yang mana kami diberitahu bahawa ia turut menjadi sasaran akibat dari kekeliruan dari penyerang yang menyangka bahawa ia adalah gereja dan pondok pengawal disitu turut dibaling dengan batu dan mengakibatkan kerosakan kecil.Turut sama dalam rombongan tersebut ialah pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat.
Keluar Hospital Dato Seri hadir 2 majlis ceramah..!
10.01.2010 Bidor / S.Pulai : Dato Seri Nizar yang baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak Hospital pagi ini telah pun kembali kepada rutinnya iaitu kembali bertemu rakyat diseluruh Negeri Perak.Beliau telah menghadiri satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat Perak yang bertempat di Bidor yang mana sejumlah lebi dari 500 orang telah hadir bagi menunggu dan melihat pemimpin kesayangan mereka ini.
Beliau yang tiba sekitar jam 10.00 malam disambut dengan pasukan gendang India dan laungan rakyat yang menyokong beliau.Kesemua mereka merasa teruja dengan kehadiran Dato Seri Nizar yang mana sepertimana semua tahu yang beliau telah terlibat dengan kemalangan pada hari Khamis yang lalu dan hari ini rakyat yang hadir bersyukur kerana dapat melihat beliau seperti biasa.Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Yb Gobin dan juga beberapa pimpinan yang lain.
Selepas itu Dato Seri menghadirkan diri pula ke Majlis ceramah anjuran Keadilan di Taman Raia di S.Pulai yang mana ia dihadiri oleh yb Lee kang,Yb Chan Ming Kai,Yb Dr Lee Boon Chai dan Ust Misbah.Ia dibuat di perkarangan markaz Pas selepas permit ceramah terbabit dibatalkan hari jumaat yang lalu.
Walaupun 4 hari berehat di Hospital dan mengalami kecederaan Pemimpin Kesayangan Rakyat ini tidak pernah mengeluh dan mengenal erti penat dan sakit.Beliau hadir juga undangan yang melibatkan rakyat yang bagi beliau ia tidak mahu menghampakan rakyat yang sememangnya menanti kehadiran beliau disetiap program.
Gambar kerosakan Dalaman Metro Church
Gambar disekitar kejadian letupan dan kebakaran di Metro Church di Lembah Kelang yang diserang 2 hari yang lalu.Ia merupakan kejadian yang disebabkan oleh isu yang sedang hangat diperkatakan.Kami ingin menasihati pihak-pihak tertentu untuk tidak membuat perkara-perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini.
Dato Seri Nizar insyaallah akan keluar wad
Dato Seri terima Komen Rakyat melalui Perak Express
Dato Seri kelihatan ceria di wadnya petang ini.Beliau meluangkan masa membaca komen-komen yang diberikan kepada wakil Team PerakExpress.
Dato Seri Imamkan Solat Jumaat
Pemimpin rakyat ini disambut meriah oleh para jemaah di Masjid berkenaan.
Dato Seri Tunaikan Solat Jumaat
Dato Seri Nizar Masih Di Hospital
Dato Seri Nizar Semakin Pulih
Pagi ini bertempat di wad 8C Hospital Tuanku Bainun Dato Seri kelihatan semakin pulih dan sihat seperti biasa.Jika keadaan beliau mengizinkan,Dato Seri akan dibenarkan keluar hari ini.
Dato Seri Gadai Nyawa halang Kemalangan Lebih Teruk..!
Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk.
Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital.
Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..!
Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!
Gambar tekini Dato Seri Nizar di Wad
Pihak kami juga dimaklumkan bahawa sejurus selepas itu Dato Seri bertindak keluar dari kenderaan beliau dan meminta pertolongan dan sebuah kenderaan Proton Savvy yang dipandu oleh seorang lelaki telah membawa dan menghantar beliau ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.Dato Seri tiba di Hospital kira-kira jam 9.30 pagi dan ditempatkan di wad kecemasan sebelum dibawa ke wad bagi rawatan susulan kira-kira jam 11.00 pagi.
Dato Seri yang hanya mengalami kecederaan ringan di siku ( satu jahitan) dan juga sedikit kesan calar dimuka telah dikunjungi oleh Dr. Mah Hang Soon yang mewakili UBN kira-kira pada jam 2.15 minit petang.Sehingga kini beliau masih ditempatkan di wad untuk pemerhatian Doktor dan akan dibenarkan pulang sekiranya keadaan mengizinkan.
Kepada semua rakyat yang prihatin Kami mewakili Keluarga Dato seri Ir Hj Nizar Jamaluddin berbesar hati dengan kunjugan yang tidak putus sejak pagi tadi.Dato Seri dan Keluarga merakamkan ucapan Terima kasih juga kepada semua Rakyat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Dato Seri Nizar.Kami berharap agar Rakyat memahami keadaan beliau dan tidak mengadakan kunjungan untuk masa terdekat bagi memberikan ruang buat Dato Seri berehat.
Maklumat dan keadaan terkini beliau akan kami bawakan dari masa ke masa.buat Rakyat di luar sana teruskan berdoa dan semoga apa yang terjadi membawa seribu Hikmah.