Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Dato Seri Nizar Pemimpin Rakyat-Rakyat

DSN mendengar rintihan Rakyat
Bergambar bersama Rakyat
Bersama keluarga mangsa
Melihat Tapak kebakaran
Bersama Keluarga mangsa

18.01.2010 Pasir Panjang: Hari ini bertempat di Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang di Manjung Dato Seri Nizar telah meluangkan masa sehari bersama penduduk dan rakyat yang rata-rata datang mengadu nasib.Ada yang hadir kerana kesenmpitan hidup dan kekurangan kewangan dan tak kurang juga yang hadir bagi mengadu nasib tentang birokrasi jabatan-jabatan kerajaan yang kebanyakannya merumitkan hak-hak dan permintaan rakyat.Seawal 8.30 pagi telah ramai yang menanti pemimpin mereka ini tiba.

Setelah sesi pertama iaitu awal pagi selesai,Dato Seri dibawa ke Kg Ban Joo Seng yang mana beliau telah dikhabarkan dengan satu kejadian kebakaran rumah yang menimpa Pn Kaliama a/p Palaniapan 44 tahun yang mana beliau tinggal bersama 4 orang anak dirumah tersebut.Nmaun semasa kebakaran itu berlaku mereka sekeluarga tidak berada di rumah.Dato Seri yang hadir bersama-sama dengan Pegawai Khas beliau ke tempat kejadian dan menyampaikan sedikit sumbangan.Dato Seri juga telah mengarahkan Pegawai Khas Beliau untuk menghantarkan bantuan pakaian dan makanan segera untuk keluarga mangsa.

Selesai itu Dato Seri menunaikan Solat Zohor di Masjid Daerah Manjung.Kemudian Beliau kembali semula ke Pusat Khidmat Beliau untuk meneruskan sesi bersama Rakyat yang berakhir sekitar jam 4.00 petang.

0 comments: