"Apa Khabar Dato Seri "?itu antara ayat yang keluar dari mulut-mulut rakyat yang dijumpai oleh Dato Seri Ir Hj Nizar hari ini.Dari permulaan program seawal jam 3.45 petang Dato Seri telah tiba bagi menghadiri program Himpunan Wanita Pakatan Rakyat bagan Serai di Masjid Tinggi.Beliau meluangkan masa bagi menyampaikan amanat dan pesanan kepada wanita PR di Bagan Serai untuk terus melakukan kerja baik bagi mendekati rakyat dan seterusnya bersama-sama berjuang bagi menegakkan islam dan keadilan di muka bumi ini.
Selepas itu Dato Seri singgah di Pasar Malam Alor Pongsu dan beliau meluangkan masa untuk bersama rakyat disana.Seperti dimana-mana sebelum ini persoalan yang bermain dihati rakyat mengenai keadaan Dato seri telah terjawab dan kesemua mereka yang melihat sendiri Pemimpin Rakyat ini sihat seperti biasa juga mampu bersama rakyat kembali merupakan satu kesyukuran buat mereka.
Seterusnya kami ke rumah Pak Andak yang mana beliau telah lama inginkan Dato Seri untuk hadir kerumah beliau dan kami telah dijamu dengan hidangan makanan yang menyelerakan.Selepas itu Dato Seri menunaikan solat maghrib dan tazkirah di Masjid Changkat Lobak dalam Parlimen Alor Pongsu.Tiba selepas itu di Gerbang Malam Bagan Serai Dato Seri telah diberi kesempatan oleh DJ yang bertugas untuk menyampaikan sedikit ucapan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di sana.
Mengakhiri program Dato Seri hadir pada satu majlis ceramah penerangan isu-isu semasa di Markaz Pas Pupis,Selinsing.Kehadiran mencecah kepada 1000 orang yang mana rata-rata yang hadir adalah untuk melihat sendiri pemimpin mereka setelah peristiwa yang menimpa Dato Seri.
Pergilah kemanapun,pemimpin Rakyat ini akan terus dihormati dan diingati juga disanjungi kerana hanya Rakyat yang tahu kenapa Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin mampu mengharungi semuanya.
Program berakhir sekitar jam 11.30 malam,kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada abang Sani dan Azmi yang menjadi pengiring kepada Dato Seri sepanjang program tersebut.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
2 comments:
CORECTION SYA...
alor pongsu bkn parlimen..tp dun..
al0r pongsu bawah parlimen bagan serai....
ni bru betul
oh sorry ni la akaibatnya kalau menulis dalam keadaan mengantuk..hihihisorry semua
Catat Ulasan