Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Dato Seri Gadai Nyawa halang Kemalangan Lebih Teruk..!

"Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"-Dato Seri Nizar.

Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk.

Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital.

Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..!

Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!

7 comments:

MSI berkata...

Semoga uncle cepat sembuh

MC_Shaharul berkata...

smoga cepat sembuh dato seri,kami mendoakan anda..

DrHanif berkata...

semoga cepat sembuh...amin

PAPA GOMO berkata...

SEKSYEN 43 (1) APJ 1987 MEMANDU TIDAK CERMAT DALAM KEADAAN MERBAHAYA DAN TAMPA PERTIMBANG MUNASABAH. DENDA TIDAK LEBIH RM 10 RIBU, LESEN GANTUNG 2 TAHUN.

Tidak timbul soal elak ataupun GADAI NYAWA dari kes Nizar ini memandangkan kemalangan yang berlaku itu adalah satu kemalangan yang serius. Mana mungkin kenderaan boleh TERBALIK jika kita memandu di dalam kawalan yang cermat dan juga mengikut Had laju yang di benarkan!

Baru seminggu yang sudah kita di kejutkan dengan kematian 10 orang penumpang Bas yang terlibat dalam kemalangan di Perak akibat dari kecuaian pemandu Bas tersebut. Hari ini Bekas MB Perak Nizar pula telah terlibat dalam kemalangan yang juga berpunca dari KECUAIAN akibat SIKAP pemanduaan yang tidak berhemah.

Bagaimana hendak di jadikan contoh kepada Rakyat jika Pemimpin sendiri mempamerkan satu contoh yang tidak baik kepada rakyat dalam SIKAP pemanduan secara berhemah?

Apa sekalipun yang pihak Nizar ingin mengatakan dalam kemalangan ini, Gomo cuma berharap agar pihak Polis Trafik yang menyiasat kes berkenaan agar tidak mengecualikan keistimewaan Nizar kerana bergelar "Dato Sri". Penyiasatan menyeluruh perlu di lakukan dan Akta Polis 1987 43(1) WAJIB di guna pakai dalam siasatan dan pendakwaan dalam kes Nizar ini.

http://www.papagomo.com/2010/01/gempar-nizar-akan-di-dakwa-di-mahkamah.html

Yong berkata...

Gomo dan parpukari sah JAHAT. Kalau dulu Yong tak ambil pot ape deme berdua tulis kat laman deme, kali ni Yong yakin, deme memang JAHAT. Nyata sekali deme langsung tidak menunjukkan sikap simpati kepada orang yang kemalangan, malahan mencemuh dan membuat andaian sendiri. Sebarkan ape yang deme tulis ini untuk tunjukkan kepada orang ramai apa jenis makhluk ini. Semoga Allah melindungi DS Nizar. Allah adalah Hakim paling Agung.

asemalpg berkata...

Akta Pengankutan Jalan (A333)

Melebihi had laju
40. (1) Jika mana-mana orang memandu sesuatu kenderaan motor
dengan kelajuan yang lebih daripada apa-apa had laju yang dikenakan bagi kenderaan motor itu di bawah kuasa yang diberi oleh Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(2) Mahkamah hendaklah, melainkan jika atas apa-apa sebab khas difikirkannya patut untuk memerintahkan selainnya,
memerintahkan butir-butir mengenai apa-apa dapatan bersalah di
bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

(3) Suatu sabitan kali pertama atau kali kedua bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak boleh menyebabkan seseorang pesalah itu dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan
lesen memandu bagi suatu tempoh yang lebih lama dari, satu bulan
bagi sabitan pertama, atau, enam bulan, dalam hal sabitan kali
kedua.

Memandu secara melulu dan membahayakan
42. (1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor
di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang kepada segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan
dan luas jalan dan kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada
di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama
tempoh *tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada
lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit
dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara
selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan butir-butir mengenai
apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada manamana
lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan
itu.

(3) Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini hilang
kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen
memandu selama tempoh tidak kurang daripada **dua tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian,
hilang kelayakan selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.

(4) Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang
lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.

Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa
43. (1) Seseorang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan
tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa
pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain yang
menggunakan jalan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan *hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada empat
ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.

(2) Mahkamah, (melainkan atas apa-apa sebab khas yang
difikirkannya patut untuk memerintah selainnya), hendaklah
memerintahkan supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan di
bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu
yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

(3) Atas sabitan kali kedua atau kemudiannya di bawah seksyen
ini mahkamah hendaklah menjalankan kuasa yang diberikan oleh
Bahagian ini dengan memerintahkan supaya pesalah itu hendaklah
dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan
suatu lesen memandu melainkan jika mahkamah, memandang kepada
luputnya masa sejak tarikh sabitan yang dahulu atau sabitan dahulu
yang terakhir atau atas apa-apa alasan lain (alasannya hendaklah
dinyatakan dalam perintah itu), memikirkan patut untuk
memerintahkan selainnya tetapi peruntukan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan hak mahkamah menjalankan kuasa yang tersebut dahulu mengenai sabitan kali pertama.

(4) Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang
lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.

Unknown berkata...

Tak perlu lah nak keluar kan akta tu..seksyen ni lah.semua org stkt boleh baca lah bro.tapi tak paham..sbb tu kt malaysia semua boleh beli..polis pun boleh...hakim pun boleh..yg dok baca undang2 ari2 pun buat2 tak tau je undang2 baik tak pyh ada undang2..TU APA CERITA PULAK??!! kalo polis nak dakwa nizar kt mahkamah mcm dlm akta tu boleh tak nizar pakai tutup muka mcm kes altantuya tu..malu ar bro ramai yg tgk..tmbh2 dia ada title Dato Sri..ni kalo kena denda RM10000 tu boleh tak minta kurang..buat rayuan macam Mat taib tu..dlm RM2000 ke..RM200 ke..sbb ni tak sampai RM4juta..haha..jgn ckp pasal undang2 lah bro..buku tu boleh simpan lah zaman sekarang..lu betol dah ketinggalan zaman..sekarang ni hamik pakai otak sapa yg ada kuasa..tak baca surat khabar ke buat2 tak tau...kalo ayat undang2 yg berbelit pun leh baca tak kan ayat suratkhabar tak leh baca kot..