Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




PRESIDEN DAN KETUA UMUM TUNJUK SEMANGAT RAKYAT




MALAM INI MAJLIS KONGRES NASIONAL DITERUSKAN DENGAN PIHAK PENGAJUR MENGADAKAN CERAMAH MERANGKAP UCAPTAMA DAN AMANAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENUTUP KONRES NASIONAL YANG AKAN BERAKHIR PADA ESOK HARI.MALAM INI DATO SERI MENUNJUKAN SEMANGAT RAKYAT APABILA BELIAU DAN DATIN SERI MENUNJUKAN SIKAP SPORTING DENGAN DUDUK BERSAMA RAKYAT DIBANGKU PEMERHATI TANPA NAIK KE PENTAS..

MAJLIS HARI INI DIPENGERUSIKAN OLEH CIKGU BARD,DAN PERMULAAN UCAPAN DIDAHULUKAN OLEH WAIL KETUA WANITA DAN ANGKATAN MUDA KEADILAN.SETERUSNYA IA KAN DIDAHULUI OLEH BEBERAPA PIMPINAN UTAMA KEADILAN RAKYAT ANTARANYA Y.B AZMIN ALI.

INILAH YANG DIKATAKAN SEMANGAT PEMIMPIN SANGGUP TURUN DAN BERSAMA RAKYAT TANPA MENGIRA KEDUDUKAN!!!

MAJLIS UTAMA MALAM INI PASTINYA UCAPAN KETUA UMUM DATO SERI ANWAR IBRAHIM.

peniktirafan kepada blogger


UCAPAN DARI PRESIDEN KEADILAN RAKYAT ANTARANYA MENYEBUT :

PARA HADIRIN SEKELIAN,

DALAM DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG MELIHAT BERKEMBANGNYA INTERNET YANG MAKIN INOVATIF,KITA MELIHAT LAHIRNYA SATU KUASA BARU YANG DAPAT MEMBENTUK DAN MENGGERAKAN PANDANGAN RAKYAT UMUM.JUSTERU ITU KITA SAMA SEKALI TIDAK BOLEH MENUTUP MATA KEPADA PERKEMBANGAN MASYARAKAT MADANI DAN KOMUNITI BLOGGER DI MALAYSIA.ALHAMDULILLAH, KITA SEMEMANGNYA TELAH LAMA MENYEDARI SUMBANGAN YANG DAPAT MEREKA BERIKAN DALAM MENGEMBANGKAN PERJUANGAN KITA UNTUK DEMOKRASI,KEBEBASAN DAN KEADILAN,LANTAS MENGGUNAKAN KEMAHIRAN MEREKA DENGAN SEPENUHNYA.

ITULAH YANG DAPAT DIKONGSIKAN HASIL UCAPAN DATIN PRESIDEN PARTI.

gambar-gambar sekitar kongres Nasional Keadilan





UCAPAN PERASMIAN OLEH PRESIDEN PARTI






PAGI TADI KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT MENGADAKAN MAJLIS PERSMIAN KONGRES YANG DIHADIRI OLEH RAMAI TETAMU KEHORMAT DARI SEMUA SAYAP PAKATAN RAKYAT.ANTARA YANG TURUT HADIR IALAH YONG TEK LIM DAN DANIAL TAJIM YANG MEWAKILI PARTI SAPP DARI SABAH.TURUT HADIR DARI KEPIMPINAN PAS Y.B DR LO'LO,Y.B HUSAM MUSA DAN DATO SERI IR HJ.MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN MENTERI BESAR PERAK.MANAKALA MEWAKILI DAP Y.B LIM KIT SIANG DAN Y.B KARPAL SINGH.

UCAPAN PEMBUKA MAJLIS DISAMPAIKAN OLEH TAN SERI KHALIL IBRAHIM SELAKU MENTERI BESAR SELANGOR YANG MENJADI TUAN RUMAH UNTUK KONGRES TAHUN INI.

UPACARA PERASMIAN DILIHAT MERIAH DENGAN PELBAGAIPERSEMBAHAN DARI PELBAGAI KAUM.MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN DARI PRESIDEN KEADILAN RAKYAT DATO SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL,UCAPAN BELIAU DILIHAT MENYEMARAKAN LAGI SEMANGAT WANITA DALAM PARTI DAN SEMANGAT RAKYAT UNTUK BERJUANG BERSAMA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.

SELESAI SUDAH UCAPAN PRESIDEN,UCAPAN DARI PEMIMPIN ULUNG YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH PARA HADIRIN AKHIRNYA TIBA APABILA PEMIMPIN GERAKAN REFORMASI INI BERUCAP,WALAUPUN PENDEK NAMUN IA PADAT DAN MENAIKAN SEMANGAT RAKYAT.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM DIJANGKA AKAN MENYAMPAIKAN AMANAT UTAMA BELIAU MALAM INI DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM.

SALAM TAKZIAH!!!!....bersiap untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu..!!



MUNGKINKAH AKAN ADA SINARAN ATAUPUN HARAPAN BARU BUAT MAT SABU BERGELAR Y.B?????SAMA-SAMA KITA NANTIKAN....

SEPOHON DOA,SEKALUNG TAKZIAH!!!!




Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

razali ismailBeliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.


Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Razali Ismail dan takziah buat keluarga...

AL-FATIHAH..

FORUM BERSAMA Y.B PARTI KEADILAN RAKYAT











PADA SEBELAH MALAM KONGRES WANITA DITERUSKAN DENGAN MENGADAKAN FORUM BERSAMA PARA-PARA Y.B WANITA DARI PARTI KEADILAN RAKYAT.KEHADIRAN Y.B MUDA DAN MERUPAKAN SRIKANDI PERJUANGAN REFORMASI NURUL IZZAH ANWAR MENAIKAN SEMANGAT SEMUA PARA HADIRIN YANG HADIR UNTUK MERASAKAN SENDIRI SEMANGAT KEBANGKITAN PEJUANG-PEJUANG KEADILAN.

BAGI SAYA RUMUSAN KESELURUHAN PERTEMUAN HARI INI MENERBITKAN SATU PENDEKATAN BARU DAN SEMANGAT BARU,SEMANGAT WANITA MUDA DALAM MERIALISASIKAN IMPIAN RAKYAT.INSYAALLAH DENGAN KOMITMEN YANG DIBERI AKAN MENIMBULKAN SATU LAGI TSUNAMI POLITIK ANAK REMAJA SRIKANDI MUDA YANG AKAN MENGGALAS DAN MENERUSKAN IMPIAN YAG DIIMPIKAN.

USUL KEBEBASAN EKONOMI UNTUK WANITA MALAYSIA




PEMBENTANGAN USUL KONGRES WANITA PADA 28 NOV 2008

1. KEBEBASAN EKONOMI BERMAKNA KEBOLEHPAKAIAN INDIVIDU KEPADA PELUANG-PELUANG EKONOMI DAN SUMBER-SUMBERNYA,TERMASUK PERKHIDMATAN DAN MENDAPAT PENDAPATAN BOLEH DIBELANJA SECUKUPNYA AGAR BERUPAYA MEMBENTUK KEHIDUPAN KELUARGA YANG SELESA.

2. WANITA ADALAH ESET PENTING NEGARA DAN MENJADI TAKUNGAN SUMBER TENAGA YANG BESAR DALAM MENYUMBANG KEPADA USAHA-USAHA MEMBANGUNKAN MALAYSIA.MEREKA JUGA BERPERANAN DALAM MENYUMBANG KEPADA AKTIVITI EKONOMI DAN WAJAR MENDAPAT MANFAAT DARIPADA AKTIVITI TERSEBUT DENGAN ADIL.

3. SEBAHAGIAN WANITA MALAYSIA JUGA ADALAH DARI GOLONGAN YANG KURANG BERNASIB BAIK,MISKIN DAN SEBAHAGIANNYA ADALAH IBU TUNGGAL YANG MEMBANTU MENCUKUPKAN NAFKAH MENERUSI PEKERJAAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN 40% DARI 11.3 JUTZ GOLONGAN PEKERJA ADALAH WANITA.

4. KONSEP KEBEBASAN EKONOMI MEMBERI AUTONOMI DAN MAMPU KENDIRI KEPADA WANITA-WANITA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN MEREKA.

DENGAN INI KONGRES NASIONAL WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT YANG BERSIDANG MENGGESA KERAJAAN MALAYSIA :

1. MENUBUHKAN TASK FORCE UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA WANITA MENDAPATKAN EKSES KEPADA SUMBER-SUMBER DAN PERUNTUKAN KERAJAAN,SWASTA DAN LAINNYA SERTA MEMASTIKAN WANITA BERADA DALAM ARUSPERDANA PEMBANGUNAN EKONOMI.

2. MENGUBAL DASAR AGAR WANITA MENERIMA SEKURANG-KURANGNYA 30% DARI MANFAAT EKONOMI YANG BERUPA BANTUAN KEWANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH KERAJAAN DAN PIHAK SWASTA KEPADA RAKYAT.

KONGRES NASIONAL WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT KE 5
28 NOVEMBER 2008






Sempena Kongres kali ini satu Laman Web Wanita PKR dilancarkan bagi memudahkan Rakyat khususnya golongan wanita mencari maklumat dan mendapat penjelasan mengenai organisasi tersebut.

gambar sekitar kongres wanita Keadilan Nasional





BAHANG SUARA SRIKANDI







kongres wanita bermula semula setelah berehat.sekarang persidangan masuk ke dalam ruangan pembentangan dari para perwakilan setiap negeri.

suara wanita muda dilihat berkesan dan bersemangat dalam melaungkan janji dan sokongan mantap dalam menyokong kepimpinan atasan sayap wanita parti.suara anak muda ini dapat dilihat diterima dengan baiknya oleh semua yang hadir seolah-olah tsunami anak muda dan srikandi mula mendapat perhatian dan mendapat tempat dalam suasana politik masa kini.ada diantara perwakilan yang terdiri dari anak muda yang kebanyakannya berumur dibawah 25tahun.Pujian harus diberi kepada semua mereka yang terlibat dan berani bersuara lantang menyuarakan perasaan dan gelora para srikandi negara yang bakal menerajui Parti satu masa nanti..

gambar-gambar sekitar kongres Nasional Keadilan





KONGRES KEADILAN BERMULA DI SHAH ALAM







KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN TELAH DIADAKAN DAN DILANCARKAN PAGI TADI BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM,SELANGOR.PERASMIAN DIBUAT OLEH TIMBALAN PRESIDEN PKR DR SYED HUSSIEN ALI.SETELAH BERUCAP HAMPIR 1 JAM MAKA PERASMIAN PERSIDANGAN KONGRES BERMULA.PERASMIAN JUGA DIMULAKAN DENGAN GIMIK YANG DILAKUKAN OLEH ANGKATAN MUDA DENGAN MEMPAMERKAN BENDERA PARTI DAN BENDERA NEGERI SELANGOR MELALUI HELIKOPTER KAWALAN JAUH..

PERSIDANGAN KONGRES WANITA NASIONAL BERLANGSUNG DI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS) SHAH ALAM.IA DIHADIRI OLEH BEBERAPA KEPIMPINAN ANTARANYA YB TIAN CHUA,MUSTAFA KAMIL AYUB,IRENE FERNANDEZ & DR LO'LO MEWAKILI PAS.MANAKALA PERSIDANGAN KONGRES PEMUDA ANGKATAN BERLANGSUNG DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM.

PERSIDANGAN TERTANGGUH UNTUK SOLAT JUMAAT.

sombong adakalanya bodoh

tengahari tadi satu sms masuk ke telefon bimbit.sms yang berbunyi lebih kurang begini ” ada satu team blogger,berjumpa MB untuk membuat satu lagi team blogger Perak yang baru”.sessi pertemuan dengan MB Perak ini berlaku diantara jam 2 ptg ke 3.30 petang.

aku pelik dengan sikap blogger ini,kami telah menjemput mereka untuk hadir.apa yang perlu dibuat hanyalah mengisi borang pendaftaran beserta sekeping gambar yang telah di scan.tujuan gambar adalah untuk di tampal pada kad media.

amat mendukacitakan,blogger ini menolak mentah mentah pelawaan tersebut.beliau hadir ketika program 22.11.2008.tetapi tidak menyertai ahli blogger yang lain.sombong betul.

amat memalukan,setelah penat lelah memikirkan satu pakatan blogger selama berbulan bulan,tiba tiba muncul satu tema baru yang begitu sombong dan tidak mahu bersatu.seolah olah parti mereka adalah pemenang mutlak ketika pilihanraya umum tempoh hari.

sikap ego begini amat mencemarkan sebuah parti yang melaungkan ISLAM.aku bertambah pelik,bagaimana mereka boleh bertemu MB tanpa temujanji.adakah ada dia antara pegawai MB perak menjadi dalang di dalam pertemuan ini.

adalah ditegaskan bahawa,BLOGGERS NETWOR@PERAK bukan bermotifkan politik.ia di asaskan adalah untuk membantu kerajaan perak dalam menyampaikan maklumat,menjadi check n balance dan membuat khidmat masyarakat kepada seluruh penduduk perak

di harap team blogger petang tadi,dapat membuang ego,bodoh dan sombong kalian.adalah lebih baik bersatu.tiada guna berkopiah,jika orang lain berkopiah putih,sedangkan kita berkopiah biru.

Pada blogger tersebut lu fikir la sendiri.....adoiyai!!!!!

Perak Tubuh Sekretariat Blogger Sebar Dasar Kerajaan Negeri




Kerana tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.

"Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini," katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.

Mohammad Nizar berkata seketariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana.

Walaupun kami blogger tahu akan ada rasa tidak puas hati dikalangan beberapa orang akan tetapi kami akan terus berjuang menegakan kebenaran dan merubah kegagalan.

Kepada semua Blogger-Blogger ayuh kita bersama-sama merealisasikan impian Pakatan Rakyat dengan menjadi Penyumbang berita dan penerangan kepada rakyat.

MAJLIS MAKAN MALAM ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI PERAK











Semalam saya mewakili Perak Express sebagai Media membuat cover story Majlis Makan Malam dan Perasmian Laman Web yang dianjurkan oleh Angkatan Muda PKR Perak yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh.Mengikut jadual asal sepatutnya Majlis semalam dihadiri oleh D.S.Anwar ibrahim dan beberapa kepimpinan utama Pakatan Rakyat,namun disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakan maka hanya MB Perak D.S.Ir.HJ.Mohammad Nizar Jamaluddin mewakili Pas yang dapat hadir sekaligus merasmikan Laman Web Angkatan Muda Keadilan Perak.Turut hadir ialah Y.B Ngeh Koo Meng yang mewakili Dap dan Tn.Hj Ismail bin Yusoff mewakili Pkr.

Ucapan aluan tanda penghargaan kepada yang hadir turut disampaikan oleh Sdr.Shamsul Iskandar selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Majlis diakhiri dengan wakil ketiga-tiga sayap parti merasmikan Laman Web Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak.Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

Rumusan:walaupun Majlis Makan Malam semalam dipercayai cuba disabotaj oleh sesetengah pihak,akan tetapi alhamdulillah majlis dapat disempurnakan dengan baik sekali.Saya yang mewakili Blogger turut mendapat pengiktirafan dari M.B sebagai sumber penyampai maklumat Kerajaan kepada akar umbi.Kebanyakan wakil Media yang ada semua semacam jugaklah tengok Saya,tapi saya redah je...Janji kerja jalan...Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengiktiraf Para-Para Blogger.